........... Boros@ Laporan Audit - KSN Tubuh Jawatankuasa ...... Hahahaha, Sebahagian Skrip Wayang Pacak Juga ker ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Boros@ Laporan Audit - KSN Tubuh Jawatankuasa ...... Hahahaha, Sebahagian Skrip Wayang Pacak Juga ker ?

Saturday, October 5, 201316comments


Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji Laporan Ketua Audit Negara 2012, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, hari ini.

Beliau berkata, jawatankuasa itu yang dipengerusikannya, dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Kewangan dan Polis Diraja Malaysia.

"Kita minta SPRM sebagai agensi pertama (dalam jawatankuasa ini) cuba lihat sekiranya ada isu berkaitan SPRM yang perlu diselesaikan dulu.

"Perkhidmatan awam memberi jaminan akan menjalankan segalanya dengan telus,"

Ali berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) agar satu jawatakuasa khas ditubuh bagi mengkaji Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan  mengemukakan cadangan konkrit untuk mengatasi sebarang kelemahan serta-merta.

Beliau berkata, pihaknya mengarahkan setiap kementerian mengambil tindakan tatatertib mengikut bidang kuasa masing-masing terhadap pegawai mereka sekiranya bertanggungjawab terhadap sebarang kelemahan yang terkandung dalam laporan audit.

Katanya, satu lagi jawatankuasa khas yang juga akan dipengerusikannya serta dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi memantau projek kerajaan termasuk perolehan kerajaan.

"Kalau berlaku penyelewengan, tindakan tegas akan diambil ke atas pegawai yang melakukannya," katanya. - Bernama, 5 Oktober, 2013.

Tahniah kerana segera bertindak ! hmmmmmmm  ......... .............................................
................................................................................................................
..........................................................................................................
................................................................................................

Kenapa saya sendiri rasa macam tak ikhlas jer lepas taip Tahniah di atas ?

Kenapa saya terasa kenyataan seumpama yang diucap oleh KSN diatas sepertinya merupakan sebahagian dari skrip yang terkandung dalam wayang pacak saban tahun bernama Lapuran Ketua Audit Negara ? 

Kalau tak silaplah, setiap tahun pun selepas diumumkan Lapuran Ketua Audit Negara akan keluarlah kenyataan dari siapa2 yang terasa merah muka untuk SEGERA BERTINDAK dan akan tubuhkan satu Jawatankuasa bagi mengkaji dan mengambil tindakan keatas mereka yang bertanggungjawab.

Apakata KSN buktikan keikhlasannya dengan mendedahkan kes-kes yang telah disiasat dan diambil tindakan sewajarnya susulan pendedahan Ketua Audit Negara untuk tahun 2011, 2010, 2009, 2008, 2007, 2006, 2005, 2004 ............. dan seterusnya.... 

Atau beliau mahu berkata yang sebelum ini tidak pernah wujud sebarang Jawatankuasa ditubuhkan untuk menyiasat semua ini dan kalau ditubuhkan pun, mereka tidak menemui sebarang bukti untuk disabitkan tindakan?

Itu pun kalau beliau mahu rakyat mengambil serius apa yang diucapkannya sekarang. Jika tidak, jangan haraplah rakyat nak bertepuk sorak memuji tindakan segera beliau itu .....  dalam kes seperti ini, rakyat hanya mahu menunggu HASIL siasatan jer baru akan puji. Itu pun rakyat akan masih skeptikal.....

Terus terang, rakyat terus rasa diperbodohkan terutamanya mereka yang membayar cukai.

Walaupun tidak mahu kaitkannya dengan politik tapi isu ketirisan/pembaziran/rasuah yang terkandung dalam lapuran audit sebeginilah yang menjadi SENJATA UTAMA pembangkang dalam kempen mereka.

Ingat lagi tiap kali pembangkang membuat satu-satu janji dan antara cara utama mereka mahu membiayai projek2 itu adalah melalui - Penjimatan wang rakyat yang berbillion2 selepas tiada lagi kes2 rasuah dan ketirisan ?

Inilah dianya modal dana utama pembangkang !

Macamlah kalau PR memerintah segala penyamun wang rakyat dalam kerajaan ini akan insaf dan tidak lagi mencuri ! Kalau tak silap, ramai penjawat awam sendiri yang menyokong PR .... hmmmm mungkinkah apa yang mereka lakukan ini demi perjuangan PR mereka ? ( duit tetap juga mereka sapu )

PS - Rakyat mahu tahu apakah hasil siasatan dan tindakan keatas setiap kes yang telah dihebahkan oleh media. Kita akan pantau.

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Areyougonnagomyway
October 5, 2013 at 5:47 PM

Ini bukan peringkat kajian, ini sepatutnya peringkat siasatan....
Apalah mangkok....sangat gomen skrg.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 6:35 PM

takut taku ini sahaja introduction yang dapat dilakukan. kalau tidak rakyat akan kata takder tindakan. lepas tuh senyap dan lama kelamaan hilang citer. tahun depan intro tuh digunapakai. sampailah negara muflis baru hilang segalanya. kalau KSU benar benar bersungguh, buktikan. lepas nih lapor kepada media setiap findings yang diperolehi. hanya itu saja dirasakan dapat meyakinkan rakyat. kalau tidak samalah jugak, masuk angin keluar asap. gar gar kata gelegar, rasuk jugalah yang menahan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 5, 2013 at 6:52 PM

Bro
Laporan odit tu adalah hasil dari siasstsn. Yang perlu sekarang ialah to form a charge sheet and bring the culprit to a domestic inquiry. Kalau ada unsur2 jenayah seperti menipu lapor kpd polis. Kalau cuai ambil tindakan disiplin spti turun pangkat atau gaji.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 7:26 PM

Sepatutnya selepas shj keluar laporan audit, ksn kenalah umumkan tindakan yg telah dilakukan kestas laporan audit yg terdahulu, bukannya pi tubuh pula badan utk mengaudit laporan audit, kalau camtu nanti, badan mengaudit pula perlu diaudit oleh jabatan audit jadi bila kes nak selesai? Nak tunggu bulu ketiak ksn luruh baru nak ambik tindskan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 8:07 PM

salam,

bro yg buat kerja tu semua member dia belaka. lepas dia umur 60, pencen, kawan dia yg dok rembat tu pulak jadi ksn. kemudian siasat, lepas siasat, siasat. tak jadi hal punya. dulu cerita tukul dan komputer harga berlipat dan lepat pisang ubi nangka pun tak jadi hal walaupun di muka hadapan akhbar.

saya orang bawah, geng pelaksana ni, bila tiba barang, kita yg sign. tengok kualiti barang macam haram jadah, harga lagi la haram jadah. dulu kawan cerita, darang sprm siasat, org sprm kata, dia tau harga naik lipat dan lepat, tapi tak jadi hal selagi ikut sop. sop brader, bukan ikut harga. harga lantak pi la nak letak macam mana pun, sop kena ikut. tapi audit tegur juga, tapi buat juga dan naik pangkat juga. kita kalu pi beli barang, boss siap dah suruh pi kedai yg dia dah luluskan.

cakap pandai la. bab buat kerja ni lagi handal. macam kat sekolah dulu, kawan cerita juga. ada sangkar untuk lcd dalam kelas. tapi lcd tak ada. cikgu nampak, pm makan duit. mampuih. tu yg ramai jadi pembangkang pasal nampak sangat tak betul tu. ada jiran cakap anak dia dapat susu percuma. dia laki bini doktor pakar. kata susu untuk orang luar bandar. tapi sebab sekolah tu baru 15 tahun dibuka dan jpn kategorikan luar bandar walaupun mak bapak kat situ pakai paling lekeh preve, maka semua murid layak susu 1mesia. salah pm juga, pasal buat projek susu. bukan salah kakitangan kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 8:17 PM

aku percaya takkan ada apa2 tindakan pun. tunggu je seminggu dua ni..isu ni akan hilang mcm tu je...unless bro din terus2an bangkitkan isu ini dan ia disokong oleh semua blogger dan pembaca...

....................
Reply To This Comment ...................
October 5, 2013 at 8:47 PM

Saya mencadangkan setiap kementerian setup dorg pye audit dalaman sendiri untuk menjalankan audit susulan kepada isu2 audit negara...keputusan audit susulan di serahkan kepada ketua audit negara sbg audit koordinator untuk sidang khas status laporan audit....baru ade close loop.....klu x..camtu je la...

....................
Reply To This Comment ...................
October 5, 2013 at 9:13 PM

@Anonymousapakata kita peringatkan mereka setiap bulan, Kalau saya terlupa korang tolong peringatkan dan saya akan mainkan semula isu ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 9:51 PM

bukan tu je bro 8:07pm

guru2 pun tumpang melantak makananyg disediakan untuk kanak2 miskin..apa nama program tu? rancangan pemakanan ape ntah..ini bukan fitnah ye..tukang masak yg dpt tender yg cerita kat aku..dia menyampah giler kat guru2 yg melantak hak budak2 sekolah..itu pun termasuk dlm kategori ambil hak org..tapi ramai yg tak sedar atau pura2 tak sedar...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 9:59 PM

@AnonymousDisinilah kita perlukan pembangkang yang bijak sebenarnya.. Bukan asyik dok bangkang bab akta baru pca, bab benda tak wujud dan benda yang berkepentingan politik semata2.
Sekaranglah tugas pembangkang untuk tanya pada setiap kali sidang parlimen, buatkan jadual dan rekod supaya perbahasan bab ini akan sentiasa berbunyi diparlimen sehinggalah tindakan dan penyelesaian telah didapati. Tapi kita merasa sedih dengan tahap kesedaran pembangkang yg begitu bodoh dan hanya bertugas jika ianya berkepentingan diri dan politik sempit... Apalah nasib Malaysia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 10:14 PM

Kebanyakan kes adalah natijah dari kisah beruk dapat bunga, tapi beruk kepala hitam ni kalau dpt bunga, dia pandai tukarkan menjadi duit !
Minggu lepas TPM dah umumkan untuk memberi bunga kpd beruk iaitu menyerahkan projek2 pembinaan projek bangunan sekolah dan semua projek kem pendidikan kepada pegawai pendidikan... Boleh bayangkan ke tidak bila kerani, pegawai pendidikan dan PTD mula menguruskan panggilan tender, masuk ke tapak projek untuk mesyuart teknikal, memantau perjalanan projek pembangunan? Habis tu segala arkitek, jurutera dan juruukur nak buat kerja apa?
Inilah satu bentuk salah urus tadbir yang boleh menyumbang kpd penyelewengan, salah laku dan rasuah! Menteri tak salah, tapi menteri cuma bagi jalan untuk benda tu berlaku saja.... Tak gitu bro?
Selama ini pun, ramai kalangan pengetua sekolah asyik cerita pasal projek memanjang, tak kisah lagi bab kurikulum, kokurikulum (bukan semua).

....................
Reply To This Comment ...................
esa adam
October 5, 2013 at 10:34 PM

@Observer

Saya pun setuju cadangan observer. Setiap kem mesti ada juruodit dalaman untuk followup dan unit ini melapor terus kepada Ketua Odit Negara. Ktua Odit negara mesti diberi kuasa memanggil ksu kementerian2 dan followup case yg ditimbulkan oleh Auditor General.
Barulah ksu2 ni ada gerun sikit.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu kampung
October 5, 2013 at 11:27 PM

SOP yang dah basi hendak digunakan lagi. Bila kecoh je, tubuh jawatankuasa. Kalau jawatankuasa yang ditubuhkan tak berkesan, kena tubuh pulak jawatankuasa baru siasat jawatankuasa lama. Pi mai, pi mai, dok tang tu jugak....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 11:27 PM

Nanti ketua audit tak berani tegur. Dia pun ada peluang juga nsk merembat bila jadi ksu, ksn.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 6, 2013 at 12:11 AM

Integriti bermula dari sekecil2 subordinat hinggalah sebesar2 hierarki. Sy dh jangka, bile aje keluar laporan odit, maka riuhla setanahair. Ramai yg begitu hebat, menjadi pakar juruaudit tak bertauliah... senang ajer, copy paste @ share & tag dlm fb.hehehe...

Integriti bermula dari sekecil-kecil perkara, sbg cth... juruaudit sendiri apabila keluar buat keje audit kat luar... siap la katakan pkl 2 tghari, keluar pkl 9 pg.. semata2 nk melayakkan dpt elun harian rm60 sehari maka pakat2 la tipu punch card, @ mengular pegi mana2 demi nak mencukupkan 8 jam bertugas di luar. Bila di tegur, pndai menjawab - elaun tue hak kita, @ peruntukan dh sedia maka habiskan lah... maka kerajaan rugi lagi rm60 sehari utk seorang pegawai sebegini.

Biler kita brcakap perolehan tender@perbekalan, yg plg sy nmpak kelemahan ialah perauturan am/GO tue sndri yg mengkehendaki byrn atas tuntutan dlm masa 7 hari bekerja. Tak kira la spek x sesuai, entah cukup @ tidak... bayar dulu. Perangai di peringkat jabatan pulak... pesanan kerajaan @ LO, suka sgt dgn cara markup... harga yg rendah jadi tinggi dgn cara beginilah... pernah dulu satu kes pajero Jab Org Asli, tiap2 bulan kn repair... bila naziran dtg barulah pecah tembelang... drebar jab pakat dgn bengkel sumbat kertas surat kaba dlm lubang compraser. Mmg patutla tiap2 bulan kn hantar gi repair... tapi x pernah baik. Bila di tanya knapa... jawab si mangkuk hayun nie ... 'nak hidup kena pndai2la @ Krjaan byk duit, @ duit kita jugak, duit rakyat'.

Maka bila keluar laporan audit maka terkena la tahi kat pak2 menteri,hehehe...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 6, 2013 at 9:36 AM

Lawak betul lah. Hal pembocoran kewangan sebegini kalau dah saban tahun kena publish, seharusnya diambil tindakan. Memanglah kalau boleh kita tak nak kaitkan dgn politik, tapi itu kan terang-terang menunjukkan kegagalan pemerintah sedia ada dlm menangani masalah basic administration. Sistem dan procedure dlm kerajaan lengkap, tapi disalah guna kakitangan. Tiap2 tahun kebelakangan ini menteri kewangan asyik mintak budget tambahan. Lagi besar periuk,besarlah keraknya. Pemerintah yg ada sudah gagal .... kenapa gagal? Kalau dicerita alasannya, korang kata mempolitikkan isu ni. Bukan juga bererti kalau pembangkang naik, confirm masalah ini selesai. Tapi yg pi BANGANG sangat sokong pemerintah yg dah CONFIRM gagal tu buat apa? Pasal Melayu? Kuasa memilih di tangan kita ..... termasuklah survival Melayu. Demi Melayu, berapa keratlah Melayu yg kaya? Katakan perwakilan ada 450 org x 10 (anak beranak depa) = 5000. Ada kau baca 5000 anak melayu di peringkat jutawan? Tak jugak kan? Berapa biji bangunan dan pembangunan yg memang hasil titik peluh anak Melayu? Semenjak berapa tahun UMNO BN memerintah, dimana kedudukan Melayu hal kewangan? Kalau dah gagal, apa ke bangang pi undi lagi? Kalau masih maintain current leaders, bererti perwakilan tersilap pilih, dimanakan korang nanti ketika PRU14?

Post a Comment