........... Aduan Rakyat - Bangunan Malaysian Inst. Of Technology Shah Alam Gagal Syarat Bomba ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Aduan Rakyat - Bangunan Malaysian Inst. Of Technology Shah Alam Gagal Syarat Bomba ! ?

Thursday, October 24, 20136comments

Hmmmm .... sejak saya keluarkan isu sekolah St Thomas, ada pembaca yang dah anggap blog ni macam blog aduan awam la pulak ..... takperlah, kalau kewujudan blog ini dapat membantu orang kita diluar sana, apa salahnya.


Kali ini saya diminta highlightkan pengaduan oleh seorang ibu yang risaukan keselamatan anaknya yang sedang belajar di Malaysian Institute of Technology (MIT) Academy di Shah Alam yang menurutnya keadaan bangunan kolej itu agak meragukan.

Beliau telah mengadu kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia namun mendapat respon yang amat lembap.

Komplen2 tentang asrama yang tidak terurus, pengendalian makanan dan ciri2 keselamatan agak subjektif untuk saya panjangkan dan ketiadaan bukti bagi menyokong dakwaan. Tapi apa yang boleh saya tolong sampaikan kerana disertakan bukti, adalah dari segi kegagalan pihak kolej mematuhi syarat2 pihak Bomba sebagaimana lampiran dibawah. 

Tidakkah itu bermakna yang bangunan itu sudah gagal mencapai Sijil kelayakan atau CF ? Jadi diharap mendapat perhatian pihak yang bertanggungjawab.

Ini adalah laporan dari pihak Bomba yang telah membuat pemeriksaan premis -

3 - " ...... Walaubagaimanapun,....'main fire alarm panel' didapati tidak berada dalam keadaan baik. Pihak premis telah membuat pindaan pada pelan bangunan yang telah diluluskan oleh pihak Jabatan dan telah menyebabkan penggunaan premis tersebut tidak sama seperti pelan lulus.

4 - Oleh itu pihak Jabatan telah mengeluarkan notis supaya pihak premis mengemukakan semula pelan pindaan bangunan untuk dikaji dan disemak semula. Pihak Jabatan juga telah mengeluarkan satu kompaun kesalahan kepada pihak premis di bawah Seksyen 55, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 iaitu mana-mana orang yang merosakkan, menyembunyikan, mengaktifkan atau menyahaktifkan mana-mana penggera kebakaran tanpa sebab yang munasabah melakukan suatu kesalahan.




Komunikasi terakhir antara Puan X dengan pihak kerajaan adalah surat di bawah dari Pegawai Khas PM yang merujuk perkara ini kepada Timbalan Ketua Pengarah ( IPTS ), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan yang bertarikh 23 September 2013.


Diharap pihak yang telah diamanahkan untuk memantau kes ini dapat bertindak segera dan hubungi sipengadu dengan maklumat tindakan yang telah dibuat.

Kenapa ya, setiapkali kalau dibuat sebarang aduan kepada Jabatan kerajaan .... selalunya mendapat reaksi LEMBAB ketahap membuat pengadu merasakan seolah tidak ada siapa yang mengambil serius aduan yang dibuat ?

Selalunyalah, pengadu ( rakyat ) pula yang sekali lagi terpaksa menghubungi pihak yang beliau mengadu untuk mendapatkan sebarang maklumbalas akan aduan asal yang dibuat. Tidak bolehkah pihak kerajaan pula yang proaktif dan hubungi pengadu untuk maklumkan apa2 tindakan yang telah dibuat ?

Jabatan2 kerajaan boleh berikan dateline supaya pengadu tidak tertunggu2. Tulis sekali nama pegawai dan nombor talipon dan nombor rujukan kes supaya tidak dijadikan bola yang ditendang kesana sini tiapkali membuat panggilan. 

Dan kalau ada pegawai yang terpaksa pergi kursus ( boleh tak kurangkan kekerapan kursus ? ), pastikan ada pegawai lain yang ambil alih tugas dan mampu bertanggungjawab ?

OK, balik pada kes di atas ..... hasil pemerhatian saya keatas MIT Akademi, saya dapati ia merupakan sebuah kolej yang NOT BAD, tapi tolong jangan ambil ringan soal keselamatan.

Mak ayah mana yang tak risaukan keselamatan anak2 kan .....

Dan kepada pihak Kerajaan pula, sebelum masukkan mana2 institusi atau entiti dalam senarai mesra kerajaan, tolong pastikan mereka sudah menepati syarat2 yang kerajaan sendiri tetapkan. Pemantauan harus dibuat dari masa kesemasa supaya semuanya berada dalam keadaan A-ok.


PS - Si Pengadu sedang menanti tindakan susulan tentang isu ini !

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2013 at 8:52 PM

Kalau orang Cina atau India yang mengadu, saya berani gerenti, tindak balas pegawai kerajaan selalunya, amat baik sekali. Kalau orang Melayu yang mengadu, maklum sajalah, kitakan boleh lebih kurang saja. Kalau ada 'cable' senang sikit. Melalui talipon pun boleh settle.

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2013 at 9:06 PM

Sesiapa lagi ada masalah untuk diadukan ? Sila emelkan kepada saya di dinturtle@hotmail.com

Pastikan aduan anda berasas, beserta bukti dan melibatkan kepentingan awam. Kecuali yang ditindas cina, isu peribadi pun boleh dilayan !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 9:26 PM

Kalau macam tu aku pun nak buat aduan...tolong dedah pasal ic palsu...sebab diorang kata penjenayah yang tembak pegawai bank tu guna ic palsu...tolong dedah sekali warga2 cina yang tak tahu cakap melayu, warga asing bangla indon dan lain2 yang mungkin juga mengunakan ic palsu...tambah2 semasa pilihanraya bahaya ni itu ja aduan saya terima kasih encik din!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 11:05 PM

Salam bro,
Harta kerajaan bro. Mana ada duit kalu tak turun. Pegawai kecil nak jwp pun malas. Org awam buat aduan, kita panjangkan, so tunggu respon org atas. Dia jwb tak ada bajet. So, nak cerita apa lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2013 at 7:02 AM

orang awam nak buat aduan kat jabatan kerajaan? kirim salam je la..

mesti ada cable atau title baru ada tindakan pantas punya. aku sendiri pernah melaluinya. buat aduan hotline..tapi tunggu punya tunggu..takde respon. nasib baik ada kenal org atasan..call dia. tak smp 5minit tindakan dilaksanakan..

kpd rakyat marhaen di luar sana..kalau nak buat aduan..kena pastikan bukti adalah jelas dan tepat. lepas tu terus kepada ketua jabatan. baru ada effect. kalau nak ikut sop kononnya..mintak maap je la..

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
October 25, 2013 at 7:08 AM

Kes seperti ini bukan hanya terhad kapada ' Malaysian Institute of Tecnology ' malah banyak lagi kolej-kolej lain yang keadaanya sangat mengechewakan contoh PTPL juga di Selangor dan saya perchaya ada berpuloh-puloh ladi kolej-kolej yang seperti ini ,yang matalamat utama mereka hanya nak mengaut duit pinjaman PTPN dari pelajar sahaja ,sedangkan pasarananya dan mutu pengajian tidak langsong dititikberatkan.

Post a Comment