........... Saya Sokong Tun Faisal DiBeri Peluang Bertanding MT | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Saya Sokong Tun Faisal DiBeri Peluang Bertanding MT

Friday, September 27, 201316comments


Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Tun Faisal apabila namanya digugurkan dari senarai calon Majlis Tertinggi Umno. Secara peribadi, saya sokong Tun Faisal sebagai ahli MT kerana dari pengalaman pendek saya bersama UMB dibawah beliau, saya percaya beliau dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada Umno sebagai ahli MT.

Bukan mudah untuk menjaga para pengamal media yang begitu ramai dari seluruh negara ( hampir 150 ) yang punya pelbagai ragam yang bernaung dibawah UMB. Silap2 kena balun dalam blog oleh orang sendiri.

Tapi Tun Faisal mampu melakukannya dan ini terbukti melalui kerjasama dan solidariti yang ditunjukkan oleh ahli2 UMB. Saya perhatikan semua ini dan melalui pengalaman saya sendiri bersama beliau ketika kempen PRU13 dan PRK Kuala Besut.

Sekarang ini pun dapat kita lihat bagaimana mereka yang pernah bersama Tun ketika zaman UMB melompat mempertahankan beliau bila namanya digugurkan dari pencalonan. UMB sudah pun ditamatkan tapi bekas2 UMB ini masih punya semangat setiakawan terhadap bos lama mereka. 

Saya yakin tidak ada siapapun yang dibayar untuk menunjukkan sokongan mereka. Nah, tidakkah itu sudah menunjukkan yang Tun Faisal punya sifat kepimpinan yang seharusnya mendapat perhatian dari kepimpinan tertinggi Umno ?

Bukanlah saya nak katakan yang Tun Faisal itu perfect, beliau pun ada kelemahannya tapi dengan usianya yang masih muda, kepimpinan yang beliau ada PLUS sifat mesra media sosial serta dihormati pengamal media sosial, saya berani katakan kehadiran Tun Faisal dalam barisan Majlis Tertinggi bakal memberi PLUS POINT kepada Umno.

Tapi yalah, kalau dah pencalonan beliau ditolak oleh Perlembagaan Umno sendiri ... nak kata apa lagi. Merayu jelah jalan yang ada dan diharap Presiden Umno atau siapa saja yang punya kuasa, dapat memberi pertimbangan sewajarnya.

Oya, 'rayuan' Tun Faisal itu sendiri buat saya respek pada beliau sebab ada class ... terutama yang ini - 

4. Mungkin terdapat sedikit kekhilafan dalam menafsirkan semangat pindaan Perlembagaan UMNO tahun 2009. Dari sudut pandangan saya, tambahan syarat minimum sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal, seharusnya dibaca BUKAN sebagai syarat untuk MENGHALANG pemimpin yang berkelayakan untuk menawarkan diri bertanding di peringkat yang lebih tinggi, sebaliknya harus ditafsirkan sebagai syarat untuk MENGGALAKKAN lebih ramai pemimpin yang layak untuk menawarkan diri ke peringkat tertinggi sesuai dengan hasrat untuk menjadikan UMNO itu LEBIH DEMOKRATIK, LEBIH INKLUSIF DAN LEBIH TERBUKA.” sepenuhnya - KLiK.


Sekiranya tujuan diwujudkan syarat minimum menjadi AJK Bahagian selama sepenggal itu adalah untuk memastikan setiap calon layak dari sudut Merit Pendedahan Kepimpinan, saya percaya Tun Faisal sudah melepasi kayu ukur itu melalui kelayakan lain yang jauh lebih tinggi tarafnya.

Umpama syarat layak masuk Universiti haruslah memiliki sijil STP atau YANG SETARAF..... mereka yang tidak punya sijil STP masih mampu layak sekiranya mereka memiliki sijil LAIN YANG SETARAF seperti A Levels atau Matrikulasi.

Sijil yang dimiliki oleh Tun Faisal ( sebagai Exco Pemuda Pusat ) adalah umpama sijil Matrikulasi ! Tidak sama dengan STP tapi masih layak melalui pengiktirafan lain yang SETARAF.

Standard penilaian masih kekal sama cuma ia lebih terbuka supaya mewujudkan persaingan yang lebih sihat. Apapun menang atau kalah masih ditentukan oleh pemilih. Sekiranya pemilih mahukan Tun Faisal menjadi ahli MT, pasti mereka akan mengundi beliau. 

Tapi sayang kalau peluang itu dinafikan hanya kerana teknikal.

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2013 at 11:30 PM

Din,
Jangan buat parti UMNO jadi bahan jenaka seperti parti pembangkang. Semasa cadangan pindaan perlembagaan dibuat, tak ada pun yang bantah bahagian tu. Tak ada pun bantahan terhadap klausa-klausa tertentu yang kononnya bersifat terlalu umum.

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2013 at 12:00 AM

@AnonymousSaya tidak nampak ia boleh diperlekehkan oleh pembangkang....lainlah kalau TF tidak punya 'sijil' exco pemuda pusat.

Sebab itu dibenarkan proses rayuan.Panel rayuan akan menilai apakah sijil TF itu setaraf dengan sijil ajk bahagian. Kalaupun TF layak sebagai calon, beliau masih perlu menyakinkan pemilih.

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2013 at 12:15 AM

Semasa klausa ini dibentangkan, apakah spirit of the law yg ingin disampaikan. Mungkin syarat diatas adalah minimum tapi mungkin juga syarat tersebut adalah literal bermaksud calon mesti mempunyai jawatan dalam bahagian, period. Penafsiran syarat tersebut mesti dtg dari lembaga yg mengurus pemilihan kerana mereka yg tahu apa yg mereka ingin sampaikan kpd calon2 ketika mengadakan syarat2 tersebut.

Jika syarat pertandingan itu dibaca secara syarat minimum kenapa tidak shj syarat pencalonan dibaca dengan perkataan sekurang-kurangnya pada perenggan tersebut seperti syarat-syarat program degree uni "Calon mesti sekurang-kurangnya mempunyai mata GPA 2.5 semasa pengajian diploma". Nah! bukankah mudah utk kta membacanya bila calon STP atau SPM atau calon diploma bwh 2.5 tentu shj tidak layak utk memohon.

TF merayu dan ianya adalah hak untuk mendapat penjelasan dan hak utk menerima keadilan kpd empunya badan. Anyway Gud luck to TF.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2013 at 12:34 AM

Walaupun KJ ada buat statement supaya TF dibenarkan (disokong) merayu dan bertanding untuk MT, tapi sebenarnya ia lebih kepada ajak-ajak ayam.

Sama seperti kes Akram tuh, ada tangan-tangan ghaib untuk mengurangkan risiko kekalahan pada penyandang.

Bukan nak menuduh, tapi dari sejarah, itulah teknik yg menantu pak bodoLAH sering lakukan. Suka baling batu sembunyi tangan!

Dalam kes TF nih, sebenarnya TF mempunyai potensi sebagai pesaing kepada survival politik KJ. Jadi, faham-faham sahaja lah. Banyak kes yang perwakilan hadapi yang mana KJ sering ingin menjadi juara. Nasib baik pak bodoLAH dah turun, kalu tidak.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2013 at 12:44 AM

Pada pandangan saya mungkin taraf sayap UMNO lebih rendah dari AJK Bahagian kerana ahli2 biasa yg telah menjdai ahli UMNO boleh bertanding Ketua Pemuda/Ketua Wanita/Ketua Puteri tanpa pernah menjadi AJK bahagian.

Mengenau perkara ini juga RBF telah memberikan pandangannya....

http://www.rbfonline.net/2013/09/kes-tun-faisalempat-tahun-rumah-siap.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2013 at 2:00 AM

@dinturtle

walau bagaimana pun perlembagaan tetap perlembagaan. sudah terbukti beliau menjadi mangsa kepada ketidak penilitian. tak payah nak merayu lagi. kiranya diperkenankan rayuan beliau itu mungkin pula ada pertikaian yang lain pula timbul. kita biarkan saja buat ketika ini dan minta dipinda dimasa depan. rayuan itu adalah hak beliau, tapi saya secara peribadi juga tidak menyokong kiranya beliau dibenarkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2013 at 2:06 AM

Saya bersetuju TF dihalang. Saya takut dikatakan UMNO flip-flop. Semua peraturan telah dinyatakan. Perlaksanaanya hendaklah dipatuhi. Beliau masih muda dan sepatutnya menjadi tauladan. Mereka mereka yang lain juga sepatutnya faham. Kalau beliau punyai semangat juang, beliau boleh lakukanya walaupun dari luar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2013 at 10:05 AM

Ada masyuk ka bro??hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2013 at 10:35 AM

Kalau semua nak diberi pengecualian Dan kelonggaran tak perlulah Ada peraturan dan undang2.

Kalau nak ungkit sumbangan Dan jasa - tong sampah pun banyak jasa kpd masyarakat. Umno tak akan mati tanpa mahathir, tanpa najib, tanpa mukhriz, tanpa kj, tanpa tun Faisal...

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2013 at 10:46 AM

Bro
Syarat 1 penggal yg d buat asalnya memang utk menghalang tom dick n harry dri masuk pbertanding sebagai spoiler. Ini spatutnya dfshami oleh ahli dari awal. Jadi x timbul nak blok calon2 tertentu bertanding. Kalau semua mintak exception jadi susah pulak kpd jawatankuasa pemilih. Let it b. Nak berkhidmat utk psrti x semestinys duduk dlm MT. Yang byk dlm MT skrg pun apa khid mereka. Parti teruk kena balun dgn PR banyak yg bisu. Itu pandangan aku bro. Wassalam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 10:02 AM

Dapat masuk MKT supaya senang jumpa PM. Mintak tenyeh surat mintak projek. Kalau nak dapat lalu Aziz Kassim, mati hidup semula pun belum tentu dapat appointment, unless jual nama orang Pekan laa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 10:05 AM

@dinturtle

Bagaimana pula nasib orang yang tafsirannya selari dengan pandangan jawatankuasa pemilihan? Atas dasar itu mereka tidak hantar nama sebagai calon.

Adakah adil kepada mereka juga sekiranya rayuan Tun Faisal diterima?

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2013 at 10:20 AM

@AnonymousBerapa ramai yang kes serupa ?

Lagipun dalam kes ini ia menunjukkan semangat juang, tidak mudah mengaku kalah dan perjuangan hak yang harud dipuji ada pada TF.

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2013 at 10:21 AM

@AnonymousTidak salah kalau punya pandangan yang berbeza, asalkan apa jua keputusannya nanti diterima dengan hati terbuka

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2013 at 10:22 AM

@AnonymousMohon jangan pukulratakan semua bloggers ya

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2013 at 10:22 AM

@Anonymouswellll.... kalau dapat, kira bonus lah :)

Post a Comment