........... Sumpah AhJibGor - Anda Percaya ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sumpah AhJibGor - Anda Percaya ?

Wednesday, September 11, 201319comments

Rasa tak aci gak kita duk balun Najib tuduh dia tak jaga Melayu, lembik, tak reti nak buat keputusan sendiri bla bla bla .... macamlah Najib tak pernah bertempik berapi2 memperkatakan soal bangsa.

Dibawah adalah sedutan bahagian akhir ucapan dasar Najib di PAU 2012 ....

Sudah barang pasti UMNO tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri.

Justeru, saya selaku Presiden UMNO, bersama-sama Timbalan Presiden serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan Rasul-Nya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam.

Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, UMNO tidak akan berpulang walau setapak, UMNO tidak mungkin berpatah jalan. UMNO takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. UMNO dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam.


Saja nak test ..... agak2 korang percaya tak sumpah yang dilafazkan Najib tu ? Sumpah tu beb ! Atas nama Allah dan Rasul !

Anda percaya sumpah AhJibGor ?

PS- Pengomen pertama kata gambar ahJibGor buat dia tak percaya ..... hmmmm, ok, saya tepek satu lagi -

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 11, 2013 at 8:16 AM

salam bro Din...bila tengok kan gambar yg bro letak tu, tawar dah dgn PM 1malaysia ni huhu. saya susah nak percaya..

....................
Reply To This Comment ...................
September 11, 2013 at 8:30 AM

Sumpah si Ahjib saya tak percaya tapi kalau si sampah Ahjib saya percaya. Dah terlalu banyak bukti. Skadar kata-kata beliau sudah tiada nilainya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 8:59 AM

percaya!! giler punyer percaya. tapi tak nak pangkah dia lagi la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 9:05 AM

gambar yang ko tepek kemudian tuh nampak macam wajah kesal dan macam nak mintak simpati. gambar apa pun ko tepek tidak dapat lagi mengubati kekecewaan orang Melayu. aku rasa lebih baik ko tepekkan gambar pukul gendang Cina, kalau bolehlah ko layan permintaan aku. didahulu dengan beribu ribu dan berjuta terima kasih Din. kalau ko tak tepekkan apa nak kata, rumah ko dan terpulanglah gaya mana ko nak hiaskan.

....................
Reply To This Comment ...................
September 11, 2013 at 9:38 AM

Assalam Bro

Kalau baca sumpah dia tu meremang bulu roma Bro... Tapi itu dululah... sekarang kalau dia beri ucapan apa pun kawan mula dah persoalkan apa yang dia katakan... Macam yang dia kata nak memartabatkan orang Melayu... Kawan pun faham Bro... yang dia nak berhimpun di UiTM tu pada 14/9/2013 kononnya nak memperkasakan agenda bumiputra sebab PAU dekat... yang dibantu esok2 kontraktor2 yg duduk bodek dlm UMNO juga... agenda tak akan sampai kepada rakyat jelata... Tak caya kita tunggu... Ini semua nak pancing undi dalam PAU... Orang UMNO kena undi Najib, suka atau tidak... nanti kapal yang nak karam senang dikaramkan terus... Aku bukan tak percaya tapi payah dah nak percaya...

....................
Reply To This Comment ...................
September 11, 2013 at 9:56 AM

@AnonymousMana aci letak gambar ahjibgor pukul gendang kat artikel ni.

Itu cubaan mempengaruhi minda pembaca melalui visual :)

....................
Reply To This Comment ...................
September 11, 2013 at 9:57 AM

@ajai62Dekat PAU je Najib akan bercakap tentang Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 9:58 AM

apa nak dikata, timbalan presiden pun dah lembik dengan dongzong bila cina terus mendapat apa yang mereka mahukan... bangsa kita terus diasak oleh musuh2 kita...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 10:32 AM

Kau org tak faham apa pun. Dia lagi pandai. Ini bukan pasal Najib tak tahu buat kerja. Dia nampak time Badawi dan KJ dulu macam mana buit billion boleh dighaibkan. Tak payah kasi habuk pun kpd org Melayu.

Time Dr Mahathir, taktik Dr Mahathir lain. Dia cari Melayu yg nak kaya. Lepas tu dia suruh Melayu nak jadi kaya itu buat projek. Projek mesti siap dulu. Siaplah PLUS - Halim Saad jadi kaya. Celcom siap - Tajuddin Ramli jadi kaya. IPP siap - Syed Mokhtar kaya, MRCB kaya. Siap Jambatan Pulau Pinang - Renong kaya. KLIA siap - Melayu kaya. Putrajaya siap - Melayu kaya. Projek siap dulu, baru Melayu jadi kaya.

Time Najib, bilion duit belanja. Projek ada siap kah? Mana projek dia? Mana Melayu yg jadi kaya? Siapa dia?

Skrg Petronas pun nak bungkus dah. Duit Petronas berbillion2 hangus. Melayu tak kaya pun. Mana pergi duit Petronas?

Tiap tahun belanjawan billion Ringgit. Mana Melayu kaya? Dia kasi BR1M RM500 saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 10:33 AM

Aku sangat-sangat kecewa dan sangat hati kerana undi yang aku berikan sia-sia jer.Tak berbaloi rasanya. Nasib orang Melayu tetap sama dan takkan berubah. Dah lama sangat aku tunggu agenda memartabatkan dan menaiktaraf ekonomi Melayu. Melayu masih terus merempat dan terpinggir di tanah air sendiri. Singkirkan Ah Jib Gor demi kelangsungan survival bangsa Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 11, 2013 at 11:53 AM

aku rindukan najib yang lama..please ds najib,get back into the line pls!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 11:54 AM

Saya mahu pemimpin Melayu kita be accountable.

Kalau kat Jepun ramai pemimpin politik akan letak jawatan bila ada skandal timbul - tapi belum tentu betul - letak jawatan utk selamatkan parti.

Pemimpin kita lain - selamatkan poket sendiri dulu.

Keputusan PRU13 menunjukkan BN kalah teruk dari PRU12 tapi tak seorang pun pemimpin BN letak jawatan. NOT ACCOUNTABLE lah tu.

Akhir kata, Tun Lah ada bola (baca : BALL) utk letak jawatan. Who has no ball anymore ????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 1:54 PM

salam,

bukan sumpah ah jib gor, tapi sesumpah ah jib gor. serupa anwar, tapi lain pattern. lain kali la nak percaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 3:26 PM

bro din , aku rasa ajib dah termakan sumpah ni, itu yang jadi sesumpah tu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 4:29 PM

Should be bola-bola (BALLS)..xkan sebijik je?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 4:33 PM

Dulu aku percaya dan yakin dengan sumpah dia ni bro. Tapi semenjak telor dia kena jentik dengan cina, DAP dan Dong Zhiong, aku dah hilang kepercayaan. Aku yakin pada PAU kali ni, ada sumpah baru keluar dari mulut dia. Cuma aku tak tau apa sumpah baru dia kali ni. Tapi apa yang pasti dan nyata ialah RAMAI yang SUMPAH SERANAH pada dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2013 at 9:16 AM

Kami pesara kerajaan tak percaya pada umno lagi. Tunggu pru14 lah. Mereka hanya kayakan sendiri.kami diperalat je.tq

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2013 at 12:10 PM

saya pun dah tawar hati dgn kerajaan skrg ni bro din..sblm pru13 rajin jugak masuk blog hentam penyokong pembangkang termasuk blog ni jugak saya rajin komen..tapi pru14...aku dah jelak undi kerajaan yang ada skrg ni. aku tak peduli dah..kat tempat aku ni balik2 muka sama jugak dicalonkan dan menang...dan skrg mana dia?

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2013 at 12:28 PM

@Anonymoussaya percaya sentimen itu turut dirasai oleh ramai lagi Melayu Pribumi lain...... Golongan Atas Pagar semakin meningkat !

Post a Comment