........... Pandangan Akhram Bila ahLek Mempertikaikan Hak Bumi Tiga Tahun Dulu... Kalau KJ Bagaimana Ya ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pandangan Akhram Bila ahLek Mempertikaikan Hak Bumi Tiga Tahun Dulu... Kalau KJ Bagaimana Ya ?

Sunday, September 29, 201315comments

Dibawah adalah salinan wawancara antara wartawan Berita Harian dengan PRESIDEN MAYC yang disiarkan 3 tahun lalu. Kalau anda masih ingat, waktu itu Chua Soi Lek tengah menggatal dengan Hak Cina melalui paltform Perhimpunan Agung MCA.

SEKALI lagi isu hak dan keistimewaan Bumiputera ‘disentuh’ kaum lain. Bagaimana MAYC melihat perkembangan ini daripada kaca mata generasi muda yang bakal mewarisi kepemimpinan negara.

Saya rasa tidak salah pemimpin kaum lain menyentuh hak istimewa Bumiputera, terutama jika mengajukan cadangan membina. Tetapi cara atau kandungan diajukan harus menghormati perasaan masyarakat Bumiputera. Sebarang usaha mengurangkan apa yang difahami oleh Bumiputera sebagai hak, akan sentiasa dipandang serong.

Chua pula mungkin memikirkan yang cadangan memberi diskaun atau harga khas untuk Bumiputera sebagai timbal balas pengurangan sasaran 30 peratus DEB sesuatu usaha membina. Malangnya, ini juga boleh menimbulkan kegusaran. Contohnya saya sebagai belia Melayu agak terguris apabila dikatakan sasaran ekuiti kaum saya harus lebih rendah. Sudahlah itu, dicadangkan diskaun pula seolah-olah Bumiputera ini kumpulan subsidi.

Apakah isu hak dan keistimewaan Bumiputera difahami dan diterima generasi muda bukan Bumiputera mengikut pemerhatian MAYC selama ini. Apa persepsi mereka dalam isu ini

Sebenarnya banyak kekeliruan mengenai asal usul hak keistimewaan orang Melayu dan lebih-lebih lagi mengenai peruntukan DEB untuk meningkatkan ekonomi semua rakyat demi kemakmuran sejagat. Contohnya, terlalu ramai belia memikirkan DEB menolong Bumiputera saja. Mereka tidak mengetahui peruntukan untuk membantu kaum India yang juga menghadapi cabaran ekonomi. Malah pemaju hartanah terkemuka, Presiden dan Ketua Eksekutif SP Setia Bhd, Tan Sri Liew Kee Sin baru-baru ini mengakui masyarakat Cina masih menerima manfaat pembangunan ekonomi sepanjang zaman DEB rancak dilaksanakan. 

Saya rasa, sebab utama kenapa hak istimewa terutama sekali DEB menjadi isu sensitif yang kerap menimbulkan kekeliruan belia kerana kerajaan mungkin terlalu berhati-hati dalam hal pendidikan sejarah di sekolah. Contohnya Peristiwa 13 Mei 1969 walaupun ia diakui sebagai titik hitam, tiba masanya dikupas lebih terperinci supaya orang muda diajar sejak di bangku sekolah mengenai bahayanya ketidaksamarataan ekonomi boleh mengancam ketenteraman negara.

Amnya belia tidak menafikan darurat komunis ancaman kepada kemakmuran negara. Ramai menginsafi dan bersyukur negara selamat daripada ancaman pada masa itu kerana pendidikan mengenai keburukan ancaman komunis, disokong pula propaganda media antikomunis dari luar, begitu terperinci serta sampai ke pemahaman belia.

Kini China sebagai negara komunis mungkin hebat membangun sementara Vietnam masih dikagumi kerana berjaya mengalahkan kuasa besar Amerika Syarikat, tetapi belia Malaysia masih bersyukur kita bukan komunis seperti China dan Vietnam.

Saya sebagai Presiden MAYC menyarankan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran mempertimbang untuk memperincikan pendidikan penyebab 13 Mei dan usaha mengelak ia berlaku, termasuk DEB. Ia harus diperkenalkan sebagai pendidikan wajib di sekolah menengah. Mungkin diperkenalkan sebagai sebahagian kurikulum perpaduan 1Malaysia kerana gagasan ini akan berjaya jika kita mengambil kira pahit manis sejarah hubungan antara kaum.

Mengapa sistem kuota 30 peratus ekuiti Bumiputera perlu dikekalkan dan apakah erti keistimewaan ini kepada generasi muda Malaysia hari ini. 

Seperti saya katakan, sebenarnya generasi muda sekarang agak bingung mengenai maksud 30 peratus ekuiti ini. Tambah lagi, fokus terhadap 30 peratus ekuiti mengalihkan pandangan daripada unsur DEB yang lebih relevan kepada golongan muda, seperti peluang mendapatkan pendidikan terutama sekali tetapi tidak terhad ke universiti.

Contohnya, jika belia diberitahu MRSM akan dimansuhkan, ini akan membawa lebih banyak bantahan. Namun sebagai belia Melayu, saya juga hairan kenapa sasaran 30 peratus ekuiti Bumiputera begitu dipersoalkan oleh MCA dan dulunya DAP. Padahal, Bumiputera merangkumi lebih 60 peratus rakyat negara ini.

Salahkah sasaran ekuiti untuk Bumiputera iaitu kurang daripada separuh jumlah Bumiputera. Saya rasa lebih adil dan memandangkan pecahan ekonomi kaum Cina jauh lebih tinggi daripada peratusan rakyat Cina. Persoalan sebegini daripada pemimpin kaum Cina khususnya, tidak membina, malah menimbulkan tanda tanya berhubung niat sasaran berkenaan dipersoalkan.

Saya ternanti-nanti cadangan pemimpin kaum India, supaya kaum itu juga diberi sasaran ekuiti. Rasanya, memandangkan peratusan rakyat India, tak salah mana-mana pemimpin menyarankan sasaran ekuiti paling kurang lima peratus untuk kaum India.

Saya juga rasa tidak salah sasaran berasingan diwujudkan untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mungkin 10 peratus? Ini semua sasaran mencapai keadilan ekonomi di Malaysia. Apabila negara semakin membangun, inilah peluang untuk memastikan bukan kumpulan kaya saja semakin kaya, tetapi semua mendapat manfaat. Lebih penting ialah pengagihan kemakmuran ekonomi lebih sekata. Ini harus dibincangkan, bukan setakat sasaran 30 peratus ekuiti Bumiputera.

Apakah rasional MCA menimbulkan isu sistem kuota 30 peratus ini. Apakah kemungkinan langkah ini diambil kerana bimbang ditolak pengundi Cina pada pilihan raya umum akan datang atau satu ugutan.

Saya fikir lebih baik ditanya kepada MCA. Namun saya rasa tak logik jika pemimpin MCA berharap ini membantu mereka menjadi lebih sedia diundi. Pengundi mana yang untung dengan cadangan ini? Ia tidak jelas, tetapi yang terlihat pengundi Melayu rugi. Mahukah Melayu mengundi calon MCA jika dasar MCA merugikan mereka? Wallahualam. Sudah pasti Dr Chua Soi Lek lebih berpengalaman dalam berpolitik daripada saya. 

Ada pihak mempersoalkan rasional kaum Cina membangkitkan kuota 30 peratus ekuiti Bumiputera kerana pada realitinya, mereka masih menguasai sektor ekonomi. Apa pandangan MAYC. Apakah kaum Bumiputera masih perlu dibantu untuk menguasai sektor ekonomi.

Saya sebenarnya terdidik dalam bidang ekonomi dan boleh saya katakan di sini yang usaha ‘penguasaan’ ekonomi oleh mana-mana kumpulan amnya tidak akan membuahkan hasil yang mapan mahupun paling lumayan untuk masa hadapan. Sebarang usaha untuk menguasai sektor ekonomi memberi gambaran kuasa digunakan untuk mengehadkan perkembangan ekonomi sesuatu kumpulan. Ini adalah usaha yang tidak membina. Untuk sesuatu ekonomi itu maju, ia haruslah digerakkan bersama.

Untuk Bumiputra dan masyarakat Malaysia amnya, pengagihan nikmat ekonomi harus menjadi tumpuan, bukan penguasaan ekonomi oleh pihak tertentu. Sebagai pemimpin MAYC, saya lebih suka melihat ahli kelab gabungan MAYC sama hebat kemakmurannya tak kira Melayu, Cina, India, dalam atau luar bandar, Islam, Kristian, Hindu atau Buddha.


                                            *********************************

OK, siapa nak mengaku sebagai PRESIDEN MAYC yang diiktiraf oleh Berita Harian dalam wawancara diatas ? hehehe ...

Saya suka mengambil contoh2 lama dimana ketika diberikan pandangan, tidak ada tekanan atau sebarang niat untuk meraih undi berbanding ucapan2 dari calon2 sekarang ... anda tahu sendiri kenapa.

Kenyataan diatas adalah pandangan calon Ketua Pemuda saudara Akhramsyah 3 tahun dulu. Memang menarik cara pemikiran anak muda ini.

Agak2lah, apa jawapan saudara Khairy kalau diajukan soalan2 yang sama ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 2:31 AM

apa yg dinyata 3 tahun dulu terjawab kini.. selepas pru.. cina mca gerakan belot... patutla lebih ke cina.. buat strategi luar dlm sebelum berkuasa.. alhamdulillah dilindungi Allah.. umno tetap berkuasa..

kj.. masa tu.. 3 tahun dulu.. kubu kj.. 3 tahun dulu.. hingga kini.. ??????????

ada ke suara kj utk bangsa melayu bumiputera sebelum pru??????? mcm tengok keadaan aje... main lompat galah... main sentri.. main lompat pagar???????? hehehehe... cakkkkk kejap ada kejap takde... hihihihi

dah menang pru... KITA BANGSA MELAYU.... BLA BLA BLA... hahahaha..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 8:05 AM

Ni dia respon KJ

“I am trying to change the DNA of Umno Youth from being mostly right-wing and Malay-centric to a more centrist wing that focuses on issues and their solutions,” Khairy said in an interview.

Dia tak mau Pemuda UMNO terlalu berjiwa Melayu
Suruh aje dia jadi jadi ketua pemuda pkr

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 8:18 AM

kenapa tiba2 ramai bloger pro bn sokong kj? $ masuukkah?

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2013 at 9:02 AM

@Anonymousyang ini kena tanya empunya badan :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 9:26 AM

Bro Din

Tak lama lagi orang KJ cari kau ;-)

Parpukari & Aku Peduli Apa (APA) dah ditransformasi
Parpukari tak sokong secara terang cuma langsung tak citer tentang KJ
APA sokong secara terang ...siap ada banner ... ada gurindam & syair

Nak tergelak aku baca gurindam & syair dorang
Ya lah nak buat camna lagi ...
Hasil kerja selama 4 tahun jadi KP tak der ...terpaksalah bergurindam & bersyair

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2013 at 9:35 AM

@Anonymous"Hasil kerja selama 4 tahun jadi KP tak der ...terpaksalah bergurindam & bersyair" - Hahahahaha ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 9:58 AM

@AnonymousYa, saya pun heran, rasa pelik dan tak ajaib.

RD.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 10:02 AM

Bro Din.
Saya ada buat cadangan mengenai PRK Sg. Limau, tak lama lagi. Begini cadangan saya.

Sudah pasti PRK kedua selepas PRU13 akan diadakan tak lama lagi. Kepada penyokong BN (terutamanya UMNO) yang sekian lama 'patah-hati' melihat tiada perubahan dalam kabinet, menang atau kalah di Sg. Limau, tak membawa sebarang erti.
Amatlah jelas, hampir kesemua Menteri kabinet adalah 'fossil' tinggalan Pak Lah dan mereka amat kaya-raya. Mereka hanya mahu kerja senang, tidak boleh berfikir sendiri dan memerlukan CON-sultant yang dibayar beratus juta untuk melakukan kerja mereka. Selepas mengurangkan subsidi petrol, Najib membazir wang rakyat, menyewa pejabat di San Francisco, yang ber'scenic view'kan Golden Bridge yang indah. Kalau betul mahu berjimat WANG Rakyat dengan mengurangkan subsidi, mengapa tidak di bubarkan saja, PEMANDU dan berhentikan khidmat CON-sultant atau lain2 penasihat, terutama warga asing, yang ramai di GLC dan MAS. Barulah rakyat tak marah sangat kenaikian harga petrol.

Balik pada PRK Sg. Limau: Apa pun keputusannya, Kedah akan tetap di miliki BN. Oleh yang demikian, sebagai membukti persaudaraan sesama Islam, marilah kita memberi kemenangan kepada PAS. Asalkan PAS tidak beri laluan pada PKR atau DAP, biarkan PAS menang tanpa bertanding. Tiada ceramah/kempen yang lebih merengang & memecah-belah. Lagi pun kerajaan boleh berjimat WANG & masa rakyat untuk pergi mengundi. Jika kerajaan pusat mahu letak calon juga, saya gesa semua pengundi di Sg. Limau, memangkah PAS, sebagai protes dan memberi isyarat kepada Najib supaya menukar anggota kabinetnya yang ramai melakukan pembaziran. Jika orang Cina dalam MCA, Gerakan dan DAP boleh bersatu untuk menjaga kepentingan mereka, mengapa Melayu tidak boleh? Jika pengundi Melayu di Sg.Limau bersatu 100% menyokong PAS, ia akan memberi keyakinan kepada PAS untuk keluar PR dan bersatu dengan UMNO untuk menghadapi PRU14.

Sebaliknya, jika BN menang di Sg. Limau, sudah tentu Najib akan mendabik dada mengatakan kepercayaan rakyat telah kembali kepada BN. Maka dasar-dasar sekarang akan berterusan.

RD.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 10:07 AM

Salam,
ramai yg tak mau peduli apa org lain ckp. Walaupun org ini membawa masalah kpd parti pada masa hadapan, mrk tetap nak kpd yg mrk shj inginkan. Bkn kpd parti dan harapan org yg tak boleh ngundi, tp kpd harapan mereka sendiri yg mereka utamakan.

tak ada masalah nak kj, tapi apa yg telah dia buat utk umno selama dia jadi kp. Cukup ke yg dia telah buat. Setakat hebat ckp dlm parlimen, tak cukup. Bagaimana dgn skandal ecm libra. Nak tutup sampai bila. Rasuah pemilihan kp, bebas juga. So byk lagi yg menjadi ckp kedai kopi murah
ckp kat hotel, semua bagus. Tak ada pun yg salah. Tp yg mengundi bkn kat rembau shj, tp berkait dgn tempat lain juga. Org akn tanya, bab kj, bkn calon di tempat mereka. So pemuda kena bijak la. Kalu nak habuan, alamatnya umno memang susah nak berubah.

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2013 at 10:27 AM

@AnonymousSebenarnya saya juga pernah jual iden menjadikan PRK sebagai satu platform untuk orang Melayu sampaikan mesej.

Tapi seperti Kuala Besut, ada faktor yang harus diambilkira sebelum kita boleh lakukannya.

Contoh berapa ramai yang mesra internet utk mereka terima mesej ? dan keputusan lalu bagaimana, kalau terlalu tinggi majoriti, alasan yang bakal diberikan mungkin saja - oooh, itu dah memang kawasan mereka. jadi impak/mesej yang cuba disampaikan tidak kesampaian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 10:42 AM

@Anonymous

betul gak tuh. blogger APA yang begitu konsisten membedal Pak Lah/KJ nampak dah teruja dengan KJ pulak. bersumpah laknat pulak tuh kata dia takder apa apa kepentingan. sumpah kat internet hanyalah sumpah .....

sumpah sumpit bawang benggala
perut dah buncit siapa agaknya tala

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 1:37 PM

@dinturtleTapi kedudukan jumlah kerusi ADUN MB Said Dan Mukhriz berbeza. Kerusi Sg. Limau memang di pegang oleh PAS. Jadi tak membawa sebarang masaalh kalau kalah. Lagi pun sebagai langkah untuk menghulurkan semangat perpaduan, Mukhriz pernah offer untuk beri satu jawatan EXCO kepada PAS.

Siapa lagi yang boleh kita percaya kalau bukan sesama bangsa dan agama. Nak percayakan MatSalleh macam Najib percaya? Amat bertentangan sekali dengan sifat Tun Dr.M.

RD.

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2013 at 3:31 AM

KJ transformasi?..lau Tun Razak ada gak transform nyer..nak2 lagi anak dia DS Najib ada MEB..KJ?..Myteam tu je la tansform dia...tu pun ntah kemana...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2013 at 4:22 PM

It's normal for UMNO when the PAU date is nearer ,everyone especially the calon become extra racist...this new candidate for Ketua Pemuda also dont want to be leftout . But what he have done all this while ? Heard that he work in Shell under procurement or supply Department , how many qualified Malay that he helped with his position in Shell ? And at the age of 39 what is his track record for Pemuda UMNO ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 6, 2013 at 6:45 PM

Salam tuan MH..

#melayukita - Ikramshah Sanusi untuk Ketua Pemuda
https://www.facebook.com/610224535657195/posts/678905918789056

Pemilihan UMNO 2013 Ketua Pemuda - Wawancara Akramshah Sanusi
http://youtu.be/_7E3FB1xCXY

Teks Ucapan Pada Sidang Akhbar Mengumumkan Tawaran Diri Untuk Dipilih Ke Jawatan Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia Oleh Akhramsyah Sanusi

Assalamualaikum Warahmatullah i Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia,

Terima Kasih atas kehadiran semua di sini pada hari ini, baik dari kalangan wakil media dan terutama sekali kawan-kawan yang sudi melepaskan diri dari tugas harian untuk bersama-sama.

Nama saya Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi, lazimnya dikenali sebagai Akhram sahaja. Sebagai pengenalan, saya seorang anak kelahiran DEB (Dasar Ekonomi Baru). Pendidikan awal saya di Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau, Pulau Pinang sehinggalah berjayanya saya menggenggam segulung ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia dari Imperial College, London semua hasil dasar kerajaan pimpinan UMNO yang berlandaskan Dasar Ekonomi Baru.

Dengan bermodalkan ilmu tersebutlah, saya berjaya menarik perhatian sebuah syarikat minyak antarabangsa yang terkemuka mengambil saya sebagai serorang profesional. Selama 16 tahun saya bertugas sebagai seorang jurutera, konsultan sehingga kini mencapai peringkat pengurusan syarikat tersebut. Dalam masa itu, saya berpeluang bekerja di luar negara, menimba ilmu serta pengalaman teknikal mahupun organisasi, untuk kemudian di bawa pulang demi memajukan negara bangsa. Segala peluang serta kejayaan ini bertitik-tolak dari perjuangan UMNO, dan saya bersyukur atas pengorbanan pemimpin-pemimpin Melayu yang berjasa terhadap kami generasi muda.

Namun, sejak kebelakangan ini, telah tertimbul rintihan pada peringkat akar-umbi parti, terutama sekali pada golongan muda, yang UMNO terlihat seperti tidak dapat lagi menjaga kebajikan mereka. Segala usaha serta dasar kerajaan yang baik dilancarkan, tetapi kurang mengena sasaran, dan ini menimbulkan kerunsingan. Rintihan akar umbi Pemuda juga timbul tentang sentuhan kepimpinan yang dikatakan tak cukup kerap sampai ke bawah. Dan lebih parah lagi, ada orang muda yang kini menuduh Pemuda sebagai tidak lagi mendesak, tidak lagi menjulang obor perjuangan Agenda Melayu.

Oleh itu, memandangkan rintihan kawan-kawan, jiran-jiran serta penyokong tentang perlunya perubahan kepimpinan Pemuda, saya dan keluarga saya telah mengambil keputusan mengorbankan kerjaya saya untuk menawarkan diri, dengan rendah diri, sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Agenda yang akan saya bawa insya Allah sekiranya terpilih sebagai Ketua Pemuda yang baru adalah menghidupkan kembali agenda perjuangan Melayu yang seharusnya menjadi tanggungjawab Pemuda UMNO. Oleh itulah, laungan Pemuda haruslah tidak lain dari HIDUP MELAYU!

Terima Kasih. Saya membuka majlis kepada soalan...

Ikhlas dari Calon Anda, Akhramsyah Sanusi

Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi ~ Bukti Keahlian beliau didalam MAYC! Presiden MAYC sekarang penipu?
http://mahaguru58.blogspot.com/2013/09/akhramsyah-muammar-ubaidah-sanusi-bukti.html

PEMUDA PEJUANG MELAYU: Ikhlas Dalam Perjuangan & Bersama Melaksanakan Agenda Melayu
http://thoughtsintangents.blogspot.com/

Post a Comment