........... Ayat Paling Boring Dengar Dalam Pemilihan Kali ini | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ayat Paling Boring Dengar Dalam Pemilihan Kali ini

Thursday, October 3, 201323comments


Ayat yang paling boring setakat ini dalam kerancakan kempen Pemilihan Umno kali ini adalah - Kami Bertiga Sepakat, Kamu Bertiga Serasi, Kami Bertiga Wujud Persefahaman bla bla bla atau apasaja ayat yang membawa maksud yang sama bagi memberi mesej supaya ketiga2 Naib Presiden yang mempertahankan jawatan mereka, diKEKALkan.

Pertamakali sebut kira oklah .... tampak keyakinan pada kekuatan sendiri
Dua kali sebut ....... hai, bunyi dah macam nak menumpang kekuatan sesama sendiri, seolah nak wujudkan satu team
Tiga kali sebut, .... bunyi macam dah terdesak sangat takut hilang kuasa !
Empat kali sebut ....Menyedihkan, macam merengek pun ada.

Ini yang saya rasa, anda mungkin tak terasa apa-apa, biasa jer.  Perlu ke diulang2 sebut ?

Calon2 yang bertanding apa jua jawatan termasuk Presiden adalah atas kapasiti individu. Antara kriteria yang menjadi perkiraan pemilih selain dari sifat kepimpinan yang dimiliki, dasar yang dibawa dan lain2 faktor individu, adalah termasuk juga tahap kemampuan calon untuk bekerja secara berpasukan / teamwork.

Mereka yang dipilih adalah juga mereka yang pada pandangan ahli Umno, mampu bersepakat, bersefahaman dan serasi antara satu sama lain.

Jadi kalau ada calon yang mendakwa tidak takut kepada pertandingan, mengalu2kan cabaran atau menjunjung demokrasi tapi waktu sama duk ulang sebut - "Kita bergerak dalam satu entiti yang kukuh, kalau itu dikatakan pakatan ia tidak dapat dinafikan kerana kita mempunyai keserasian dalam menempuh pelbagai cabaran," ( TMI ) tidakkah itu bunyinya seperti saling berlawanan atau tidak selari ?

Apakah maksudnya jika gandingan selain yang ada dipilih maka gandingan itu tidak akan sesepakat, seserasi dan sesefahaman berbanding gandingan lama ? Macam bunyi amaran pun ada.

Bukankah sudah tidak digalakkan wujud sebarang team-team dalam Pemilihan ? Namun kenyataan seperti diatas seolah mahu mewujudkan satu team .

Saya harap ahli Umno dapat buat pilihan terbaik mereka sendiri tanpa perlu ada gangguan sebegini.

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 3, 2013 at 6:09 AM

Memang merupakan satu AMARAN sebab yang keluarkan kenyataan tu memang terkenal dengan AMARAN yang dah berbakul-bakul dia berikan. Orang yang ditujukan ialah :

a) Zahid Hamidi
b) Shafie Afdal
c) Ketua Perhubungan UMNO negeri.

Kalau ikut sejarah, kita tak perlu takut sebab tidak akan ada tindakan disebalik amaran tersebut. Yang perlu takut cuma yang tersenarai diatas saja. Siapa yang back-up amaran dan pemberi amaran tu?

Boleh masuk jel ke aku ni bro bila cakap macam ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 6:33 AM

Dalam pemilihan kali inii, Najib pun tak mampu nak menyelamatkan sepupunya. Nasib ketiga-tiga penyandang NP ini terletak di tangan perwakilan. Perwakilan menilai prestasi calon secara solo dan bukannya secara trio.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 7:05 AM

100% setuju, waktu penamaan dah cuba tunjukkan seolah-olah team. Lepas dua tiga hari tengok komen2 negatif mulalah utk menafikan. Yang calon incumbent sorang lgi hebat hampir tiap hari keluar muka dkat mainstream media tajaan agensi dibawah kementeriannya. Itu bukan kempen ke ??? Ada pulak sorang ni turun Sabah tetiba jumpa biro itu serah kunci PPRT...wow dah terdesak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 7:23 AM

Saya mengundi UMNO sejak dari mula mendaftar mengundi.
Saya pun nak mengulang2 yang ayat2 yang lebih kurang bermaksud berikut:
Kalau UMNO tak ubah, saya tak akan undi UMNO lagi.
Kalau UMNO kayakan kroni, saya tak akan undi UMNK lagi.
Kalau UMNO tolomg croni dan bukan orang melayu, saya tak akan undi UMNO lagi....
Dan variasi2 yang bermaksud demikian...


Kubai

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
October 3, 2013 at 7:55 AM

Din,

Aku meluat dgn hisham. dia dah takut la tu. so kena cari jalan kononnya mereka bertiga serasi. hahaha well deserved...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 8:18 AM

Salam,
rasanya ramai ahli umno akan merealisasikan ckp tdm, lingkup dlm pru14.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 8:27 AM

Secara tak langsung dorang bertiga cakap dorang tak dapat bekerja dgn ahli UMNO yg lain
Cuma dpt bekerja sama-sama dorang aje ... kira mcm team elite ler nih ...kelab eksklusif UMNO lah nampaknya

Kalau begitu tu mcm mana nak bekerja dgn ahli MT yg seramai 25 org tu ?
Mcm mana nak bekerja dgn ketua bahagian yg lebih dari 200 org tu ?
Mcm mana nak bekerja dgn ketua cawangan yg beribu-ribu tu ?

Jgn ler gah sangat ... tak serasi lah konon !!!

....................
Reply To This Comment ...................
ikan senohong
October 3, 2013 at 8:42 AM

Tuan DT, memang memualkan dan tidak demokratik bagai didakwa mereka. penyandang naib presiden bertiga ini sebenarnya BERBOHONG apabila menafikan mereka berkempen secara rakit. jentera mereka diselaraskan dan hisham sendiri pernah memperngerusikan mesyuarat yg turut dihadiri oleh wakil2 kempen zahid & shafie di pejabat menteri pertahanan. mereka tiba untuk mendaftar pencalonan pada masa yg sama dan saling menyokong pencalonan sesama sendiri. mereka memberi sidang media pun secara bersama. yg saya paling meluat mereka ini tak segan silu menipu kita. cakap aje la mereka kempen sebagai satu pasukan kan senang, ini berdolak dalik. in i kah transformasi yg umno bawak? tranformasi pembohong?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 8:59 AM

kalau dah macam tu...tak payah ada pertandingan...sifat buruk melayu kalau dah duduk diatas ..kalau tidak dihalau...akan sentiasa mahu kekal....hanya mati mereka tidak bolih tepis.....

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2013 at 9:08 AM

Kalau boring ayat tu, cuba ayat ini pula - "we love PM"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 9:35 AM

Harap UMNO tak pilih Mr Amaran yg lebih suka guna BI dlm TV.

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2013 at 9:55 AM

Din
Terbaru Hisam yg desperate tu buat komen mcm tu. Nak tumpang rakit zahid dan safie afdal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 10:27 AM

aku tak peduli..yang penting bekas menteri kdn mesti ditendang..pondan tak layak jadi pemimpin!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 11:07 AM

Beruk beruk ni nak ambil hati Ah Jib Gor kerana dengan statement begini si Hishamuddin akan di pilih semula. Statement ni popular dengan mak janda kita selalunya iaitu kalau nak kan saya kena lah sayang anak2 saya.

Kalau Hisham di pilih kali ini PRU14 saya tak akan keluar undi BN lagi. Kita sudah tengok contoh macam anak bangsawan Ah Jib Gor walau pun baik hati,smart dari dressing nya dengan sapu tangan sentiasa dipoket kot nya matching pulak dengan tie nya itu tapi TIDAK ARIF untuk mentakbir kerajaan ini kerana asik duk bergantung kepada consultant aje. Sepupu dia Hsham saya fikir adalah lagi USELESS dari Ah Jib Gor hanya harap nama dan jasa bapa dia untuk survive dalam UMNO.

Say NO to useless leader in UMNO.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 11:56 AM

Kau silap lah Din. Aku tak percaya kalau Hisyamuddin pahlawan keris yang berkata begitu. Kalau Ali Rustam...ermmm aku percaya. Kau jangan serkap jarang Din. Sekali Muddin menghunus kerisnya. Errrmm...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 1:56 PM

alaaa..... suruh jer ahjibeng wakilkan sepupuk beliau bagi BRIM. mesti suma pengemis2 BRIM bagi sokongan padu pada PAU nanti! kalau tak pun bagi AMARAN;

"sesiapa yg tak undi I nanti, kelayakan BRIM mereka akan dibatalkan!"

kompom menteri pondan nih akan menang!

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2013 at 4:00 PM

Bodoh ke mangkok diorang ni.Pertandingan ni secara solo bukannya secara balada berkumpulan.PtuiiiHHHHH...!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 3, 2013 at 4:09 PM

@Anonymous

Sekali "Pak Menteri" hunus keris, berkali-kali dia mohon maaf.....klaka bila tgk manusia perangani gini PERASAN nak jd pemimpin....haha

Ya Allah, mana la keMALUanmu hilang pak menteri hoi....:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 4:52 PM

bro din ,sabenarnya kerismudin dah mengelabah takut karam, itu yang dia tarik zahid ngan shafie tu, nak jadi kan pelampong penyelamat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 9:29 PM

Din, aku rasa depa ni ikut p ramlee yang nyanyi lagu ~ kita semua sepakat di kampung hai pening lalat~~~~ masing2 dok pening agaknya!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 12:34 AM

Tolongla jgn pilih hisham tu. Anyone but hisham.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 8:47 AM

sekarang macam2 iklan yang tidak diduga diakhbar...olih kementerian dimana menteri nya bertanding....malang nya iklan takziah kerana bumbung runtuh, pelumba basikal mati....tiada pula....agak nya menteri nya tak bertanding kot...malang saya bukan ahli parti....kalau tidak orang macam saya campahkan ketong sampah....inilaj dia umno 2013

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 5:06 PM

Aku x setuju. Rakyat perlukan seorang yg berani memberi amaran demi amaran utk memperjuangkan agama, bangsa & negara. Siapa?

Post a Comment