........... PANAZZZZ - Contoh Pemimpin Umno Cawangan Yang Gila Kuasa ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PANAZZZZ - Contoh Pemimpin Umno Cawangan Yang Gila Kuasa ! ?

Friday, September 13, 20135comments

Saya tak boleh nak tambah perisa lagi kepada artikel terbaru KNKB, tuanpunya blog telah memberi satu hidangan yang cukup lengkap .... cilinya cukup pedas, garamnya secukup rasa, gulanya pula .... errrr.. dia tak pakai gula !

RENUNGAN KHAS UNTUK PRESIDEN UMNO DAN SAF KEPIMPINAN...!!

 

Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh, YB Dato Mohammad Razi Kail telah dipilih semula secara sebulat suara sebagai Ketua Cawangan KG Sg Jelutong.


Apabila ditanya kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, YB Dato Hj.Ismail Lasim berkenaan dengan persidangan UMNO Cawangan Sg Jelutong, beliau menjawab melalui SMS yang berbunyi; 



"Salam, Saya benar-benar tidak tau yg sg jelutong telah mengadakan mesyuaratnya. Cuba tanya kepada pemantau. Tks"



Kemudiannya, SU Bahagian memberi respon kepada saya melalui sms yang berbunyi;



"Salam, sahabat mungkin dah dapat salinan surat jawapan dr UMNO Msia berhubong protes persidangan cwg sg jelutong yg lalu. Di mana cwg sungai jelutong di arahkan mengadakan persidangan semula sebelum 15 september 2013. Lapuran dr sahabat akan d ambil perhatian & tindakan segera. Tks."


 

1. YB Mohammad Razi Kail telah bertindak diluar jangkaan dengan mengadakan "mesyuarat kilat" dengan hanya memaklumkan kepada penyokongnya untuk hadir mesyuarat pada 12 Sept 2013(semalam).
 

2. Ramai ahli terutama yang bermastautin di kampong tertanya-tanya kerana mereka tidak dimaklumkan tentang persidangan tersebut samada melalui notis mesyuarat, sms atau pun mulut. 
 

3. Ahli yang tinggal di luar pula, hanya mereka yang menyokong atau mungkin boleh menyokong YB Razi sahaja yang dijemput.
 

4. Yang jelas, Ketua Bahagian sendiri tidak tahu-menahu wujudnya persidangan cawangan sg jelutong. Bermakna tiada notis persidangan dikeluarkan untuk memaklumkan kepada pihak bahagian mahupun kepada ahli tentang persidangan tersebut.
 

5. Saksi-saksi yang ada di dewan mesyuarat memaklumkan kehadiran tidak sampai pun 40 orang, apatah lagi unyuk mencapai syarat korum 56 orang. Tetapi catatan kehadiran menunjukkan kehadiran seramai 58 orang. Saksi juga memaklumkan sekurang-kurangnya 3 orang ahli hantu hadir di dalam dewan dan dikira sebagai korum, termasuk Zarina binti Kail, iaitu adik kepada YB Razi sendiri.
 

6. Wakil bahagian yang dikatakan hadir, bernama cikgu Sharom dan Zaid, manakala wakil pemantau pula orang yang dipanggil gelar tok batin Baha.
 

7. Persidangan dilangsungkan sepantas kilat, dan tidak sampai 40 minit keseluruhan masa termasuk ucapan ketua cawangan. Pukul 3 petang kesampaian YB Razi ke balairaya Sg Jelutong. Jam 4.10 minit, saksi telah melihat konvoi YB Razi dan para penyokongnya sampai ke pejabat Dun di Taman Putra Batu Kikir.


Itu baru setengah ..... setengah lagi - KLiK.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2013 at 12:00 PM

tempat sy di temerloh, pahang. lagi best. bila mesyuarat cawangan, tak de sape tahu. yg tahu sanak saudara satu pehak. alasan, org pejabat pos nampak surat UMNO temerloh akan di buang kan nya.... aneh.. tak de SMS? lepas tu mesyuarat hanya nak bincang pasal wayering...
oh ya... UMNO temerloh sokong penuh kemimpinan anak menantu Pak Lah dan politik baru saifuddin. Tu pasal lingkup terus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2013 at 12:18 PM

Isu ni dah lama berlangsung zaman berzaman!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2013 at 2:28 PM

Sama juga sepertimana yang berlaku di Cawangan UMNO Pulau Kerengga, Marang. Pemilihan diadakan pada 11/09/2013 jam 5.00 pm ditepi Masjid Pulau Kerengga sambil makan durian yang disertai oleh Ketua Bahagian UMNO Marang yang diatur oleh SU Bahagian (Mazli. Dah la tu. notis mesyurat pun tiada dihantar..... berat na.na.na....

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2013 at 5:54 PM

Salam bro,

Ada cerita bergambar baru nak bg. Tlg bg email.tq

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2013 at 7:29 PM

@Tulang Asaldinturtle@hotmail.com

Post a Comment