........... Mohon Pandangan Anda - Apakah Cara Najib Sekarang Mampu Bawa Bangsa Melayu Terus Maju ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mohon Pandangan Anda - Apakah Cara Najib Sekarang Mampu Bawa Bangsa Melayu Terus Maju ?

Sunday, September 8, 201343comments

Sekadar meminta pandangan anda semua - 

Berdasarkan kepada pola pemilihan pengundi semasa PRU13 dan mengikut pemerhatian anda akan perkembangan politik semasa, DAN sekiranya Datuk Seri Najib kekal sebagai PM dan meneruskan cara pemerintahannya .....

Apakah Umno BN mampu mengekalkan kemenangan PRU14 ?

Saya tanyakan persoalan ini kerana ramai yang memandang serong kepada bloggers yang kritikal terhadap Najib, seolah mereka ini menentang Umno, mahu memecahbelahkan orang Melayu bla bla bla ....

Para pemandang serong ini tidak faham atau sengaja buat-buat tak nampak yang niat para pengkritik ini adalah sebaliknya, yakni mengkritik kerana mereka sayangkan Umno, mahu melihat Umno BN menang PRU14 dan mahu memastikan survival dan maruah bangsa Melayu terpelihara.

Para pemandang serong ini mahu orang Melayu jangan kritik Najib, BUTA saja ikut dan percaya bahawa cara Najib itu betul, bahawa perubahan dalam sosio budaya masyarakat ketika ini memerlukan cara baru sepertimana yang dibawa oleh Najib dan cara itulah yang diperlukan oleh orang Melayu sekarang jika mahu terus maju kedepan.

Demi agama, bangsa dan tanahair, salahkah kita kritik pemimpin jika pada pandangan kita, pemimpin itu tidak akan mampu menjaga kepentingan ketiga2 faktor diatas jika beliau terus dengan caranya sekarang, tidak mahu berubah ? 

Atas dasar dan alasan yang sama, salahkah kalau kita minta pemimpin itu berundur jika beliau tetap juga berdegil dengan caranya ?

Apa pandangan anda ?

PS - Saya amat mengharapkan respon dari anda. Anggaplah seperti anda sedang menyampaikan mesej kepada Najib sendiri. Dek sebab line internet yang lembab dimana saya berada sehari dua ini, mungkin saya lambat sedikit nak luluskan komen anda.

Seperti biasa, saya tidak akan luluskan komen yang mengandungi maki hamun atau yang lari topik.

Share this article :

+ comments + 43 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 6:44 AM

Saya ingin menyentuh beberapa perkara pelik tentang pentadbiran najib.

Kenapa Najib lebih suka memberi ikan daripada memberi joran? Ikan yang diberi boleh habis dalam tempoh yang singkat sahaja. Tapi kalau joran pula, boleh digunakan untuk memancing ikan sepanjang tahun.

Kenapa Najib lebih suka membantu sekolah vernakular yang kaya-raya berbanding nak membantu sekolah kebangsaan yang daif dan serba kekurangan? Majoriti sekolah kebangsaan terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman mempunyai bangunan yang usang dan perlu diganti baru demi keselesaan pelajar. Selain itu, sekolah agama, sekolah pondok, maahad tahfiz dan madrasah juga memerlukan pembelaan berterusan dari kerajaan.

Kenapa Najib lebih suka membodek orang cina daripada membodek orang Melayu? Apakah kerana undi Melayu adalah konsisten kepada satu-satunya parti melayu maka tak perlu risau mereka akan berpaling-tadah? Najib sedar ke tidak orang Melayu lah yang telah menyeamatkan BN dalam pru lepas. Tapi sehingga sekarang orang Melayu masih menunggu dan mengharap habuan yang sepatutnya mereka terima. Nampaknya peruntukan berjuta-juta ringgit yang dikhususkan kepada kaum kiasu adalah sia-sia sahaja dan tidak mendatangkan sebarang undi pun.

Kenapa Najib serahkan bulat-bulat dalam membuat keputusan untuk kepentingan negara kepada PEMANDU? Dalam soal ekonomi sebagai contoh, bukannya lebih baik diserahkan kepada MTEN yang terbukti berkesan semasa krisis ekonomi suatu ketika dahulu. Begitu juga dalam soal jenayah berat, kita mempunyai ramai bekas-bekas KPN yang boleh membantu. PEMANDU hanya membazirkan duit rakyat melalui program-program yang tidak bermanfaat kepada rakyat seperti 1M4U dan penganjuran karnival.

Kenapa Najib menghapuskan MECD ? Apakah kementerian yang khusus untuk menjaga ekonomi Melayu ini dianggap rasis? Najib harus sedar siapa sebenarnya yang menjadi penyumbang terbesar kemenangan BN. Selagi ekonomi Melayu belum mencapai 70%, selagi itulah Melayu perlu dibantu.

Sebenarnya, banyak lagi yang Najib telah lakukan yang seringkali mengguris hati Melayu. Terus-terang saya katakan, selagi Najib menjadi PM, Melayu akan terus dipinggirkan dan merempat di tanah air sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 6:55 AM

Najib hanya jngan lyan tuntutan yg tidak menasabah dpd golongan pelampau.Brtindaklah dgn resional mengikut lunas undang2 yg sedia ada.Satu prkara lgi jnganlah trlalu lmbut dgn memberi subsidi yg melampau.Ini menyebabkan bangsa Malaysia akn mnjadi manja n malas kerja.Kaedah tgas n tlus msti jdi amalan.Biar orang kata apa skali pun asalkan negara aman.Ini baru Najib boleh kekal pda PRU14.Kembalai kpd prjuanagan asal bangsa Malaysia smasa menuntut kemerdekaan.Semarakan contract sosial yg sama2 termetrai diantara kaum.Yg menentang halau kuar dri bumi Malaysia.Wallahualam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 7:02 AM

Ah Jib Gor tolong lah GO!!! Terima kasih kepada din turtle, kalau boleh bagitau geng2 kipas nie yang orang melayu undi umno sebab xder pilihan jangan sampai Anwar pulak jadi PM lepas GE14, AH JIB GOR skrang pajak negara Anwar pulak jual negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 7:56 AM

Ooo..itu mcn ka din? Internet byk slow aaa...mana ko pegi din? Kem motivasi ka? Hehe...

Dato sri najib...

Pertamanya sekali kita mengharapkan dato sri boleh menunjukkan ketegasan terhadap org2 yg cuba menghina agama islam...tapi dlm byk kes, kita kecewa sebab dato sri mcm buat bodo jer....takde pun kenyataan keras yg mengecam makhluk2 ni...dan makhluk2 ni masih lagi lepas bebas sampai ari ni...

Keduanya mengenai kedudukan ekonomi org melayu dan bumiputera....dato sri ada kata nak buat pengumuman 14hb 9 ni....aku skeptikal la....ntah2 yg untung nanti jerung2 melayu yg dah sedia kaya raya...byk melayu bandar yg terdiri dari golongan pertengahan...kerja swasta, mkn gaji...harga rumah dalam bandar dah la mahal nak mampus....sampai tak percaya punya....rumah teres 2 tingkat boleh cecah 500k....naik jer projek rumah2 baru dlm kawasan yg majoritinya melayu di selangor ni, harganya gila mahal...seolah2 geng2 pemaju rumah ni mmg sengaja nak jemput cina2 ni masuk pecahkan kawasan majoritinya melayu....buatla sesuatu utk bantu melayu2 dan bumiputera di bandar ni utk tingkatkan kekuatan ekonomi diaorg...mungkin bole wujudkan skim pelaburan yg berimpak tinggi khas utk mereka...kalo dato sri boleh bantu warga felda dengan baik sekali, buat la perkara yg sama terhadap warga melayu dan bumiputera di bandar...

Ketiga bila berlakunya penghinaan terhadap bangsa melayu tak kira secara halus atau terang2an, kami mengharapkan ketegasan suara dato sri utk mengecam mereka...kami nak jelas tentang pendirian dato sri....bila mana dato sri mengungkapkan tsunami cina....besar sungguh harapan kami yg dato sri telah sedar dan akan berubah....tapi malangnya...harapan cuma tinggal harapan....

Last sekali...buang la penasihat2 PEMANDU dan menteri2 yg tak bole pakai mcm nazri, kj....mereka ni cuma melakukan kerosakan terhadap umno dan kerajaan yg dato sri pimpin...sakit hati kami bila pak2 menteri ni begitu apologetik dgn makhluk2 cina yg terang2 menghina dan khianat dgn apa yg dah dipersetujui sejak mula2 negara ni merdeka dulu....lakukanlah ini sebagai permulaan supaya kami jelas dan yakin dgn pendirian dato sri....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 7:57 AM

Umno BN tak mampu utk bawa bangsa melayu maju. kalau bangsa cina, memang sy yakin akan maju bawah najib.

Setakat ini utk org melayu khas nya penduduk luar bandar, belum ada dasar yg betul betul menjamin ory melayu maju samada ekonomi atau agama dll.

Umno BN perlu kene 'reset' atau 'di robek' semula. klu boleh sebelum PRU14. Org lama atau tua nak mampus masih terlalu tamak haloba dan giler kuasa.tiada sorang pun dlm kabinet lantikan najib sekarang ni yg betul betul bersih dan mampu majukan melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 8:23 AM

Assalamualaikum pak din..

Rasanye saya kena tunggu 14sept nie.. nok tengok najib umum bajet mcmana... baru uleh tengok dan ulas mcmana gayanye...

Se lagi masa PAU nnt... apa dia nak bg kat org Melayu Islam...

Tapi jika tak uboh gok... mmg merana lah pru14 4tahun lagi..

Bagi saya... kerajaan kena mesra doh ngan Melayu Islam Pembangkang...

Kena mesra dgn kerajaan kelantan... pru13.. kalu tengok situasi sambutan pada TUKAR mmg nampok boleh ambik... tapi bila perantau balik.. itu yg terlingkupnye...

Apa2 pun jika polisi baru pm... mesra kelantan.. mesra Melayu pembangkang.. insyallah... majoriti Melayu Islam kat parlimen boleh berlaku..

Pru13.. nampok doh... Melayu still lagi ngan umno.. 65%. Ngan pkr pas.. 35%

Cina india.. mcmana pun.. InsyaAllah dia ttp takkan dpt Malaysia.. syaratnye.. Melayu Islam bersatu padu..

Tengok keadaan post pru13.. pembangkang xde isu kecuali bola tanggung minyok naik.. tu je.. tak de isu maknanye takde apa2 utk publisiti utk maju lah..

Berbalik pasal mesra kelantan.. saya rasa.. sudah sampai masa usaha eratkkan lagi hubungan sesama Melayu Islam kena dibanyakkan... jika x leh menang kelantan pru14 pun.. masih tetap kpd melayu Islam..

Mmg kalu lihat cara politik pas.. tak akan ke mana juga.. dgn ahli dekat 1 juta.. dan bertandinh 76 kerusi... mcmana nok dominasi pakatan pun taktau.

Cuma pernoh dengor ckp2 startegi puok nie.. nok jadi tekanan je.. minoriti tekan majoriti... pakai ugutan... mrk mikir.. kalu menang sikit pun tapi kuasa penentu kerajaan camputan milik dia.. masa tu lah uleh ugut.. ileh demand.. tu sbb nak lwn sungguh2 tu. Kalu betul2 nak... dia letak doh 112kerusi.. maknanye jika menang semua uleh majoriti mudah.. tapi kewangan..sokongan.. situasa kawasan tak leh wak gitu... tu yg sanggup berpeluk ngan dap..pkr tu.. dana byk utk lawan.. tu yg tak berani tegur anwar tu...

Kalu lihat masa pas dlm BN sebelum krisis.. harmoninye org Melayu.. amannya org Islam.. Malaysia.. (insyallah benda nie tak mustahil... sbb org kuat dendam dah kurang power)

Apa yg perlu najib buat.. perkasakan kembali hak org Melayu.. Tingkatkan lagi penerapan Islam yg serdahana.. pedulikan apa cina india nak kata..
Kalu bagi bajet kat sekolah cina.. tahan kena kata dek org melayu..
Skrg... bagi balik hak istemewa org Melayu. Bagi bajet ikut populasi.. kalu ada 100juta.. 60juta utk hak Melayu..

Dengor khabor peruntukan ekonomi 14sep nie 4.5bilion utk bumiputra... itu baru 40%. Apa jadi dgn 6bilion..60% tu.. bg syarikat2 cina ke...


Last... jika perkasakan balik hak istimewa Melayu.. dan perkasakan Mahkamah syariah.. pertahankan kedaulatan Raja... pertahankan kesucian agama Islam.. insyallah pru14 melayu Islam ttp berjaya.

Xyz..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 8:51 AM

Apa yg saya nampak dengan apa yg saya baca, saya berpersepsi bahawa kepimpinan jibby boy teramat liberal tanpa mengendah hak kita orang Melayu apatah Islam, bagi jibby boy dia hanya seorang PM untuk satu kaum sahaja (walaupun berkali2 dia berkata yg dia seorang Melayu, tapi itu hanyalah retorik shj. Tindakan yg mencermin kata2 kita!) yakni kaum cina.
Semasa perayaan cina beliau siapkan iklan menunjukkan betapa cinanya beliau tetapi semasa perayaan agamanya sendiri?? Lagi menyakitkan hati selepas Aidilfitri ada lagi satu perayaan mengarut kaum cina iaitu hantu lapar boleh pula jibby boy merayakan sekali dengan memberi tanglung percuma dengan artikel di dalam bahasa cina lagi.. Melampau!!

Kesimpulan saya si liberal ini hendaklah perwakilan singkir dari tampuk Presiden UMNO dan pengganti beliau boleh dilantik kemdian jika siapa patut mengganti menjadi satu isu dan ia perbincangan yg selanjut pula.

Khairul

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 9:11 AM

bro din , saya tak pandai komen , tapi yang pasti najib bukan lah saorang pemimpin yang boleh memertabatkan orang melayu dan islam di negara ini kerana banyak tindakan dan keputusan yang di buatnya telah melemah dan merosakan bangsa dan negara.Yang pasti dia perlu di tukar dengan saorang pemimpin melayu islam yang lebih mendengar rasa resah gelisah orang melayu dan islam dan boleh membawa negara ini kepada kedamaian dan kemakmuran (RINDU CARA PEMERINTAHAN TUN MAHATHIR)

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2013 at 9:31 AM

Salam Din,

Sy memang akan terus kritik Najib krn pentadbirannya sgt lemah dan sgt tidak bijak di beberapa tempat yg penting spt hal yg berkaitan dgn agama islam, melayu dan keselamatan tanahair.

Kita mesti sedar bhw ruang yg besar diberi kpd kristian utk terjemah bible ke dlm melayu dan penggunaan kalimah Allah berlaku semasa pemerintahn Najib.

Kita mesti sedar bhw keamanan negara tercalar teruk berlaku semasa pemerintahan najib. Penghapusan ISA dan EO berlaku zaman Najib.

Kita mesti sedar bahawa Najib sgt bergantung kpd Pemandu dlm byk hal berkaitan negara dan team Pemandu terdiri manusia yg sgt liberal.Ini menandakan beliau tidak seorang yg bijak yg miliki idea yg bernas sehingga mampu baca dan tolak cadangan Pemandu yg tidak betul dan tidak sesuai.

Kita mesti sedar Rosmah adalah isteri PM yg sgt menonjol berbanding PM yg lain terutamanya Tun Hasmah dan semua orang bukan shj orang Pas menyampah dengannya bahkan byk org Umno sendiri tidak senang dgnnya dan kes terbaru derma tabung RM500k.

Banyak lagilah....kat sini

http://selamatkan-bumi-malaysia.blogspot.com/2013/07/di-zaman-pemerintahan-najibnasib-islam.html?m=1

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 9:59 AM

BRO,

WA RASA NAJIB DAH MLAKUKAN TBAIK UTK KSATUAN BANGSA MELAYU, SUSAH NK JUMPA PMIMPIN YG BWAWASAN SPERTI NAJIB, WA MMG PUJI NAJIB LAMBONG2 SMPAI CUCUR ATAP.

APA YG NAJIB BUAT ADALAH YG TBAIK UTK BNGSA MELAYU.

MARI KITA KAJI -

1ST STEP NAJIB IALAH MJAHANAMKAN BNGSA MELAYU TLEBIH DAHULU DGN MNAIKKAN PENGARUH CINA, NAJIB MLEBIHKAN CINA, INI MBUATKAN MELAYU TKEJUT DN TKUJAT DAN MBERONTAK, MELAYU AKAN BSATU DAN KUAT HANYA APABILA MELAYU DUDUK DBAWAH TAPAK KAKI 'PJAJAHAN' CINA.

NAJIB MMANG YANG TBAIK KRANA BJAYA MENYATUKAN MELAYU(setelah melayu jatuh tertiarap).

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2013 at 10:20 AM

di m'sia cuma ada 2 bangsa 1. bangsawan (one of them is najib) 2. pariah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 10:22 AM

Dengan cara pemerintahan sebegini,Melayu takkan keman. Melayu hanya kekal jadi golongan berpendapatan rendah dan Ketuanan Melayu akan terhakis. Kami di Perak dah merasa pmnerintahan Cina selepas PRU12. Benda yg sama akan berlaku jika Cina memerintah Tanah Melayu

Tok Perak

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2013 at 10:32 AM

Din, apa yang aku perasan, Najib cuba untuk dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak berpihak kepada mana-mana kaum. Semua kaum akann dilayan sama rata mengikut kesesuaian. Dalam hal ini aku bersetuju kerana sebagai pemimpin sebuah negara yang berbilang kaum, inilah yang sepatutnya dilakukan. Akan tetapi, kesempatan ini telah digunakan oleh kaum-kaum majoriti seperti Cina dan India untuk menuntut sesuatu yang melebihi daripada yang sepatutnya. Mereka mahukan supaya hak dan keistimewaan yang diperolehi oleh kaum bumiputera yang termaktub di dalam perlembagaan diagihkan secara samarata kepada mereka. Tindakan mereka ini dilihat oleh orang melayu sebagai berpunca daripada kelemahan DS Najib sedangkan itu bukan kelemahan DS Najib tetapi kerakusan kaum ini yang membuatkan DS Najib dilihat lemah untuk menjaga kaum bumiputera.

Bagi orang melayu pula, mereka telah begitu lama dipimpin oleh pemimpin yang begitu bersungguh-sungguh membela mereka iaitu Tun Mahathir. Kesungguhan Tun Mahathir itu ada asasnya kerana orang Melayu jauh ketinggalan berbanding kaum lain. Namun orang melayu melihat pembelaan Tun Mahathir itu seolah-olah Tun itu adalah pemimpin yang menyebelahi mereka, tetapi bagi orang Cina, mereka tidak melihat Tun menindas mereka. Mereka sedar bahawa segala tindakan Tun itu adas asasnya dan mereka boleh terima asas tersebut. Itu pasal pasa masa itu orang Cina dan India menyokong Tun.

Nbamun demikian, Pak Lah merasakan bahawa tindakan Tun itu satu corak kepimpinan yang menyebelahi satu kaum dan pada masa yang sama tidak memberi peluang kepada kaum lain kerana mereka tidak mengkaji asas tindakan Tun Mahathir itu. Oleh itu mereka cuba untuk mencorakkan semula dan memberikan lebih banyak peluang kepada kaum lain. Apabila peluang telah dibuka, maka kaum lain pun inginkan supaya mereka juga dilayan sama rata seperti kaum melayu walaupun mereka sedar bahawa itu boleh merosakkan asas dan juga corak pemerintahan yang telah dibina oleh Tun.

Kesimpulannya, cara dan corak pemerintahan DS Najib ini akan merugikan orang melayu kerana kaum lain mengambil kesempatan di atas keterbukaan dan keikhlaan beliau. DS Najib akan menghadapi cabaran yang cukup besar untuk membetulkan keadaan jika masih mengekalkan cara beliau mentadbir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 10:42 AM

Minta Maaf Dr Seri , Dato tak mampu membawa Melayu.

Banyak contoh yang membuktikan tetapi saya nak beri satu iaitu Dato Seri TIDAK ADA BRAND ISLAM. Dato Seri nampaknya hanya ada brand liberal (walaupun benar atau tidak Dato Seri seorang liberal saya tidak tahu tetapi imej ini lekat pada Dato Seri) Melayu di Malaysia ni bukan sekadar Melayu sahaja tetapi kita dan Islam seolah-olahnya satu maka imej atau brand Islamik itu penting. Kami orang Melayu tidak mahu selamat di dunia sahaja malahan di akhirat juga.

Peristiwa yang berkaitan yang saya ingat yang mana Dato Seri gagal untuk memperkukuhkan imej/brand Islam Dato Seri:-

1) Kematian Osama ben Laden- Dato Seri berkata lebih kurang di TV ( semasa di temubual tak silap sewaktu menghadiri sambutan perayaan Sikh) " Semoga Dunia lebih aman dengan kematian OSAMA". Dato Seri tidak sepatutnya berkata sedemikian. Sepatutnya perli lah US dan Israel sikit sebanyak seperti " Ya Osama sudah mati tetapi ini tidak menyelesaikan masalah di Palestine. Atau " Saya fikir USA ini negara yang adil bebas tetapi Osama di bunuh tanpa bicara" etc.

2) Masalah umat Islam di Rohingya, Syria, Mesir Libya. Saya heran kenapa Dato Seri tidak mengambil peluang ini untuk imej Islam Dato Seri. Kami faham terdapat pihak-pihak yang bertentangan dan seboleh-bolehnya kita mengambil sikap neutral (Mesir misalnya saya sendiri tidak setuju dengan IKHWAN yang masih terkesima dengan Demokrasi) tetapi hendaklah sekurang-kurangnya memberi perhatian kepada nasib umat Islam bukannya mana-mana fraksi atau puak.

3) Dato Seri juga megambil pendekatan moderate dalam perhubungan sesama agama. (link di sini .. http://www.nst.com.my/top-news/datuk-seri-najib-razak-s-full-speech-text-1.33486). Pada dasarnya bagus tetapi Dato Seri bercakap seolah-olah orang Islam ni TAK MODERATE maka kenalah di moderate kan. Dato Seri menjadi APOLOGIST. Atas sikap ini juga ORANG LAIN NAIK KEPALA. KITA SAHAJA KENA MODERATE ORANG LAIN TAK PERLU?.

Hanya secebis ketidakpuashati saya atas kepimpinan Dato Seri. Sebenarnya banyak lagi. Ini baru hanya Imej Islam Dato Seri sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 10:47 AM

Bro,

Aku tau weekend ni hang dok di Janda Baik sama janda-janda baik dan tak baik serta boyfren dan suami janda2 baik dan tak baik.

Hang buat posting macam ni depa tak marah ke? Nanti depa tak bagi duit tambang kat hang tau.

Bro, soalan macam ni hang buat lah Poll - lagi senang orang buat pilihan - kami boleh klik saja.

Jawapan saya - memang tak boleh. Bila sudah tua, boleh kah melancap tak pakai sabun? Susah kan? Macam tu juga lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 11:03 AM

Pru 13 melihat najib menjilat cauvinis hinggakan segala milik bumiputera mahu dgadaikan. Jgn lupa usul dia menjadkan bn parti tunggal bermakna umno tidak akan ada lagi. Itu adalah pengkhianatan muktamad pada umno dan org mwlayu yg mengundi bn.

Pru 13 melihat najib menagih skongan cina.
Kini terbukti cauvinis mmg sengaja memulaukan kerajaan.

Maka Pru 14 akan memperlihatkan najib berterusan menagih sokngan mereka.

Ape pembaharuan yg dibuat najib setelah keputusan pru dan kemarahan org melayu? Tidak ada. Malah omar ong dan segala penashat liberal dia dalam pemandu masih ada.

Malah kalau kita tgk dasar dan corak pentadbiran dia saya x nampak langsung semangat mahu memperkasakan bangsa dan agama. Kita boleh lihat semua tu selama 5 tahun. Kalau tun m yg memerintah kita boleh lihat pendekatan dan concern dia terhadap bangsa dan agama.

Saya rasa najib langsung tidak kisah terhadap bangsa dan agama sendirim bagi dia semua sama. Dia adalah by definition seorang liberal. X payah ckp pasal adik dia. Malah instead of menegur adik dia dia dilihat selari pemikiran dgn adik dia.

Semangat mencntai bangsa dan agama x dpt dipaksa ataupn di lahirkan begitu saja. Kalau liberal akan selamanya liberal.

Saya yakin najib harus berundur. Bahaya org macam ni diberi kepercayaan menjaga perihal org melayu dalam umno. Da langsung tidak ada kebanggaan dan kencintaan menjadi seorang melayu. Dia lwbih suka jadi ah jib gor baranggkali sbb cauvinis begitu menonjol dan kayA. Betul juga bagi yg liberal hanya kuasa dan duit yg penting.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 12:27 PM

najib lembik!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 2:41 PM

dari zaman pak lah sampailah ke najib...semua jilat cina..kita dah boleh menang setapak lagi ke hadapan jika najib menghiraukan pendapat dan sokongan orang Melayu di belakangnya...jangan sampai esok lusa anak muda ludah kubur si najib "inilah bangsat Melayu yang bertengkolok Melayu tetapi berjiwa anjing Inggeris!" sedar-sedarlah Najib di Barat orang Barat hanya tersenyum manis bukan kerana kau berjaya membangunkan Malaysia tetapi ko melingkupkan Malaysia dan bersama-sama kami di neraka"..najib..najib..nasib ko lah..

#turunkan harga minyak ke keadaan asal adalah peluang Najib yang terakhir...selamatkan Malaysia sebelum legasi Najib diludah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 2:51 PM

Najib ni HAMPIR sama dengan Pak Lah. Aku tekankan perkataan hampir kerana Pak Lah tidur dalam hal memertabatkan bangsa Melayu manakala Najib pulak lembik dalam usaha memperjuangkan bangsa Melayu. Pak Lah lemas bermain dengan air lendir cina. Nasib pulak hauskan air kencing cina.

Persamaan mereka berdua ni adalah satu sahaja. Kedua-duanya tak boleh diharapkan langsung. Untuk menjadikan mereka kembar seiras pula kenalah Najib berstatus bekas PM Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 2:51 PM

CARA NAJIB MMG NAMPAK PELIK. DIA NAMPAKNYA MELEBIHKAN PADA KRONI2 YG DISUKANYA DAN MENGHARAPKAN MRK AKAN BAWA PENYOKONG MRK KPDNYA. LIHATLAH TAKUT DIA MRK NI LARI DARI DIA DAN TERUS MENYUAPKAN MRK DGN JAWATAN DAN PROJEK2. CONTOH INDIVIDU DPT DATOK TAJUDDIN A RAHMAN, AZEEZ ABD RAHIM, JAMALLUDIN JARJIS DAN SEBAGAINYA. MRK INI TIDAK AKAN DAPAT BAWA PENYOKONG KPD NAJIB, BAHKAN SOKONGAN MRK MEMBAWA REBAH. DAPATKAN SOKONGAN TERUS DARI RAKYAT DGN MELIHAT SENDIRI KEPERLUAN RAKYAT. SENDIRI BERFIKIR APA YG RAKYAT PERLUKAN FAN JANGAN TERLALU BERGANTUNG PADA INDIVIDU2 TERTENTU ATAU PUN PENASIHAT YG LATAR BELAKANGNYA MERAGUKAN. INSYAALLAH RAKYAT AKAN SENTIASA DIBELAKANG PM DALAM APA JUA KRISIS. JIKA TIDAK LIHATLAH CONTOHNYA MINYAK NAIK 20 SEN, BERAPA RAMAI ORG YG SOKONG NAJIB. SENANG DGR KATA PEMBANGKANG SEBAB MMG BENAR NAJIB BOROS.
YG KEDUA APA YG SAYA PERHATIKAN ORG YG TERLIBAT DALAM POLITIK SPT KETUA BHG MMG TAMAK. BEGITU JUGA ADA PEGAWAI2 DLM KERAJAAN. TAK CUKUP MAKAN SIKIT. MACAM NAK KAUT SEMUANYA.MUNGKIN ORG POLITIK NAK NANGGUNG PENGIKUT2NYA DAN PASTIKAN KESINAMBUNGAN POLITIKNYA . INI SUATU YG SANGAT TIDAK SIHAT DAN TAK ADIL UTK ORG KEBANYAKKAN YG TIADA KABEL. DI SINGAPURA MRK NAK BUAT RUMAH UTK RAKYATNYA.DAN MRK BUAT. SEMUA RAKYAT BERPELUANG MENDAPAT RUMAH. INI KRN AHLI POLITIK DISANA TIDAK TAMAK DAN TAK PERLU BIAYA PENGIKUTNYA. MRK BOLEH TUMPU PERHATIAN UTK BANGUN SINGAPURA TANPA BRRPOLITIK BERLEBIHAN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 3:19 PM

Najib tolong berundur!!!

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2013 at 3:19 PM

Salam Din,

1. Pertama nya, sebagai blogger, cara begini yang mesti ada pada setiap individu dan kumpulan. Sesungguh nya menghina, memaki dan memfitnah bukan ajaran Islam. Kita kena jelas, dosa nya sungguh besar, balik semula pada diri kita, sehingga jika tidak benar, pahala yang ada pada kita akan di berikan pada mangsa sehingga boleh menjadikan kita mukhlis di akhirat.

2. Berbalik pendapat untuk PM Najib. Pendapat peribadi saya, beliau mampu menjalankan tanggung jawab sebagai Pemimpin No.1. Mana tumpah nya kuah? Cuma pendidikan dan persekitaran boleh mempengaruhi peribadi dan cara hidup.

3. Apa yang saya lihat, PM Najib banyak terikat dengan pihak-pihak berkepentingan. Pengaruh paling kuat mungkin dari adik nya sendiri yang mampu memberi tekanan. Kalangan koporat dan pengaruh mereka berbeza dari pengaruh politik. Jika perkara ini di bezakan, PM akan lebih terserlah.

4. Kadangkala PM Najib bersifat bermuka-muka. Sebagai pemimpin, beliau tidak semesti nya menjadi pembangkang. Tugas utama ialah mematikan dan melawan kembali cabaran Pembangkang Politik beliau. Meredakan lawan dan memberikan KEYAKINAN kepada penyokong KUASA beliau ( pengundi-pengundi setia) - Mesti bertindak proaktif dan di mana perlu lebih agresif. Mesti bersifat berPERLEMBAGAAN di atas dasar-dasar tersedia untuk Pembangunan Negara dan Rakyat. Tugas memperelokkan. Bukan mengubah dasar. Beberapa kesalahan nyata telah di lakukan, dari perspektif majoriti rakyat.

4. Kesilapan menubuhkan Para Penasihat( gelaran dari bloggers - Kon Sultan) yang tiada REKOD dalam Pembangunan Negara dan Insan. Malah tiada rekod kemasyarakatan, sumbangan kepada "grassroot". Pemilihan mungkin "ber/ter hutang budi kepada para senior mereka". Gambaran dari pengundi bahawa PM najib begitu lemah.

5. PM terlampau mempercayai Pemain Koporat. Beliau lupa, jika pengaruh ini mencengkam, bahana nya kepada Negara dan Rakyat , secara terhormat akan di gadai. Situasi ini mesti di terbalikkan semula di mana golongan ini Mesra Kerajaan dan Mesra Rakyat. Lihat Utusan, secara halus dari pengaruh pembangkang di jadikan kambing hitam. Utusan itu wujud kerana apa ? Melayu itu berjaya dan boleh hidup senang atas dasar apa ? Sesungguh nya AllahSWT itu masih memberi rahmat kerana sebahagian nya masih majoriti Melayu bersifat BENAR dan sentiasa sujud dan berdoa.

6. Akhir nya, jika sudi rujuk komen saya dalam A.Kadir Jasin pasal keretapi. Keretapi itu watak. Apa tersirat Datu Kadir lebih memahami. Cara Orang Melayu berhemah, menarik rambut dalam tepung...

Kita menjadi bijak kerana Pemimpin nya Ulul Albab. Tahu membeza Haram dan Halal. Tidak suka maksiat / kemungkaran berleluasa. Tidak suka pada kebathilan.

Kiblat nya satu. Tuhan nya SATU. Insya Allah maka terselamat lah Umat Islam dan juga yang berlindung di bawah kepimpinan nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 3:34 PM

@AnonymousaDALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA KOMEN SAYA ADALAH SEBIJIK DGN KOMEN SAUDARA, OLEH ITU SAYA TAK PERLU ULANG (HE HE!)
CUMA SAYA NAK KATAKAN DISINI, BAHAWA SESEORANG MANUSIA MEMPUNYAI TAHAP PEMIKIRAN DAN KECERDIKAN YANG BERBEDA, TAHAP KEWIBAWAAN YANG BERBEZA... MUNGKIN KEPINTARAN HJ NAJIB TELAH TEPU SEHINGGA MEMERLUKAN TUAN PENASIHAT UNTUK TERUS TOLONG DIA BERFIKIR, TIDAK SEPERTI TDM. MASAALAHNYA TDM TERLALU UNGGUL, MENYEBABKAN PENGGANTI SELEPAS BELIAU TERPAKSA MENGGUNAKAN PENASIHAT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 3:57 PM

Sek Cina punya dewan ada aircond. Classroom pun saya tengok ada aircond (pandangan dari luar). Sek Keb anak saya dah la takde aircond, sound system pun teruk. Punyala comfortable anak cina belajar. Tahniah Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 3:57 PM

Apa yang nak dimajukan lagi bro.Orang Me;ayu semakin kehadapan sekarang nie dan seterusnya.Apa yang dirisaukan adalah Kemajuan yang mengadaptasikan budaya dan ideolugi yang KEBARATAN sehingga sedikit demi sedikit budaya Melayu dan Islam DIPINGGIRKAN.dan semakin terhapus tanpa disedari...Pengertian dan tolak ansor umat ISLAM dan Melayu semakin diinjak2 sehingga pemimpin ada yang malu nak mengaku orang timur yang Bertamaddun .Civilisasi barat hanya Membawa peradaban manusia ke zaman 'BATU' yang hanya canggih dengan teknologi TETAPI ,peradaban manusdia semakin mundur dan bakal hancur .ISLAM wajar di martabatkan untuk menjamin TAMADDUN.
Najib kena UBAH atau menerima hakikat jika dipinggirkan,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 5:25 PM

kunci dr semua masalah ada 3 ibu kunci..

pertama..... najib wajib tukar semua punahsihat dan bubar pemandu dll.. kaji sape dibelakang mereka semua...

kedua... menteri barisan kabinet tertinggi glc wajib diteliti... lantik org yg layak dan takde citer yg bukan bukan.. kurang risiko penyerangan peribadi.. kaji juga sape dibelakang mereka..

ketiga.. buatlah polisi atau apa saja mengutama bangsa melayu bumiputera... cukup terhegeh ke cina..

cukup cukup lah pilih org liberal atau terlalu liberal dlm barisan benteng tertinggi kerajaan... yg dpt hanya padah... kerana jauh dr Allah dan jauh dr perjuangan umno melayu bumiputera..

Tuan Din T... puan penyu mau mukhriz lawan kj jadi ketua pemuda umno.. kj wajib diganti.. puan penyu menanti.. hehehehe

salam puan penyu.. hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2013 at 5:32 PM

TERIMAKASIH ! Seperti biasa, saya tulis bodoh jer ... tapi komen2 dan pandangan saudara semua yang melengkapkan setiap post saya.

Tujuan utama artikel ini adalah untuk meluahkan pandangan dan diharap Najib baca apa yang ada dalam hati rakyat terutamanya orang Melayu.

Najib mungkin perasan caranya betul tapi RAMAI orang Melayu ternyata tidak bersetuju.

PS - Ada rakan blogger Otai beritahu yang orang Najib baca blog ini dan komen2 anda. Semoga mendapat hidayah dan terbuka hati anda :)

TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 5:47 PM

Din, org jibby boy baca dengan jibby boy baca bagai langit dengan bumi!!

Khairul

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 5:57 PM

Aku adalah pengundi umno. Adakah undi aku berbaloi? Aku mengundi semata-mata untuk menyelamatkan bangsa melayu daripada dijajah. Masalahnya, walaupun bn dah menang. Nasib melayu tetap sama dan tidak berubah. Melayu masih merempat dan masih terus ketinggalan. Nak mencapai 30% kek ekonomi negara pun masih jauh untuk dicapai lantaran DEB telah dimansuhkan. Melayu dinafikan hak untuk bersaing secara adil atas nama meritokrasi. Melayu diabaikan kerana pemimpin melayu sendiri berfikiran liberal.

Najib dah hilang kelayakan untuk menjadi Presiden UMNO. Dalam PAU 2013 nanti, najib akan dijatuhkan oleh orang melayu melalui gerakan Tsunami Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 6:00 PM

Kena hijack lah pulok penfapat org lain.. lpstu declare dia punye.. huhuhu.. tapi tak pe... janji ada perubahan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 6:44 PM

Takut yg baca kt najib akan report xde masalah tuan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 7:34 PM

bagi aku ringkas sahaja jawapannya ...
ah jib gong ... must go ...
punahsihat ... must go ...
itu sahaja ...
kerana idea punasihat adalah aspirasi ah jib gong ...
idea punasihat bukanlah wadah perjuangan UMNO ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 7:36 PM

No hope dgn ahjibgor...nam apun sanggup tukaar...wajah sanggup tukar, kening beruban..is not a good leader...dia hanya penumpang his not pemandu...pemandu akan bawa ahjibgor terjun gaung gnting highland..insaallah..aminnnn

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 7:48 PM

Salam..pada saya DS Najib haruslah menghapuskan BR1M..amat membazir. Gunakanlah peruntukan tu untuk membina dewan-dewan yg besar secara berkelompok untuk kegunaan sekolah2 di luar bandar. Misalnya jika terdapat 4 atau 5 buah sekolah bina 1 dewan yg lengkap, ada parking dan sebagainya. Dewan tersebut dapat digunakan untuk pelbagai program pendidikan dan keusahawanan pendidikan serta aktiviti kebudayaan kebangsaan.Daripada memberi BR1M kpd mereka2 yg kemudiannya membeli barangan yg tak bermanfaat di kedai dan syarikat cina.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 7:53 PM

Nak memenangi hati melayu mudah jer. Itupun pegawai-pegawai PEMANDU yang cerdik tu pun tak mampu nak kasi idea macamana nak ambik hati melayu. Cuma yang peliknya selama 5 tahun pemerintahan najib, takkan takde langsung agenda memajukan ekonomi melayu yang bernilai jutaan ringgit. 5 tahun orang melayu menunggu dan mengharap durian yang tak pernah gugur-gugur. Kalau setakat nak mengambil hati melayu hanya dalam tempoh beberapa bulan menjelang PAU. Baik tak payah. Kecewa melayu tiada ubatnya melainkan berhenti berjanji dan letak jawatan serta-merta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 10:03 PM

org najib yg baca blog ni akan bagitau najib

'no problem' rakyat masih menyokong pm dan

najib akan terus percaya tanpa buat homework

itulah yg terjadi skrg najib dpt repot dari punahsihat yg

EVERYTHING is ok on the ground and najib akan percaya

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2013 at 11:12 PM

@AnonymousHisssss jangan cakap mcm tu, kan najib begitu dekat, dia dengar denyut nadi rakyat. (slogan je kot)....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 11:38 PM

bro din... yang aku nampak pasal pm sekarang adalah macam ni...

1. dia bagi duit kat sekolah vernakular, kat sk dan sekolah agama dia buat tak nampak...
2. dia mansuh deb, tukar dengan br1m, bl1m dan segala macam lagi...
3. bila orang pas ada yang setuju bible/kristian guna kalimah Allah dan puak umno menentang, najib playsafe... buat buat bongok...
4. nak tarik sokongan orang felda punya pasal dia buat fgv, bagi durian runtuh satu keluarga rm15k, tapi saham makin turun... sebenarnya nak cari cash je... sepertimana bank buat sukuk ke saham ke..ia sama je dan aku gerenti ni idea nazir...
5. bila nak buat benda besar mesti lantik konsultan, makmal dan macam macam lagi... kalau dah macam tu cara kerja baik pecat semua menteri dan kakitangan kerajaan di kementerian kementerian, makan gaji buta...
6. biasanya yuran konsultan pun dah bernilai puluhan juta..., tapi hasil hampas...
7. bila berkempen ratusan juta untuk puak cina kiasu, tapi bila melayu undi umno (bukan bn) menang pru 13, senyap sunyi! aku rasa kalau undi cina bertambah maka bertambah lagi ratusan juta untuk sekolah mereka...
8. pengerusi glc kebanyakkan koperat yang kurang dan tiada jati diri melayu dan islam... tu pasal glc bukan nak tolong bangsa melayu sebaliknya sibuk nak capai kpi... kpi mereka hanya berapa juta boleh untung...
9. dia suka lantik orang yang dah dilabel buruk bukan sahaja oleh pembangkang malah sebahagian besar akar umbi, contoh lantik sharizat jadi menteri bertaraf umno...kena puak pkr riuh rendah kata kroni la nepotisme tapi presiden umno sendiri pun apa kurangnya...
10. suka ambil orang yang pernah lawan umno jadi kawan dan bagi jawatan, contoh ezam dan co... apa berjuta ahli umno yang lain ni tahap batu dan kayu api saja ke? tak kan takda orang yang setia untuk dilantik?
11. guna slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, janji ditepati....pernah janji takkan naik harga minyak sebelum pilihanraya... tapi lepas pilihanraya cuma kurangkan subsidi... kesan harga minyak tetap naik....
12. cakap bermuka-muka dengan orang melayu... bila berucap dialah panglima dan hulubalang... tapi jumpa cina agenda melayu simpan dalam longkang...
13. pada aku slogan janji ditepai dan pencapaian diutamakan paling sesuai diguna oleh cimb bank... tadbir negara macam tadbir syarikat koperat yang tak perlu keluar modal..
14. suka lantik kroni, contoh pemandu, teraju, spad dan macam macam lagi... tadi ada pulak talian 1malaysia.... kalu telinga dan otak hanya untuk penasihat, takpayah lagi sibuk nak bagi makan kroni dengan tubuhkan talian aduan kononnya..
15. biarkan isteri menggunakan wang negara untuk projek permata... yang hanya menjadi permata bagi kroni yang berjaya masuk tender untuk permata...kalau dah permata tu bagus sangat tutup sajelah prasekolah, taska, tabika dan tadika yang tiada standard, tak bagus dan tentulah amat membazirkan duit rakyat jika diteruskan.
16. bertindak sewenang wenang menghapuskan eo yang amat penting untuk keselamatan negara, sedangkan amerika yang kononnya bebas dan amat liberal pun ada patriot act, apa nak malunya dengan eo kita yang berjaya mententeramkan negara selama ini...
17. gagal menarik hati golongan kakitangan awam menyokong umno... padahal kakitangan awam majoriti adalah melayu...
18. lantik penasihat yang gagal memahami aspirasi melayu dan islam...
19. bila pilih calon untuk pru gunakan kuasa veto untik lantik su sendiri jadi calon... memang bapak segala kroni... lain la kawasan yang ditandingi tiada cawangan umno maka perlu pilih calon luar...di shah alam lantik zul nordin yang bukan umno pun....
20.pilih ketua hindraf jadi timb menteri (yang menentang melayu dan islam dan pi mengadu kat uk kata ada pembersihan etnik di malaysia).. dan bila ada penjenayah yang ditembak mati, dia salahkan polis... pm sebagai ketua timb menteri ni nak warning pun takut apatah lagi nak pecat....

setakat ni la yang aku rasa perlu kita pikir... siapa sebenarnya presiden umno dan pm kita...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2013 at 4:41 PM

mungkin najib patut siberi peluang setahun dua lagi untuk betulkan keadaan
1) br!m eloklah dihentikan dan wang tersebut digunakan unutk membina lebih banyak perumahan rakyat seperti rumah ppr kepada penduduk bandar untuk disewa dan rakyat luar bandar.
2) mengenakan kuota 70% kepada majikan yang membuat pelaburan samada perkilangan atau sebagainya mengajikan pekerja tempatan sebagai tenaga kerja mereka yg utama dan sekarang dimonopoli pekerja2 asing yg ada diantaranya tidak berpelajaran pun..
3)mengetatkan syarat kemasukan warga asing seperti pelancung dari vietnam,cina,myarmar.afrika selatan,india dan banglandesh kerana banyak menjalankan aktiviti haran dan pelacuran
4) mengetatkan syarat menjadi penduduk tetap dan rakyar malaysia
kerana ada diantara mereka mengambil kesempatan jadi perosak negara ini
5) PEMANDU hendaklah dihapuskan..najib terlalu bergantung kepadanya..jangan terlalu percaya pada org..
6)perbanyakkan kedai koperasi dimana semua ahlinya terdiri dari org melayu..ia akan memberi peluang ekonomi kepada org melayu sendiri
7)pak najib ....berilah pertolongan dan perhatian kepada org yg berbudi .(melayu) bukan org yg membalas budi dengan tuba (Cina)
8)perbanyakan pusat-pusat perniagaan untuk bumiputera menyewa untuk memasarkan barangan iks..
contohilah pemerintahan DR.M....kita masih jauh ketinggalan dan jangan beri muka kepada bangsa pendatang atas dasar persamaan hak...kita telah lama bertolak ansur sejak beberapa keturunan dan sampai bila org melayu harus berkorban demi mereka?
9)perbanyakkan kuota org melayu mendapat biasisiwa sekarang di monopoli or g cina dan india diipta dan ipts..

....................
Reply To This Comment ...................
September 10, 2013 at 10:28 AM

Salam Sdr Din,

Mohon berkongsi pandangan berkaitan isu yg menarik lagi bermakna untuk dibicarakan ini. Sebagaimana yg telah saya lontarkan di KNKB bertarikh June 21, 2013 dan kadirjasin.blogspot.com

Bahagian 1

1. Pandangan yg mengatakan bahawa setiap kali ada pertandingan peringkat tertinggi parti maka akan berlaku PERPECAHAN amat NAIF.

2. Tujuan pertandingan SIHAT jawatan tertinggi parti bukanlah bertujuan bagi MELAGA-LAGAKAN PEMIMPIN ATASAN UMNO tetapi sebagai MENYUBURKAN PENDEMOKRASIAN PARTI (jangan hanya berani melaksanakannya di peringkat Naib Presiden/MT/Bahagian/Cawangan sahaja). Bukankah dengan mempertandingkan kesemua jawatan dalam parti akan MENTRANSFORMASIKAN PARTI, PEMIMPIN DAN AHLI UMNO ITU SENDIRI?

3. Pertandingan peringkat tertinggi parti menjadi medan pengukur KEUPAYAAN CALON MENTERJEMAHKAN AGENDA MEMPERKASAKAN MELAYU/BUMIPUTERA sebagai PRIBUMI di tanahair tercinta ini.

4. Tidak timbul keraguan bahawa Presiden UMNO gagal memainkan peranan sebagai Presiden BN dan Perdana Menteri yg mewakili keseluruhan rakyat hanya kerana pada masa yg sama MESTI meletakkan agenda MEMPERKASA MELAYU/BUMIPUTERA sebagai SUMPAH SETIA. Nah lihat sebahagian buktinya:

i) semenjak hampir 56 tahun merdeka apakah keenam-enam Presiden UMNO yg juga Presiden BN dan Perdana Menteri telah melakukan penyisihan terhadap kaum lain? Jika ianya berlaku apakah mungkin terzahir kesemua bandaraya/bandar utama di Malaysia dikuasai oleh kaum Cina? Apakah SJKC dan SJKT makin terhapus atau terus diperkasa? Bukankah Sdr KNKB telah menyentuh bagaimana hampir 3 bilion diperuntukkan kepada SJKC dan SJKT sejak dari PRU12 hingga ke PRU13 lalu?

ii) selama 30 tahun pelaksanaan DEB apakah kekayaan kaum lain dirampas untuk diberikan kepada Melayu/Bumiputera? Tidakkah kek ekonomi diperkembangkan dengan mencipta kepelbagaian sumber melalui transisi daripada sistem berasaskan pertanian kepada pengeluaran dan sektor industri? Bukankah lebih 80% SME dikuasai oleh kaum Cina yg mana pernah diakui sendiri oleh DS Ong Ka Ting dalam blog beliau semasa menjawat jawatan menteri sedikit masa lalu?

iii) Bukankah pendidikan tinggi kaum Cina dan India terus berkembang maju sepanjang 55 tahun merdeka ini? Siapakah yg menguasai AIMST University, TAFE University, Sunway University, UTAR, HELP University, INTI University, NILAI University, WAWASAN OPEN University, dan segala macam kejadah Kolej University milik Dong Zhong yg chauvinist itu?

5. Jika bukan dengan ENDORSEMENT oleh Presiden UMNO/BN yg juga Perdana Menteri Malaysia apakah kesemua itu BISA DIREALISASIKAN? Tolong jangan terperangkap dengan PERMAINAN PSIKOLOGI (REMEH) oleh puak-puak EVANGELISTA KRISTIAN BINTANG 3 DAP itu! Lihatlah blog helenang.wordpress.com (kita perlu kaji psyche kaum Cina khususnya DAP melalui kacamata orang Cina sendiri).



....................
Reply To This Comment ...................
September 10, 2013 at 10:28 AM

Bahagian 2

6. Saya telah kupas sebelum ini bagaimana Tun Dr Mahathir upaya melonjakkan Malaysia sepanjang 22 tahun beliau menjawat PM. Kenapa? Bukankah pada tahun 1987 beliau dicabar oleh Tengku Razaleigh yg berganding dengan Datuk Musa Hitam ketika itu? Meskipun pertandingan peringkat tertinggi UMNO waktu itu telah menyebabkan wujudnya Team A dan Team B seterusnya tertubuh pula S46 tapi bak kata pepatah Melayu, 'Biduk lalu kiambang bertaut'.

7. Kemenangan tipis Tun Dr Mahathir MEMBUKA MATA/MINDA BELIAU bahawa betapa perlunya MUHASABAH DIRI. Kejayaan sebenar pemilihan UMNO ketika itu bukan terletak pada kemenangan Tun tetapi ALLAH SWT memberi ruang kepada beliau untuk TRANSFORMASI DIRI/PARTI demi SURVIVAL bangsa dan tanahair tercinta! Buktinya? Lihat sahaja bagaimana beliau bukan sahaja telah dapat mengembalikan semula S46 ke pangkuan UMNO malah di era pemerintahan beliaulah PKM ditundukkan (meletak senjata sepenuhnya), diikuti dengan 'rujuk semula' oleh PBS di Sabah ke pangkuan BN.

8. Renungkanlah. Bahawasanya Tun Dr Mahathir telah diuji secukupnya sepanjang meneraju UMNO/BN. Kesemua cabaran inilah yg telah MEMATANGKAN beliau. Pengajaran UTAMA yg perlu difikirkan secara halusi di sini ialah betapa pentingnya seseorang pemimpin tertinggi parti (Presiden UMNO/BN dan PM) MENJADI DIRI SENDIRI. Mereka mesti punya KEKUATAN KEPEMIMPINAN TERSENDIRI. Tak perlu menjadi orang lain atau buat sesuatu ikut TELUNJUK ORANG LAIN DEMI POPULARITI! (Itulah penyakit yg dialami oleh Pak Lah yg OBSES dengan bebudak Tingkat 4). Anehnya PM Najib yg dikatakan lebih cerdik berbanding Pak Lah itu turut terjangkit sama! Manakan tidak! Lihatlah siapa 'inner circle' beliau. Siapa Omar Ong itu? Bukankah anak Mustapha Ong si oportunist di era Pak Lah dulu.

9. Benar kata berasiam (June 17, 2013 at 12:09 PM) di KNKB bahawa PM Najib masih GAGAL membaca/memperhalusi dan menangani fenomena pasca PRU13 ini. BUKAN soal bagaimana nak mengembalikan sokongan kaum Cina yg ternyata TUMBUK RUSUK TIKAM BELAKANG slogan BOMBASTIK '1Malaysia' dan 'JARI TELUNJUK' mahupun gula-gula getah mereka, 'AH JIB GOR' dan 'I Love PM' itu!. Perkara pokok ialah betapa PM Najib MESTI tahu BERSANTUN BERBAHASA atas kepercayaan yg telah diberikan oleh majoriti Melayu/Bumiputera dengan meletakkan beliau di persada kuasa pada PRU13 yg lalu.

10. Sebagaimana pembesar kerajaan selalu ulangbicara mengatakan bahawa keamanan, kesejahteraan, kedamaian dan kemakmuran tanahair Malaysia nan tercinta ini BUKANNYA TERJADI SECARA SEMULAJADI. Ianya adalah perancangan teliti lagi rapi oleh Bapa-Bapa Negara yg BERJIWA BESAR menerima dengan AKUR apa yg termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA hinggalah terbentuknya RUKUN NEGARA sebagai penyatuan bangsa selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969. MAKA PM Najib juga perlu SEDAR bahawa kemenangan BN pada PRU13 tempohari JUGA BUKANNYA TERJADI SECARA TAK SEMENA-MENA MAHUPUN SEMULAJADI! Apakah kita boleh nafikan HAKIKAT betapa Melayu/Bumiputera telah MEMBERI ISYARAT JELAS kepada pucuk kepimpinan negara agar suara hati dan rintihan mereka lebih DIDENGARI? Atau barangkali PM Najib sendiri terlupa pada DENYUT NADI Melayu/Bumiputera lantaran terlalu leka mengejar undi dan sokongan kaum Cina?

11. INGATLAH! PRU13 hanyalah permulaannya. Apakah kita fikir puak-puak ultra kiasu ini terus berdiam diri sedangkan mereka telah mencatat kejayaan luarbiasa pencapaiannya hasil dari manipulasi MELAYU TOTOK PAS/PKR semau-maunya? CUKUP-CUKUP SUDAH mendambakan undi/sokongan kaum Cina yg punya agenda YG SUDAH TERANG LAGI BERSULUH INI. Fokuskanlah pembangunan luarbandar/desa yg daif dan insan-insan Melayu/Bumiputera naif yg tidak pandai meningkah bicara memanipulasi '1Malaysia'! PERKASAKANLAH SEKOLAH KEBANGSAAN! Jangan hanya SEBOK MENYUSUKAN KERA sedang ANAK DI PANGKUAN MATI TERANIAYA!

....................
Reply To This Comment ...................
September 10, 2013 at 12:19 PM

@Anonymouskalau saudara boleh tambahkan 10 lagi, saya jadikan artikel !

....................
Reply To This Comment ...................
September 10, 2013 at 1:04 PM

Nanti akan saya artikelkan lagi komen anda... sayang kalau tak ramai yang baca.. TerimaKasih !

Post a Comment