........... Senyum Ahad - Ayam Celup Warna | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Senyum Ahad - Ayam Celup Warna

Sunday, September 29, 201314comments

Saya tak sangka rupanya ada juga peniaga yang mencelup ayam dalam cairan pewarna bagi tujuan menipu pengguna kononnya itu ayam kampung ! Pendedahan dibuat oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam. - Mkini.

"Setakat ini pewarna yang dikesan tidak menjejaskan kesihatan dan diguna oleh industri makanan lain. Tetapi ini tidak bermakna mereka boleh guna pewarna itu untuk menipu pengguna,"

Damn ! Ayam pun main celup warna juga .... memang kreatif lah orang kita. Peniaga yang celup ok, bukan ayam tu yang gi warnakan dirinya. Bagian celup2 ni saya hanya terfikirkan ICT - ikan celup tepung je.

Mulanya saya pelik juga kenapa Subramaniam yang komen hal ayam hehehehe .... bukannya Menteri Kalau-Harga-Ayam-Naik-Beli-Daging. Inilah contohnya dalam satu perkara yang sama - ayam celup, boleh melibatkan peranan Kementerian yang berlainan mengikut specs masing2. 

Menteri Kesihatan akan bercakap dari sudut kesan warna itu kepada kesihatan pengguna. Menteri KPDNKK akan mengulas sudut kesan harga dan faktor pasaran ayam celup kepada pengguna, Menteri Pertanian pula mengenai kualiti dan bekalan ayam ... Menteri MOTAC mungkin mahu menjadikan ayam celup sebagai tarikan pelancong .............. anaknya bagian celup ayam.

Sebab hari ni Ahad, jadi kita relakskan minda dan apakata kita bergurau tentang ayam celup warna ni.



Anda boleh isikan apa yang anda mahu pemimpin2 ni komen tentang ayam celup warna ! Saya berikan buah fikiran saya dulu -

Menteri KPDNKK - Kalau tak suka warna kuning, belilah warna biru ke, warna pink ke ....

PEMANDU - Kita akan tubuhkan satu badan penasihat bagi memilih slogan terbaik bagi industri ayam celup, bilnya tak lah banyak mungkin sekitar RM25juta. Badan tersebut akan diketuai oleh ayam kita.

Najib - Transformasi kepada ayam celup harus dilakukan selaras dengan konsep 1Ayam !

KJ - Kita kena ambil haluan tengah dengan mengubah DNA ayam agar industri ayam dapat diliberalkan

Anwar - Goreng pun sedap ! ( sambil matanya kenen2 pada jubur ayam..... meleleh airliur )

Lim Kit Siang - Ayam celup ? RASIS ! Semua ayam kena satu warna.

ahKok - Lu jangan kasi chop sama itu ayam ah... 

Tun Mahathir - Walaupun ayam sudah dicelup pelbagai warna, tapi ....apanama..... Ayam kampung mesti dijaga haknya !

Idris Jala - JUAL ! JUAL !

Nik Aziz - Ayam warna hijau lebih mulia....

Tian Chua - Ini semua sandiwara Umno..

Shahrizat - Errr .... ( tak berani saya nak komen ! Takuuuut.. ) 

Ambiga - Warna ayam ni kena pastikan tak boleh tanggal !

Ku Nan - Kita alu2kan seberapa banyak warna yang boleh tapi saya mahu orang Umno pilih 3 saja warna yang telah kita tetapkan ...

Nazri - Sukahati akulah kalau aku nak cukur ayam aku pun !

Korang tambahlah sendiri  hehehehe ....

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 12:18 PM

Haha cam haram lawak2!! Tmbah2 yg melihat ke jubur ayam tu hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 12:23 PM

Harap2 nama2 yg bro sebut tu ada sense of humor kalau tak masak bro kena saman ! hahahahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 12:23 PM

Kita akan masukkan ayam tu dalam kotak rahsia...ezam kotak katik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 12:35 PM

Kita akan siasat kenapa reban ayam berharga RM100 JUTA boleh runtuh selepas sebulan digunakan.Padahal ayam bukan berat sangat pun..

MB terengganu Mat Said..

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2013 at 1:07 PM

Adik2 kakok2...ayae ni utok rakyak. Jadi saye moleknye nak perkenalkan projek ayae kapong bhagu. Ayae jamnapari...utk tapong kos rm5 juta kito buleh suruh daelim dari korea ni ptong abih sumo balok2 kat kelate.

Huse Muse

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 1:23 PM

Bab Al-Juburi paling lawak.

Syed Akhbar Ali : Who gets the AP to import the non toxic dyes and what does it cost the rakyat?

RD.

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2013 at 1:45 PM

@Anonymousadeeeeh .... tajam nih sebab bumbung satu masjid ( sebahagian ) di KT baru je runtuh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 3:09 PM

Kelakar kamu Din di hari Ahad ni.
Ketawa ambo baca coretan kamu ni.
Macam mana pun, masa saya kecil2 dulu saya ada tengok memang ada peniaga cina warnakan anak-anak ayam berbagai-bagai warna untuk dijual dipasar, seperti juga mereka warnakan kepala rambut mereka sekarang ni untuk dilihat "extra-ordinary" di "pub-pub" dan di "brothel-brothel" perniagaan mereka. Apa yang perempuan sundal di Amerika buat semua mereka ikut.

Sabbas48

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 29, 2013 at 3:27 PM

biar saya buat utk DS Shahrizat...hehe
elehhhh takat warna ayam, aku warnakan LEMBU baru tau (sambil menyinsing lengan).....:)

Totok PAS:
PAS menerima ayam pelbagai warna kerana PAS for All....Takbirrrrr!!!!

Mat Sabu:
Bertukar bunyi dr yg uuuuuuu'uuuu kpd mengokok

Ustad 3pg:
Kita kena beri tazkirah pd ayam2 ni jam 3pg nnt utk mengembalikan roh kesedaran ttg warna mrk yg sebenarnya...kita akan usahakan utk dibuat di bilik hotel terpilih....Jab agama akan diberitahu kemudian...terima kasih

Presiden MAYC baru:
Ayam berwarna itu tidak pernah dilantik menjadi ayam kampung & tiada mana2 bukti menunjukkan mrk menjadi ahli kpd persatuan ayam2 kampung seMalaysia

LGE:
Itu ayam warna tala salah wooo, apa pasat itu air bole ada kaler?...siapa bg air bersih ada kaler sampai berjaya mewarnakan ayam itu?....ini mesti kelija UMNO....UMNO rasis!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 4:09 PM

what? ayam celup? the ayam has done enough trouble in the country..ayam-ayam HARUS BERTAUBAT!!!!

hahahahaha...korang dah tentu boleh agak kan sape gerangannya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 4:34 PM

Hishamuddin Onn: Tidak benar ayam ayam celup ini menceroboh masuk ke Lahat Datu.Tunggu sebulan baru kita sembelih ayam ayam ini.

Ah Jib Gor: Ayam ayam lain yang tak laku seperti ayam kampong akan di bela. Kita akan transform ayam ayam ini supaya menjadi ayam belanda dalam sekim Satuuuuu Ayaaammm. Sekim apa? Satuuuuu Ayaaaammm.

Kak Rosmah: Ayam ayam lain yang tak laku jika di bela dengan kasih sayang boleh jadi Permata bersama hidangan nasi beraini.

Nurul Izzah: Sekarang sebanyak 40,000 ayam ayam dari Bangla yang menyamar sebagai ayam kampong.

Karpal Singh: Kita kena ubah perlembangaan agar ayam ayam lain pun berhak memanggil diri mereka sebagai ayam kampong juga.

Tan Sri Azman Mokhtar: Kita kena buka gerai di San Francisco untuk jual ayam ayam ini

Tony Fernandez: sekarang dengan 1 sen sahaja semua orang boleh makan ayam.

Utusan Malaysia: Apa lagi ayam KFC mahu.....

Azran Osman of Air Asia: Bukan semua orang berpendapat ayam kampong itu sedap!

Nazir Razak CIMB: Azran berhak berkata tak semua ayam kampong sedap!! Respect lu.

Nazri Aziz: saya tidak tidur dengan ayam kampong,ayam itu sudah besar sekarang!

Bini Matyo: Ayam dayus yea yea,ayam dayus yea yea! Saya hormat ayam sebab masa umur 12 tahun saya sudah kehilangan ayam saya.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2013 at 4:53 PM

Hahahaha .... TerimaKasih atas input kalian ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2013 at 6:38 PM

Bro.
Ayam Tokpa mu tak sebut pulak. Mentang2 dia org ganu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2013 at 12:16 AM

@AnonymousMahfuz Bean - dari segi ekonomi, ayam2 ni tak boleh ditimbang dengan dacing BN, ini akan hanya menguntungkan umno.... Korang tekalah sendiri maksud disebalik kata2 pujangganya itu..

Post a Comment