........... KJ - Saya Tidak Ada Apa2 Kelebihan Menjadi Menantu PM | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KJ - Saya Tidak Ada Apa2 Kelebihan Menjadi Menantu PM

Monday, September 23, 201317comments

Baru jer saya sebut ayat ni dalam artikel sebelum ini - KLiK -

Kedua2nya mahukan Melayu kuat cuma bagi saya, yang pertama itu agak kearah syok sendiri ( yang digemari oleh pemimpin2 Umno ), cuba menafikan yang Melayu lemah ketika ini. Sementara yang kedua pula lebih realistik kerana mengambilkira apa yang sebenarnya berlaku semasa PRU13 baru ni - iaitu Umno perasan kuat kerana memenangi lebih kerusi padahal hakikatnya orang Melayu memilih Umno kerana tidak ada pilihan yang lebih baik.

Selagi hakikat ini tidak diterima kepimpinan Umno, selagi itulah UBAH Umno hanya bersifat retoriks. Sebab perkara asas untuk kita UBAH adalah pertamanya dengan mengakui kelemahan dan kesilapan yang ada

Waktu sama Mkini keluarkan kenyataan Khairy -

Khairy berkata, keikhlasan dalam Umno juga diterjemahkan dalam bentuk sokongan Melayu dalam pilihan raya umum lepas.

"Kalau betul Umno dah out of touch dengan perjuangannya untuk rakyat biasa terutamanya orang Melayu, sudah pasti bilangan kerusi Parlimen Umno tidak meningkat pada pilihan raya umum lepas dan sudah pasti orang Melayu juga akan menyokong pembangkang," 


Kaaaaannnn... saya cakap dah yang pemimpin Umno perasan mereka kuat, perasan yang pengundi Melayu pribumi memang memilih Umno sebab Umno itu sendiri.

Kenapa tidak dibuat kajian / bancian bagi mengesahkan kenyataan itu ? Kenapa terjemahan yang tepat itu penting ?

Sebab jika pemimpin Umno perasan mereka kuat, mereka akan menolak apajua teguran yang dibuat kerana merasakan diri mereka sempurna. Tidak ada apa yang mereka perlu diubah. 

Yang perlu diubah adalah orang selain mereka. Mereka betul, orang lain yang salah.

Saya tidak hairan kalau KJ juga perasan orang Melayu menyokong cara LIBERAL yang dibawanya ( sebab kerusi Umno bertambah ), maka beliau akan LIBERALKAN pemuda Umno seterusnya Umno itu sendiri.

Itukah yang orang Umno mahukan ...menjadi Melayu Liberal ?

                               *******************
Ada satu lagi artikel Mkini yang menarik mengenai KJ -
KJ: Menang dulu bukan kerana Pak Lah

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, walaupun memenangi jawatan itu semasa bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi masih perdana menteri, keadaan itu tidak memberikan apa-apa kelebihan kepadanya.

Jelasnya, ini kerana Abdullah hanya presiden Umno yang akan melepaskan jawatan dalam pemilihan parti 2009.


"Jadi pada saya, tidak ada apa-apa kelebihan pada waktu itu menjadi menantu Pak Lah sebenarnya," katanya menjawab soalan Bernama dan sama ada beliau boleh berdiri atas kaki sendiri dalam pemilihan kali ini.


- "Kalau pada 2009, saya hadapi keadaan yang hostile dan sukar untuk saya, kali ini tidak ada apa-apa lagi persepsi tentang perkara itu," 

Jadi pengaruh Pak Mertua adalah PERSEPSI
Apakah amalan Rasuah / politik wang juga PERSEPSI ?

Dibawah adalah rakaman video suasana pada malam itu tatkala KJ diumumkan sebagai pemenang pertandingan 3 penjuru jawatan Ketua Pemuda.



KLiK untuk ke YouTube. Apakat anda baca juga pengalaman blogger bigdog yang berada disana memerhatikan keadaan - KLiK.

Serius ni, saya nak tanya pandangan anda pula tentang kenyataan KJ diatas. Anda terima yang semuanya hanyalah sekadar persepsi saja ?

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
September 23, 2013 at 12:22 AM

Tenuk betul menantu Pak Lah ni. Melayu undi UMNO kerana bencikan PKR, DAP dan PAS. BUkan kerana UMNO kuat. Termasuk aku undi UMNO. BUkan bermakna aku sokong MAT LIBERAL and CO

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
September 23, 2013 at 12:34 AM

http://www.imageno.com/h9ahfe3y3fgipic.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 1:05 AM

88 kerusi Umno menang pru 13 masih belum kuat lagi. Umno mesti menang paling kurang 112 drp 222 jumlah kerusi dan 112 kerusi pun dikira kuat sedikit sahaja

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
September 23, 2013 at 2:04 AM

Mat Bangla ni meroyan apa bro Din? Memanglah kali ini pak mertua dia tak guna walau sesen pon. Tapi pada 2009, setelah didapati mengamalkan rasuah tetapi masih lagi dibenarkan bertanding. Masa tu bapak mertua dia masih lagi presiden UMNO.

Isu 2013 pulak adalah Pemuda yang telah hilang b*t*ng dan telor selama dia memegang jawatan ketua. Dicampur pulak dengan semangat dia nak meliberalkan Pemuda. Longgokkan pula sikap tamak kuasa dia ni. Tu yang orang benci dan menyampah.

Untuk mengatakan bahawa PRU 13 orang Melayu semua sokong UMNO hanya boleh berlaku dalam mimpi je. Orang Melayu RAMAI yang tolak mat liwat dan DAP. Serupa jugak dengan geng-geng ABU yang sanggup duduk sekandang dengan babi dari menyokong UMNO. Mat Bangla ni dok belajar oversea kat mana? Kenapa boleh baghal sampai macam ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 2:31 AM

Era trend zaman anak2 kepada bekas Perdana Menteri sudah mula dengan Ah Jib Gor menjadi Perdana Menteri.Sekarang anak Tun Hussain Onn pun mula tunggu giliran dia.Sama juga dengan anak Tun Mahathir dan anak menantu Pak Lah.

Kita telah tengok Tun Mahathir pun boleh buat 'SILAP' memilih penganti dia saperti Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi untuk mengganti dia dan mereka dua yang dia pilih membawa bala kepada Malaysia.Kita juga sudah lihat bagaimana anak bangsawan Tun Razak iaitu Ah Jib Gor mentakbir negara ini,dengan banyak kelemahan sehingga sanggup melutut kepada kaum cina untuk menagih undi.
Kita juga sudah tengok kelemahan Hishamuddin semasa krisis Lahat Datu semasa dia sebagai menteri dalam negeri. Yang peliknya selepas PRU13 dia diberi pulak 2(Dua) kementerian di bawah jagaan dia oleh sepupu dia Ah Jib Gor walaupun dia lembap buat kerja.

KJ tanpa nama pak mentua dia dan tanpa duit rasuah dan project ECM Libra dll, tak akan BAU jawatan bahagian pun. Dengan 3 juta ahli UMNO tak ada kah anak anak orang melayu yang cerdik pandai dari golongan biasa untuk di pilih sebagai calon President.Ini kita duk tengok yang cerdik pandai hanya duk jadi SUPOL,Pegawai Khas aje.Ada kah culture UMNO letak 'barrier' kepada anak2 melayu biasa untuk jawatan tertinggi ini?
Kita tengok anak2 bekas Timbalan Perdana Menteri seperti Tun Ismail,Tun Ghafar dan Muhyiddin semua nya tak pengaruh sangat dalam UMNO.

Tapi apa pun dengan trend ini yang sudah bermula ,mungkin sekarang kita faham sebab mengapa Nazri Aziz memberi jawatan Pengawai Khas kepada Nadeem kerana sebagai menteri cabuk dan bukan Perdana Menteri itu sahaja jawatan dia mampu bagi kepada anak dia.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2013 at 4:36 AM

Apa yg tersirat tak tau lagi, yg tersurat adalah hakikat umno kuat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 6:46 AM

sekarang pun KJ dah ada fan club dlm facebook. apa cite bro. ini semua fitnah org yg dah nak kalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 6:57 AM

Kami pilih UMNO/BN adalah kerana sayangkan perjuangan melayu...(kami tak ada pilihan)...bukan pasal dua tiga kerat pemimpin yg merugikan orang Melayu disamping tak ada idea bernas cara untuk memajukan Melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 8:14 AM

Teruk betul si Din nih! Rasa-rasanya inilah posting paling teruk pacik Din! Aku baru jak sarapan nasi lemak, terbaca jak posting nih habis termuntah!

Khairy beruk tu buat statement dia dapat jawatan bukan pasal jadi menantu pak bLah? Tu sapa yg dulu sibuk mengayat Izzah tapi tak dapat? Atau mungkin 16Sept Al-Jubs tak menjadi?

Malangnya, opportunist mcm nih masih boleh jadi kabinet Ahjib Ngok! Juga perlu diingat, Rahman Dahlan pernah didapati bersalah menerima sogokkan dari Khairy utk post dlm UMNO...

Kepada pengomen bernama Alfie pulak, kenapa tidak ulas trend anak-beranak enterprise dlm parti2 pembangkang? Dlm Malyasia nih, sejak bila pulak ada sistem politik yg tidak melibatkan anak-beranak enterprise? Be Fair and True View lah bro! Suma sama jak!

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2013 at 10:43 AM

Salam Bro Din,

Aku sokong BN dalam PRU13 dulu pun bukan aku sokong UMNO 100% tapi aku tak suka PKR.

Jadi janganlah pemimpin UMNO ni perasaan sangat tentang sokongan orang Melayu. Aku masa kecil lagi dah sokong UMNO dan ikut bapa aku berkempen suruh orang pangkah kapal layar masa itu. Bukan dapat duit pun masa itu cuma sayangkan bangsa dan negara.

Tapi sekarang jika tak ada duit semuanya tak bergerak. Termasuk pemimpin2. Kalau pemuda sudah korup apa diharap masa akan datang Din.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 11:31 AM

Salam,
sy ada berbual dgb sorang ketua caw. Katanya, frust gila dgn umno sekarang. Ckp luar lain, dlm bikin lain. Luar nak berubah, dlm masih macam lama, membodek. Ckp calon boleh menang, tolak abis pilihan tempatan, akar umbi, duit oeruntukan hilang ke mana. Dia nak pilih yg muda, radikal dan bkn yes man shj.

Bab kj ni, dia pun meluat, tapi itu pemuda, takboleh buat apa. Pemuda la pakat syok sendiri. Cuba tanya berapa ahli baru, tak ramai yg boleh bg jawapan. Tapi tang program masyuk duit, itu memang mereka boleh buat kerja.

saya tak pasti, ramai ke ahli umno suka kj ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 3:23 PM

Walaupun saya ex-mrsm macam Akhramsyah , tapi saya lebih menyukai KJ . Kharisma KJ lebih menyerlah di kalangan orang-orang muda yang tak berpolitik dalam erti kata lain rakyat di luar sana lebih menyukai kerja-kerja yang dibuat oleh KJ . Harap orang-orang UMNO buat pilihan bijak . Geng-geng pembangkang di sebelah sana pun nampak karisma KJ . Mana lagi pemuda-pemuda UMNO yang sanggup buat terjunan payung terjun? Masuk wataniah ? Bila buat terjunan payung terjun tu ... antara hidup mati ! KJ berani buat !! Badan KJ pun fit , insyallah dari segi kesihatan A , muka pun hensem ... ada daya tarikan untuk orang2 muda yang diluar lingkungan politik ni tertarik dengan UMNO ...

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2013 at 4:10 PM

biar kata org buruk, mengumpat kan..biasalah org meLAYU..tp KJ mmg jd pilihan..skrg mmg kata Xda pertambahan..tp apa yg dilakukan KJ mmg suatu yg memberangsangkan..keberanian yg ditonjolkan dlm Parlimen melambangkan Pemuda Berani, bukan tukang hangguk. meLayu..sampai bila nk kene diperbodohkan? kaum lain pn dh xrespek kaum meLayu..
tp KJ..pembangkang yg rata2nya kaum bukan meLayu, respect Khairy Jamaluddin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 4:25 PM

korup? korup? korup?
celah bedah mana korup tu? dah mcm anwar punya statement-

http://www.youtube.com/watch?v=SlvJcTDJu44

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 4:32 PM

Apabila KJ berkeinginan nak meliberalkan UMNO, aku melihat adanya bahaya di situ. AKu faham dan sedar ramai anak muda yang terpesona dengan karisma yang ditonjolkan oleh KJ. Tapi bagi aku, karisma KJ lebih sesuai sebagai Pemuda BN tapi bukan sebagai Pemuda UMNO. Aku tak kesah kalo KJ dijadikan Ketua Pemuda BN sebab beliau memang layak. Tapi, untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO amat-amat tidak layak sama sekali. Setakat ini aku tak nampak KJ benar-benar komited untuk membela Melayu. KJ telah menenggelamkan suara Melayu sehinggakan suara Perkasa dilihat menjadi lebih lantang dari suara UMNO. Ini adalah satu hakikat yang harus diterima oleh peminat-peminat KJ. Aku sama sekali tidak membenci KJ. Oleh kerana itulah, aku mencadangkan agar KJ dilantik sebagai Ketua Pemuda BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 5:46 PM

Akramsyah pun satu hal jugak. belum kau pegang jawatan lagi semua kau dah salahkan. bang kalau nak bertanding tak yah lah jadi mcm anwar buruk-burukkan orang. kau yakin ke diri tu bersih suci. nak menang ni cammane.tak pegi ulang pengundi ke? takde jamu teh ke? nak berjuang jadi ahli biasa lagi hebat.ada kau panjat pokok pasang bendera masa pilihan raya? bunyi macam hebat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2013 at 10:05 AM

Seriously......kj adalah anwar ibrahim in the making..... kita perlu pemimpin yg tak byk ckp tp kerja cemerlang...mcm tun m sendiri bknnya pendebat yg hebat tp kita x bleh nafikan sumbangan beliau terhadap negara tercinta ini. Anwar...mmg bijak berpidato...pong pang pong pang...ting tong ting tong.....habuk pn x dak... kj just following anwar footsteps... pathethic...

Post a Comment