........... Nak Ubah Itu, Nak Ubah Ini ..... Si Pengubah Yang Patut Di Ubah ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nak Ubah Itu, Nak Ubah Ini ..... Si Pengubah Yang Patut Di Ubah !

Sunday, September 22, 201318comments

Anda dah baca artikel yang menarik ini dari blogger Mahaguru58 - KLiK ? Beliau memberi tafsiran yang lebih real tentang kenapa Umno perlu berubah berbanding apa yang pemimpin Umno cuba sumbatkan dalam kepala kita.

Ada dua tafsiran yang hampir sama tapi punya maksud yang berbeza bergantung kepada cara kita menilai situasi. BERUBAH supaya Melayu terus kuat dan BERUBAH supaya Melayu tidak terus lemah.

Kedua2nya mahukan Melayu kuat cuma bagi saya, yang pertama itu agak kearah syok sendiri ( yang digemari oleh pemimpin2 Umno ), cuba menafikan yang Melayu lemah ketika ini. Sementara yang kedua pula lebih realistik kerana mengambilkira apa yang sebenarnya berlaku semasa PRU13 baru ni - iaitu Umno perasan kuat kerana memenangi lebih kerusi padahal hakikatnya orang Melayu memilih Umno kerana tidak ada pilihan yang lebih baik.

Selagi hakikat ini tidak diterima kepimpinan Umno, selagi itulah UBAH Umno hanya bersifat retoriks. Sebab perkara asas untuk kita UBAH adalah pertamanya dengan mengakui kelemahan dan kesilapan yang ada.

Apa maknanya UBAH kalau kesilapan yang sama masih ada bersama Umno ?

Perenggan ni dari artikel diatas memang tak boleh blah -

Belum pernah ada didalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri berbangsa Melayu dan beragama Islam sanggup menggunapakai simbolisma kaum lain dan menggelarkan diri sebagai 'Ah Jib Gor' demi mahu mengemis sokongan dari kaum sama dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng!



Bukan niat saya nak mengungkit balik cerita ni dalam kita semua sibuk dengan sorakan2 HIDUP MELAYU yang bergema diseluruh Tanah Melayu ketika ini .... tapi saya teringat semenjak dua menjak ni, beberapa pihak telah cuba menjelaskan keadaan kepada saya kenapa dan kenapa Najib buat benda2 pelik tu semua.

Contohnya, sebagai PM, Najib tidak seharusnya menonjolkan keMelayuannya yang begitu kental, taklah 1Malaysia rupanya nanti..... kan ? 

TAPI seperti perenggan diatas sebut - perlukah Najib MELUTUT ketahap begitu rendah sekali hanya untuk menagih sokongan undi dari kaum cina ?

Kenapa tak boleh bodek Melayu secara terbuka tapi dibolehkan pula bodek cina secara terbuka ? Macamana nak jawab tu ? 

Kalau orang cina ada panggilan manja untuk Najib, kenapa tidak ada panggilan manja untuk orang Melayu panggil Najib ? Kaum India pun nak bermanja sama ...... Bukankah Najib itu PM untuk semua ?

POINT SAYA - Apakah 'benda' yang ada dalam kepala Najib sehingga tergamak beliau tunduk sebegitu rendah ...... 'benda' itulah yang harus diUBAH terlebih dahulu sebelum beliau mahu orang Melayu berubah.

Seperkara lagi, sebut pasal UBAH, apakah perlu diUBAH cara kita memperjuangkan maruah bangsa kita ?

Persoalan ini adalah lanjutan kepada artikel sebelum ini ( KLiK ) dimana saya letakkan dua pandangan berbeza antara Khairy dan Akhram mengenai halatuju Umno memperjuangkan agenda bangsa.

Saya sependapat dengan Akhram bahawa tidak ada salah atau cacatnya cara perjuangan kita selama ini. Saya juga tertanya2 apakah maksud KJ bila beliau berkata -

"Saya cuba untuk menukar DNA Pemuda Umno dari kebanyakannya berhaluan kanan dan sentrik Melayu kepada sayap lebih seimbang yang memberi tumpuan kepada isu-isu dan penyelesaian mereka,"

Apakah maksud KJ selama ini kita tidak menumpukan perhatian kepada isu-isu dan penyelesaian masalah bangsa sebaliknya hanya tahu melalak saja ? 

Bagaimana yang KJ boleh melihat Pemuda dibawah pimpinannya sendiri hanya tahu melalak saja ? Anda ada dengar suara salakan Pemuda ?

Benarkah kita selama ini tergolong dalam apa yang dikategorikan sebagai Berhaluan Kanan ? Siapa pula yang berhaluan kiri ? 

Licik sungguh cara KJ  ..... kerana apa saya katakan begitu ?

Secara tak sedar KJ cuba memberi satu gambaran positif akan mereka yang berpendirian LIBERAL seperti dirinya, sebagai mereka yang lebih seimbang !

Ya, jika KJ mahu UBAH Pemuda Umno menjadi LIBERAL sepertinya, saya rasa tidak perlu DNA mereka diubah, memakan masa dan kos ! Pemuda Umno hanya perlu buat seperti ini -


 

Sama seperti kes Najib diatas, sebelum UBAH apa-apa yang tidak perlu diubah, ada baiknya Pemuda kaji dulu apa 'bendanya' yang silap dan buang kesilapan itu terlebih dahulu.

Jika 'benda' di atas itu yang jadi masalah, dipersilakanlah buang !

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Areyougonnagomyway
September 22, 2013 at 11:54 AM

Din, aku teringat masa hang mula buat blog dulu....gang2 kita saja yg baca..

Tapi skrg Din, ramai blogger2 lain pun..ikut tune hang. You set the pace Din...

Teruskan kutukan dewata hang tu Din...jgn sangka mereka tak goyang... Mereka goyang ..mcm kera atas pokok..

Salam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2013 at 12:27 PM

Kenapa malu nak menolong melayu ? Takut digelar rasis?

Inilah yang seringkali berlegar dalam lubuk pemikiran melayu liberal. Keterlaluan sangat dalam nak mengambil hati kaum kiasu. Soalan saya, apakah selama ini kerajaan menzalimi kaum cina? Apakah kaum cina dianaktirikan, dinafikan daripada menikmati kekayaan negara? Bangsa mana yang memonopoli ekonomi negara? Benda yang semudah itu pun melayu liberal tak boleh fikir.

Ada pulak yang malu mengaku sebagai produk DEB. Malu sebab nanti dikatakan berjaya kerana memakai 'tongkat'? Malu la konon. Kini, telah ramai anak muda melayu yang lupa diri. Lupa asal-usul. Lupa di mana bumi dipijak. Lupa jasa pemimpin terdahulu yang menjadi penyebab kepada apa yang telah kita nikmati selama ini.

Kita terlalu sibuk nak memancing undi kaum cina sehingga mengabaikan kaum sendiri. Lalu tanpa segan silu kita berikan segala-galanya kepada mereka. Cakap apa jua yang kita tak pernah beri kepada mereka. Peruntukan untuk sekolah cina? Makan besar percuma? Konsert percuma ? Tanglung percuma? Segala-galanya telah diberikan. Tapi apa yang kita dapat sebagai membalas budi? Satu undi pun tak melekat kepada Barisan Nasional meskipun merekalah yang beramai-ramai memeriahkan majlis. Mereka jugak yang menggantungkan banner 'I Love PM'. Tapi itu cuma wayang opera semata-mata.

Jika Najib tidak berundur dari jawatannya sekarang, lambat-laun nasib Najib pasti akan sama dengan Tun Lah. Tun Lah diminta berundur kerana akar umbi sendiri yang mendesaknya. Jangan sesekali diperkecilkan kuasa yang ada pada ahli akar umbi. Apabila tiba masanya, Tsunami Melayu pasti akan menenggelamkan Najib dan rakan-rakan liberalnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2013 at 12:40 PM

Agreed 100%. Najib dan sepupunya Hisham telah menjatuhkan maruah melayu. Seorang dg Ah Jib Gor dan seorang dengan amaran dan MINTA MAAF nya.
Najib depan melayu dia adalah Najib tapi depan Cina dia adalah Ah Jib Gor, depan India dia adalah Ahli Hindraf ini kah yang UMNO mahu?
Yang lebih memilukan Najib menang tak bertanding. Apakah tak de seorang pun dari 3 juta ahli umno yang dibanggakan ada teloq nak challenge Najib, Muhyiddin? Ku Li where are you? For me, ini macam UMNO punya demokrasi sampai kena minta restu Presiden nak bertanding, Goodbye UMNO. Farewell to you and RIP. Ingatkab Ahli UMNO matang Nampak nya belum lagi even dah lebih 50 tahun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2013 at 1:16 PM

sokong.. buang ahjib gor.. buang masa menyokong ahjib gor... penat je orang melayu undi najib waktu pilihanraya ritu..

ingtkn kekuatan suara melayu akn kuat.. tapi makin lemah..

ditambah dgn sikap pembodek ... adei...

Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah segala musibah untuk agama mu, bangsa melayu dan negara malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2013 at 1:27 PM

budak tu lebih berani dari KJ, KJ ada bran...

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2013 at 2:35 PM

@AreyougonnagomywayBanyaklah ko punya pace-setter hahahaha ...

Saya hanya menulis mengikut pandangan peribadi saya, dari dulu hingga sekarang. Tidak ada apa yang berubah. Mungkin cara penulisan itu kini lebih relaks. Apapun tanpa sokongan rakan2 diperingkat awal, saya tidak akan mampu bertahan hingga kini ...

TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2013 at 2:39 PM

@Anonymousya, benar tu.... setiap kali baca 'penjelasan' dari puak Liberal, kita dapat merasakan satu perasaan malu terkandung disebalik penjelasan mereka. Malu jika dikatakan sebagai melebihkan bangsa sendiri.

Tapi mereka tidak malu pula kalau dilihat melebihkan bangsa lain .... peliknya puak Liberal ni...

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2013 at 2:40 PM

@AnonymousBerani ? Tu tak cukup seposen tuh !

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
September 22, 2013 at 4:33 PM

Aku fobia dengan istilah UBAH ni sebab sama je dengan istilah yang digunapakai oleh DAP dan anjing-anjing belaannya dalam pakatan. Tapi yang paling nyata, Pemuda kena tukar pemimpin nya.

KJ bukan masa depan anak-anak muda Melayu. Kerakusan KJ mengejar kuasa saling tak tumpah seperti mat liwat yang kita tentang selama ni. Dia bukan nak tukar DNA Pemuda tetapi lebih kepada meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang boleh diterima oleh orang cina. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa KJ pon ada nama manja. AH JU BOR. Baru-baru ni orang Melayu pon dah bagi nama manja pada KJ - MAT BANGLA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2013 at 5:43 PM

Salam,

tak tau la sama ada pengundi seramai 148000 org benar yg faham tentang perjuangan melayu. Ada ke yg nak minta maaf kat cins pasal pegang hulu keris masa kawin. Ada ke yg nak liberalkan ekonomi, bahasa dan bangsa. Masih wujud ke geng nak beri amaran aje tanpa tindakan. Ada ke yg dok harap nak jual undi. Ada lagi ke yg nak jolok jubur sebab projek. Masih ada lagi ke yg dok sembang kuat tapi habuk pun tarak
masih ke pemimpin yg rasuah pengundi dok kata dia hebat dan boleh jadi pemimpin yg baik. Byknya jenis pemimpin. Dah tua pun nak memimpin, tak pernah berjasa tapi memburukkan parti pun nak bertanding. Harap pemimpin dan pengundi memikirkan agama, bangsa dan negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2013 at 6:25 PM

Apa kisah dan apa jua usaha kita. Kita harus berpijak pada bumi nyata yang Tanah Melayu tercinta ini ditakdirkan menjadi Tanah tumpah darahnya manusia dari berbilang kaum dan agama. Sukar sekali untuk menyatukan semua hati di dalam satu permuafakatan yang jujur sebati. Sedangkan adik beradik asal dari Ibu Ayah yang sama pun berantakan sesama mereka. DS Najib sudah berusaha membeli jiwa semua kaum dan bangsa penghuni 1 Malaysia. Apakan daya ramai yang masih tebal dengan perkauman sempit mereka. Maka Pasca PRU 13 telah dengan izin Allah s.w.t. memberi pedoman jelas buat DS Najib dan seluruh kepimpinan UMNO yang Islam bagaimana wajah2 manusia-manusia di Malaysia ini. Tindakan terbaik dalam mempertahankan agama Islam dan Orang Melayu mestilah diperjuangkan dengan berani dan istiqamah. Moga PAU Umno yang akan datang ini akan menjadikan Umno lebih Kuat dan harmoni dengan terbuangnya orang-orang yang berfikiran liberal duniawi semata-mata. Moga Allah akan membimbing hati dan jiwa para perwakilan Umno untuk membuat pilihan tepat lagi bijak. Ameeen.

Setia 7

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2013 at 8:02 PM

@Melayu KampungYa, ada persamaan antara mereka dalam soal mengejar kuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2013 at 8:03 PM

@AnonymousMohon diperkenankan Nya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2013 at 8:03 PM

bro din... balik kepada kesimpulan awal.. umno pondan=umpon hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
boateng
September 22, 2013 at 8:38 PM

Din,

Mana2 Melayu yang rasa malu jika dapat bantuan, saya kata depa ni bodoh bingai. Kenapa?

Cinabeng akan tolak ka jika anak dia dpt scholarship belajar ke luar negara? Cinabeng akan tolak ka jika dia dapat 7% diskaun beli bungalow 1 setengah juta (gulp!) ?

Yang aku nak lempang skrg ialah anak polis dari IDEAS tuh. Lupa darat abis!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 1:41 AM

@dinturtle korang kene la paham ... politikus2 liberal ni bukan malu nak ngaku melayu dan bukan malu nak bodek melayu. sbb takde guna pun, tak masyuk. lagipun sebenarnya everything is about money. da melantak duit cina banyak sangat. terpaksa la melutut dan bodek kuat cina. tak gitu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 8:27 AM

Apa pun, tahniah kpd Din 'penyu' (nih kita kena hormat bahasa melayu).

Seingat saya, dulu blog din penyu nih ramai orang tak begitu berkenan (termasuk blogger2 tukang ampu) atau kira macam perkataan 'anti' lah...

Pasal itu banyak kes2 yang melibatkan kehilangan atau kecurian telur2 penyu dilaporkan oleh media-massa! he..he..he..


Tapi sekarang keadaan sudah banyak berubah. Syukurlah, ramai kawan2 saya berfikiran lebih kritis, hilang sikap suka mengampu dan berkecuali hasil tarbiah din penyu ini. Syabas!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2013 at 4:08 PM

Din kekura proksi anwar

Post a Comment