........... Bila Menteri Tertinggal Bas | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Menteri Tertinggal Bas

Thursday, October 3, 201314comments


Nak komen apa ya bila Datuk Seri Shahidan dengan konfiden giler mempertahankan slogan Endless Possibilities, dakwanya Israel yang tiru slogan Malaysia.

Yang tak boleh blah adalah kenyataan ini - orang yang pernah belajar di sekolah rendah akan dapat membezakan antara Januari dan Mei. Adeh..... sindiran berbentuk boomerang ke apa nih ?


Bendanya dah senyap dan kita pun malas nak ungkit balik sebab tidak mahu memalukan Najib ( erk ! ) , alih2 ada pulak Menteri yang bangkitkan balik. Kalau apa yang dicakapnya itu sesuatu yang baru dan mampu menjawab tuduhan, tak perlah juga. Ini bas tak lepas, dia masih nak jual tiket.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negara Israel menciplak slogan 'Endless Possibilities' dari Malaysia dan bukan sebaliknya.
 
Katanya, Israel melancarkan slogan sama pada Mei tahun ini, manakala Malaysia menggunakan slogan tersebut sejak Januari.

 
Beliau ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat dengan sinis berkata, orang yang pernah belajar di sekolah rendah akan dapat membezakan antara Januari dan Mei.


Slogan baru yang diperkenalkan untuk mengiringi slogan '1Malaysia' itu menerima kritikan meluas kerana didakwa sebagai “produk ciplak” dari kempen Mongolia dan Israel. -
Mkini


Untuk pengetahuan Shahidan, orang tak kisah dah soal Israel, malah saya rasa semua orang dengan senang hati telah menerima hujah yang Israel tiru slogan Malaysia. Kali pertama pembangkang terima hujah kerajaan tanpa bantahan !

Habis tu isunya apa berkenaan Endless Possibilities ? Hmmm mungkin ada baiknya jika Shahidan ambil blogger politik jadi salah seorang penasihatnya.

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 3:41 PM

bro.. ko baca dan dgr la dulu ape yg dia cakap kt parlimen!!! .. ade perkataan KEMUNGKINAN ditiru oleh Israel... bukan DITIRU oleh israel... kata jah paper UTUSAN hok PUTAR BELIT !!! MALAYSIA KINI pom samo jah... xleh nk percaya PERMAINAN POLITIK MALAYSIA kini!!! kalau nk jadi BLOGGER pn bawak la berita yg benar dan sahih... yang peliknya, ketika RUU PCA dibacakan di parlimen dan di luluskan.. di mana Anwar Ibrahim??? dan kuncu2 nya??? dengar kata bru balik dr ROM !!! jumpa POPE !!! hahahaha... mcm kera dan luncai dengan labu-labunya... si perjelaskan si luncai pembawa berita dusta....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 5:16 PM

dalam kesebokan kempen PAU masing masing sebok bersuara. oleh itu jangan tak kedengaran, bersuara jugalah diah tuh tak ambil kira picing lari ker tak kesah lah. kalau tak takut takut perwakilan tak persankan dia. bukan salah bas pun tapi terlajak. orang dah habis turun dia pulak tertidur. terpaksalah melalak, kalau tak mana orang nak tau dia dah takder.

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2013 at 5:37 PM

Menteri Lembam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 9:31 PM

Sebenarnya "never ending story"

....................
Reply To This Comment ...................
esa adam
October 3, 2013 at 9:57 PM

Bro,

Kalau dah lantik menteri recycle itulah yang Najib dapat. Buat malu kaum aja.

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2013 at 10:55 PM

Kalau tak silap, Sahidan jawab dalam Parlimen. Dalam parlimen tak ada siu tertinggal bas atau keretapi. Setiap yang dibangkitkan, kena respond. Yang tertinggal bas aku fikir Malaysiakini, bukan menteri tu. Lainlah kalau dia bangkitkan benda ni diluar parlimen, memang sengaja tempah kritikan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2013 at 11:51 PM

Bro Din,

Aku mahu mu sentuh sikit tentang perbelanjaan yg melampau dari PMO kita ni. Emolumen setahun lebih dari rm14 bilion (tambahan sahaja). Kakitangan 80,000 orang. White House berapa? Sewa dan maintain Kapalterbang (A320+VVIP jet) em100 juta setahun. Kenapa tak naik MAS sahaja. Sekarang MAS dah ada A380. Lawatan keluar negara dikatakan rm40 juta semenjak Najib jadi PM.
Nampaknya Najib akan pecah rekod PM yang berbelanja besar. Rakyat disuruh berjimat. Subsidi kepada rakyat dikurangkan. Negara mengalami defisit perbelanjaan. Sepatutnya Najib kena tunjukkan tauladan yg baik kepada rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 11:52 PM

As-Salam Tuan Din Turtle.

Harap tuan dapat bawakan perkara ini dalam blog tuan. Tuntutan-tuntutan COMANGO untuk Proses Semakan Berkala Sejagat Malaysia 2013. Rujuk link disini http://bit.ly/174U2yL
Semoga usaha yang tidak seberapa ini mendapat keredhaanNYA.

Anak Mat Cerut
Shah Alam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 8:36 AM

Bas intrakota mmg laju..... atau saja jak nak tertinggal bas, bole lah naik teksi.....selesa aper (but not cheap lah!) nih politikus-tikus Malaysia skg banyak membawa kuman berpenyakit!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 9:11 AM

tuan din,
saya tak paham knp nak pakai bahasa inggeris sbg slogan utk tarik pelancong? inilah masa kita nak promosi bahasa kita. knp tak guna slogan bahasa melayu yang mudah2 pastu letak dlm bracket bahasa inggerisnya spy mereka datang. contoh "selamat datang (welcome)","semua ada! (all is here!)" atau apa2 je la yg senang. dkt tv dah byk kita tgk mat saleh ckp selamat datang xde hal pun. bahkan dia lg suka sbb tujuan melancong yg paling penting nak belajar bahasa, budaya dan rasai pengalaman berlainan dr negara sendiri. satu lg pasal logo tu sy cukup tak berkenan la. ni konsultan mana yg bingai sgt buat logo. logo line2 mcm tu kalau buat logo company sesuai la tp utk logo tema pelancongan langsung out. cuba tgk logo tahun melawat malaysia masa 90an tu letak maskot penyu pakai spek itu lg catchy berduyun2 dtg sbb nak tgk rupa penyu tu mcm mana. yg penting logo tu kena cerminkan apa yg kita betul2 nak market pd pelancong berdasarkan kelebihan yg ada pd negara kita. kesimpulannya bayar konsultan juta2an utk buat logo ngan tema yg out of concept ni mampu ke nak tarik 4-5 juta pelancong yg dia sasarkan? cuba ty diri sendiri kalau ada org negara luar tunjuk logo ngan tema tu utk lawat negara dia kita tertarik ke nak pegi?

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 9:24 AM

apa nih Din. tiap kali datang, rumah macam tak der orang jer. dah pindah ker?

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2013 at 10:53 AM

najib bapak slogan!

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2013 at 3:39 PM

Saya masih dalam keadaan sibuk menguruskan hal peribadi, jadi tak berkesempatan nak update blog sekerap biasa. Mohon bersabar dan teruskan beri sokongan ya ...

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2013 at 5:06 PM

Ngko tengah korek lobang telor penyu ker?

Post a Comment