........... Bangunkan Jalan Melayu - Terbaik Rais ! ( Tapi Tak Perlulah Bersikap Apologetik ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bangunkan Jalan Melayu - Terbaik Rais ! ( Tapi Tak Perlulah Bersikap Apologetik )

Tuesday, October 29, 201315comments

Tan Sri Dr Rais Yatim melawat bazaar Bumiputera di Jalan Melayu, Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 Oktober, 2013.

Sekali baca memang tak nampak ada sebarang masalah. Baguslah kalau nak majukan Jalan Melayu tu. Seperti kata Rais Yatim -

"Tiada satu pun jalan di Kuala Lumpur yang mencerminkan warisan Melayu dan ini menyukarkan kepada pelancong untuk melihat nilai kemelayuan sebenar

"Saya akan menyarankan kepada kerajaan supaya jalan ini dihidupkan dengan identiti Melayu daripada segi perniagaan mahu pun seni budaya dan muzik,"

"Saya melihat apa yang boleh dibangunkan di jalan ini seperti membaik pulih infrastruktur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta meningkatkan perlambangan budaya Melayu seperti muzikal Melayu. - TMI.

Sebelum ni pun dah beberapa kali saya tulis tentang perlunya diwujudkan Malay Town sebagaimana wujudnya China Town dihampir semua bandar besar kita. Itu secara resmi, kalau tak resminya, hampir semua bandar di Malaysia adalah China Town !

Jadi rancangan Rais ini saya sokong dan biarlah ini menjadi satu permulaan kepada wujudnya Bandar Melayu di SETIAP IBUNEGERI ..... yang status dan hakmiliknya adalah Melayu dan tidak boleh ditukarmilik kepada bangsa lain walau dengan apa alasan sekalipun.

Bandar Melayu, ke Jalan Melayu ke, Malay Town ke ... jangan hanya sekadar luaran saja tapi juga secara keseluruhannya terutama dari segi pemilikan tanah dan premis dan para peniaga mestilah orang Melayu.

Taknaklah nanti cuma luarannya saja Melayu, pekerja2 pun Melayu tapi semuanya dimiliki oleh bangsa lain. Kalau orang Melayu tak mampu, boleh minta tolong GLC ( seperti UDA contohnya ) atau BaitulMal  ( yang duit kutipan zakatnya sudah berbillion2 ) untuk menebus kembali hakmilik orang Melayu dikawasan bandar untuk di REZABkan kembali menjadi milik orang Melayu.

Oya, saya pasti ramai yang tidak tahu dimana letaknya Jalan Melayu kan....   eh, kita ada Jalan Melayu, ker ? Nah, petanya dibawah. Dekat hujung kawasan Masjid India, bermula dari Stesen LRT Masjid India ke Jalan TAR.



Balik kepada kenyataan Rais diatas tadi , sengaja saya asingkan bagian ni untuk diberi special komen -

"Kaum lain tidak seharusnya iri hati dengan usaha kerajaan untuk membangunkan Jalan Melayu kerana kaum India mempunyai Little India di Brickfields dan kerajaan juga membangunkan China Town di Jalan Petaling.

"Saya percaya semua kaum di Kuala Lumpur tidak iri hati atau berprasangka jika Jalan Melayu dimajukan setapak lagi kerana di Kuala Lumpur, kita ada Little India dan China Town di Jalan Petaling tetapi tiada Malay Town,"

Mungkin saya silap tapi kenapa saya terasa sepertinya ada nada APOLOGETIK disebalik kenyataan Rais itu ? 

Baiknya pemimpin Melayu kita ni kan .... nak buat apa2 atas nama bangsa sendiri pun, kena sound awal2 supaya bangsa lain jangan bising. 

Apapun, sekali lagi saya ulangi - Harap projek Jalan Melayu ini adalah PERMULAAN kepada projek2 Bandar Melayu disetiap ibunegeri di Malaysia !

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
ka
October 29, 2013 at 3:01 PM

betul tu. kedai mesti kepunyaan melayu sahaja dan penjual pun harus orang melayu bukan orang indon or myanmar or bangla or vietnam.huhu. Di china town mana de orang melayu niaga di situ. di little india pun sama

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2013 at 3:30 PM

bro din, patut dia buat masa dia jadi menteri dulu, masa ada kuasa , sekarang baik duduk rumah diam2 , suruh menteri yang ada kuasa cakap,najeli ke,KJ ke nak power lagi suruh ajib gor cakap ,tapi berani ke semua pembodek cina ni....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2013 at 3:30 PM

adelah lebih baik dibangunkan kwsn kampung baru atau mana2x kampung melayu di kwsn bandar..lebih sesuai dr membuat jalan melayu..ntah papelah ni dah negeri melayu buat ape perlu idea cedokan chinatown?...cina itu mino tu psl ade china town kat mana2x di dunia ni..melayu sudah sebati dgn kampungnye..ape yg perlu dimajukan kampung tu nampak kontemporari mcm kg morten melaka..biar kite dgn identiti kita

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2013 at 3:48 PM

DAP (parti berbilang kaum) tentu nya akan bergembira dengan berita ini. Di Pulau Pinang sendiri pun dan berselerak dengan China town dan sebaiknya Georgetown ditukar jadi Chinatown supaya bertepatan dengan keadaannya sekarang atau lebih balik lagi kalau Pulau Pinang dinamakan saja Pulau Cina. Guan Eng pasti bersetuju dengan cadangan yang amat bernas seperti ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2013 at 5:30 PM

Stesen LRT Masjid India

Mungkin silap sikit fakta ni, Din nak sebut Stesen LRT Masjid Jamek, KL. Sebelah OCBC bank.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2013 at 5:39 PM

TDM ada memeberi pandangan supaya kerajaan tidak tunduk kepada golongan extrimis terutama yang ditaja pembangkang... saya amat teruja dengan bilamana beliau mengatakan :- "Jika anda fikir kumpulan ekstremis akan mengucapkan 'terima kasih' kepada kerajaan dan memberi sokongan mereka selepas tuntutan mereka dipenuhi...maka anda silap,"
tuan-2 pernah dengar ada pemimpin umno sekarang yang boleh bercakap begini?.

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2013 at 5:58 PM

@Anonymoussaudara tidak nampak point utama artikel ini ...

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2013 at 5:58 PM

@Anonymoushehehe ... ya betul lrt masjid Jamek

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2013 at 6:55 PM

Naikkan malay town d pasar minggu d kgbr tuu. Kedai2 d sana masih tidak d upgrade dan bila musim hujan ni mmmhhh siap ...naik air... longkang pon jarang d bersihkan dan sikap2 peniaga pon satu hal juga. Attitude problem.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2013 at 7:14 PM

Salam bro din,

Saya memang skeptikal dengan bekas menteri sorang ni. Berani bersuara bila dah tkade jawatan kabinet. Masa pegang jawatan menteri dulu tak pernah rasanya nak bangkitkan isu keMelayuan ni.

Kalau diperhatikan baik-baik, strategi puak komunis ni memang licik. Kerajaan akan bangunkan kawasan bandar baru untuk tingkatkan ekonomi. Tanah rizab Melayu, kampung-kampung Melayu akan dibeli oleh kerajaan atas nama pembangunan. Mahu tak mahu orang Melayu terpaksa jual walaupun tak rela. Bandar baru ni rancak dengan aktiviti perniagaan. Lengkap dengan semua kemudahan infrastruktur. Jalan raya, api, air. Orang Melayu yang dulunya majoriti kawasan tersebut kian berkurangan.

Puak komunis makin membiak. Sedikit demi sedikit. Bila tiba musim pilihanraya, parti puak komunis ni akan masuk. Letak calon heavyweight mereka. Kebiasaannya calon komunis ni akan menang. Contoh klasik rantaian perkara di atas kemenangan lim kit siang di Parlimen Gelang Patah. Kerajaan akan melopong melihat hasil usaha mereka dirampas sekelip mata.

UDA ditubuhkan untuk tingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera di kawasan bandar. Tapi bila keuntungan lebih penting dari membantu Bumiputera, saya fikir takde beza UDA dengan REHDA. PRU lepas kesemua ibu negeri di Malaysia jatuh ke tangan cina komunis kecuali Johor Bahru dan Kangar. Bila nak sedar pemimpin UMNO ni?

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2013 at 7:42 PM

@dinturtlePatut saya benggong mencari, tadi. Padahal kawasan meramu saya, dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
suhaimi
October 30, 2013 at 10:33 AM

China town boleh di katakan hampir merata tempat di dunia ada. KE mana saja ada kaum cina di satu satu tempat maka akan adalah China town mereka. Di England, America, Australia dan merata memang ada China Town. Negara omputih kononnya dengan seluruh tempat adalah tanah jajahan dan pemilikan ketuanan nenek moyang mereka. Yang di lakarkan sedikit sebagai satu parcel kecil kawasan utk di jadikan China Town. Tak ada pula kita dengar ada English Town di negeri omputih. Saya terfikir, apakah kita perlu ada Malay town di negeri tanah melayu kita sendiri. Mungkin yang di perlukan ialah bazar bazar barangan perniagaan melayu dan seumpamanya dan di promosikan bagi tujuan tujuan tertentu seperti kebudayaan, perniagaan barangan, heritage etc.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2013 at 2:09 PM

Rasanya kita perlu ada malaytowm sekaraang sebelum ianya terlambat. Kita lihat Singapura ... Dek kerana tiada identiti malaytown ... Orang tak tahu pun bahawa melayu pernah ada dan menjadi pemerentah kat sana. Aku risau dgn pemimpin melayu yg dok ada sekarang baik pembangkang mahu pun kerajaan sibuk dok bodek puak cina. Habis hak istimewa melayu nak dihapuskan oleh peminpin melayu sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 6:15 PM

@Anonymous
sy setuju dgn pendapat sedara. lebih baik majukan kawasan kg. sy rasa bangga kalau kat kg sy ade banglo2 mewah dan rumah2 yg unik tapi masih mengekalkan kekampungan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 6:19 PM

OK, biar saya terangkan maksud sebenar artikel ini.

Selain dari isu budaya dan peluang niaga bla bla bla, saya tekankan juga soal PEMILIKAN tanah dan premis untuk orang Melayu ditengah2 kawasan bandar.

Nampak ?

Post a Comment