........... Polisi Bumiputera Baru Yang Belum Umum - Mat Liberal Adalah Pejuang Melayu ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Polisi Bumiputera Baru Yang Belum Umum - Mat Liberal Adalah Pejuang Melayu ! ?

Sunday, September 1, 201310comments

Banner dari APA

Perhatikan muka2 dan nama2 mereka yang dibelakang PEMANDU dari imej dibawah sekali..... dari 17 orang, 9 adalah cina, 2 India dan 6 orang mempunyai nama Melayu.

Mereka inilah yang menjadi kebanggaan Najib untuk memerintah negara, waktu sama diberi tanggungjawab untuk menjaga Hak Orang Melayu Pribumi .....

Mereka inilah yang dibelakang segala program2 Transformasi Najib .... - Dari Syed OSTB.

Nak hairan apanya kalau KJ ambil orang hardcore Dap sebagai Press secretary..... sedangkan yang dalam Pemandu ( yang memerintah NEGARA dibelakang tabir ) sendiri boleh dipertikaikan pendirian politik mereka. Malah dikatakan ada yang sokong Bersih !


Adakah para PEMANDU negara ini merupakan pegawai kerajaan biasa yang gaji mereka dibayar ikut sistem sama seperti pegawai2 kerajaan lain ?

Hanya untuk 'set-up' Pemandu saja sudah menelan kos RM36 juta ! Baca SINI untuk gambaran yang lebih jelas ....

                         ************************

Dikatakan Najib akan umumkan satu POLISI BARU EKONOMI Bumiputera pada 14 September nanti .... dan sudah mula kedengaran suara2 yang memuji2 akan keMelayuan Mat Liberal ni, betapa segala tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dan team beliau selama ini adalah tidak benar. Kononnya Polisi baru ini akan membuktikan betapa MELAYUNYA Najib ... bla bla bla ....

Saya malas nak komen sebenarnya sebab bendanya pun BELUM UMUM lagi. Nanti orang akan kata - belum umum lagi korang dah bising, tunggu jelah, janganlah berfikiran negatif bla bla bla ...

Apakah orang2 ini akan berkata yang sama kepada pihak yang sudah mula memuji2 Najib padahal bendanya pun belum umum lagi ! ? Tak sama ke keadaannya ? 

Persoalan utama saya kepada mereka yang tak sabar2 nak puji Najib - Apakah kali ini Najib akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang bakal diumumkan ?

Maksud saya, kalau perkaranya bagus, OK...kita pujilah Najib. TAPI kalau dibuatnya apa yang diumumkan itu tidaklah sebagus manapun, gempak jer lebih dan wajar dikutuk .... apakah kita akan balun Najib ? Atau ....errrrr...... Penasihat ?

Buat keputusan sekarang, sebelum ia diumumkan - Apakah Najib ambil sepenuh tanggungjawab atas Polisi Baru Bumiputera yang bakal diumumkan nanti ?

Saya mengaku amat skeptikal .... tak percaya dah Mat Liberal kita ni. Bukankah Polisi ini lahir dari Pemandu juga ? 

Dan disebabkan ia hanya diumumkan ngam-ngam sebelum PAU, nak tak nak orang akan tetap juga anggap ia tidak lebih sebagai usaha terdesak Najib mahu pertahankan jawatannya dari dicabar.

Apapun kita tunggu jelah pengumumannya. Kalau bagus, alhamdulillah. Tapi tak semestinya ia jadi bukti betapa Melayunya Mat Liberal  ! 

Sebab tidak ada KONSISTENSI. Sepertinya kita mengakui mereka yang dibawah ini amat perihatin kepada survival bangsa Melayu.
 





Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2013 at 4:52 PM

Masalahnya, mecd telah dihapuskan. Adakah Ah Jib nak menggantikan mecd dengan kementerian baru yang khusus untuk menjaga melayu. Selagi kementerian ini tidak diwujudkan, selagi itulah saya melihat agenda melayu Ah Jib masih lagi samar-samar.

Sejak meritokrasi diperkenalkan, ramai orang melayu ketinggalan untuk mendapat pendidikan yang lebih baik. Di mana dasar kuota bumi untuk agihan tender kerajaan, tapak perniagaan atau kiosk dan pembelian rumah. Terlalu banyak kemudahan yang dahulunya khas untuk melayu, kini sudah tiada.

Apa lagi milik melayu yang najib nak hapuskan ?

Salam 1 Tanglung

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2013 at 5:12 PM

Din,

Kalo najib betul-betul nak mengambil hati melayu. Aku cadangkan supaya najib menganjurkan satu dialog khas PM bersama wakil-wakil dari pertubuhan melayu seperti perkasa, ppim, isma, jati dll. Kita lantik dinturtle sebagai moderator dan najib sendiri sebagai ahli panel. Tajuk dialog ialah Tercapaikah Tidak : Agenda Melayu Najib Sepanjang Satu Penggal Pemerintahan BN Dari Sudut Pandangan Melayu Marhean Dan Ahli UMNO Di Peringkat Akar Umbi.

Semua hadirin diberi peluang 1 minit untuk bertanya 1 soalan sahaja kepada najib. Dan najib mesti menjawab soalan tersebut ketika itu juga. Dialog ini mesti diadakan secara siaran langsung.

Din, ko setuju tak ngan cadangan aku ni. Atau ko nak modified sikit cadangan aku ni pun takpe.

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2013 at 5:43 PM

@AnonymousDan 'mereka' nak marah bila kita gelar dia Mat Liberal .... ?

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2013 at 5:47 PM

@AnonymousDialog bagus tapi biarlah tertutup takut bila dibuat secara terbuka, adalah pulak mamat nak buat grandstanding.

Kita dah ada Majlis Ekonomi Melayu/Bumiputera yang pastinya mereka yang mahir dalam ekonomi. Biar mereka je jadi wakil.

Ada mata lihat, ada telinga dengar tapi takde apa yang boleh dilihat atau didengar setakat ini yang benar2 menepati harapan kita dari Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2013 at 6:59 PM

Aku sebenarnya dah malas dengan dialog ni, yang penting pelaksanaan. Banyak sangat dialog dan konvension dah diadakan tapi apa pun tak dak. Aku mau macam al jib gor bagi kat cina yang straight forward macam dia bagi "chinese street food" kat bukit bintang, bagi duit kat sekolah cina dan bagi tanglong! tak dak dialog pun!!

....................
Reply To This Comment ...................
BadotTua
September 1, 2013 at 10:20 PM

Tuan, alhamdulillah klu benar bagai dikata. seharusnya disokong apa jua usaha yg menguntungkan ekonomi melayu. namun, jangan lagi kita sandarkan sepenuh harapan kpd pemimpin dan parti politik melayu. sebabnya kebelakangan ini tindaktanduk mereka mencemaskan org melayu. model ekonomi baru ilham PEMANDU mencairkan agenda melayu sehingga MECD pun terbubar. Lagipun, bahagian2 umno dijadualkan mula mesyuarat bulan oktober disusuli perhimpunan agung umno. takut2 ade udang sebalik batu. bukan nak tuduh, tapi aku pernah bergelewak dgn pemimpin2 umno ni...menjelang pemilihan masing2 akan berlakon sebagai pejuang umno yg tegas!

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2013 at 10:47 PM

Helenang ada ulas sikit pasal kumpulan minoriti yang berkuasa ini - artikel LGE perlekeh Tanda Putera yang menyatakan mereka minoriti (tapi tersembunyi nya amat berkuasa).

Aku agak yang di maksudkan mungkin ini lah kumpulan nya, yang semua gambar dalam artikel, penasihat kanan yang berkuasa di keliling PM Najib.

Apa kata anda, Din ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2013 at 11:15 PM

cukup cukup sudah

apa lagi yg kita harap dari najib

takde harapan dah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2013 at 1:32 PM

DAP & Malaysiakini tak komplen pasal Ah Jib, suka dgn Ah Jib sebab mereka tahu yang mengelilingi Ah Jib adalah geng diaorang jugak. Sebenarnya DAP yang perintah Negara ni. Kita yang undi BN dah tertipu. DEngar cerita adik dia Nazir CIMB tu percaya feng shui?

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2013 at 9:29 AM

Najib = MEDIOCRE

Post a Comment