........... Terengganu Darul Runtuh - ADA YANG TIDAK BETUL ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Terengganu Darul Runtuh - ADA YANG TIDAK BETUL !

Monday, September 30, 201311comments


Semalam saya telah berkunjung ke Mesjid Kampung Tebauk untuk melihat sendiri bumbung/siling yang runtuh ( KLiK ). Adalah beberapa 'pelancong' lain yang turut sama berada di sana atas tujuan yang sama - melawat sambil bergambar.


Mu gi dok masa bumbung Mesjid Kampung Binjai runtuh baru ni ? Gini gok .... kata salah sorang pelancong itu. 
Bijok ah ! sahut sorang lagi dengan nada nganjing.

Yang diatas ni adalah gambar bumbung Mesjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang yang runtuh pada 20 Mei lalu.

Hok stadium runtuh tu bijok sekali ! Yang ni saya pula yang cakap hehehehe .... orang kata untuk menyesuaikan diri dengan keadaang. Bila dah sama2 kutuk, kira dah jadi goo ( geng ) ah, boleh sembang panjang lagi.

Bila dah jadi goo tuh .... nah, ambik ko -

Berikut dilampirkan senarai binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008: ( Harakah 29/9 )

1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh: 12 April 2008
Harga: RM2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Tarikh: 2 Jun 2008
Harga: RM292 juta
Punca: “Semua buat silap” – Ahmad Said

3. Kolam Renang Batu Burok bocor
Tarikh: 5 Jun 2008
Harga:  RM18 juta

4. Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggal
Tarikh: 29 Jun 2008
Harga: (terminal ) RM123 juta

5.  Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh: 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – tumbang.
Tarikh:  6 Ogos 2009
Harga: RM15 juta

7.  Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh: 3 Oktober 2009
Harga: RM2.1 juta

8.  Bumbung kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000  (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh: 29 Mac 2010

10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang
Tarikh: 9 Januari 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina.

10. Astaka dalam pembinaan di Besut
Tarikh: 21 Jun 2012

11. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh: 19 Julai 2012

12.Tangki air Sekolah Menengah Paka
Tarikh: 24 Julai 2012

13. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh: 30 Disember 2012

14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih
Tarikh: 20 Februari 2013

14. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh: 20 Mei, 2013
Harga: RM1.4 juta

Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah:

1. Binjai Souq
2. Bazaar Warisan
2. Masjid Kristal (22 November 2008)
3. Masjid Kampung Lingai (4 November 2009 - harga RM3 juta)
4. Taman Tamadun Islam – stor dewan runtuh pada Julai 2010
5. Masjid An Naim, Dungun
6. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulihnya.
7. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta
7. Pasar baru Kedai Buluh
8. Pasar baru Manir
9.  Dewan serbaguna dan masjid di Ketengah
10. Taman Panorama Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu

BIJOK AH !

Kalaulah diberi jawapan - Dah takdir nak runtuh, nak buat macamana ?, agak2 orang akan kata apa ?  

Biasanya itu yang kita akan jawab tapi dalam kes kali ni, saya sendiri dah tak boleh nak jawab begitu. Memanglah takdir tapi kalau saya cakap begitu, diri akan terasa dilihat seperti seorang yang tidak mengikuti perkembangang semasa !

Mu dok nampok lagi ? Tuhan nok tunjuk la nih .....lepas se, se.. bla bla ba ...rasuoh ... bla bla ... kronisma ...bla bla ..pitih bla bla .. last sekali - Bordoh mu ! ambik ko ..... sebab tu saya cakap - Hok stadium runtuh tu bijok sekali !  haaaaa... nampak tak ? Baru boleh jadi goo ...

Hanya penyokong tegar Umno yang pure giler jer akan bangkit mempertahankan Umno ketika berdepan dengan orang Pas yang sedang rancak mengutuk soal bumbung / binaan runtuh di Terengganu.

Nak marah pun terpulanglah tapi itu kenyataannya. Hinggakan blogger pro Umno kat luar Terengganu pun dah malas nak backing. Contohnya mamat ni - KLiK

Kontraktor, jurutera, juruteknik bangunan dan Jabatan Kerja Raya yang memantau pembinaan tersebut perlu disiasat sama ada ianya ada unsur penipuan dalam bahan binaan atau kecuaian pihak yang memantau tidak mengambil berat tentang segala aspek pembinaan.

Jangan sampai pembangkang asyik menunding jari dengan menyalahkan kerajaan negeri dan mengatakan bahawa ianya berpunca dari rasuah dan sebagainya.


Jika benar ada unsur rasuah, mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan kerana ini semua mencemarkan imej dan kreadibiliti kerajaan.


Haaa nampak , hujah dia pun dah mula goyang. Dia pun dah FED-UP nak backing isu2 sebegini lagi.

Berkaitaan insiden semalam, MB MatSaid dah pun berikan kenyataan sepertimana yang dilapurkan Bernama -

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebarang unsur rasuah melibatkan proses pembinaan masjid yang runtuh di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata pihak kontraktor dan pembekal bahan binaan harus disiasat untuk mengesan sebarang penyelewengan dan sama ada pembinaan mengikut spesifikasi pihak berwajib.

"Insiden masjid runtuh hari ini harus diambil perhatian oleh pihak JKR (Jabatan Kerja Raya). Ada yang tidak betul. Saya minta SPRM menyiasat sepenuhnya kes ini,"

Terengganu dah jadi special case bab runtuh ni. Saya dah malas nak komen banyak tapi dalam menilai maksud kenyataan MB diatas, satu persoalan timbul dalam kepala -

"Ada yang tidak betul." MB yang cakap OK. Jadi bila Ada yang tidak betul, bukankah menjadi prioriti sekarang untuk diperiksa struktur bumbung / siling SETIAP mesjid dan surau atau apasaja premis awam yang telah dibina oleh JKR sejak akhir2 ini ? ..... SEBELUM ADA YANG RUNTUH DAN MENIMPA KEPALA ORANG !

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2013 at 9:09 AM

Projek JKR yang dulu-2 (sebelum 2005) tak pernah terjadi kes runtuhan atau kerosakan yang teruk. Kerajaan perlu kaji (kenapa). Sebabnya ialah projek JKR yang dulu2 adalah direkabentuk oleh JKR sendiri, dipanggil tender dan dibina dengan pemantauan keseluruhan oleh JKR. bahan binaan ditentukan oleh JKR dan pemasangan diselia oleh JKR.
Sejak JKR hanya ditugaskan untuk menyelia kerja konsultan, sementara kerajaan negeri dan Jabatan lain mengambil alih kerja-2 JKR (selain seliaan), maka bermulalah kes-2 begini. Ini berlaku diseluruh negara.
Nabi telah berpesan, jika sesuatu tugas diberi kpd yang bukan ahli, maka tunggulah waktu datangnya kemusnahan (lebih kurang maksud hadis)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2013 at 9:11 AM

Ambil kontraktor tahap Che Long kot? Runtuh memanjang!

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2013 at 9:18 AM

Bro
Bahan binaan tu salah satu faktor aja. Bila dah seluruh bumbung runtuh kena tengok designnya. Siapa consultsntnya. Berkelayskan ke tidak. Bagsimana pemantauannya. Jkr tentu ada clerk of work yg jaga projek.
Betul kata mu banyak yg tak betul.
Bumbung stadium yg runtuh sampai la ni tak da yg kena charge.

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2013 at 9:22 AM

@Anonymous"Ini berlaku diseluruh negara."

Tapi yang runtuhnya banyak di Terengganu ! Ada yang tak kena ni ...

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2013 at 9:23 AM

@Esa AdamYES ! Sampai skarang belum ada yang kena tindakan atau dipertanggungjawabkan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2013 at 10:24 AM

Engineer atau arkitek kat terrngganu tak cekap perihal bumbung, sepatutnya design bumbung kena bagi sub pada cinabeng. Utk lebih selamat kena upah con sultan utk bagi nasihat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2013 at 11:29 AM

Ada kemungkinan kah runtuhan fisikal ketara ini di sebabkan keluaran akidah seleweng dpd Rusilah di mana Haji Hadi Awang duduk menyebar kefaham ketuhanan yang anti-Ashairah; Dia mengajar orang ramai bahawa ALLAH bukan WUJUD, bukan QIDAM, bukan BAQA', bahkan kata dia Allah bersifat turun (dan naik). Ini bermaksud ia telah menjisimkan dan membaharukan Zat Al-Haqq Allah Ta'ala dengan meletakkan ALLAH didalam kejadian alam. Maka ia telah mengadakan sekutu pada Rabbana Al-Ahad As-Samad - sesuatu kesimpulan yang bersifat jahil. Haji Hadi dalam usaha penyebarannya itu telah MERUNTUHKAN kefahaman masyarakat orang Melayu terhadap Tuhan kita Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sebagai bukti kepada kenyataan ini sila menonton "Haji Hadi Awang Wahhabi" di dalam YouTube

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2013 at 1:28 AM

Ada lagi 1 masalah yg kito tak bincang kat sini.....
Pekerja asing yg kerja kat pembinaan tu qualified ko tak.
Biasa ramai kuli dari asing yg hanya 3~4 minggu pengalaman dah boleh diamanahkan beberapa tugas yt senang tanpa 100% menyelia oleh juruteknik. saya rasa walaupun kerja senang pun, pasti disahkan 100% oleh Jrurteknik.
Tapi, yg kita tau biasanya Juruteknik pula kurang sah dgn 100%, hanya datang tengok result....Selepas simen kering, apa jadi dalam dah tidak boleh disahkan. Sebabtu lah selalu dengar dinding bangunan baru bocoh atau masuk air.
Contohnya kat negara maju sikit macam Australia, semua pekerja mesti dapat sijil tersebut sblum dpt kerja tak kira pembina atau kuli. Pedidikan tersebut untuk memastikan mereka takkan menyalah guna alat2 atau membina dgn proses yg silap. Biasanya salah detail2 proses tu lah yg menyebabkan keruntuhan ni. Krn pekerja yg tanpa dididik dgn pengetahuan yg formal tak dpt anggap situasi yg berubah2, dia hanya boleh anggap dgn pengalaman yg mungkin salah.
Tapi masalah ialah, kalo pekerja semua ni pun pernah ambil sijil baru boleh kerja, kos kontrak pasti ditingkatkan tinggi krn macam Australia, pekerja macam kuli2 pun pernah banyar basic salary ikut gaji yg diperuntukan oleh jabatan pekerja. AUD17/hour(RM50/jam!!!), dan pernah tambah $ atas basic pay tu ikut beberapa sijil dan sijil apa yg pekerja tu mempuyai. Nilah baru boleh kurangkan isu2 keruntuhan bagunan dgn berkesan....So

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 6:41 AM

Betul dan betul dan betul. Jika pihak yg bertanggongjwb akan pemeriksaan bgn itu atau bgn yg mana2 pon tidak boleh d pakai jgn d luluskan. Jgn d ambil duit haram jika ada meka2 yg ""berbersar hati "" nak beri duit bawah meja. Mcm siot la dorang nihh.

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2013 at 11:11 AM

org kt situ, nk salahkan satu pihak je x jadik jugak....pye la byk negeri yang di bwh bn,asal kat ganu je yg asik runtuh....sy ni org pahang, tapi Alhamdulillah, wlu x pernah bertukar kerajaan negeri, mcm x pernah dgr lagi bumbung runtuh melainkan ditiup angin,...something is so wrong la somewhere kat terengganu ni....kene buat audit kejuruteraan khas untuk audit struktur2 bumbung seluruh terengganu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 5:48 PM

arkitek dengan engineer x pantau ker projek tu..nak untung lebih pun agak2 lah...

Post a Comment