........... Kenali Calon Ketua Pemuda, Akhramsyah - Video Eksklusif. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenali Calon Ketua Pemuda, Akhramsyah - Video Eksklusif.

Monday, September 23, 201311comments


Artikel ini saya muatkan video2 eksklusif yang saya rakam sendiri semasa menemubual calon Ketua Pemuda Umno, saudara Akhramsyah. Seorang individu yang tidak ramai kenali kerana beliau masih baru dalam arena politik walaupun semua orang masih ingat akan ayah beliau iaitu Sanusi Junid, bekas MB Kedah 96-99, dan sebelum itu menjadi sebahagian ahli kabinet Tun Mahathir sebagai Menteri Pertanian 1986.

Apa yang saya banggakan ngan anak muda ini adalah, beliau ternyata merupakan seorang anak muda Melayu yang telah berjaya dalam kerjayanya dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa. Dan disebalik kejayaannya itu, Akhram masih teguh jiwa dan semangat Melayunya. 

Beliau tidak lupa asal usulnya dan betapa beliau telah dibantu oleh DEB untuk menjadi seorang yang berjaya dalam karier. Menurut katanya, adalah berdosa jika beliau tidak membalas jasa DEB melalui sumbangan beliau kepada anak2 muda Melayu lain.



KLiK untuk ke Youtube.

Saya turut menanyakan pandangan Akhram mengenai Meritokrasi, dalam Pendidikan -


KLiK untuk ke Youtube.

Dan dalam Perniagaan -




KLiK untuk ke Youtube

Ya, saya akui saudara Akham ini masih mentah dalam dunia politik tapi beliau mempunyai apa yang jelas amat kurang dalam jiwa kebanyakan pemimpin2 Umno masa kini iaitu perasaan kasihkan bangsa dan semangat mahu memperjuangkan survival bangsanya serta mempertahankan maruah bangsa Melayu !

Secara ringkas, pengalaman untuk menjadi ahli politik boleh dipelajari tapi untuk menjadi seorang pejuang bangsa .....Universiti mana boleh ajar ? Yang saya pasti,saudara Akhramsyah tidak akan mendidik anak muda Melayu menjadi Melayu LIBERAL.

PS - Sebelum saya bertemu Akhram, saya ada menulis sedikit pengenalan tentangbeliau melalui apa yang pernah beliau tulis didalam blognya - KLiK

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 9:45 AM

Salam Din,

Alhamdulillah, Kita patut menyokong calon Akramshah untuk mengantikan Si Liberal Khairi Jamaludin. Semoga Semua Ahli-ahli UMNO yang layak mengundi PAU13 akan menolak Khairi Jamaludin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 10:39 AM

Tak lama lagi, kena bagi 'Amaran' lah abg din penyu tu.... Jgn main2 dgn budak bangla lulusan oksport nih!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 11:01 AM

Melayu Liberal aka Melayu tak sedar diri mesti dinyahkan dari UMNO.

Mereka ini sebenarnya proksi Anwar. Tingkah laku pun seperti Anwar ...pandai berdebat & berpolitik tapi tak pandai bekerja.

Semua org tahu tatkala Dapsy sibuk mendaftar pengundi baru Pemuda UMNO sibok beritorik.
Ketika Dapsy bertungkus-lumus berkempen utk PRU13, Pemuda UMNO hilang entah kemana.

Kalau situasi ini berulang lagi maka hancurlah UMNO pada PRU14.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 11:55 AM

Saya sbg KP cawangan akan undi akram. Malangnya saya hanya ada 1 undi.

Boleh tak abg din sampaikan emel saya kpd akram atau emelkan saya alamat emel beliau? Saya nk sampaikan sokongan dan tgk jika ada apa2 saya boleh bantu dr Besut. Kebanyakan perwakilan pemuda boleh diyakinkan utk undi beliau.

Emel saya civ96110atgmail.com. Saya dh komen di blog akram tp nampaknya tuan blog tidak ada masa skrg nk baca komen2.

Tkasih

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2013 at 12:00 PM

boleh pergi jauh anak muda ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 12:08 PM

Assalaamu'alaikum tuan admin. Saya kebetulan terbaca blog tuan. But,I am impressed by this young man, saudara Akramsyah a candidate for UMNO Youth Chief. I hope he wins it big in the coming election. Jarang dengar anak muda Melayu acknowledge " hasil sokongan DEB dan MARA ". Ahamdulillah, masih ada anak-anak muda Melayu yang berjiwa tebal, memperjuangkan hak orang Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2013 at 3:52 PM

Harapnya KJ terus menerajui PEMUDA , berbanding Akhram dan KJ , KJ lebih memiliki pakej lengkap sebagai ketua pemuda … maaf cakap dari segi penampilan Akhram dan KJ , saya lebih suka KJ , dan dari segi umur pula , KJ lebih muda , dan dari segi energi pula KJ lebih mantap bila berdebat dengan rafizi … Akhram di mana masa semua tu berlaku ?? Takkan lah dekat pemilihan UMNO baru je muncul ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2013 at 5:08 PM

Kenapa aku membenci KJ ?

Aku menilai KJ bukan hanya setakat sebelum PAU semata-mata. Tapi sejak beliau menerajui Pemuda di zaman Pak Mertuanya. Sepanjang tempoh tersebut, aku melihat Pemuda kian lesu dan tidak bermaya. Zaman kegemilangan Pemuda telah semakin suram.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
September 23, 2013 at 10:24 PM

Melayu yang tak takut dan tak malu bercakap mengenai DEB memang aku hormat. Apa yang dia cakap mengenai meritokrasi dalam perniagaan memang tepat sekali. Background dia dalam dunia perniagaan memang melayakkan dia bercakap hal-hal sebegini.

KJ memang ada background dalam perniagaan jugak. Ingat tak lagi isu saham Scomi? Masa tu kan pak mertua dia jadi PM. Boleh ke kita ikut cara KJ "berniaga"? Atau kita lebih selesa mendengar nasihat dari Akhram untuk menguruskan perniaagaan kita?

Dalam hal ini, scoreboard menunjukkan Akhram mendahului 1 - 0. Isu-isu lain Akhram kena score jugak. Politik menipu ni KJ memang ada buku khas dia. Kena berhati-hati.

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2013 at 2:58 AM

mamat nih lebih kurang kj jugak,mana penah hidup susah

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2013 at 5:49 AM

Dari percakapannya nampak keikhlasanya terhadap bangsanya yang masih kekurangan. orang sebeginilah yang patut kita angkat menjadi pemimpin kita. Bukan pemimpin yang mencari populariti melalui fan club..

Post a Comment