........... Kreativiti Kanak2 Autisme Amerika ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kreativiti Kanak2 Autisme Amerika ?

Friday, September 27, 20137comments


Bernama Images

Rosmah Melawat Hospital Kanak-kanak Oakland

CALIFORNIA, 26 Sept (Bernama) -- Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan lawatan ke Hospital Kanak-kanak dan Pusat Penyelidikan Oakland pada Rabu.

Ketibaan Rosmah disambut Ketua Eksekutif hospital itu Doktor Berd Lubin serta pengurusan Hospital dan dibawa melawat wad kanak-kanak dan pusat pemulihan terapi.

Rosmah turut diberi taklimat hampir 40 minit mengenai operasi hospital itu dan meluangkan masa bermesra dengan beberapa kanak-kanak yang dirawat di hospital itu.

Rosmah yang merupakan Penaung Program Permata berkata pihaknya berminat mengadakan kerjasama dengan hospital itu dalam bidang penyelidikan kaedah rawatan, perubatan dan terapi untuk kanak-kanak di Malaysia.

Ini selaras dengan usaha Program Permata Kurnia untuk mengadakan program intervensi awal yang komprehensif bagi memenuhi keperluan kanak-kanak penghidap autisme dan keluarga mereka.

Pada masa ini, pihak Permata sedang mengumpulkan data penting dan kerjasama di peringkat antarabangsa untuk pendidikan dan rawatan kanak-kanak autisme.

Hospital Kanak-Kanak Oakland yang berusia hampir 100 tahun itu menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada kanak-kanak di sekitar California. Ia mempunyai hampir 30 pakar kanak-kanak yang berpengalaman.

Peralatan dan kelengkapan hospital itu disediakan khusus mengikut saiz dan keperluan kanak-kanak serta mempunyai Pusat Kecemasan dan Trauma.

-- BERNAMA

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2013 at 8:40 PM

jgn tersalah pandang.mungkin pembangkang akan main isu bendera malaysia terbalik.ini adalah 2 bendera menjd 1.bendera amerika dan malaysia ok

....................
Reply To This Comment ...................
September 27, 2013 at 9:03 PM

Aku ni Din bila tengok Rosmah ni pergi melawat ke Amerika, aku takut entah berapa orang ahli2 Bakti yang dia bawa bersama. Takut bila dapat bil nanti. Berapa juta pulak lah yang hangus.

....................
Reply To This Comment ...................
September 27, 2013 at 9:18 PM

Bro Din,

Aku tengok Kak Rosmah pun tak kenal bendera Malaysia. Mungkin dia ingat bendera Amerika kot. Patutlah mu masok cerita ini dalam blog kamu. Aku hairan juga kenapa cerita macam ni mu siarkan dalam blog kamu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2013 at 9:46 PM

Saya ibu kepada seorang anak dengan autisme.

Memang bendera tu nampak bercelaru bagi orang yang sempurna akal.

Memang hasil kerja begitu pastinya akan jadi bahan ketawa bagi orang yang sempurna akal.

Tapi bagi saya, jika anak saya mampu menghasilkan hasil kerja sedemikian, saya akan menangis bangga...menangis gembira.. kerana otak kanak-kanak autistik tidak sempurna. Mereka sukar menterjemahkan pemikiran mereka.

Jika Projek Permata Kurnia berjaya direalisasikan....syukur alhamdulillah.

Terima kasih Datin Seri kerana mengiktiraf keperluan dan keujudan anak-anak kami.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2013 at 10:07 PM

Kalau kedudukan 'bendera' Malaysia betul, 'bendera' US pula yang akan nampak terbalik. Kesian Rosmah. Serba salah dia. Tarik diri daripada menonjol berlebihan, lebih baik. Serahkan Permata pada Ketua Wanita dan buat macam Tun Hasmah dulu.

RD.

....................
Reply To This Comment ...................
September 27, 2013 at 11:02 PM

Permata ni bagus..tadika permata pye syllabus dh mcm tadika swasta...kat luar bandar mane byk tadika swasta pn..so ade permata ok la utk pndidikan awal kanak2... Kalau permata utk autisme ni dijalankan, sy sokong sepenuh hati..sbb sy pnh tgk tv ade doc terpaksa keja kt jepun utk pastikan anak autisme die dpt pendidikan yg terbaik..and anak dia blh bercakap, wlu bhs jepun dlm masa 6 bln...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2013 at 11:13 PM

Saya juga punyai anak autisma.....kami berbangga dgn perjuangan pihak2 terbabit....pilot project yg dinanti2kan....selama ini anak autisma tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat...

Post a Comment