........... Sekolah Vernakular ANTI Perpaduan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sekolah Vernakular ANTI Perpaduan !

Sunday, September 29, 20136comments

Tajuk artikel TMI ini memang tak boleh blah .... memang pantang kalau saya terjumpa, kalau saya tak baca !

Perpaduan kaum tidak dicapai selagi ada sekolah vernakular

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menegaskan perpaduan antara kaum di Malaysia tidak akan tercapai selagi sekolah vernakular wujud di Malaysia.

Yang Dipertuanya, Profesor Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata selagi tiada sekolah satu aliran, perpaduan nasional tidak akan dicapai.

“Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mengambil langkah bijak semasa keluar dari Malaysia, langkah pertama yang dilaksanakan adalah sekolah satu aliran menggunakan pengantaraan Bahasa Inggeris.

“Memang benar pendidikan dalam bahasa Cina masih diajar di Singapura tetapi ianya merupakan inisiatif institusi pendidikan swasta dan bukannya ditanggung kerajaan seperti sekolah jenis kebangsaan di Malaysia.

“Jika di peringkat sekolah rendah lagi tiada interaksi kaum di antara murid dan majikan Cina masih mahu mengambil pekerja fasih berbahasa Mandarin atau Kantonis, maka selagi itulah sikap prejudis antara kaum tidak dapat dihakis daripada budaya masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu simposium “Mendepani Agenda Asing dan Melayu Dalam Krisis Kepimpinan” yang diadakan di Putrajaya semalam.


Pendek tapi sarat dengan poin2 ....  paling menarik bila sistem pendidikan Singapura dijadikan contoh. Hubungkait Konsep Satu Sekolah dan Perpaduan itu yang ditekankan. Perkara ini tidak mampu disangkal oleh Ngo2 Cina terutama DongZong ... termasuk Bapa Vernakular kita. 

Sebab itu kita tidak pernah dengar hujah mereka ( termasuk dari Bapa Vernakular ) bagaimana sistem vernakular mampu menyumbang kepada perpaduan kaum. Yang sering kita dengar adalah hujah yang cuba menyimpang dari tajuk yakni - banyak faktor lain juga terlibat... Tapi yang sedang dibincangkan adalah kaitan sistem sekolah DAN  Perpaduan BUKANNYA faktor2 lain itu.

Yang dapat dirumuskan dari sistem pendidikan yang negara kita amalkan adalah - Soal Politik lebih diutamakan dari isu Perpaduan Kaum !

Bila asasnya dah tak betul, maka usaha2 tempelan ( ala stiker ) konon bagi menunjukkan kerajaan begitu perihatin dengan soal perpaduan, tidak akan kemana. Ini termasuklah program RIMUP mahupun PLKN.

Yang dijaja adalah TEORI bagaimana program2 seumpama itu mampu merapatkan jurang perkauman tapi yang NYATA, semuanya tidak berkesan. 

                                            **********************************

Satu artikel mengenai pendidikan, suka saya kaitkan disini. Dari SINAR, Tun Mahathir berkata -

Sekolah berteraskan Islam platform bentuk sahsiah
.
Sekolah berteraskan Islam di negara ini bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu malah berperanan membentuk sahsiah peribadi mulia seseorang pelajar, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita perlu kembali kepada ajaran Al-Quran untuk mendidik generasi muda menjadi insan berjaya dan berguna.

"Jika kita belakangi Al-Quran dan tidak memahami isi kandungannya akan menyebabkan kita terpesong dari ajaran sebenar, malah bersengketa sesama sendiri,"

Saya percaya ramai yang akan melenting bila saya kaitkan kedua artikel diatas ! Saya yakin apa yang Tun Mahathir cuba promote adalah KONSEP atau NILAI pendidikan Islam itu.

Dan ia tidak harus diberi sebarang label apatah lagi menggunakan label bahasa Arab konon nak tunjukkan Islam sangatlah kita ni.... padahal nilai2 murni Islam itu tidak jauh bezanya dengan nilai2 sejagat yang umum ketahui....contohnya seperti jujur, amanah, saling menghormati, tidak buang masa dan lain2.

Kadang2 tu keghairahan kita menglabel ARABkan sesuatu itu cuma menambahkan polemik masalah, menjadi satu kerja tambahan pula untuk menerangkan apa yang cuba disampaikan.

Tapi saya tidak menolak kemungkinan ia disengajakan ...... yalah, hanya untuk memberi penerangan tentang LABEL atau SLOGAN saja sudah menelan belanja berjuta2 RM !

Cuba implemen saja apajua nilai yang mahu kita terapkan tanpa perlu diberi sebarang label ..... atau diberi sebarang slogan. Pasti kerja jadi lebih mudah, cepat dan jimat.

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 9:55 AM

Saya setuju sangat bab tidak mengunakan slogan Arab. Gunakan istilah Melayu atau lain bangsa yang terdapat di Malaysia. Kalau ada slogan yang berkaitan Cina & Indian lagi baik. Baru mereka terpanggil untuk turut serta.

RD.

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2013 at 10:36 AM

Kerajaan kena mengakui bahawa kegagalan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah kerana sikap kerajaan yang memandang sekolah venakular sama penting dengan aliran kebangsaan. Tidak hairan bangsa-bangsa lain hilang rasa hormat, toleransi serta adab terhadap orang melayu oleh sikap yang tidak tegas oleh pemerintah...

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2013 at 11:18 AM

ada dak dlm perlembagaan yg kerajaan kena bagi duit, tanah & lain2 bantuan kpd sekolah cina & tamil & juga kpd agama2 selain islam? depa dapat benda2 yg tidak sepatutnya depa dapat, masih tak puas hati & terus merperolok serta mempertikai hak2 orang melayu. apa itu 1malaysia?

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2013 at 12:01 PM

@Anonymous
Hahahaha, semenjak artikel ini (klik) dipublishkan oleh sy... telah ada signifikan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2013 at 12:07 AM

@kampong ladHanya pemimpin seperti mukhrizsahaja yang boleh menjentik telor puak2 haramjadah ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 5:55 PM

kalau sejak dari sekolah rendah atau tadika lagi kaum2 ini di asigkan maka inya kan berlanjutan sampai bila2...

Post a Comment