........... Syarat Wajib Lulus B. Inggeris 2016 - Apakah Pelajar Melayu Sudah Bersedia ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Syarat Wajib Lulus B. Inggeris 2016 - Apakah Pelajar Melayu Sudah Bersedia ?

Wednesday, September 11, 201316comments

Isu ini saya percaya tak ramai yang mahu ulas sebab ia bukan isu politik, tak glamer, ia isu akademik. Tapi disebabkan kesannya yang begitu besar kepada pelajar2 terutamanya pelajar Melayu diluar bandar, saya terpanggil juga nak komen.

Berita ni amat mengejutkan -

70% Guru Bahasa Inggeris Tidak Layak Mengajar - Idris

Kira-kira dua pertiga guru Bahasa Inggeris di negara ini telah diklasifikasikan sebagai 'tidak berupaya' atau 'tidak layak' untuk mengajar subjek berkenaan di sekolah.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata guru berkenaan telah dihantar mengikuti kursus untuk memperbaiki kemahiran mereka dalam menguasai bahasa berkenaan.

"Kementerian juga sedang menimbangkan cadangan untuk menghantar mereka mengikuti kursus TESL (Mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua)," katanya pada sesi dialog mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang diadakan di Kompleks Karangkraf pada Selasa.

Idris tidak menyatakan jumlah guru yang tidak layak itu memberi jaminan, sebahagian daripada mereka yang cemerlang telah didaftarkan dalam kursus bahasa Inggeris tempatan.

Kajian terbaru mendedahkan, kira-kira 70 peratus daripada 60,000 guru Bahasa Inggeris, yang menduduki peperiksaan, English Language Cambridge Placement Test, mencatatkan keputusan yang rendah.


Kaitkan dengan kenyataan yang ini pula -

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan hari ini, Bahasa Inggeris akan menjadi mata pelajaran wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2016


Mungkin bagi para pelajar dikawasan bandar besar, ini tidak menjadi masalah besar tapi bagi mereka yang tinggal di luar bandar termasuk di Kuala Terengganu, ia satu masalah BESAR.

Rata-rata pelajar Melayu kita, penguasaan omputeh mereka HAMPEH !

Saya ada berbincang hal ini dengan seorang Keua Bidang Omputeh disalah sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu dan beliau mengakui akan betapa rendahnya penguasaan pelajar2 Melayu dalam bahasa Inggeris. Dan katanya juga, jika dilaksanakan juga sebagai subjek wajib lulus, maknanya ramailah pelajar Melayu kita yang akan gagal dalam SPM !

Perlu diakui terdapat jurang yang besar antara pelajar dikawasan bandar dengan luar bandar dalam kes bahasa omputeh ni.  Bukannya maksud saya pelan itu dibatalkan tapi TUNDA sehingga pelajar2 kita sudah bersedia.

Yang pasti, mereka belum bersedia untuk tahun 2016.

Ditambah pula dengan pendedahan Deris Jusoh yang dua pertiga guru2 bahasa Inggeris yang ada sekarang sebenarnya tidak layak untuk mengajar subjek itu. Kemungkinan besar guru2 yang tidak layak itu juga bertugas dikawasan luarbandar.

Nah, kalau guru sendiri semput bagaimana nak harapkan keajaiban dari para pelajar yang sememangnya lemah, dalam masa tidak sampai 3 tahun ?

Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali turut mengulas perkara ini minggu lepas dan saya bersetuju dengan pandangan beliau -

“Saya melihat keputusan kerajaan ini belum muktamad dan boleh dikaji semula. Tahun 2016 sudah terlalu hampir. Pastinya ramai yang masih belum bersedia seperti anak nelayan dan petani, ibu bapa serta guru sekolah.

Akhirnya, pelajar Melayu sendiri yang terkorban dengan pelaksanaan dasar ini. Setiap perkara yang diputuskan perlu memberi kepentingan kepada semua kaum terutamanya anak-anak Melayu." - TMI.

Bukan menidakkan kepentingan bahasa Inggeris, tapi agak-agaklah kalau nak buat sesuatu sepenting ini, apakah sudah dibuat kajian mendalam akan tahap kesediaan pelajar kita ? Atau tahap kelayakan guru2 bahasa Inggeris itu sendiri ?

Dikatakan kajian yang komprehensif dan holistik sudah dibuat sebelum PPPM ini diumumkan .... entahlah, tak reti saya nak komen lagi dah.

Senang cerita, cuba anda sendiri uji anak2 dan saudara anda yang sedang belajar di Tingkatan 1 dan 2, apakah anda yakin mereka boleh lulus SPM Bahasa Inggeris lagi 3-4 tahun ?

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 10:02 PM

Sebenarnya dulu dah diusahakan pendidik bahasa inggeris dgn membawa guru import tapi selalu nya sekerat jalan je so rasanya bagus juga tindakan mewajibkan ni kalau tak besedia kena tunggu sampai bila?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 10:12 PM

70% guru tak layak??? Nyawa kita ni bro Din kalau doktor kata 70% dah kritikal, sedara mara dah kelam kabut carikan kubur untuk ditanamkan nanti. Aku kena tanya dengan anak aku betul-betul selepas ni. Kat sekolah cikgu ajar BI guna bahasa Melayu atau BI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 10:18 PM

Saya tak setuju ulasan Bro DIn kali ni.

Kadang-kadang, dalam sesuatu hal, tak boleh nak kena tunggu bersedia, baru nak mula.

Sebab saya juga seorang pendidik.

Kolekkecil

....................
Reply To This Comment ...................
September 11, 2013 at 10:24 PM

"NUTP merasakan 2016 itu terlalu hampir, kita hanya ada dua tahun lebih saja untuk memenuhi syarat mesti wajib lulus itu dan ia bukan masanya.

"Kerajaan mesti pastikan segala keperluan dan prasarana ke arah itu dilengkapkan sepenuhnya, kemudian baru boleh wajib lulus subjek itu seawal-awalnya pada 2020,"

Komen Presiden NUTP Hashim Adnan - http://www.sinarharian.com.my/nasional/wajibkan-subjek-bahasa-inggeris-menjelang-2020-1.199892

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 10:25 PM

Sebelum dihapuskan ppsmi disebab asyik dengar sibahlol a.samad said lepas tu dia jadi gian berdemo habis semua demo yg lain dia join.. Loklak betul org tua nih!!
Sekarang tanpa mengkaji mendalam pi wajib lulus bhs inggeris utk spm lak, ini melalut pulak..
Tak tahu nak kata apa dgn menteri2 UMNO nih, semuanya tergesa2 dan tidak pakai akal!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2013 at 12:36 AM

Aku setuju bi diwajibkan dalam spm dengan syarat :

1. Guru-guru bi cemerlang yang hidup selesa di bandar-bandar besar mesti dihantar ke sekolah-sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman untuk berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman.

2. Wujudkan "bi environment" di kawasan sekolah supaya pelajar tidak malu dan tidak kekok "speaking" walau di mana jua mereka berada asalkan dalam kawasan sekolah. Untuk merealisasikannya, setiap warganegara sekolah mesti dilibatkan sama. Ini termasuklah kerani sekolah, tukang kebun, pak gad dan makcik kantin sekalipun mesti pandai "speaking" sekurang-kurangnya pada tahap basic.

3. Guru-guru bi tidak dibebankan dengan tugasan-tugasan lain yang tiada kaitan dengan pengajaran & pembelajaran (p&p).

4. Wujudkan makmal bahasa bagi mengkaji dan mengatasi kelemahan pelajar melayu dalam bi

5. Guru-guru bi yang tidak mencapai tahap yang memuaskan diminta supaya tidak lagi mengajar bi dan diarahkan untuk mengajar subjek lain

6. Berikan tempoh "soft landing" yang mencukupi umpamanya pelajar-pelajar perintis dimulai dari tingkatan 1 sehinggalah mereka berada di tingkatan 5.

7. Kerajaan sepatutnya menghentikan mengimport guru-guru dari US atau UK kerana ianya melibatkan kos yang tinggi dan kurang efektif.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2013 at 5:56 AM

Aku rasa masaalah besar budak Melayu ni nanti, habis, rasanya nanti ramai yg tak lulus SPM sebab BI ni. Aku dulu pun BI always dpt the worse, masa tingkatan 1, 400+ student, aku no 2 last. Ntah camana kat U, ELPT boleh lulus. Just imagine budak budak yg duk jauh di pedalaman nu, berat ! berat !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2013 at 5:57 AM

bro din... semua test tu di buat secara online... kalu bro din pakai broadband bro akan tahu tahap kestabilan dan kelajuan broadband tu setara mana... apatah lagi line internet sekolah yang diborong oleh satu kompeni je.... dan lagi satu setiap soalan tu ada masa jawapan... sekiranya lebih masa untuk setiap satu soalan dan terputus online masa tengah jawab...confirm fail keputusannya... bukan aku nak kata semua cikgu bi ok, tapi takkan sampai 70% fail test tu, kesimpulannya bpg pilih calon guru semberono dan program di ipg pun tangkap muat jugak ke?

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2013 at 7:51 AM

Tu la pasal ... banyak masalah2 yang orang luar tidak tahu yang jika dicampurkan semuanya, pasti tidak memberi advantage kepada pelajar2 Melayu diluar bandar. Bukan semuanya bergantung kepada kemampuan pelajar.

Satu lagi, apakah masalah bilangan cikgu BI mencukupi ? Hampir setiap sekolah mengalami masalah kekurangan cikgu BI. ( termasuk yang dikatakan tidak layak itu )

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2013 at 9:07 AM

DT,

Setuju mungkin tempoh 2 tahun terlalu singkat utk persediaan. Tapi kalau tak mula sekarang bila lagi kita nak buat. Kalau kita tak batalkan pengajaran dlm BI dulu mungkin keadaan sekarang lebih baik. Kita boleh lihat perbezaan budak batch BI dulu dgn yg BM skarang. Ada beza.

Tapi perlu ke wajib lulus, kalau tak wajib ok aje. Sebab bila nak masuk U or kolej, mereka masih tetapkan lulus BI. Ini cuma nak nampak buat proposal aje atas kertas. Sebenarnya tak beri apa2 perbezaan atas result yg akan dicapai. Kalau dicadangkan kita akan lebih memperkasakan BI dan bukan wajib lulus, mungkin tak bising mcm ni. Yg penting objektif kita mahu mempunyai rakyat yg fasih BI.

70% tak layak, NUTP tak mengamuk pulak ye. Apasal tak kata ianya merendahkan martabat perguruan. Tapi kalau kata 70% tak dpt bonus pasal tak layak agak2 NUTP mengamuk tak. Berat juga kalau anda guru BI tapi menteri kata 70% sebenarnya tak layak. Bukan saya kata, bos hangpa yg kata.

Apapum BI amat penting utk kita menjadi negara maju. Jgn pulak kata bahasa ibunda pun boleh berjaya mcm Jepun/Korea. Kalau nak cepat capai negara maju hanya BI shj caranya.

Maaf Cikgu kalau tersinggung, tanpa anda siapalah kita.

Yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2013 at 9:11 AM

Setuju sangat dgn Anon September 11, 2013 at 10:25 PM.

Bro Din.
Kerajaan melaksanakan PPSMI dulu disebabkan banyak bahan rujukan yang berkaitan dengan teknologi ditulis dalam bahasa Inggeris. Dalam hal ini, kita nak salahkan siapa? Tiba-tiba si tua janggut putih jibraun yang hanya tahu bersastera membuat bantahan dan kerajaan yang dipimpin oleh si pak turut tolol pun main ikut saja! Apa kena-mengena teknologi dengan sastera? Adakah negara boleh dibangunkan sekiranya semua rakyatnya pakar bersastera? Bukan mahu memandang rendah Bahasa Melayu, tapi itu adalah HAKIKAT yang perlu dihadapi. Contohnya Brunei. Bahasa rasmi adalah bahasa Inggeris (untuk tujuan peningkatan pendidikan) tapi masih LEBIH MELAYU daripada penduduk Malaysia!

Sekarang, sudah terhantuk baru tergadah! Apa ni? Punyalah BODOH pak menteri-menteri nih! Diaorang ingat anak-anak kita ini bahan eksprimen tolol diorang kah? Sapa suruh korang nak populis ikut sahaja cakap pembangkang!

Maaf din. Bahasa kasar. Macamana tidaknya, kucar-kacir anak kita dibuatnya. Kalau anak diorang yang kena, ada berani diaorang buat macam ini?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2013 at 12:47 PM

Salam,

biasa la, budaya menteri la ni ckp ikut sedap mulut, bkn ikut otak dan fikir. Dah ckp 70% guru bi tak layak ajar bi, blh ke mrk ajar budak bagi lulus bi. Menteri ckp atau ketua pengarah ckp tak tau menteri dpt maklumat dr mana? Guru ckp boleh, tp ibu bapa kata, boleh ke yg tak lulus bi ajar. 70% tu macam 70% sekolah dah kurang guru bi yg mahir. errrrrr sekolah anak aku guru bi termasuk dlm 70% tu ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2013 at 1:31 PM

@AnonymousKadang2 keputusan meletakkan target adalah cara yang sangat praktikal bagi menjayakan sesuatu matlamat. Selagi tiada target, maka selagi itulah sasaran kita akan tersasar.
Sudah menjadi tabiat orang kita, komplen dan sanggah keputusan untuk melanjutkannya.... Sampai bila? Yang pemalas akan mengharapkan perkara ini terus ditangguh, kalau boleh dimansuhkan. Biasalah... Yang rajin akan berusaha, yang malas memberi alasan....

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2013 at 2:21 PM

@AnonymousMasalahnya apakah kayuukur yang digunakan untuk mendapatkan target 2016 itu sudah mengambilkira realiti ?

Apa yang dipersoalkan apakah target itu realistik ?

Yang menanggung akibat kesilapan menconggak target adalah para pelajar2 Melayu kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2013 at 3:45 PM

Ada wajarnya masalah kemudahan prasarana dan persediaan guru masih belum tip top.
Tapi kalau dilihat dari sudut positif, dengan menetapkan kayu ukur dari sudut masa dan kualiti yang sebegitulah, mungkin kerajaan akan move forward lebih aggressive menyediakan platform terbaik.

BI, bukan sahaja pengajaran dalam kelas. Tapi boleh diaplikasikan di luar kelas dan juga dalam kelas lain yang bukan bahasa inggeris. ANtara kesungguhan atau pun tidak guru0guru, ibu bapa dan menyediakan persekitaran moral yang menyokong dasar dan usaha ini. Saya bukan tidak menyokong Bahasa Melayu, akan tetapi perlu ada suasana yang positif dan hidup dalam pada kita nak mewujudkan sesuatu yang bukan milik kita.

Dunia luar dah makin meniggalkan kita. Tak sempat nak tunggu siap prasarana.

Untuk kes luar bandar, rasanya kalau tak silap peratusan peperiksaan berbeza-beza dan berubah-ubah mengikut kawasan. Ini apa yang seorang kawan saya pernah sebutkan dulu. Tak pasti ianya betul atau tidak, akan tetapi mungkin ia boleh dijadikan solusi untuk dilema ini.

Anak melayu kita makin tertinggal. Saya amat percaya dan yakin, ia perlu dilaksanakan.

Pak menteri bodoh? Buat keputusan membuta tuli? Anak kita eksperimen? Pada saya abaikan semua itu, sebab salah satu kelompok pelaksana pendidikan adalah ibu dan ayah. Kalau pun tiada dasar itu diketengahkan, berapa ramai ibu dan ayah yang belikan akhbar inggeris at least seminggu sekali untuk jadi bahan bacaan anaknya?

Dan kiranya dasar PPPM dapat dibuat dan bermula dari rumah, secara holistik, InsyaAllah akan juga menambah nilai etika dan patriotisme anak-anak.

Kolekkecil

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2013 at 7:01 PM

@dinturtleHampir 80% (anggaran saya) daripada para pelajar melayu seluruh Malaysia yang belajar B.Inggeris sejak darjah satu sampai tingkatan 5 (11 tahun) masih tak boleh berbahasa ingegeris. Padahal seorang membelajar bahasa kalau kena guru yang baik dan sistem yang betul, hanya mengambil masa 6 bulan sahaja untuk boleh bercakap b inggeris. Tentu ada yg tak kena dgn sistem atau cikgu yang mengajar bahasa ini di sekolah kita. Tidakkah kem. Pendidikan perasan benda ini? Apa yg cikgu B.I buat selama 11 tahun? Nak salahkan pelajar? Tak patut... Memang tak patut.

Post a Comment