........... Najib Buka Satu Lagi Pejabat Milik Rakyat Malaysia DI San Francicso ! Yahoooo ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Buka Satu Lagi Pejabat Milik Rakyat Malaysia DI San Francicso ! Yahoooo !

Wednesday, September 25, 201312comments


Najib baru jer resmikan satu pejabat cawangan Khazanah Nasional di SAN FRANCISCO Amerika ! Peeeeergh ! Saya kalau sebut nama San Francisco je, mesti teringat Jembatan Merah tu.... pastu keretapi trem ..... pastu kereta lompat2 -


Seronok la Najib ngan Rosmah bawa kereta lompat2 kat jalan di San Francisco !

Pejabat baru 'kita' tu beralamat di Tingkat 45, 101 California Street, San Francisco. Ni gambarnya -

101 California Street, San Francisco
Canggih ! Tapi sewa jer tau..  Lembu tak boleh masuk.

Najib dan Khazanah Nasional adalah sebab musababnya kenapa nak buka pejabat cawangan di San Francisco. Mana aci kalau Mida atau Martrade atau Miti atau MOTAC saja yang boleh buka pejabat cawangan di oversea, Khazanah pun nak buka juga ! Baca artikel terbaru JebatMustDie.

Lepas ni Teraju pun nak buka juga kan ? Boleh tambahkan pemilikan ekuiti Bumiputera di Amerika pulak ..... ganazzzzz!

Pemandu ? Entah2 dah lama buka pun ...merata-rata.

Erk...aku kat Kolumpo ke kat San Francisco erk.... ke kat Tokyo atau London erk ? Tak pun kat Amsterdam ...erk...

Lagi imej berkaitan 101 California Street -

Ginilah, saya pun bukannya pandai nak bercerita hal bisness juta2.... yang saya tahu kalau dah niat nak keluar duit 'free', pelbagai alasan boleh diberikan terutamanya projek2 bersifat promosi. 

Dari artikel JMD itu, saya dapat tahu kita ada pejabat2 cawangan milik rakyat ( diatas nama pelbagai agensi kerajaan ) di San Francisco, Los Angeles, Miami, NewYork ...itu di Amerika, belum lagi negara2 lain. Pendek kata, hampir di seluruh dunia kita ada pejabat milik rakyat !

Satu jer saya nak tahu ..... sekiranya ada rakyat Malaysia yang bermasalah diperantauan, bolehkah mereka mengadu dipejabat2 milik rakyat Malaysia ni ?

Adakah rakyat Malaysia bermasalah ini akan dilayan dengan baik dan dibantu seadanya atau mereka ini akan dilayan macam sampah ?

Bukankah bagus kalau setiap pejabat milik rakyat ini diwujudkan satu cabang kebajikan bagi membantu rakyat Malaysia yang berdepan dengan apajua masalah diperantauan ? 

Dan kalau pejabatnya bersaiz besar, boleh diadakan bilik penginapan ala dorm gitu .... saya percaya kalau boleh buat begitu, ramailah rakyat Malaysia akan melancong kemana saja didunia ini, sebab kita punya pejabat kebajikan dimana saja didunia ! Hmmmm ...bayangkan tidur di 101 California Street ...peeeergh ! Biar katil double decker pun....

Jangan lupa ya, sekiranya anda berdepan dengan masalah di San Francisco atau mana2 bandar yang ada pejabat cawangan kerajaan Malaysia, singgahlah untuk meminta bantuan apa2 yang patut.  Baik bercuti secara berkeluarga ....
Gambar Hiasan



atau secara backpackers ...

Malaysia tidak jauh dari anda !

PS -  Sekadar berkhayal jer ..... manalah tahu Najib nak UBAH konsep kepada apasaja milik kerajaan adalah juga milik rakyat ...eh, bukan ke begitu selama ini ? Sekurang2nya ada juga faedah secara langsung berpuluh2 pejabat rakyat Malaysia diseluruh dunia itu kepada rakyat biasa.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 12:58 PM

bro din... punya la banyak rakyat malaysia (baca melayu) yang merempat dan mengemis dalam negara, dia boleh bukak office kat luar negara, banyak rakyat yang kena tekan isu minyak naik baru ni ditutup oleh pau...aku teringat tanda orang munafik itu ialah bila berjanji dia mungkir, diberi amanah dia khianat, dan.... agak agak bro, fathul bari berani tak bagitau najib kata kata tu.... nak harap jamil khir, dia pun salah guna kuasa jugak, macam mana nak tegur! ... selesaikan dulu hak rakyat... pemimpin di pilih rakyat untuk bantu rakyat, bukan nak jadi kepala businessmen !

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2013 at 1:04 PM

Setuju dengan penulisan abg Din :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 1:08 PM

salam,

mesti guna pekerja tempatan. yg berjawatan besar je import dr mesia. tu pun mungkin sorang dua bersama keluarga. bila dah ada kat sana, mesti banyak bawa balik wang besar ke mesia. kos di sana mungkin kecil berbanding wang besar yg masuk ke mesia ni. yg ada kat mesia cuma projek dlm 1mesia ajer. tp kat amerika tu, banyak bawa pulangan dan menguntungkan negara sehingga mampu mengurangkan subsidi dan rakyat dpt brim. barang pun murah di krim. rawatan hanya rm1 di klinik 1mesia. harga gula pun naik sebab nak elak penyakit kencing manis. kalu nak banding dgn indonesia, vietnam, mynmar, loas, kemboja, kita lebih hebat kerana ada syarikat kat luar negara yg beroperasi di pejabat mewah. kita lebih maju daripada mereka dan tak mungkin mereka dpt menandingi kita. banyak prospek yg ada kat amerika tu krn ekonomi mereka pun masih tak stabil lagi. kita mendahului kerajaan amerika dlm mendapat kepercayaan untuk mendapatkan wang besar di sana.

kat negara lain, kita tengok dulu kalu best dijadikan pusat pelancongan dan pusat membeli belah dan glamor. apa yg penting, wang besar digunakan utk menglamorkan syarikat. tak rugi pun tapi bangkrap mungkin la

....................
Reply To This Comment ...................
polo
September 25, 2013 at 1:40 PM

Di zaman information superhighway seamless mobility ni pon nak kena pakai physical ofis ke? Aku sendiri pun ada pejabat sbb majikan yg bagi, tapi kalau takde pun aku still boleh bekerja dari rumah dan deliver output. Tidakkah si Najib ni tau yang Apple, Google, Microsoft semuanya bermula dari OFIS GARAJ atau makmal di universiti aje, bukannya terus buat sebijik kat Silicon Valley tu. Aku nak tergelak tengok Najib poyo2 pergi pejabat twitter sana. Pergi sana buat apa bang? Twitter, Google, Yahoo, Microsoft ada pejabat di SELURUH dunia lah, bukan kat US jer. Kita ada MSC Cyberjaya, apa cerita? Bukankah MSC diwar-warkan dahulu sebagai Silicon Valley kita? Jadi kenapa nak belanja juta2 pergi ke US jugak?

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2013 at 1:48 PM

@poloerrr.... Boleh naik kereta lompat2 kat jalanraya ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 2:24 PM

Polo...sebab budak yang bawak Najib tu asal dropout MSC. So dia masih nostalgia dgn powerpoint presentation dan ayat2 bombastic yang Najib tak faham tapi baca je speech yang budak tu sediakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 2:35 PM

Dulu Tun M memang pernah menjalinkan hubungan dengan US. Sungguhpun begitu, Tun M tak pernah membodek US. Untuk mengimbangi jalinan pengaruh di Barat, Tun M juga bekerjasama dengan Perancis sehingga kita mampu menghantar angkasawan ke angkasa lepas dan memperoleh 2 bijik kapal selam. Ketika itu kita tak terlalu mengharapkan US sebagai tempat berpaut meskipun negara kita masih menjadikan US sebagai rakan dagangan utama. Bagi mendapatkan pengaruh di Timur, Tun M juga menjalinkan hubungan dengan Jepun. Satu perkara yang pasti ialah, US ialah sekutu rapat Israel.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 3:22 PM

Dah lama idam nak kerja kat us. Duta sorang jer. Tak ada kawan. So pm la ni boleh pulas leher, apa lagi, kasi hentak maut la. Dulu masa tdm, ditanya sbb nak buka opis kat us. Peg. Tak dpt jwp soalan kedua. La ni, pm tanya sbb apa nak buka opis kat us. Nak buat bisness kasi duit masuk. Pm setuju terus. Tak tanya dah soalan kedua. Dpt 100% lulus.

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2013 at 3:40 PM

Alasan yang bersifat retorik dan umum payah nak disangkal ( contohnya - tujuan untuk promosi bla bla bla ), tapi point utama artikel JMD adalah kenapa Khazanah Nasional ? Sdangkan kita dah punya banyak agensi lain yang bertanggungjawab soal promosi dan ekonomi makro negara.

Orang Us sendiri boleh pening dengan pelbagai agensi kerajaan yang berebut2 nak buka pejabat di US..... agensi2 kerajaan Malaysia tak streamline ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 5:42 PM

Din ..nanti minggu depan aku nak turun san francisco...aku boleh try tanya soalan kau tu..hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 9:52 PM

Pasal nak kerja kat us la. Nak buat bisness. Kalu kerja pengurus, boss, nak kena lawan dgn omputih. So, guna aje la glc. Pedulikan kerugian. Apa susah, pm jawab la. Yg plg utama nak kerja dlm pejabat macam omputih kaya. Cantik pemandangan dr opis tu. Kalu bro, mesti byk amik gambar. Tak macam opis bank dlm cite syed luar kotak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 10:05 PM

Tgk delegssi kita cuma buat persidangan dlm talian saja disans. Buang masa betul. Internet kat malaysia tak cukup laju ka

Post a Comment