........... Petrol Naik 20 Sen - Hujah Menyokong Masuk Akal, TAPI Kena Terima Juga Hujah Membantah Pun Logik Juga ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Petrol Naik 20 Sen - Hujah Menyokong Masuk Akal, TAPI Kena Terima Juga Hujah Membantah Pun Logik Juga !

Tuesday, September 3, 201315comments

Saya NAK komen lagi tentang Isu Ron95 dan Diesel naik 20 sen. 

Ramai dah yang tampil mempertahankan tindakan Najib, walaupun agak lewat sikit mungkin sebab masing2 terkejut dan tercari2 point yang ampuh, namun saya lihat agak berkesan jugalah dalam menyenyapkan suara2 bantahan yang nyaring.

NAMUN apa yang saya perhatikan, suara2 rakyat yang tak puas hati masih berkemundang melalui ruangan komentar blog2 walaupun pemilik2 blog tersebut berjaya memberikan hujah2 yang boleh diterima akal.

Setakat diterima akal saja tak cukup.... Sebab disebalik kelogikan hujah2 menyokong itu, hujah2 yang membantah juga sama logiknya ! Akhir sekali yang menentukan adalah - keikhlasan diri sendiri.


Maksud saya pandangan2 yang mewakili diri sendiri, yang seperti saranan Najib - tidak mengambilkira sudut politik. Bukan semua yang bantah itu membantah atas dasar politik. Cuba terima pandangan mereka itu sebagai luahan ikhlas dari rakyat yang sememangnya makin hari makin fed-up dengan politik.

Kita baru je lepas PRU13, lagi 5 tahun baru kita berdepan dengan PRU14. Jadi ramai yang mengambil ruang yang luas ini untuk melepaskan geram yang terpendam selama ini. Apatah lagi bila Najib bukan saja tidak cuba mengambil hati atau tidak bertindak seperti yang diharapkan mereka, tapi menambahkan lagi rasa berbulu dihati.

PRU14 lambat lagi, apa salahnya kita sesekali ikhlas dalam meluahkan pandangan ? Inilah masanya nak kritik atau nak beri pandangan secara ikhlas tanpa memperdulikan kesan dari segi undi. Nak dekat PRU nanti, kita pandai2lah simpan dan peram balik kegeraman dihati.

OK balik pada isu minyak naik 20 sen...... seperti yang saya katakan, hujah pro Najib memang boleh diterima akal. Bagaimana pula dengan hujah mamat ini ( CONTOH ok ).... logik atau tidak ?


Suatu ketika dulu, sebelum wujudnya 1Malaysia, sebelum wujudnya Ah Jib Gor, sebelum muncul gelaran Mat Liberal dan Bapa Vernakular, sebelum lahirnya PEMANDU yang anggotanya lebih ramai Cina berbanding Melayu, sebelum wujudnya ConSultans serta PunahSihat....telah terngiang-ngiang satu suara...

Najib berkata disebabkan kenaikan harga minyak, kerajaan berharap rakyat berjimat, dan ini harus dilihat secara positif dan bukannya secara emosi. "Anjuran supaya kita berbelanja secara berhemat, bermakna berbelanjalah secara berhati-hati. Berjimat cermat bukan maknanya lokek dan kedekut, pemurah bukan maknanya boros tetapi berbelanjalah pada yang perlu. Alhamdulillah hari ini kita telah dengar rakyat mula merancang perbelanjaan harian berjimat menggunakan tenaga elektrik, tinggalkan gaya hidup mewah dan membazir serta banyak lagi yang betul," katanya. - (4 Mac 2006).

Soalan rakyat ialah...
 
Buat semua ni habis berapa juta RM?
Cetak banner 'I love PM' habis berapa juta RM pulak?
Set bekal sekolah yang ada muka laki bini ni berapa juta RM lagi habis?
Angpau raya cina dan 'hadiah' untuk sekolah vernakular kompom la beratus juta RM lingkup...
Suruh rakyat berjimat...pastu duit rakyat PEMANDU sebat. Kalau Najib nak ajar rakyat berjimat, kerajaan juga kena berjimat, jangan belanja yang bukan-bukan! Sekarang belanja operasi kerajaan lagi tinggi dari belanja pembangunan.
 
SETERUSNYA .... KLiK.

Ada juga logiknya kan ?

BR1M itu sendiri ....... adakah itu satu tindakan yang bagus dan harus diteruskan ketahap walaupun kerajaan dah tak cukup duit hingga terpaksa menaikkan harga minyak dan seterusnya memulakan satu chain reaction yang mencemaskan rakyat?

Ya, itu yang sebenarnya - RAKYAT CEMAS. Rakyat takut kesan akan kenaikan minyak sebanyak 20sen itu kepada harga barangan dan perkhidmatan lain. Minyak masak naik harga pun rakyat dah cemas apatah lagi petrol.

Masuk akal macamana sekalipun hujah yang menyokong tindakan Najib ini tidak dapat meredakan perasaan cemas itu. Hanya waktu saja akan membuktikan apakah perasaan cemas rakyat itu bertempat atau tidak.

Brader sorang ni pun LOGIK juga hujahnya - 

- Namun, tidakkah PM Najib terfikir yang pengumuman kenaikan harga RON 95 semalam agak mendadak, tanpa didahului persediaan yang rapi? Kami bukan bercakap tentang GAG ORDER di kalangan penjawat awam, malah KPDNKK, jabatan yang mengawal selia harga barangan juga menjadi mangsa. Di manakah bos-bos KPDNKK hendak letak muka selepas PM mengumumkan kenaikan harga petrol hanya selang beberapa jam setelah mereka menolak khabar angin tentang perkara ini? Malah, agensi penerangan Kerajaan juga turut sama dibiarkan tanpa pengetahuan tentang perkembangan ini.

- Cuma satu sahaja nasihat daripada kami, rakyat biasa Malaysia yang menyokong dan mengundi BN. Tolong jangan bagi alasan hendak menaikkan BR1M dengan pengurangan subsidi ini, kerana amatlah tidak adil golongan pertengahan ini selalu dijadikan mangsa Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Takkan PEMANDU tidak beritahu PM Najib yang sebahagian besar rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda terdiri daripada golongan pertengahan yang tidak layak mendapat bantuan Kerajaan, tetapi begitu mudah untuk menjadi susah, hanya dengan sedikit perubahan negatif ekonomi?

SEPENUHNYA - MYMASSA.

Apakah rakyat bersalah kalau mereka ada perasaan tidak puashati dengan cara kerajaan Najib memerintah ? Mereka sekadar meluahkan kegeraman .... tak salah kan ? Najib pun bukannya maksum. Banyak juga yang tak betul tindakan2 beliau.

Dan luahan kegeraman terhadap kenaikan 20 sen petrol ini janganlah dilihat sebagai satu kes terpencil. Ia adalah ledakan kegeraman yang terpendam selama ini.

Kalau dah SEMUA tindakan Najib terpaksa diterima sebagai betul belaka walaupun hati membantah, lama kelamaan akan meletup juga. 

Mungkin masih boleh dikawal, tapi kalau kesan inflasi dari kenaikan 20 sen ini tidak dikawal, saya boleh gerenti letupan mendatang akan lebih ganas !

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Pendita
September 3, 2013 at 6:22 PM

Lama tak post Din turtle, entah kau ingat aku lagi ke tak, tak tahu lah.. Tapi ini komen ikhlas dari saya.....

Apakah motif kerajaan menaikkan harga minyak didlm keadaan ekonomi dan suasana politik pada masa skrg?

Bagi pendapat saya, tindakan Ah Jib memang mencari nahas. Mungkin juga ini permainan politik org sekeling yg dipanggil penasihat yg cuba menjatuhkan career politik beliau.. tambahan pula hampir kepada pilihanraya UMNO.

Didalam suasana keadaan politik semasa, selepas PRU13, keadaan kerajaan BN goyah dan kurang popular. Tindakan ini seolah-olah memberi ruang kepada pembangkang untuk menembak kerajaan.

Dgn keadaan harga barangan pengguna yg meningkat, ia akan lebih memburukkan lagi suasana. Alasan pegurangan subsidi dan menaikkan BR1M bagi saya tak masuk akal. Kesan kepada kenaikan harga minya lebih tinggi daripada kesan menaikan BR1M.

Kenaikan harga minyak akan melibatkan kenaikan harga hampir kesemua barang. Mereka harus sedar bahawa harga minyak memnag begitu sensitif di seluruh dunia.

Dari aspek ekonomi, dgn keadaan kemerosotan export negara, kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan kos pengeluaran. Dengan itu, harga baranag yg di eksport menjadi tidak kompetitif.

Selain dr itu, subsidi yg melibatkan perkara social seperti pendidikan, kesihatan perlu ditingkatkan. bukan dgn BR1M.

Apakah kerajaan tidak melihat perkara ini?

Memang patut jawatan presiden UMNIO kena dipertandingkan..

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2013 at 6:25 PM

Mujur naik hanya 20 sen.Kalau naik RM1 dah kena bayar RM2.90 seliter.Kalau RM5.00 seliter?Tak berasaplah exhaust kereta nampaknya.

Naik perlahan2.oklah.

Yg kita bimbang ialah harga makanan ruji rakyat.Minta pekedai/pemborong jangan naikkan harga makanan dgn alasan minyak diesel lori dah naik.

Minta kerajaan jgn boros berbelanja.Majlis2 yg dianjur agensi2 kerajaan tak perlu hidang makanan.Air mineral sebotol seorg dah cukup.Tak perlu buat "backdrop banner" terlampau besar warna-warni dgn gambar pembesar.Semua dah tahu sesiapa tetamu.Kalau kita jemput Perdana Menteri siapa tak tahu PM ialah DS Najib.

Satu lagi minta semua Kementerian keluarkan surat pekeliling/arahan utk memaklumkan slogan baru kita ialah "Jangan Boros".Tiada majlis kerajaan yg membazir.

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2013 at 6:31 PM

@PenditaBerjanggut jugalah sejak last saudara beri komen :)

Kalaulah benar ini permainan penasihat yang cuba jatuhkan Najib ....well .... yang umumkan tu siapa ? Bukan ke Najib sendiri ? Takkanlah terlampau lurus bendul PM kita !

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2013 at 6:36 PM

@cannonkapitNaik minyak sebab kerajaan tak cukup duit - Simple Bin Mudah.

Tapi adakah kerajaan mahu mengaku kantung dah kering ? Tu yang berputar lidah beri pelbagai hujah...

Jadi janganlah minta rakyat saja yang bertindak berjimat cermat dan menanggung beban..... kerajaan sendiri bagaimana ?

Point saya - Kerajaan yang boros juga sebahagian penyebab utama kenapa rakyat marah sangat dengan tindakan naik harga minyak.

....................
Reply To This Comment ...................
pendita
September 3, 2013 at 7:18 PM

@dinturtle

he he he

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2013 at 7:34 PM

Pak din.. pandangN pendapt lain drp lain sekali..

Subsidi minyak.. 24bilion setahun.. hanya 80sen seliter sbbkan tanggungan subsidi 24bilion..

Apa kata tak payah bg subsidi terus... apungkan mcm ron97.. 2.90 seliter..

Bila tindakan penarikan subsidi n ini berlaku..

Hasilnye
InsyaAllah rakyat belajar berjimat lagi..

Dgn 24 bilion tu rancakkan lagi bidang pertanian..
tanaman padi skal besar.
Ternakan ayam skala besar
Ternakan keli skala besar
Pertanian berskala besar
Jgn lembu sudah..psl xde kepakaran..

Dgn pengeluaran beras dan sumber protin yg skala besar
Akan dpt kawal harga makanan..

Dgn 24 bilion juga.. boleh buat 10 lebuhraya rakyat (2.1bilion) KB kuala kerai.
Atau 2 lebuhraya pantai timur 12bilion.
Dan semua lbh raya boleh free tanpa tol ( mcm Thailand.. minyak harga semasa dan jnraya luas dr naratiwat ke cheng mai)

Boleh upgrade jalanraya 4 lorong..
Elak kemalangan jiwa..

Dgn 24 bilion... wuj7dkan pasaraya 1Malaysia.. bersusidi setiap daerah atau parlkmen atau dun..

Kerana apa...

Rakyat bangun menentang bila makanan kurang.. kerja tak ada..

Cuma yang tebaik... jgnlah tergesa2 naikkan harga... bglah peringatan dulu atau planing yg rakyat tHu...

Cth.. kerajaan akan kurangkan subsidi minyak scr berperingkat2.. setiap tahun dima 20sen akan dikurangkan sehinggalah subsidi ditarik sepenuhye 4 tahun akan dtg.. (hehehe..pru14 nie)

Bila rakyat faham barulah boleh terima..

Lpstu.. rakyat start belanja berdasarkan keperluan.. bukannya kemahuan

Ayam goreng pasar mlm 2rial seketul... ayam kfc 4rial seketul dua2 ayam goreng kenyang perut utk hidup...

InsyaAllah. Semoga pendapat ini boleh dibahaskan... kalu nak kutuk pun boleh... apa yg penting.. lapang dada jgn taksud..

Saya maafkan dulu bg yg kutuk sy... anda tak salah apa2 kpd sy jika anda nak maki hamun..

Wassalam.

Xyz





....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2013 at 8:47 PM

Bro Din,

Jika kenaikan harga minyak ni untuk rasonalisasi subsidi dan mengatasi defisit account semasa aku setuju.

Penjimatan subsidi yg dikatakan lebih dari 3 billion setahun mestilah tepat ke sasaran.

1. Menbiayai mass transport seperti LRT, MRT, Monorail dan Bas pengangkutan awam.

2. Membina lebih rumah mampu milik untuk gulungan pertengahan yang kebanyakannya tak dapat BR1M.

3. Pelajaran. Jangan pula sekolah2 vanakular diberi perhatian yg berlebihan. Sekolah2 kebangsaan juga banyak yg daif.

Kerajaan mesti tunjukan perbelanjaan berhemah. Pembazirzn mesti dihentikan. Contohnya

1. Seperti Bro Din senaraikan diatas. Buat banner2 yang tak berfaedah. Kempen2 penjenamaan yang diragukan mesti dihentikan. Jangan pula 'Endless Possibilities' menjadi satu lagi kempen yg akan memakan belanja yg tak masuk akal.

2. Lawatan2 PM ke luar negara yg tahun lepas sebanyak rm40 juta juga satu pembaziran. Tak payahlah diangkut 4/5 menteri dan juga wakil2 rakyat ikut sama. Kak Mah juga janganlah angkut satu bas ahli bakti ikut sama. Pembazirzn ini dibenci rakyat.

3. Kes rasuah dan skandel seperti NFC juga merupakan pembaziran.

Jika PM jujur menangani ini semua maka tak da sebab rakyat tak akan menyokong.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 3, 2013 at 8:59 PM

Jom kita cool down sebentar.....sebenarnya kenaikan harga minyak (bahasa kasar) ataupun lebih tepat, penghapusan 20sen subsidi minyak (bahasa tinggi) adalah amat baik....sbb apa?

sbb ORANG MINYAK dah susah nak beli minyak.....maka akan berkuranglah kes2 org minyak......yaaayyy!!.......:)

ok semua?....rehatkan JANTUNG & MINDA sebentar.....baik utk kesihatan......5 min nnt nak sambung TERBAKOR, naik minyak ke sambung le....tp ingat sblm naik minyak, bayar lebih 20sen kalau pakai RON95 & Diesel, RON97 harga biasa k......muaahahahahaha

SENYUM SEMUA......SEBUT CCCCCCCCC.....haaa kan manis

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2013 at 10:09 PM

kenaikan harga minyak 20sen seliter adalah satu janji yang di tepati.kenaikan ini di lakukan setelah datuk najib mendengar denyut nadi rakyat.kita sebagai hamba rakyat patut bersyukur dengan kenaikan ini ianya sebagai tanda kasih sayang kerajaan terhadap rakyatnya.lagi tinggi kenaikan harga minyak lagi bagus buat rakyat lagi pun ianya tanda pengorbanan rakyat buat kerajaan terima kasih datuk najib terimakasih kerajaan.... bravo umno

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2013 at 10:48 PM

salam,

org yg tak sokong bn memang tak akan sokong punya. keluar la apa cerita pun, mereka memang tak suka. yg sokong bn pulak mula berpecah. yg sokong tanpa berbelah bahagi dan sokong dengan kritikan.

kegeraman rakyat ni mungkin tunggu nak meletus ajer. kita lihat la kalu ada prk di masa mendatang. kalu tak ada protes dan terus menang, kira hebat la ah jib gor. kita yg kritik aje la yg tak betul. tapi kalu dlm prk ada kesan penolakan, memang betul la apa yg kita katakan. sekarang, punahsihat dan con setan boleh tidur lena. rakyat bising tak lama. bila dah biasa, diam la. tapi api ibarat dalam sekam. mungkin mereka yg muda tak mahir dalam bidang ini.

bila nak berjimat, tak perlu la kasi percuma dan menjual pm dan membodek, walaupun banner i lap pm, bekas makanan, bekas kuih raya, mug muka 2 pm (lelaki dan perempuan)mungkin tak guna duit kerajaan, tapi kita nampak guna sangat.( dulu org letak gambar pm dan tpm, tapi la ni kita ada 2 pm, 1 lantikan dapat percuma 1 lagi pm wife)

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 3, 2013 at 11:29 PM

Bro DT....ermm.....tak nak ulas ke wawancara Prof Yeop dgn Sinar yg pecah tembelang kerajaan tipu rakyat berkaitan subsidi minyak?...cecei PR & blogger depa galak sgt main benda ni....takkan kita nak ketinggalankan?

bukan apa...."line kasi panas"..kita bako, kita bako....bala ni...bala...:)

walaupun wawancara ni 2 tahun lepas(2011) rasanya masih relevan jika dilihat kenyataan PAKAR MATEMATIK GUNAAN ni. Linknye di sini:

http://3.bp.blogspot.com/_uedZBUE6wls/TTnX2o7FRtI/AAAAAAAADRA/4pNZfjzsALg/s1600/kesan+kenaikan+minya

ATAU

http://www.wasukalu.com/2013/09/hamid-yeop-buktikan-subsidi-minyak.html

Isu berat tapi boleh jd catalyst utk rakyat mcm kita berfikir

Oh yeee...lg satu ttg subsidi RON95 & RON97 yg mana pd harga sebenar RON95 lebih mahal dr RON97.....tak ke PELIK bt AJAIB?.....Cili kasi taruk rempah ratus bro

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 10:52 AM

Kedua2 komen saya setuju, kupasan DT pun saya sangat setuju. Umpama bekas banduan kat kampung, kalau berlaku kecurian, org pertama yang akan dituduh adalah sibanduan tersebut. Begitu jugalah dgn kerajaan skrg, kalau dah banyak dasar dan isu org menyampah, maka kalau tambah sikit je lagi masaalah, maka org akan terus tuduh mcm2... Dah kerajaan lemah, bela sangat cina, menteri pulak bersepah dari golongan liberal, soal rasuah jgn ckp lagilah... Siapa yang tak berbulu??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 1:59 PM

Blogger Rockybru kata PC masa umum harga minyak naik turut ada jemput bloggers untuk hadir sama. Ko tak dijemput ke bro?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 5:21 PM

As salam,

Nak rationilise ok tak kisah jika kerajaan benar2 berbelanja betul, kurang ketirisan dan utk projek menyumbang perkembangan ekonomi utk peratusan besar rakyat. Entah apa dorang duduk pikir, dah lama cerita IKS ditinggalkan. Padahal IKS pengerak utama ekonomi sesebuah negara.

Dorang duduk sibuk main capital investment pak arab/singapore, yg mana impak ekonomi terlalu sikit pada kebanyakan rakyat. Tengok bulan nie, apa tindakan galakan ekonomi yg dibuat kerajaan. sunyi aje mcm takde apa, padahal exchange rate kita makin teruk berbanding negara lain. Puas la 'the best gavernor nak jawab.

Sekarang nie program kerajaan banyak dah melalut, byk sgt bazir kat benda takde faedah. Ingat zaman pak lah dah mula gambar terpampang kecil besor ikut status menyambut kedatangan PM. PM datang biar la, memang semua org tau, nak sambut pakai banner tu nak buat apa. Janji kerja buat sepanjang tahun. Jangan terkejut kalau kita tengok banner sekarang bukan gambar menteri aje, gambar YDP pun nak jugak masuk interframe. elok lagi kos banner pergi buat maintenance longkang dekat taman yg penuh nyamuk aedes.

Sekian,
Yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2013 at 12:33 AM

@AnonymousBiarlah org tak jemput din, rezeki kat mana2 nasib kita Allah yang tentukan, kalau senang pun sementara, kalau susah pun sementara.... Tiada yg kekal din.

Post a Comment