........... Mukhriz Mat Lembut Auuuuw ... ? Ni Sebabnya Kenapa Saya Sokong Mukhriz ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mukhriz Mat Lembut Auuuuw ... ? Ni Sebabnya Kenapa Saya Sokong Mukhriz !

Tuesday, September 24, 201323comments


Ada rakan bertanyakan saya satu soalan yang kalau boleh saya tak nak jawab sebelum ini - Ko tak nak sokong Mukhriz untuk kerusi Naib Presiden ke ?

Sebab apa saya tak nak jawab ? Sebab saya memang suka pada Mukhriz cuma masalahnya saya tidak dapat sebut kenapa, kenapa. Ada sesuatu tentang Mukhriz cuma saya tak berapa ingat. Yalah, masa dalam dunia politik kita ni berjalan terlalu cepat, banyak perkara berlaku hampir setiap hari dan secepat itu isu muncul, sepantas itu juga isu baru muncul. 

Yang saya mampu jawab waktu itu cuma - sebab Tun Mahathir. Tapi takkanlah atas nama ayah Mukhriz nak masuk politik. Walaupun Mukhriz hanya masuk politik SELEPAS ayahnya bersara, yakni tidak ada unsur2 Nepotisma seperti yang diamalkan beberapa pemimpin2 lain, tapi boringlah kalau Mukhriz jadi PM nanti, sikit2 sebut nama ayah.... macam nak menumpang nama orang tua jer .... tak pun macam menagih simpati atas jasa2 ayah. Apa barang PM macam ni .....

Sebab Mukhriz ni CLEAN ..... takder baggage, orang kata. Takder skandal artis ke, atau skandal rasuah ke, atau apasajalah skandal yang sengaja di diamkan pembangkang, cuma menunggu masa yang sesuai saja untuk dikeluarkan kemudian hari selepas bakal mangsa menduduki jawatan tertinggi. 

Memang Mukhriz ni nampak bersih, cool jer ..... takder isu ! Tapi takut juga lembut-lembut Mukhriz ni, dibuatnya -


Aaauuuuuuwwww, janganlah main kepala I.... geli tau ..... GELI AKU !  Dah penuh kuota pemimpin2 lembut ( dalam bertindak ) dalam Umno, tak perlu ditambah sorang lagi. Tapi tengok pada janggut yang bersambung pada misai tu, rasanya Mukhriz ni taklah lembut.

Habis tu ....... kenapa Mukhriz ? Faktor umur ? Apakah lebihnya Mukhriz berbanding calon2 lain untuk dinobatkan sebagai pemimpin pelapis utama sebuah parti yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu ?

Kemudian baru datang SEBABNYA ......  YES ! Benda inilah yang menarik perhatian saya kepada sifat kepimpinan yang wujud dalam diri Mukhriz. Nak kata lama berlaku, tak juga tapi sebab jam waktu dalam politik ni berjalan terlalu pantas menyebabkan perkara yang baru berlaku 5 tahun dulu seperti sudah berlaku berpuluh tahun.

Masihkah anda ingat, siapakah pemimpin yang mula2 sekali BERANI menegur PakLah susulan keputusan PRU yang paling teruk dalam sejarah BN ? Bukan Muhyiddin ...... dia hanya berani bertindak setelah angin kencang bertiup dan mendapat restu dari Tun Mahathir.

MUKHRIZlah orangnya ! PRU12 berlangsung pada 8Mac 2008 dan 4 hari kemudian iaitu pada 12 Mac 2008, Mukhriz yang memenangi kerusi Parlimen Jerlun telah mengirimkan sepucuk surat meminta Pak Lah mengundurkan diri sebagai PM !

SURAT OK, direct pada Pak Lah !... bukan main lepas cakap pada media atau guna proksi. Teguran kepada pemimpin secara direct tanpa pengetahuan media ..... tidak ada yang lebih ikhlas dari itu. Bukan dengan niat mencari nama atau glamer, tapi lebih kerana cintakan agama, bangsa dan tanahair.

BERANI, IKHLAS, TEGAS dan BERJATI DIRI ! Nah bukankah itu nilai2 yang sememangnya kita mahukan ada pada seorang pemimpin bangsa ?

Saya screen shot sepenuhnya dibawah sekali.... yang dibawah ini untuk kita bincang sedikit demi sedikit supaya kita dapat selami apa yang terpendam dalam jiwa anak muda ini.

4 hari selepas PRU12, tidak ada siapa yang sangka, semua masih sibuk membuat analisis dan melemparkan tuduhan kesana sini, saudara Mukhriz telah dapat membaca apa sebenarnya yang berlaku dan bertindak segera atas kapasitinya sebagai seorang Melayu untuk membetulkan keadaan demi menyelamatkan parti dan bangsanya.

Apakah ada pemimpin lain yang seberani ini ?


Saudara Mukhriz berbulan lebih awal telah bertindak sendirian, tidak ada playsafe atau mengikut angin ....

Atas sifat sayangkan bangsa dan negara ! Bukan depan media, bukan dalam apa2 majlis tapi secara surat personal yang dikirimkan terus kepada PM.


Mukhriz sedar implikasinya ..... tapi demi kebenaran, beliau ambil risiko kerana ada yang lebih penting untuk diperjuangkan selain dari karier politik peribadi !


Namakan siapa lagi pemimpin yang punya telur sebesar Mukhriz !


TEGAS DALAM KELEMBUTAN .... Disebalik senyum manis dan kelembutan budibahasanya, tertanam jiwa dan peribadi seorang PEMIMPIN BERANI DAN TEGAS yang sesungguhnya meletakkan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair didepan segalanya.


YA, Saya sedar kini kenapa saya sokong Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO ! !

KLiK pada imej untuk besarkan -



Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2013 at 10:36 PM

MANTOP BRO!!!

Saya pun sokong juga, sayangnya saya bukan ahli UMNO, malahan bukan pula rakyat yang menetap di kawasan parlimen beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2013 at 11:28 PM

pondan tak layak dalam Umno

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2013 at 11:38 PM

macam Tun hantar surat ke Tunku dulu-dulu...

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2013 at 12:01 AM

So far, bagaimana Tun Dr Mahathir mengolah kata-kata tanpa sebarang ayat kasar begitulah mukhriz. Dia ada idealismenya tersendiri dan menjawat jawatan MB Kedah akan mengukur kemampuannya dalam hal-hal pentadbiran kerajaan. Tetapi setiap pemimpin perlukan side kick yang baik. Bagaimana TDM dengan Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan side kick buruknya Anwar Ibrahim maka Mukhriz juga perlukan seseorang yg sanggup berkata benar walaupun menyakitkan bukan seseorang yang melulu memuji dan memujanya. Dalam politik ibarat kata TDM tiada kawan dan musuh selamanya. Semoga Allah aw merahmati anak Tun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 12:07 AM

Haha..ni baru ade teloq..dan pejuang bangsa dn agama..kalu sakat main teloq depan wartwann ckap begegor tapi tindakan ngaloh usup whelcar baik tak yah yoep..mcm bang hisyam tu.!..siap cium keris kunun bila cina bising terkencing yoep kakakak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 12:32 AM

Aku x kisah mukhriz ni anak bekas pm ke apa ke yang penting dia berani ada teloq untuk bercakap pasal melayu!! Dalam diri dia ada semangat nak tolong orang melayu!! Aku kesian tengok orang melayu kat pulau pinang sana tuh harap2 satu hari nanti pulau pinang akan kembali semula kepada sultan kedah baru puak cina tu ada akai heh!!

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2013 at 5:06 AM

Tahniah Mukhriz kerana keberanian beliau. Malangnya, walaupun Abdullah Ahmad Badawi sudah turun takhta, Melayu dan UMNO masih bergelut untuk memenangi PRU13. Ada peningkatan sedikit dari segi kemenangan kerusi Parlimen untuk UMNO tetapi ini Malaysia. Sebagai parti yang mengemudi Barisan Nasional, UMNO telah gagal kerana kesepakatan bersama MCA dan MIC tidak membuahkan hasil kemenangan yang lebih baik. Malah, jumlah kerusi Parlimen yang Barisan Nasional menang jauh kurang dari PRU12 zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Ada sesiapa berani tegur Najib Tun Razak supaya berundur jadi Perdana Menteri Malaysia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 7:02 AM

Semasa sesi retreat MKT di Shah Alam di mana Muhyiddin minta Pak Lah resign tu, Pak Lah cuma datang rasmi sahaja. Dia datang kembali di akhir retreat hanya untuk dengar findings. Macam ni ke pemimpin?

Semasa retreat ni, MKT dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil.

Akhirnya, jadi group Muhyiddin ni yang buat cadangan supaya Pak Lah letak jawatan. Macam biasalah, geng-geng cari makan memang bangkang. Terkedu sekejap Pak Lah.

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2013 at 8:25 AM

bapak borek anak rintik. sapa backing che det bila dia tulis surat kat tunku? sapa pulak dibelakang mukhris? tulis2 surat kerja sapa?

'atas sifat sayangkan bangsa & negara'. 'meletakkan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair didepan segalanya'.

oi, rasulullah saw adalah pemimpin ummah (bukan pemimpin parti pilitik la) & pemerintah, (cuma tak pakai mahkota saja macam maharaja2 empayar lain), berapa ribu kuda, unta, intan berlian dia miliki, tinggal dlm mahligai ka?

pi kelentong orang lain la oi!!!

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2013 at 8:26 AM

selagi ada bulan & bintang.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
September 25, 2013 at 9:18 AM

Apa kata surat yang sama maksud yang sama redirect kapada Najib ,diharap Mukriz akan berjaya setidak-tidaknya mengnepikan Hisamudin yang dah meluat sangat nak tengok.

Kesal sangat-sangat jawatan president tidak dicabar .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 9:34 AM

DT,

Boleh 'copy n paste' dan hantar ke pak jib pulak. Agak2 kita surat yg sama telah dihantar ke pak jib tak selepas PRU hari tu. Saya rasa tak kerana dia dah dijanjikan MB jika menang di kedah. Pandai jugak penasihat pak jib nie, umpan dulu untuk secure kedudukan. Jadi kurang la sikit TDM nak bising2 sebelum pemilihan UMNO.

Namun kita masih memerlukan pemimpin yg sanggup menegur dikala pemimpin diatas tersalah langkah.

Yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 10:30 AM

Pernahlah bekerja secara tak formal dengan Dato Mukhriz ni (dulu Encik je la). Kononnya, dengan dia jadi chairman committee kami dapatla kami pushed agenda kami kat pak dia. No way man..... He admitted, bapak dia very strict takde can la nak main sua-sua projek kat rumah pak dia mintak endorsement. Hatta, time makan pun, sudu garpu tak boleh bunyi kata Encik Mukhriz ni.

Pernah sekali joined Dato ni bersembang dengan sorang professor. Tak sangka, Dato Mukhriz ni amat passionate pasal student2 melayu dan nasib2 mereka. In fact, co dia masa tu pernah keluarkan satu majalah bulanan hanya mengenai melayu/bumiputera yang berjaya. Rasanya tak survive kot majalah ni sebab tak cerita pasal artis dan keduanya dah habis stock melayu berjaya kot nak highlight.

Saya rasa tanpa mengambil kira sapa bapak dia, dia mmg a polished man tapi simple. Family guy. Kat office masa tu dia takde apa2 yg buat kita nak tenung etc kecuali gambar2 anak2 dia. Dia pernah cakap dia survived di Chicago U (tak silap la) sampai graduation day tanpa orang tahu bapak dia PM Malaysia. Bila orang tengok PM laki bini masa his graduation day baru orang tau dia anak PM Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2013 at 10:52 AM

@AnonymousTerimaKasih diatas perkongsian cerita :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 12:13 PM

He is a future leader and has been trained and in his blood to be a true leader. He is borne to be a leader. May allah protect him and lead the country for the sake of our religion, country and the rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 1:00 PM

@Anonymous

salam...ada jumpa dengan prof juga...nampak ada ilmu tun turun ni..nampak dia buat persediaan..sama dengan tun masa jadi timbalan perdana menteri..setiap minggu akan ada makan2 dengan sekumpulan pensyarah..tun bagi tajuk n mereka bincang2kan tanpa campur sampuk tun...

kadang2 tanpa ada tajuk tapi jelas kepada pembangunan negara..ingatkan tun je yang buat...diam2 anak dia ni buat juga..bagus...tak perlu bising2 buat benda ni..silap2 ada juga surat kat najib pasal penasihat dia yang orang dah sakit ati tak pun pasal orang melayu yang nampak d pinggirkan...

berani dalam diam...bagus...diam2 ubi...diam2 tapi berisi...

budakteranung

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 3:12 PM

Salam,

kitaaaaaaa takkkkkkk perl├╝uuuu pemimmpinnnnnn pandaiiiiiiiiiiii cakappppppp tapiiiiiiiiii yanggggggggggg pentingggghhhhh pandaiiiiiiiiiii kerjaaaaaaaaa. Yg berkokok kuat tak bertelur, tin berisi tak bunyi, diam ubi berisi. Moga ada pemimpin yg utamakan perjuangan parti, agama, bangsa n negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 7:04 PM

Saya pon gitu dan saya ahli umno. Air tenang jgn d sangka tiada boya. Tapi kita tahu dia bkn boya that is kaki pompuan or jantan. Na'uzubillah. Diam2 senyum2 tapi berisi. Buat kerja dgn niat tulus ikhlas dan jujur. Tapi beliau manusia biasa jika silap kecil2 maaf sj la janji bukan peliwat dan munafiqun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2013 at 7:45 AM

rupanya Mukhriz pondan iaitu lelaki lembut. Mukhriz tidak layak ada dalam Umno

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2013 at 7:49 AM

@kampong ladKampong Lad.... Mentaliti kebanyakan penyokong pas... Nak islam hanya kerana pernah terdengar cerita bahawa islam dan pemimpin islam dulu2 sangat hebat.... Tanpa mengukur apa yg ada pada diri, sejauh mana amalan islam dalam diri, termasuk dlm diri pemimpin kamu? Nakkan sungguh keunggulan agama, tapi cuba tanya diri apa amalan sunnah yang ada pada diri? Yang ada pada pemimpin (kecuali serban... Syiah serbannya lebih besar). Amalan dan tindaktanduk islam langsung tiada.... Tapi berangan bukan main. Ingatlah... Kualiti seseorang pemimpin (dari sudut agama) adalah berdasarkan sejauh mana baiknya rakyat... Mutiara yg baik terhasil dari mutiara2 yang biasa bukan dari kalangan batu2 biasa. Begitu juga pemimpin yang baik dtgnya dari umat yang baik.... Cerminlah diri sendiri, jangan asyik berangan tuan..!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2013 at 8:03 AM

Sebenarnya keberadaan Pak Lah dlm kabinet sebagai PM dulu adalah sangat dialu2 kan oleh pembangkang... Ada antara mereka yang tak cover line, turut sama pertahankan pak lah sebelum beliau meletak jwt, kononnya islamik la mcm2. Bukan kita tak tahu, puak pembangkang Selesa benar dgn kerajaan dibawah pak lah dan menantunya... Senang kerja mereka. Sebab itu selepas paklah dan najib, mereka amat risau jika muncul seorang lagi TDM yang membuatkan mereka tak keruan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2013 at 8:08 AM

@kampong ladKg Lad... Tapi Tok Guru hempa kata Rasullullag tu berpolitik, pemimpin politik malah katanya dlm AQuran tu semua ayat politik.... Takkan takmau percaya kat Tok guru oiii?
La ni hang pi klentong puak pas la pulak, takyah dok bising sini org dah tau sapa hempa.... Tukang basuh berak DAP!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Azlan
September 27, 2013 at 11:24 AM

Salam Din..

Saya ada satu cadangan poll. Ini berkaitan pentingnya Umno muhasabah diri dan sedar diri dan ruang setelah pru lepas. Alhamdulillah saya pun rasa YB Mukhriz antara pemimpin baru Umno yg boleh dipercayai. Namun masalahnya adalah lebih ramai pula pemimpin dalam Umno yg terus dibuai mimpi indah hinggakan dah terjaga dgn dijirus air.. air panas pulak tu.. masih lagi dia ingat dia dlm mimpi.. ada hati nk sambung tidur!

Anyway.. cadangan poll saya seperti berikut:

Apakah faktor anda mengundi calon Umno pada pru yg lepas?

a) Kerana percayakan pemimpin2 sedia ada di dalam Umno masih relevan dan mampu membawa aspirasi parti utk kepentingan negara dan org Melayu Islam khususnya.

b) Kerana sudah tidak ada pilihan lain yg lebih baik. Parti lawan mempunyai kemampuan menghancurkan negara dan rakyat Islam dgn lebih hebat lagi.

c) Sebab2 lain (nyatakan di ruangan komen)


T.kasih Din

Post a Comment