........... Belum Seminggu GST diUmum, KPDNKK Dah Tambah Pegawai Nak Pantau Harga ! Cayalah .. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Belum Seminggu GST diUmum, KPDNKK Dah Tambah Pegawai Nak Pantau Harga ! Cayalah ..

Tuesday, October 29, 20135comments

Kalau tengok muka Pak Menteri kita ni disebelah tajuk, mungkin ada yang kata saya nak balun Datuk Hasan ..... dak eeeeh .... Apasal kalau keluar je muka Menteri ni, mesti orang ingat dia nak kena balun ?

Bukan nak kritik tapi sekadar nak beri sedikit pandangan jer .... demi kebaikan semua. Mungkin saja apa yang kita sarankan sudah pun ada dalam perkiraan kerajaan tapi kalau kita tak der baca kata mana2, mana kita nak tahu, kan.

KPDNKK tambah pegawai pantau harga barang



 
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bercadang menambah bilangan pegawai penguatkuasa sebagai persediaan menjelang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai April 2015.

Menteri berkenaan Datuk Hasan Malek berkata langkah itu akan dibuat secara berperingkat bagi memantau peniaga yang mungkin mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati.

"Dari segi pegawai pemantau kami sudah buat temuduga, saya ingat dalam masa terdekat pertambahan pegawai akan berlaku.

"Angka bilangan pegawai baharu ini kami sedang runding dengan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), sekarang cuma kekosongan ada 170 orang, tetapi bergantung kepada kelulusan JPA untuk tambahan," 


Hasan berkata kementerian kini mempunyai lebih 3,000 pegawai penguatkuasa.
- Sinar.


OK apa berita di atas tu. Ini baru dinamakan ProAktif. Belum apa-apa, kita dah bersiap sedia. Tahniah Datuk ! Mesti ramai yang lega baca.

Tapi kan ...... errrr......ni bukan nak kritik ok, tapi nak beri cadangan, kalau bunyi artikel itu seperti ini kan lebih bagus - KPDNKK tambah pegawai BERI PENERANGAN GST kepada rakyat.

Saya bukan membantah GST malah saya tidak pernah komen pun tentang GST. Dua artikel terdahulu saya ( KLiK ) yang menyentuh GST adalah lebih kepada memberitahu kerajaan yang masih ramai rakyat yang tidak faham tentang GST.

Dan saya masih tidak nampak sebarang usaha kerajaan kearah cuba memahamkan rakyat tentang GST. Sepatutnya usah ini sudah dilakukan bertahun dulu sebab alasan 'rakyat belum faham GST' sudah bertahun diberikan oleh pemimpin.

Jadi bila Najib bertegas mahu teruskan dengan GST dalam keadaan rakyat masih tidak faham, suka sangatlah pembangkang. Pembangkang bukannya ikhlas pun nak bantu rakyat, mereka cuma mahukan ISU.

Bila rakyat tidak faham, makin senanglah mereka mencorakkan pemikiran negatif rakyat terhadap GST. 

Cara terbaik menangani perkara ini adalah melalui Penerangan yang mudah dan ringkas tentang apa itu GST. Kalau rakyat dah faham, mereka sendiri akan menolak dakyah pembangkang. 

Kalau rakyat dah faham, mereka sendiri akan memantau harga barangan bagi pihak KPDNKK ! Sebab ini untuk kebaikan poket masing2... 

Satu lagi, tak boleh lah nak terus salahkan peniaga terutamanya peniaga2 kecil jika ada kesalahan itu lahir dari ketidakfahaman mereka tentang GST. Maksud saya, keutamaan kerajaan sekarang adalah memberi penerangan yang jelas dan lengkap kepada semua - pengguna dan peniaga, tentang GST.

Kalau pegawai penguatkuasa dah ada 3 ribu, sebagai penguatkuasa saya pasti mereka lebih arif tentang apa yang mereka mahu kuatkuasakan dicampur pula dengan pegawai2 KPDNKK lain yang saya juga pasti sudah faham tentang GST ..... mereka boleh mulakan usaha Penerangan GST dengan mengadakan bengkel2 kecil bersama komuniti. 

Dicampur pula dengan pegawai2 PEMANDU yang pastinya terlebih arif tentang GST, saya percaya dalam tempuh 17 bulan sebelum GST dikuatkuasakan, ramai yang akan faham. Itu baru usaha kecil2an ...... nak dengan tak nak jer.

Mungkin Datuk Hasan boleh adakan satu kaunter khas mengenai GST disetiap pejabat KPNKK diseluruh negara dan war-warkan tagline ini - Apa itu GST ? Kunjungi pejabat KPNKK berdekatan untuk penerangan lengkap !

PS - Saya harap kerajaan boleh menimbangkan mengadakan sesi penerangan GST kepada para pengamal media sosial tanpa mengira fahaman politik.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2013 at 7:17 PM

Bro,
Tak cukup ke lagi pegawai2. Dahlah bilangan yg ada dikatakan terlalu ramai nak tambah lagi pulak. Lagi lah bertambah perbelanjaan kerajaan. Jadi macam mana nak kurangkan defisit perbelanjaan.

Aku suka kalau menteri ni cakap KPDNKK akan menyususun semula tugas2 pegawai di KPDNKK. Mana2 pegawai yg suka melepak diofis akan dilatih dan diberi tugas menjalankan kerja2 pemantauan harga barang2.

Lagi pun KPDNKK sudah sedia ada pegawai2. Perlaksanaan GST bukan bermakna ada 1000 lagi barang yg akan masuk pasaran. Barang itu juga yg hendak dipantau tak lebih tak kurang.

Kalau ada pun ialah menentukan premis2 mendaftar/mendapat pengecualian mengenakan GST. Sijil2 mesti dipamir.

Pemikiran pegawai2/menteri2 masih sama. Ada tugas baru tambah pegawai. Tapi tak mahu berfikir macam mana dengan sumber yg sedia ada semua kerja dapat dibereskan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2013 at 7:25 PM

@Esa AdamBetul juga tu ... GST bukannya cukai bari, kemudian dikatakan makin kurang cukai... maknanya makin kuranglah kerja ! hehehehe ..

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2013 at 7:52 PM

Saya amat setuju sekali cadangan Abe DinTurtle.

Bila semua Rakyat faham GST, Pembangkang tidak dapat putar-belit fikiran mereka.

Terima Kasih Din Turtle.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 12:26 AM

Jangan ada se siapa berani memanggil dia Menteri Ayam lagi!

....................
Reply To This Comment ...................
April 21, 2014 at 4:28 PM

Saya setuju dgn cadangan en.esa adam. Staf kontrak dalam kpdnkk pun ramai.blh kaji semula sumber2 yg ada dlm kpdnkk.

Post a Comment