........... Perjuangan Melayu Berhaluan Kiri, Kanan Atau Tengah - Antara KJ dan Akhram | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perjuangan Melayu Berhaluan Kiri, Kanan Atau Tengah - Antara KJ dan Akhram

Sunday, September 22, 201310comments

Saya straight to the point jer - Sekarang antara topik paling hangat diperkatakan oleh orang Melayu adalah - Halatuju Agenda Bangsa Melayu.

Untuk perbandingan pendirian antara kedua calon utama jawatan Ketua Pemuda UMNO berkenaan isu ini, anda nilaikan sendiri -



Khairy Jamaluddin 


Dari mStar 15 September 2013 -

"Saya cuba untuk menukar DNA Pemuda Umno dari kebanyakannya berhaluan kanan dan sentrik Melayu kepada sayap lebih seimbang yang memberi tumpuan kepada isu-isu dan penyelesaian mereka," kata Khairy dalam satu wawancara.

"Kami masih akan berjuang untuk memberi kuasa kepada masyarakat Melayu, melindungi kesucian Islam dan mempertahankan negara ini, tetapi cara yang kita lakukan ini mestilah berbeza," 

Akhram Sanusi

Minit 1:12 - Definisi politik kiri, kanan dan tengah ni adalah definisi dan pendekatan politik sesuai dengan pendekatan barat ! Bukannya pendekatan kita orang Melayu di Malaysia yang memegang nilai2 Islam dan juga mempunyai agenda kita sendiri iaitu agenda memajukan bangsa Melayu.

Kita tidak boleh mencampuradukkan kedua2 ini ( Barat dan Melayu ). Apa yang kita katakan tentang Perjuangan Melayu itu sudah cukup asasnya.... tak perlu didefinasikan semula. Kita berpegang kepada agama Islam, kita perjuangkan negara agama Islam dan juga agenda Melayu .... tetapi sudah tentu, cara gerak kerjanya harus bersesuaian dengan zaman. 

Kita bukan mengatakan asas itu berubah, kita bukan katakan kita tidak mahu terus hampir fanatik terlihat pada orang dalam memajukan agenda Melayu ... kerana itu tanggungjawab kita.


Tetapi caranya berbeza2 kerana teknologi moden, cara2 lain untuk mendekati orang2 Melayu khususnya orang muda. Dan kita juga ada cara2 lain yang perlu dilihat untuk menyakinkan mereka yang dalam kuasa ..... jadi pendekatan baru ini kita harus ambil. 

Gerak kerja kita mesti dikemaskini, kita mesti memahami pola sosio ekonomi dan sosio politik negara kita...bagaimana ia telah berubah ...




KLiK untuk ke Youtube.

PS - Apakah anda lihat perjuangan agenda Melayu anda sebagai berhaluan Kiri, Kanan atau Tengah ?

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2013 at 4:38 AM

Pemilihan exco Pemuda pun harus berlandaskan hala tuju perjuangan seperti yg cuba diketengahkan oleh KJ & Akhram.
Setiap calon exco patut diajukan soalan hala tuju perjuangan Pemuda yg dorang pilih ...adakah cara KJ atau cara Akhram??
Atau mereka ada cara mereka sendiri ?

Aku cuba tanya hala tuju perjuangan mamat ni diblog dia
Aku minta dia komen tentang temuramah KJ oleh STAR tapi tak disiarnya komen aku

http://anginperubahan.blogspot.com/2013/09/undi-calon-no-57-angin-perubahan-untuk.html

Yg disiarkan hanya komen2 yg memuji dia
Aku pun tak tau mcm mana dia boleh bertanding exco Pemuda kalau tak ada pendirian dlm perjuangan
Boleh ke dia berjuang membela nasib org Melayu kalau sekadar nk harap pujian & bodek shj ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2013 at 5:01 AM

Dalam perjuangan kena ada Khalifah. Khalifah yang menurut perintah Allah. Tiada serong kiri atau kanan. Harus terus di jalan yang lurus. Iaitu jalan yang telah diredhai. Jangan tersalah pilih. Cantik kulit luar bukan manis isi di dalam. Anak Kelana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2013 at 7:30 AM

salam,

maksud kj, bagaimanakah cara tengah, kiri kanan untuk aku terus berkuasa. memuji, membodek dan tonjolkan diri adalah cara aku sebagai ketua pemuda umno. cakap kuat dan besar berkereta mewah dan besar adalah cara untuk mendekati orang muda di malaysia.

cakap kj amat didengari oleh orang muda yg ada dikelilingnya terutama di cafe hotel. cuba dengar orang muda diblog helen ang, di kedai kopi tanpa bintang dan orang yg tiada jawatan dalam umno, banyak pujian **@@@@@** dan merugikan umno keseluruhannya. berpijaklah di bumi dan rasailah kebenaran. ramai rakyat malaysia terutama orang muda memang suka puji pu** m** kat kj. kekuatan kj sampai sekarang tak boleh ditandingi. PAC sampai sekarang tutup mulut daripada bercakap hal ECM libra. dan banyak hal lagi melibatkan kj. dah lama jadi ketua pemuda, statistik anak muda join umno dan pengundi muda mengundi bn semasa pru13 mungkin boleh dijadikan modal untuk kj menunjukkan kejayaannya sebagai ketua pemuda bn dan umno.

akram orang baru menonjol di peringkat kebangsaan. mungkin sebab ayahnya, maka anak ambil masa lama untuk tonjol diri. cuba naik tanpa usaha bapak. tak tau la, dia ikut bapaknya atau hanya bercakap sahaja. tapi kita ada peluang untuk memilih. berani berubah kah ahli pemuda umno?

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2013 at 8:37 AM

@AnonymousSeperkara, dalam ramai2 pemimpin Umno selama ini, KJ lah yang pembangkang selalu puji ......kenapa ek ?

Tak ubah macam PakLah dipuji2 pembangkang ketika waktu ramai orang Melayu menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinannya ...

Tun Mahathir yang terlalu banyak jasanya pula tidak pernah mendapat pujian dari pembangkang .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2013 at 9:15 AM

Aku tak suka cara KJ berfikir. Terlalu liberal. Juga seorang apolegetik. Selama ini aku tak rasa pun Pemuda sanggup turun ke padang untuk membantu masalah ahli di peringkat akar umbi. Pemuda seolah-olah macam kelab ekslusif yang dianggotai orang-orang tertentu sahaja. Ketua Bahagian dah ada senarai kroni masing-masing. Ada team sendiri. Kalau bukan kroni, akan dicantas. Alasannya kalau kita ambik orang yang kita kenal, senang buat kerja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2013 at 10:04 AM

bro din ,apa pasal dua orang calun ketua pemuda dari kedah ,alang kah baik nya kalau seorang aje pergi , tak lah pecah undi , ini kedah pun dah pecah undi macam mana nak menang(KJ anta ke), apa pun saya tabik spring pada akhram , pemuda yang ada telor , yang lain auww aauuwww , geli nyahhh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2013 at 10:33 AM

@AnonymousKalaulah musuh memuji pemimpin lawan, tentu ada benda yang tak kena....
Musuh suka kalau pemimpin lawannya :-
1. Mempunyai banyak kelemahan, sejarah hitam, rahsia besar.
2. Mudah melatah kalau diprovoke, flip-flop, berfikiran singkat.
3. Penakut, mengikut telunjuk dan terkesan dengan keadaan.
4. Bodoh melantun-lantun...
Inilah antara sifat yang sangat musuh senangi, jadi mereka berpura-pura mengkagumi pemimpin tersebut, dan berharap individu tersebut tetap menjadi kepala supaya senang kerja mereka untuk mengalahkan kita... contoh pemimpin yang amat disukai musuh ialah beberapa pemimpin UMNO sekarang dan bekas PM kita dulu. Umumnya jika pemimpin tersebut diseranah, dimaki dan amat tidak disenangi oleh DAP, maka dia adalah pemimpin yang terbaik, bijak dan payah dikalahkan musuh seperti TDM...
Tapi ada kalangan pemimpin politik yang diseranah oleh penyokong sendiri dan penyokong lawan... ini pulak nak kata mcm mana??... jenis pemimpin Badigol sood kot?

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2013 at 11:21 AM

Parti umno ditubuhkan utk memajukan melayu islam (definasi melayu islam mengikut perlembagaan), jika KJ berkata dia mahu menggunakan pendekatan seimbang atau haluan tengah maknanya sayap pemuda tidak lagi memperjuangkan umat melayu islam tetapi perjuangan yg lebih luas iaitu utk semua kaum. Jika itu yg KJ mahu lakukan, dia lebih sesuai menduduki kerusi pkr dari umno kerana pkr lebih bersifat multi racial dan liberal. Jika tidak mahu memperjuangkan melayu islam mengikut perlembagaan umno, mengapa umno perlu tubuhkan sayap pemuda, atau mengapa umno itu sendiri harus terus bernyawa?


Kita ada BN utk melihat perkara luas. KJ tidak boleh melakukan sesuatu yg tidak dilakukan oleh org2 terdahulu darinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
September 22, 2013 at 3:34 PM

KJ adalah merupakan kesinambungan agenda dizaman Pak Lah. Zaman orang india dan cina naik tocang. Zaman Islam hadari. Zaman tidur. Itu yang kita tentang.

Dalam pada itu, jagan sampai kita jadi seperti golongan ABU - sesiapa saja yang menentang UMNO akan mereka pilih. Burok atau baiknya tindakan itu tidak diambil kira. KJ memang harus ditumbangkan tetapi penggantinya mestilah yang benar-benar boleh membawa kepada kebaikan.

The ball is in your court Akhram! Buktikan anda mampu membawa Pemuda kembali ke perjuangan asal. Anda mesti bertembung secara terus dengan KJ. Tunjukkan semangat sebenar Pemuda UMNO. Kalau dengan KJ anda tidak dapat lakukan, mampukah nanti hendak menentang asakan MCA, MIC, DAP dan anjing belaannya seperti PKR dan PAS?

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2013 at 12:26 AM

setuju dengan komen belang

Post a Comment