........... Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera - Gempak Jer Lebih .... Tapi Tetap BerterimKasih Kepada Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera - Gempak Jer Lebih .... Tapi Tetap BerterimKasih Kepada Najib !

Sunday, September 15, 201324comments


Mula-mula sekali saya ingin mengucapkan TerimaKasih kepada Najib diatas inisiatif terbaru kerajaan sepertimana tercatat dalam Pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang baru diumumkan siang tadi.

Maksud saya bila Najib umumkan sesuatu yang khas dan khusus kepada Bumputera, sedikit sebanyak pasti membawa sesuatu yang positif kepada Bumiputera. Cuma sejauhmana apa yang diumumkan itu ditransform dalam bentuk tindakan supaya menepati apa yang diniatkan.

Yalah, setakat UMUM saja, pastinya ia sesuatu yang gempak, kalau tidak baik tak payah umum.....kan. 

Dan kalau kita berniat hendak mencari salah, gempak macamana pun yang diumumkan pasti akan ketemu kelemahan. 

Jadi yang sebaiknya, kita tunggu dan lihat. Apapun, saya nak komen juga sedikit secara ringkas ... kalau tidak, bukanlah gossip namanya, kan ..

1 - Adalah lebih baik jika kerajaan dapat asingkan sebarang statistik antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak, jangan dipukul rata dengan purata.  Sebab perbezaannya amatlah besar antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak. Perbezaan ketara itu akan tenggelam jika digunakan angka purata dan kesannya, kita tidak dapat beri penekanan khusus kepada kawasan2 yang benar2 terdesak. Contohnya -


26.    Kadar kemiskinan Bumiputera pula, telah berkurangan daripada 64.8 peratus dalam tahun 1970an kepada 2.2 peratus pada tahun 2012.

Apakah kemiskinan Bumiputera di Sabah/Sarawak hanya 2.2% ? kalau tidak silap saya pernah terbaca yang ianya adalah sekitar 16%. Kan besar bezanya itu !

2 - Seperti yang saya tulis sebelum ini berkenaan pelaburan yang dilakukan oleh Ekuinas, apa juga pembelian ekuiti oleh GLC seperti Ekuinas dikira sebagai Ekuiti Bumiputera.

Pemilikan ekuiti syarikat korporat Bumiputera juga telah meningkat daripada hanya 2.4 peratus dalam tahun 1970an kepada 23.5 peratus pada tahun 2011. 

Apakah 23.5% itu benar2 dimiliki oleh Bumiputera atau yang sebenarnya majoriti dimiliki oleh GLC ? Kerajaan patut dedahkan angka % yang SEBENAR dimiliki oleh orang perseorangan dan syarikat Bumiputera. Kalau tidak orang Melayu akan ditipu dengan angka yang tidak mencerminkan realiti sebenar.

 3 - Banyak yang diumumkan oleh Najib adalah dalam bentuk Umum, contohnya - kita akan bantu bla bla bla , kita akan tingkatkan bla bla bla ..... minta maaflah, kalau setakat CAKAP UMUM KOSONG begitu, saya agak skeptikal. Yalah, namanya pun orang politik.......

Satu lagi, bila disebut -  46.    Lantaran itu, peranan UDA Corporation akan diperkukuhkan untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.     ....... berapa ramai yang benar2 yakin ?

Anda juga skeptikal, kan ? Jadi terbaik, kita tunggu dan lihat jer ..

4 - Perkara yang benar2 ada nilai RM cuma bermula pada perenggan 50 ! iaitu - Sehubungan itu, sukacita saya umumkan, tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak 300 juta ringgit untuk tempoh lima tahun.

Saya akui ramai rakyat terutamanya dikalangan wanita Melayu yang dibantu melalui pinjaman Amanah Ikhtiar ini. Dan ini benar2 menolong rakyat biasa bukannya korporat.

Begitu juga dengan  dana tambahan RM700juta kepada TEKUN Nasional. BAGUS ....

5 - Projek Petronas RM20b setahun untuk syarikat2 Bumiputera pastinya memberi senyum kepada para kontrektor ...


6 - ..... satu skim pembiayaan baru lagi unik dinamakan sebagai Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau ringkasnya SUPERB akan diperkenalkan. Skim ini bertujuan untuk membantu syarikat start-up. Bagi tujuan itu, dana sebanyak 100 juta ringgit akan diperuntukkan dalam tempoh tiga tahun.

Yang ini saya suka. Tapi nak tanya jugalah, skim2 dan pelan2 yang pernah diumumkan dulu berapa banyak syarikat Bumiputera yang telah dibantu hingga berjaya ? Kalau yang dulu pun tak pernah dibuktikan sejauhmana kejayaannya, apa bezanya dengan yang diumumkan sekarang ..... atau dimasa depan ?


7 - Terbaik adalah penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah 1 bilion ringgit bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan  pembangunan serta inovasi.

.
Hmmmmmm ... apa lagi yang saya tertinggal terutamanya yang berbentuk komitmen yang boleh dinilai bukan setakat cakap umum saja ?

Taklah banyak mana pun berbanding 85 perenggan ucapan Najib tadi. Tapi apapun, ia lebih baik dari takder langsung , kan ..

Seperti yang saya katakan diatas, adalah lebih baik kita ambil sikap tunggu dan lihat sejauhmana semua yang dijanjikan Najib berjaya dilaksanakan untuk mencapai matlamatnya.

Yang paling penting saya lihat dari ucapan Najib adalah - Najib sudah mula bercakap tentang Melayu dan Bumiputera !

Sekurang2nya ada juga kesannya kita bersuara selama ini.... bayangkan kalau suara kita LEBIH KUAT, banyak mana lagi akan Najib berikan kepada Melayu Bumiputera ?

Apapun - TerimaKasih Najib !

PS - orang cina tak pernah pun ucap TerimaKasih tapi Najib tetap juga bantu....... hmmmmmm ... takperlah, kita ada cara kita yang lebih beradab.

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2013 at 1:13 AM

Aku pun sangsi dgn pengumuman pagi ni. Yang tersenyum dan tersengeh ialah ketua2 bahagian dan menteri berkaitan. Mana tidaknya, tekanan akan diberikan kpd penlaksana oleh org2 ni (agar didahului penyokong mereka / keutamaan skim pada penyokong2 mereka juga / cth SPED apa jadi 'bela ayam dlm air-con'). Contoh Stimulus package 10B kemudian tambah lagi, agihan kpd agensi2 yg disebut seperti di atas, apabila rakyat memohon skim2 tersebut frontliner pelaksana tak tahu menahu lantas di tolaknya permohonan mentah2. Nama Peneraju dan Pemandu lebih kurang sama maksud kemungkinan perunding yang sama diupah untuk kertas kerja ni. Kita tunggu dan lihat.

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2013 at 7:34 AM

komen 'someone' dari blog nusanaga.

Perjanjian TPPA sebenarnya adalah perjanjian di mana Jika ditandatangani oleh najib maka segala harta harta ( emas) bangsa melayu yang selama ini beku di luar negara akan cair dan akan menjatuhkan sistem kapitalis yang selama ini dipegang oleh yahudi rothschild. Oleh sebab itu mereka sangat terdesak dan sangat takut kepada perjanjian tppa kerana masa kejatuhan mereka akan tiba. Ingat kita di fasa terakhir akhir zaman, dimana fitnah dajjal dimana mana. Yang benar dikatakan batil, yang batil dikatakan benar. Oleh itu sokonglah DS Najib beserta segala transformasi 1Malaysia yang diperjuangkannya.. DS najib memperjuangkan hak dan kedaulatan negara dan bangsa melayu dibawah gagasan 1Malaysia. Dibawah gagasan ini hak hak dan kebajikan orang melayu dibela sepenuhnya berbanding pada zaman mahadir.. Pada zaman mahadir , hak hak dan kebajikan orang melayu tidak dibela sewajarnya kerana itu bangsa melayu mundur dari pelbagai sudut.. Boleh dikatakan mahadir adalah penindas dan pengkhianat orang melayu yang selama ini bertopengkan melayu dan orang melayu tidak sedar hal ini. Mahadir dan yahudi rothschild selama ini mempunyai misi dan matlamat yang licik dan jahat iaitu merampas dan merompak kekayaan orang melayu sehingga orang melayu mengemis di tanah air sendiri.. Jadi sokonglah DS najib dan TPPA kerana HAK BANGSA MELAYU akan dikembalikan dan hasilnya dapat dinikmati oleh bangsa melayu sedunia.. Salam

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
September 15, 2013 at 8:28 AM

Salam Sdr Din,

Saya sekadar nak bertanya adakah pengumuman ini boleh kita sama kan seperti pengumuman bahawa minyak tidak akan naik tahun ini? pasca PRU-13 lalu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2013 at 9:05 AM

Din, aku tak tau tang mana yang UDA akan bantu, projek perumahan UDA yang baru dilancarkan minggu lepas di Pauh Jaya, Seberang Prai Pulau Pinang bermula dari RM760,000.00!! Orang melayu Pulau Pinang nak lari kemana lagi? Sebab itu aku tak yakin #46 seperti yang hang sebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2013 at 11:00 AM

Hai Din, umum umum jugak.. tapi pengundi Melayu untuk PRU14 nanti dah tackle ke? dah start register ke mana mana yang belum... buat kerja awal, lagi senang nanti...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2013 at 11:11 AM

Semuanya re- packaging aje. Takde idea baru yg betul2 affirmative action.
Bukan bumi pegang 70% ekonomi. Yang 30% tu kena berebut cara meritokrasi. Apa usaha nak tambah ekonomi kepada 50%?.
Tak ada plan clear untuk orang kampung dan golongan melayu yang makin teruk di flat2 & rumah setinggan. Ini lah target gereja untuk guna nama Allah. Bila miskin sangat, gereja kasi duit. Zakat kena isi borang bertimbun. Bila dapat ciput je.
Semua plan hanya untuk elite melayu je.
Lama2 kita jadi macam indonesia. Jurang terlampau jauh.
Apalah nasib melayu....
-kubai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2013 at 12:19 PM

Setuju bro..tunggu n lihat..prgrm latihan tu nnti sapa yg dpt kontrak..cuba check sapa yg dpt prgram untuk latihan untuk port operation n debunking untuk lepasan skolah..nilai kontrak berjuta

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2013 at 12:25 PM

@gabanzPihak US (yang didalangi Yahudi)dlm TPPA mahu menolong memperkasakan Melayu .........ek ?

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2013 at 12:26 PM

@Malaysian CybertrooperSoalan cari penyakit macam ni saya tak nak jawab !! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2013 at 12:33 PM

bro din , ini semua skrip untuk PAU yang akan datang ni , lepas PAU besok keluar skrip baru pulak , dah banyak kali kena kelentong , bunyi je lebih , tindakan ,abok...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2013 at 12:41 PM

cuba ceck siapa dapat tender supply bottle,jerry can,drum dkt kilang FELDA di pelabuhan kelang.cuba ceck siapa dapat tender supply haulier kapada FELDA , cuba ceck cuba ceck...

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
September 15, 2013 at 12:47 PM

Perasaan sangsi akan keberkesanan inisiatif terbaru kerajaan kepada bumiputera ni memang masih ada. Apa yang berlaku semalam hanyalah pengumuman. Perlaksanaan dan kejayaan hanya dapat diukur dalam tempoh 2 ~ 3 tahun lagi. Biasanya, karenah birokasi yang banyak menyebabkan kegagalan sesuatu projek yang diusahakan oleh kerajaan. Ramai pegawai yang lebih sudu dari kuah. Tanggungjawab diberikan dianggap sebagai kuasa mutlak mereka menentukan siapa yang layak menerima bantuan.

Ramai juga rakyat yang mahukan bantuan segera - hari ini umum, esok dah dapat. Mungkin dah manja dengan BR1M. Mereka tak suka diberikan joran. Mereka mahukan ikan nya saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2013 at 12:50 PM

Baca page SSTDM dgr kata page najib kena serang dengan geng2 mata sepet huhuhu sepet2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2013 at 12:54 PM

Event announcement ini pun macam semasa sebelum PRU13 style ala American bila Ah Jib Gor announce manifesto BN tapi focus nya lebih kepada menaikkan image Ah Jib Gor daripada isu contentnya. Perkara yang Ah Jib Gor beri kepada melayu ni boleh aje announce semasa Budget di parliment. Saya fikir Pemandu yang nasihat Ah Jib Gor untuk buat announcement ini awal kerana popularity nya semangkin meredum.
Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2013 at 12:56 PM

Saya harap sangat Najib baca artikel ini dan komen2 yang saudara berikan.

Tak sesenang itu untuk puaskan hati komuniti DT hehehehe :))

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2013 at 1:04 PM

gempak je...tengok la nanti kalau tak percaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2013 at 4:29 PM

Kalau sekeliling penyangak x jadi gak....ideanya bagus tapi DELIVERY NYA????? cakap cam ni waktu start jadi PM dah dengar...tapi xde delivery....Bagi plak penyangak2 jadi hulubalang utk smua projek...hampeh....

KALAU NAK WAT BIOR SERIUS...JGN WAT CAM MANTAT JER...BAGILER ORG2 YG SERIUS LAIN WAT....JGN BAGI HAPRAK CAM JJ, KJ, PUNAHSIHAT DAN LELAIN DOK KACAU.

Nak Bukti??? Buktinya bila mamat ni memrintah lbh kurang sama lembik dgn si BODOHWI...Dgr sana dgr sini...SENDIRI X PANDAI WAT KEPUTUSAN...

Pulak tu da tau cha ya nun boikot...nak di bagi gula2 free dlm bentuk tang long plak....TANGLONG NENEK DIA!!! Yg org kita dok sebok sokong dia gak ape dia bagi ari raya??? UJUNG2 BAGI KAT CINA GAK....BAHLOL TAHAP JILAT JUBOQ SENDIRI DA DIA NI...

Cakap jgn x serupa bikin daa....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2013 at 4:48 PM

Lagi satu....dengar gomen tgh sesak duit...dengar gak duit di pinjam dari sykt minyak dan letrik utk biayai keperluan gomen...Pastu kuar plak kenyataan nak jaga ekonomi terpaksa kurangkan subsidi minyak...MAKSUD SEBENAR???? Gomen xde duit....kasi naik 20sen supaya dpt duit senang....

PEMIMPIN YG ADA KEBANYAKAN NYA BAHLOL!!!!! ADA PAHAM KA???? LU PEMIMPIN BANYAK YANG BAHLOL!!! Mana taknya...kalau pandai cari duit x ler nyusahkan rakyat...SIMPLE JER...Kalau CHA YA NUN yg wat niaga kat sini hebat2, agak2nya diorang akan bagi elaun kpd semua nak beranaknya maikn banyak atau makin kurang? Kalau pandai cari duit utk negara, x payah ler nak naikkan minyak dan lain2 selalu... BODOH NAK MAMPOS!!!

BR1M = RM500
Kalau ade 1juta yg terima = kena bagi RM500juta setahun

Minyak naik = 0.20sen/liter
1 kenderaan = Average bodoh 10 liter/1 hari= RM2.00
1juta kenderaan = RM2,000,000/sehari
atau RM730,000,000/setahun....

Ade untung lagi rm230 juta setahun atau lebih kurang RM19juta sebulan.

Bagi gaji kat KHAZANAH cam sial....camner receptionist baru pas SPM pun boleh dpt dlm RM3500???Logik ke??? Yg baru grad dari luar negeri xde pengalaman kerja langsung boleh dapat RM15,000-RM20,000 sebulan???? Bubuh kat opis macam lukisan bernilai jutaan ringgit...Pe kejadah nyer duit rakyat dibuat beli lukisan segala...Kalau dah byk bagi income kepada negara ok la jugak...Pastu depa bagi balik apa plak kpd rakyat....

Yg setan sorang ni plak kata anak nak keje free...cakap selalu cam gangster plak tu...KEPALA OTAK LU!!! hang ingat org takut dengan gangster BABI ko tu... Anak menteri BODOH mana yg nak keje free??? Dah nama anak menteri takkan gi sekolah belanja RM1? Takkan nak bawa kancil atau kapcai....LOGIK SIKIT LAH GANGSTER BEBAL!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2013 at 4:53 PM

@Anonymoushehehe .... harap lepaslah sikit panas dalam kepala tu, ek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2013 at 5:32 PM

GERAM.....TERSANGAT LER BAHLOL.....Dan kita plak asik nak di bagi gula2 seposen....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2013 at 8:17 PM

din ... aku minta engkau teruskan perjuangan menyingkirkan ah jib gong ... walaupun pelbagai usaha yang akan dibuat oleh punahsihat bagi memberi gambaran bahawa ah jib gong adalah pemimpin melayu yang kental ... berjiwa melayu ... berjuang untuk memartabatkan bangsa melayu ... dan telah insaf(?) di atas kesilapannya dahulu yang sanggup berlakun menyediakan ang pow bergambar ah jib gong, memukul gong cina, menari tarian naga dan mempersembahkan dengan takzimnya tang lung ah jib gong kepada bangsa cina ...

teruskan perjuangan menyingkirkan ah jib gong din ... biarpun di dalam majlis sebelum ucaptama ah jib gong nanti akan ada persembahan kebudayaan melayu yang dipersembahkan demi mengambarkan betapa minatnya ah jib gong dengan seni budaya bangsa melayu seperti tarian kebudayaan negeri pahang sendiri atau dari negara lain ... seperti tarian cak lempung ... mak yong ... ulik mayang ... dikir barat ... kuda kepang ... atau pelbagai persembahan kebudayaan melayu ...

biarpun akan ada gimik ah jib gong memakai pakaian pahlawan bugis ... turun ke pentas mengambil keris yang terpacak utus di atas batu (seperti lagenda raja british mencabut pedang dari batu) ... dan menciumnya penuh bersemangat ... bersulam bunyi gendang silat melayu dan berlatarbelakang pahlawan melayu bertarung silat ... bagi aku ... ah jib gong WAJIB / MESTI disingkirkan dari tahta presiden UMNO ... cukuplah persembahannya terhadap ketaatanya kepada cina dan india yang telah dia pamirkan ... pemimpin seumpama ini perlu dinyahkan dari UMNO ... sekiranya UMNO mahu kekal menjadi wadah perjuangan memartabatkan bangsa melayu ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2013 at 10:45 PM

Allah ada berfirman supaya umat islam tidak menuruti cara orang kafir hidup dan berfikir kerana ia boleh menjejaskan iman kita.

Kepada Ahjibeng, Cinabeng tu bukan kafir ker?
Di manalah ko letak maruah agama islam nih? Ke tilawah ko tak nak pegi, bergendang dan bertanglung bukan main! Siap ada nama cina tuh! Mikin malu umat islam dan org melayu jak!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2013 at 11:32 PM

Bak kata Datuk AKJ, kalau orang tu berjanji nak bagi air jangan terus percaya. Pastikan kita dapat minum dan air tak beracun baru kita boleh percaya pada janjinya.

Joe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2013 at 7:35 AM

bro din... pada aku menatang ni masih menunjukkan kebodohan dan piang pm.. hapus isa dan eo, pikir undang undang baru, hapus deb ganti dengan dasr bumi hapa tah ni.. ni semua sebab nak cari glamer dan ambik nama je... orang lain punya dia padam, buat yang baru dengan nama dia..... macam ni memang pm paling gila glamer macam bini dia jugak heheheh

Post a Comment