........... Ron95 Lebih Murah Dari Ron97 ? Siapa Boleh Jawab ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ron95 Lebih Murah Dari Ron97 ? Siapa Boleh Jawab ?

Wednesday, September 4, 201318comments

Saya tidak dapat menjawab persoalan kenapa harga sebenar Petrol RON95 lebih mahal dari RON97 sebagaimana perkiraan yang banyak tersebar dibawah -

RON 95 =RM 2.10 + RM 0.63 (subsidi) 
= RM 2.73



RON 97 = RM 2.70 (tanpa subsidi)



Persoalannya disini ialah, kenapa harga minyak RON97 lebih rendah harganya daripada RON95?



Sedangkan kita semua tahu bahawa kualiti RON97 lebih tinggi daripada RON95 dan kenaikan harga RON95 sebanyak RM 0.20 telah membuatkan harga minyak tersebut lebih tinggi daripada RON97.


Ada yang cuba menjawab persoalan diatas berdasarkan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri yang diberikan tahun lepas. Jawapannya - cukai jualan bagi petrol adalah 58 sen dan kerajaan tidak pernah mengutipnya daripada pengguna.

Benarkah itu menjawap persoalan diatas ? Kalau kedua2 Ron 95 dan Ron 97 mempunyai cukai yang sama banyak iaitu 58 sen, apa bezanya ? Maksud saya, tambah saja 58 sen kepada kedua2 angka Ron95 dan Ron97, perbezaannya tetap sama !

Ron 95 akan jadi RM3.31 dan Ron97 akan jadi RM3.28 .... kan ? Persoalannya masih tidak berjawab.

Jawapan yang logik adalah Ron97 juga diberikan subsidi oleh kerajaan ..... tapi kerajaan kata Ron 97 tak diberikan subsidi, harganya ikut pasaran dunia.

Kata seorang rakan, harga sebenar Ron97 adalah RM3.90 bermakna SEBENARNYA Ron 97 memang ada 'subsidi' atau apajua bentuk 'perlepasan' yang rakyat kebanyakan tidak tahu. ( tapi rakan itu tidak tahu nak jawab macamana perkiraannya )

Memang tak masuk akal kalau Ron97 harganya lebih murah berbanding Ron95. Pasti ada jawapannya cuma saya rasa kerajaan ada masalah sedikit dalam menyebarkan maklumat makanya rakyat mudah jadi keliru.

Mohon pencerahan dari KPDNKK !

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 3:26 PM

Din...saya anon yg bertanyakan ttg benda ni tadi dlm artikel 13 mei tu...thank u din...saya mmg harap sgt sapa2 yg bole bg pencerahan atas persoalan ni...thank very much bro...

Perjuangan mesti terus.....

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 3:35 PM

Salam Din,

Malaysia mulo guna ron95 sojak 2009 menggantikan ron92 sojak najib jadi PM.

Setau den la, RON97 ni hanya US dan Malaysia ajo yang guno. Hargo di US ron97 floating terkini USD3.68 per gallon. Kirolah sendiri berapo jumlah convert ngan RM. Kalo ikutkan kiro ron97 malaysia lebih murah la dari us. Sobab apo? APM?!

Kebanyakan negara maju guno gred minyak ron98 - ron102 termasuk singapore. Negara membangun or 3rd world country plak guno petrol gred ron95 ke bawah.

Sobab tu susah sikit nak buek perbandingan hargo commercial ron97 sobab duo negaro ajo yang guno. Kok tak silap den la.

Mungkin KPDNKK boleh buek simple explanation utk kefahaman rakyat.

Camno din?

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 3:46 PM

@panehNegaro laen konakan cukai dak ? Tu yang hargo nyo mahal.

Sobab apo kito ajo yang pakai Ron97 ? Haaaaa..... sobab apo negaro kito ajo yang ado sekolah vernakulor ? Samo la tu jawapan nyo !

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 3:48 PM

@AnonymousSaya tak fikir ada yang mampu jawab dengan jelas.... sebab itu kerajaan sendiri kena jawab, bukan pak Menteri yang jawab tapi yang memang pakar dalam soal ini.

Saya fikir ada yang tak kena dengan kenyataan dulu - 'Ron97 tidak ada subsidi.'

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 3:56 PM

1 gallon = 3.78541 liter = usd3.68 = rm12.15

1 liter = rm2.70
3.78541 liter = rm10.22

Jadi masih murah kalo nak banding dgn US...

Tapi masih belum menjawab persoalan - kenapa ron95 lebih mahal skit atau lebih kurang sama harganya dgn ron97....

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 4:01 PM

@AnonymousPersoalan ini timbul kerana kita ikut apa yang kerajaan cakap iaitu harga RON97 adalah mengikut harga pasaran dan tidak ada subsidi.

Saya percaya ada yang tak kena dengan kenyataan itu....

erk, kerajaan tipu lagi ?! hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 4:15 PM

Din derang nak bezakan golongan pendapatan tinggi & rendah melalu kaedah kuasa enjin. Dulu dgn bezakan kapasiti 2000cc utk org mewah. hanya org mewah saja yg mampu beli kereta prestasi tinggi. melalui kaedah ini wang kerajaan dpt sampai terus kpd golongan bawah yg miliki kereta biasa guna ron95

Jouhar

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 4:42 PM

Najib retorik, kerajaan tidak telus, menteri menteri bagi kenyataan yang berbelit belit secara subjektif, 10 kali tanya, akan ada 10 jawapan yang berbeza, keluar kenyataan menggunakan bahasa yang enak didengar tapi langsung tidak difahami oleh rakyat kebanyakan, tiap kali minyak naik alasan potongan subsidi untuk infrustruktur, mana infrastrukturnya? agaknya khemah khemah yang supersize yang ambil masa seminggu untuk buka dan pasang untuk majlis 1 jam, banner banner dan majlis sambutan tiap kali PM turun padang tu yang di panggil infrustruktur kot..terlalu berkira dengan rakyat, mungkir janji, malu dah rasa nak mengaku ahli UMNO

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 5:19 PM

.. sekejap lagi tu naiklah harga RON97. Yang bodohnya Gomen ni kadang-kadang buat kerja tak ikut otak dan lurus bendul sangat. Kalau harga minyak dunia naik, sepatutnya RON97 pun naik hargalah kan? Baru logic. Ni RON95 naik, tapi RON97 tak naik. Ada subsidi ke tak de subsidi ke itu belakang kira.

.. cuba dia naikkan harga RON95 20 sen tapi dia naikkan harga RON97 30 sen. Sure tak de suara-suara sumbang macam ni. Lepas tu cakap lah yang sepatutnya harga naik 30 sen, tapi sebab Gomen prihatin that's why naikkan 20 sen je. 10 sen lagi subsidi. Mesti rakyat kurang marahkan?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 4, 2013 at 7:54 PM

kita kena ingat yg RON97 telah diapungkan....bermaksud is terikat dgn kenaikan atau penurunan harga pasaran dunia. Maka, pengiraan menggunakan harga subsidi adalah tidak wajar. Harga RON97 pernah mencecah RM2.90 pd May 2011, kemudian pd Jun 2011 turun kpd RM2.80 & pd March 2013 harganya mencecah RM2.90. Ini jelas menunjukkan pengapungan yg dilakukan menyebabkan RON97 boleh menjadi samada lebih tinggi atau lebih rendah berbanding RON95 bergntung pd pasaran antarabangsa....(http://paultan.org/2013/05/09/ron-95-and-ron-97-no-increase-in-pump-price/).

utk memahami adakah RON95 lebih baik drpd RON97, RON98, RON99 etc, sila baca di sini & anda akan faham betapa jenis minyak bergantung pd jenis enjin yg kita pakai.....sila klik di sini: http://auto.bernama.com/newsDetailBm.php?id=465164

kita jgn mudah terpengaruh dgn dakyah pembangkang dgn senang.....kalau nak marah pasal kenaikan harga minyak marahlah....tp jika tuduhan dtgnya dr pihak pembangkang, seeloknya selidik dulu sbb mereka terkenal dgn tidu daya

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 4, 2013 at 8:04 PM

oh yeee....adakah nilai subsidi sebanyak RM0.63 utk RON95 adalah nilai MATI subsidi....maksudnyaa tiada kenaikan & penurunan?.....jawapannya TIDAK....nilai subsidi berkenaan boleh jd meningkat & menurun spt mana yg kita alami sekarang sbb harga RON95 juga bergantung pd harga pasaran antarabangsa.

Di Malaysia kerajaan telah memperkenalkan HARGA KAWALAN utk RON95 & diesel iaitu RM 1.90 & RM 1.80 masing2....sekiranya harga minyak antarabangsa meningkat, maka subsidi di pihak kerajaan juga meningkat kerana perlu memastikan HARGA KAWALAN masih sama. tetapi jika berlaku penurunan harga pasaran antarabangsa, sudah tentulah subsidi yg ditanggung juga berkurang....rasanya masing2 boleh buat kira2 sendirikan?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 4, 2013 at 8:21 PM

@paneh
negara2 yg menggunakan RON95 bukan hanya Malaysia & US ttp:

1)Australia
2)Bahrain
3)Chile
4)Cyprus
5)Denmark
6)Egypt
7)Germany
8)Indonesia
9)Ireland

ETC.....jd Malaysia & US takdalah berdua2an dgn RON95 ni

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 4, 2013 at 8:48 PM

@Otak geliga
ehhhhh silap jawap la...sorry2..hehe mohon diampunkan...ye la kan mata ni dah nampak RON 95 je...sbnar ada negara lain yg guna RON97 & mrk antara negara yg punya kuasa membeli plg RAMAI di dunia

1)Chile
2)China
3)India
4)Netherland
5)Philippine
6)United Kingdom

bro DT pun satu....ada ke publish je...MALU GILA ni....aduhh mana nak letak muka....:)

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 8:49 PM

@Anonymouskatanya malam ni Ron97 naik 15 sen ....

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 8:53 PM

@Otak geligasaya tulis sebelum ni , orang marah sebab cemas ... setakat 20 sen orang takisah kalau tak diikuti kenaikan harga barang.

kalau harga barangan tak naik, kemarahan rakyat akan reda.

errr...satu lagi sebab JANJI :)

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 8:57 PM

@Otak geligaTakde kata cacian melampau dan tak lari topik, so takde sebab saya nak padamkan :)

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 4, 2013 at 8:58 PM

@dinturtle
Tu la pasal bro...PMpun satu, dah tau harga minyak bkn dlm kemampuan nak kawal pergi memandai2 nak berJANJI apa ke halnya.....nak sgt popular ikut cara Anwar....skrg hamik kau....teruk kena bantai...sendiri cari penyakit....kita kat bwh mana boleh tlg utk mencerahkan, kita tlg.....nak harakan konsultan & PEMANDU????RMJUTA je diorang nak....kerja HAMPEH

PM kita ni mmg LURUS ke ek?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2013 at 12:49 AM

Otak Geliga,

Nak tanya, harga RON95 tanpa subsidi ditetapkan atau diapungkan? Kalau diapungkan, tak logik RON95 boleh jadi lagi tinggi atau sama dengan RON97. Kalau ditetapkan baru logik. Kalau tengok harga RON95 tanpa subsidi, rasanya sentiasa berubah2. Jadi, memang tak logik la explanation yang hang bagi tu.

Post a Comment