........... Besok Bukti Apakah Umno Layak Menjadi Suara Orang Melayu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Besok Bukti Apakah Umno Layak Menjadi Suara Orang Melayu

Saturday, October 19, 201317comments

Besok hari Mengundi Umno .... Biasanya orang akan expect kempen last kopek dari blogger... paling tidak ditunjukkan banner calon sekali lagi, macam ni -


Tapi rasa malas pulak nak berkempen. Apalagi bila baca yang Tun Mahathir sendiri tak berapa yakin anaknya boleh menang !

"Peluangnya (Mukhriz) 50-50, atau mungkin kurang dari 50 peratus. Dia bukan orang pilihan... orang ramai tidak suka perubahan,"- Mkini.

Paling mengecewakan adalah kenyataan ini -

"Korupsi berleluasa. Letih sebab duit banyak turun. Tak turun duit, tak dipilih," 

Terserlah kekecewaan dari kata2 Tun itu. Letih ....  berkempen sampai terjelir lidah pun kalau mata hati dah tertutup, buang masa jer.

Apa yang mampu kita harapkan adalah agar orang Umno dapat mengotakan janji mereka kepada orang Melayu iaitu, Umno adalah Suara Melayu, Juara Melayu.

Konon Umno mewakili orang Melayu, konon Umnolah bakal membela survival bangsa Melayu .... tapi bila memilih pemimpin, apakah orang Umno mengambilkira pandangan dan pilihan orang Melayu ?

Banyak kedengaran cerita tentang wujudnya senarai pilihan cai2 .... macamlah orang Umno ni BODOH sangat tak boleh guna otak sendiri untuk buat pilihan. Macam lembu main ikut jer apa yang cai2 suruh.

BODOH macam LEMBU ke orang Umno ? Kita tengok keputusan esok ......... 

Memanglah orang akan kata siapa juga yang dipilih merupakan pilihan terbaik pemilih. TAPI .... come on la, tanya lah siapa pun orang Melayu diluar sana, RAMAI yang mahu melihat Mukhriz menang. Mereka mahu satu 'benda baru' dalam barisan kepimpinan Umno. 

Kalau semuanya pun sama, nak cerita apakebendanya lagi tentang perubahan ? Diri sendiri tak terubah, ada hati nak ubah bangsa dan negara ....

Satu lagi Hishammuddin ...... cuba tanya orang Melayu yang bukan Umno, adakah mereka suka lihat Hisham terus pegang Naib Presiden Umno ? Pemimpin yang begitu teruk dijadikan bahan ketawa oleh rakyat kalau masih terus dipilih dengan undi yang tinggi, maknanya Umno pula yang akan diketawakan nanti.

Serius cakap ni.... Tak pernah ada dalam sejarah seorang pemimpin tinggi Umno diperlekehkan sebegitu teruk seperti Hisham ! Kalau menang juga Hisham ..... nampak sangat yang orang Umno TIDAK mewakili suara orang Melayu kerana RAMAI orang Melayu sudah bosan dengan Hisham.

Saya cakap direct jer ni.... jangan kata saya tak peringatkan. Jika benar Umno mewakili orang Melayu maka dengarlah suara orang Melayu. 

Mukhriz mungkin boleh dipertikaikan bila saya kata ramai yang sokong tapi kalau Hisham ....... saya yakin RAMAI yang TAK SOKONG !

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 1:58 AM

Tadi di TV1, Dr Atory bukan main lagi marah bila Syed Munawar utarakan nama Mukhriz. Wow...! Siap bagi contoh sorang pemimpin UMNO zaman dahulu yg menjadi pemimpin Pemuda UMNO pada usia 60 tahun. Berkali-kali beliau berkata seorang pemimpin yg tua tetap boleh diterima orang muda jika dia berjiwa muda dan boleh mendampingi orang muda.

Hmmm....KJ menang kononnya sebab dia muda dan sesuai memimpin golongan muda. Tp bila bab Mukhriz, faktor umur dah tak relevan pulak.

Sedikit ke golongan berusia 40'an dalam UMNO ni?

Generasi 40'an adalah Gen X. Saya adalah seorang darinya dan di tempat kerja, walaupun ada bekas rakan sekerja yg berusia 60'an dan IT-savvy, tahap pemikiran kami tetap berbeza.

Lagipun, bukankah pemilihan ini adalah untuk masa depan negara? Ia bukannya hanya untuk 2 - 3 tahun aje.

Apakah mungkin dendam terhadap Dr M yang akan menjejaskan peluang si anak yg tak berdosa?

Apakah wajar si anak memikul beban ini?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 2:03 AM

Peduli apa semua tu..kami perwakilan hanya undi kepada mereka yg bayar kami tinggi.lagi tinggi bayaran lagi cepat la kami undi..tak sabar nak menunggu hujan emas esok...masyyyukkk..kalu mahathir pun dulu bayar rm 200..harap2 la perwakilan bayar kami rm 150....masyyukkk tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 2:54 AM

Hisham tak de ciri2 pemimpin lah..like father like son...leh pkir logik kan nape arwah tun hussein tak sgup jd PM....sbb arwah bapa dia sdar diri tak mampu tdbir negara...si hisham ni melingkupkn negara lg ada la...pgang le apa jwtn menteri pun smua lingkup...Ya Allah..jgnlah kau izinkn si hishamuddin ni jd PM!!!tkat jd ahli umno sdahlah...amin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 3:17 AM

bro din, memang benar apa kata Tun, kebanyakan perwakilan umno adalah orang2 bodoh belaka, saya ada bersembang dengan saorang perwakilan yang akan mengundi esok, saya tanya dia siapa dia akan pilih sebagai naib president, dia cakap hisam , saya tanya mengapa hisam ,dia cakap kerana hisam menteri kebinet,saya tanya dia balik apa hisam bolih kasi pada dia, dia tak bolih jawab, besuk pergi mengundi pangkah ikut kertas yang orang bagi. bodoh macam lembu, tak bolih fikir sendiri..

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 19, 2013 at 3:33 AM

Hanya perwakilan yang berpendirian sahaja yang akan mengundi untuk kebaikan UMNO. Manakala yang kaki kejar projek, akan jadi macam lembu dicucuk hidung. Bos cakap ikut saja. Janji duit masyuk. Seburuk mana kita pandang Hishamudin, tapi dia akan pasti menang. Undi dah lama dibeli. Sama ada dengan duit atau dibeli dengan ugutan. Boleh dikatakan bahawa seluruh bahagian di Johor akan undi Hisham. Nama Mukhriz umpama kudis di Johor. Jarum-jarum halus dah di cucuk pada semua perwakilan. Sedih. Tapi itulah hakikatnya. Walaupun UMNO memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair, Mukhriz bakal tewas melalui gerakan liberal. Melayu bukan lagi mewakili huruf M dalam UMNO. Ianya TELAH ditukar kepada Malaysian. Cuma kita yang dibawah ni belum dimaklumkan saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 7:39 AM

bro, aku dah tak tau nak kata apa lagi. Memang betul kata Tun, "melayu mudah lupa"!. Depa dah lupa apa yang cina buat masa mereka undi di PRU13 dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
October 19, 2013 at 7:55 AM

@AnonymousMurah sangat Umno nih kalau setakat 150-200 jer ...

....................
Reply To This Comment ...................
October 19, 2013 at 7:56 AM

@AnonymousMaaf ya, tapi jangan libatkan ayahnya / main pukul rata begitu ....lainlah kalau saudara memang aktif dan tahu tentang isu2 zaman itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 8:18 AM

Masalahnya sekarang ni....

KJ sokong Hisham
Kat Ijat sokong Hisham
Ah Jib Gor sokong Hisham
Mukhriz tersepit di tengah-tengah
Tanpa pengaruh, tanpa kroni
Mukhriz tak pandai memberi, tiada salam berisi
Mukhriz dikelilingi oleh pemimpin liberal
Mukhriz melaungkan hidup melayu berseorangan
Perwakilan telah dibisik-bisikkan, diarah atau dinasihatkan agar mengundi calon tertentu yang pastinya bukan Mukhriz
Hari ini terpulanglah kepada perwakilan sama ada ingin memartabatkan Agenda Melayu atau Agenda Liberal
Diharapkan pemimpin umno tidak lagi ragu-ragu untuk mencium keris kerana keris ialah lambang melayu warisan nusantara

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang
October 19, 2013 at 8:33 AM

Dalam main parti ni kadang-kadang kawan sekubang lebih teruk" kekahnya" dari lawan sebelah. Apa lagi musim pemilihan sesama sendiri lagi lah cari punca untuk lodeh kain gu lawan. Jarang perwakilan nak pilih jenis pemimpin yang kredibili dan berkebolehan bila mata kena tutup dek "pulus" dan mulut terngaga disuap. Jadi tak peliklah kalau parti lawan kata UMNO parti pulus. Jangan pula marahkan Pakcu.....

Apa pun kita tunggu dan lihat sekiranya minda terbuka dan hati sanggup berlapang untuk tujuan perjuangan UMNO dan tranformasi sejati..tentunya ada perubahan yang akan berlaku..jika tidak maka maka ramai perwakilan yang suka jadi "kutu atas kepala " lagi senang.....Walahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 9:10 AM

aku ada satu sesi berjumpa dengan sebahagian perwakilan termasuk KC dan KP malam tadi. aku telah cetak beberapa artikel dari blog admin dan blog blog yang lainya. aku telah edarkan supaya yang mengundi dapat sedikit pemahaman berkenaan masa depan orang orang Melayu. aku amat sedih sekali kerana bangsaku begitu jauh ketinggalan dari berita berita semasa. aku tak pulak pandai sangat tapi dari artikel yang aku baca dari blog blog yang SEHAT, maka dapatlah aku gunakan untuk memberikan penerangan serta menjawab hujahan.

terkejut jugalah apabila ada dari KP dan perwakilanya yang menyatakan kekesalan kerana telah mengundi KJ. mereka mereka itu hanya mengikut arahan dari "orang atas". perbincangan banyak terganggu dengan deringan talipon dan msg. kebanyak mereka merungut selepas menjawab atau membaca msg. aku biarkan mereka dengan kegelisahan dan kemudian bertanyakan panggilan dan msg yang mereka terima itu. mereka mendapat arahan dari "orang atas" untuk mengundi 1, 2 & 3. aku bertanya adakah mereka akan turuti? mereka memberitahu akan mengundi 1, 5 dan 6. walaupun lega, aku tetap serahkan kepada Illahi untuk menentukanya.

....................
Reply To This Comment ...................
meorusa
October 19, 2013 at 9:17 AM

I still don't understand why oran teranu lived under Hisham for a long while.Oran Umno Teranu was not capable and of kaliber.?..Sapa oran teranu.?Kena jawab pada Hishambodoh? Salah sapa.?The more I read the more les misarabe me become.Berita tanh air.Hancur.

....................
Reply To This Comment ...................
October 19, 2013 at 9:18 AM

@AnonymousTerimaKasih ! Ternyata masih ada harapan lagi dengan Umno dengan adanya ahli seperti saudara... :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 19, 2013 at 9:29 AM

@meorusaOrang teranu ? Where got !

Umno Teranu yes... but not because no kaliber but because everybody also got so much kaliber !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 11:51 AM

bro din... kesimpulan aku 191 cabang umno dah kena beli...kalau 191 X 10k , baru 1910000... kan.... kalau melihat lahapan puak ni aku tak heran depa boleh keluar rm 20juta.... kononnya ada anak anak pak menteri yang takde kerja boleh ada rumah rm7juta dan kereta rm1juta....inikan pulak pak pak menteri ni... rm 2juto.... kocik anok tuh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 12:01 PM

hampeh betul..kuasa wang menentu nasib anak bangsa....patutlah perwakilan asyik menyanyi duit duit di mana kau duit.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 11:39 PM

Keputusan Naib Presiden merupakan titik tolak kpd sokongan saya kpd umno.... Kalau pru13 saya sokong 70% para pemimpin umno, berkempen secara peribadi untuk sahabat handai memilih umno. Tapi bila KJ menang, sokongan dan semangat dah turun kpd 60 peratus... Kalau Mukhriz kalah kpd Hisyam, maka sokongan saya kpd umno akan turun kpd 40% saja..... Sokongan hanya boleh naik atas beberapa sebab. Satu bergantung kpd arah sokongan TDM dan satu lagi atas haluan bloger Din Turtle...!!! Ha ha ha!!!,

Post a Comment