........... Kenaikan BR1M LEBIH TINGGI Nilai Berbanding Kenaikan 20 sen Petrol RON95 - DiMana LogikNya ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenaikan BR1M LEBIH TINGGI Nilai Berbanding Kenaikan 20 sen Petrol RON95 - DiMana LogikNya ?

Monday, September 2, 201333comments

Kejutan kenaikan harga Petrol RON95 mungkin dah berlalu kot, jadi apakata kita baca apa rasionalnya Najib mahu naikkan juga 20sen walaupun sebelum ini pernah berjanji tidak akan naik sekiranya menang PRU13.

Dari Bern... eeeeeeeh, kejap kejap..... ni yang nak kena balun ni Najib atau Penasihat ?

Ok, sambung balik ..... Dari Bernama -

Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.

Maksud Najib, jika harga minyak tidak di naikkan 20 sen, ekonomi negara akan terjejas ! 

Kenapa ek ? Saya difahamkan harga minyak dunia dalam trend menurun.

Petronas president/group chief executive officer Tan Sri Shamsul Azhar Abbas told a media briefing following the release of the company’s second-quarter financial results ended June 30, that cost remained a major concern, especially in light of the downtrend in crude oil prices.
( KLiK )


Dan Najib juga tidak ada sebut apa2 tentang kenaikan harga pasaran minyak ..... ( jadi diharap janganlah ada blogger yang memandai beri hujah harga minyak dunia naik )

Bagi saya yang tak pandai ekonomi tapi pusing macamana pun akan turut merasa kesan kenaikan ini, kesimpulan saya hanya satu - kerajaan tak cukup duit.

"Kita nak tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M," kata Najib.

Maksud Najib, kadar BR1M akan dinaikkan supaya kesan kenaikan 20 sen ini tidak akan membebankan rakyat. Adakah Najib merujuk kepada JANJI beliau mahu naikkan kadar BR1M kepada RM1200 tempuhari ?

Mana aci ! Yang itu dah dijanji sebelum harga minyak naik ..... Najib masa tu tak kata pun sebab kenaikan BR1M kepada RM1200 adalah kerana kerajaan akan naikkan harga minyak ! ...... dan kalau tak silap, Najib juga janji tak akan naikkan harga minyak kalau menang PRU13.

Kalaupun naik kepada RM1200 bukannya banyak pun sebab mengikut kata Datuk Ahmad Maslan - "Apabila BRIM dinaikkan kepada RM1,200 ia akan diterjemahkan dengan membantu perbelanjaan isi rumah untuk dua bulan, 10 bulan lagi mereka perlu usahakan sendiri," KLiK.

Itu tidak mengambilkira harga minyak akan naik 20sen.

JADI MUNGKIN NAJIB NAK NAIKKAN BR1M KEPADA RM3000 KOT ! ! !

OK, Najib juga berkata yang hasil dari rasionalisasi subsidi minyak ini, kerajaan akan menjimatkan RM1.1 billion setahun.

Perdana Menteri berkata melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api ini yang akan bermula esok, kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini. KLiK.

Untuk pengetahuan, kos BR1M  melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion dan dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah, iaitu kira-kira 80 peratus daripada jumlah isi rumah di Malaysia. ( KLiK )

RM2.6 billion jika kadar BR1M pada RM500. 

LOGIK MUDAH bagi seorang rakyat biasa macam saya - Kalau BR1M TIDAK DINAIKKAN kepada RM1200 ( jika bilangan penerima BR1M tetap sama ), kerajaan akan dapat jimat LEBIH BANYAK berbanding kenaikan harga minyak 20 sen !

Naik Petrol RON95 sebanyak 20 sen - kerajaan akan jimat RM1.1billion
Naik BR1M sebanyak RM700 - tambahan dana RM3.6 billion

Dimanakah LOGIKnya ? ? ? BETUL TAK DATUK SERI NAJIB ?


Bukan semua orang pun dapat BR1M. Dan bukan semua yang tak dapat BR1M itu orang kaya. Kenaikan RON95 sebanyak 20 sen akan menyebabkan kesan yang besar kepada ekonomi negara dimana banyak harga barang2 keperluan akan ikut sama naik. Kesannya PASTI jauh lebih besar nilainya dari kenaikan BR1M sebanyak RM700 ( kepada mereka yang dapat ). 

KESIMPULAN MUDAH saya - Kalau dah takde duit, buatlah macam takde duit ! Berterus terang jelah. Rakyat akan setuju jika BR1M tidak jadi dinaikkan, maknanya kekal pada RM500 jika itu dapat mengelakkan dari harga minyak naik 20 sen. 

Malahan, saya juga percaya rakyat lebih rela hilang kesemua BR1M jika itu dapat menurunkan harga minyak sebanyak 40 sen ! ( kalau mengikut perkiraan mudah diatas )

Ini adalah pandangan/pengiraan mudah seorang rakyat biasa, mungkin para penasihat Najib dapat berikan justifikasi yang lebih menyakinkan. Tak perlulah guna ayat2 yang bombastik, rakyat cuma nak tahu RM dan Sen jer.

PS - Itu belum kira satu lagi berita yang pasti mengujakan ini -

Keselesaan Rakyat Diambil Kira Sebelum Tarif Elektrik Disemak - Mahdzir Khalid

Biasanya sebelum naik harga, akan keluarlah bunyi2 macam ni, kan ? kan ?

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
AYGGMW
September 2, 2013 at 10:27 PM

Aku takkesah harga minyak tak turun, asalkan Najib dan pemandunya turun...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2013 at 10:27 PM

Idea BR1M bukannya baru... cuma diubah suai.
Kalau di USA, dipanggil "food coupon"..begitu juga di europah.....TAPI, kedua-duanya FAIL sebab pemberian "food coupon" semakin bertambah.

BR1M pon setiap masa bertambah.... BUKANNYA berkurang. Bermakna BR1M dan "food coupon" it FAIL. Inilah menjadi LIABILITY bagi kerajaan seperti di Amerika dan Europe.

Siapa punya idea yang tiru bende yang fail ni...Bangang sungguh!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2013 at 10:44 PM

seorang rakan saya dari barat menyebut jangan sesekali meniru apa yang ahli politik mereka buat dengan memberi wang kebajikan kepada rakyat yang tidak bekerja. Ianya sesuatu yang tidak logik memberi ganjaran kepada rakyat yang tak produktif, akhirnya membebankan kerajaan dan terpaksa ditanggung oleh rakyat melalui cukai yang tinggi. Itu nasihat yang dia beritahu saya pada tahun 1992 lebihkurang. Nah, sekarang dah berlaku dan PM kita yang terhebat ini ikut saja kata2 punahsihat beliau. memang elok dia letak jawatan. BN oh BN janji manis PRU terus-terusan jadi gula-gula batuk kita. sedih dan pilu kita

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2013 at 10:47 PM

Harga minyak naik. Saya tak dapat BR1M dan saya bukan orang kaya. Alamatnya, saya memang harapkan sangat Najib tidak lagi menjadi PM kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
September 2, 2013 at 10:54 PM

Salam Saudara Din,

Saya nak kongsikan sedikit matematik darjah 3 anak saya.

Tadi ketika sedang saya memandu untuk menghantar anak saya yang darjah 3 ni ke pusat tuisyen dia, saya berbual dengan isteri saya berkenaan kenaikan harga minyak ni.

Isteri saya mengatakan "Setidak-tidaknya BR1M pun naik juga"

Lalu anak saya menyampuk dari tempat duduk belakang...
"Umi, BR1M nanti Umi dapat berapa?" Soal anak saya.
" Lebih kurang RM1,200.00" Jawab isteri saya.
Anak saya pun diam dan kami terus berbual mengenai kenaikan tersebut.
Tiba-tiba anak saya bertanya lagi, "Papa, Papa pergi kerja isi minyak berapa ringgit ek?" kali ini soalan diajukan kepada saya pula.
"RM20 sehari nak." Jawab saya.
Tidak lama selepas itu, kami pun tiba di pusat tiusyen anak saya. Ketika hendak turun kereta itulah dia bertanya "Agak-agak Umi lah, kalau Papa guna RM 20 ringgit sehari (lebih kurang 10 liter), Berapa lama BR1M tu boleh bantu kita?"

Saya dan isteri berpandangan.... Dalam diam saya pun membuat kira-kira... Betul jugak kata anak saya...
Kalau sebelum ini harga RON95 1.90 se liter dan menggunakan 10 liter iaitu RM19.00 sehari untuk pergi dan pulang dari kerja kini dengan kenaikan 20 sen, saya harus menggunakan RM 21.00 sehari. BR1M yang kononnya RM1,200.00 cuma boleh membantu selama 57 hari sahaja. Itu pun kalau saya salurkan keseluruhan BR1M itu hanya untuk kegunaan kereta saya sahaja. Walhal kita semua tahu apabila minyak naik, maka segala-gala benda pun akan turut naik.

Jadi kesimpulannya, kenaikan BR1M dengan kenaikan harga minyak adalah tidak berbaloi sama sekali. Saya lebih rela BR1M dikekalkan pada kadar sedia ada dan harga minyak pun maintain.

Atau ada kemungkinan ke Najib dah boring jadi PM?? Mungkin beliau rasa penggal depan beliau dah tak nak jadi PM kott..

....................
Reply To This Comment ...................
September 2, 2013 at 11:00 PM

'dimana logik nya?'

tolong habaq mai apa benda yg najib dok buat masuk akai?

....................
Reply To This Comment ...................
September 2, 2013 at 11:09 PM

@Malaysian CybertrooperTak juga bro ... BR1M tu bukannya nak cover keseluruhan perbelanjaan rakyat ( yang terima ) tapi menampung jer.

Dlm kes minyak saudara, tambahan adalah RM2 sehari, jadi tambahan BR1M sebanyak RM700 bolehlah tampung kenaikan 20sen itu untuk setahun.

TAPI, takkanlah tambahan BR1M semata2 nak tampung kenaikan kos 20sen saja ? Kenaikan barang2 lain pula ?

Itu maksud saya, kalau kenaikan BR1M nilainya lebih tinggi dari penjimatan hasil kenaikan 20sen, baik tak payah naikkan BR1M ! Sebabnya kerajaan akan belanja LEBIH BANYAK jika naikkan BR1M.

....................
Reply To This Comment ...................
September 2, 2013 at 11:13 PM

@kampong ladItu kena tanya orang Umno sebab mereka yang mahu pertahankan Najib :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2013 at 11:21 PM

Around 10% increased, but our economy, our indusries, our people all moved by fuel. If all stages of goods production till reach our homes, and services deliver, 10% increase in cost, how much the end cost will be burdened to the people ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2013 at 12:15 AM

Tuan,
Najib dah salah langkah, betul ckp tuan brim tak patut ada. Kenapa perlu bagi duit free tanpa sebarang produktiviti. Ikut sgt tuan penasihat 20 persen tu. Hancur negara ikut penasihat gaji buta. Kalau fee penasihat dipotong lagi baik salur ke subsidi minyak. Timing pun tak kena, silap2 kalah pemilihan umno. Kalau ikut kpi memang patut kena potong pasal keadaan makin teruk. Jimat 1.1b je setahun, mmg duit dah abis.
Ala najib, hang tak rasa bayar minyak.. bila paling akhir hang bayar minyak keta sendiri.
Tgk ucapan ulasan najib, nak defend tapi takde langsung point nak kata. Jgn borak mcm kat kedai kopi, semua nganga pastu senyap pasal hang bayar keliling.

Yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2013 at 12:15 AM

the best solution is mansuhkan subsidi minyak dan gantikan denga
n kupon barulah betul sampai kat target group sebab tujan subsidi tu adalah untuk menolong golongan susah. sistem sekarang ni sapa pakai banyak kereta atau pakai kereta mewah dapat lebih subsidi bebanding orang kampung yg pakai moto cabuk

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 3, 2013 at 12:20 AM

do not worry....please calm down everyone....tak lama lg kerajaan akan gandakan kempen GUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM....haaa jd mari ramai2 kita jayakannya bersama.....:)

I LOVE PM...how about U?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2013 at 12:23 AM

Salam.....

1.Kecewa rasanya dengan PM kita ni...
2.Macam tak percaya dia naik kan hingga 20 sen sekaligus....
3.Alasan kenaikan sama aje macam era sleepy hollow dulu.....
4.PEMANDU Idris Jala punya idea ni ke?

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2013 at 12:37 AM

Kerajaan tak kreatif mencari duit. PEMANDU wajib ditukar kerana kalau dikekalkan, kereta akan jatuh gaung macam BAS genting itu hari.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 3, 2013 at 12:53 AM

harap2 jgn la ada antara kita yg komen menghentam/kecewa dgn kenaikan harga minyak ni sebenarnya hidup mewah spt kata blogger Annie di sini:

http://lifeofaannie.blogspot.com/2013/09/getting-use-to-life-without-subsidies.html

bukan apa takut anda2 yg tergolong dlm kategori MAMPU ni tergolong dlm gol yg tak berapa manis....biarlah kami yg betul2 kurang berkemampuan ni je yg bersuara. Anda tahu duit anda tu byk ke arah keperluan atau kehendak. so sama2 kita pikirkan....ceewah....peace yooo sekadar berkongsi pandaangan....sbb berdasarkan pengalaman, ORG2 KAYA/berkemampuan ni lg byk kerenah dr org yg biasa.....dia punya loncat mcm org fakir bebenor....ye dok?...:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2013 at 1:01 AM

Salam,

Saya cadangkan tuan mulakan kempen kami mahu najib letak jawatan dlm blog, fb etc. Rakyat dah ramai marah

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2013 at 1:11 AM

@Anonymouserrr.... saya blogger Najib !

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 3, 2013 at 1:16 AM

@Anonymous
atau kita DESAK kerajaan supaya halang penjual/pengilang/pemborong/pengedar dr menaikkan harga barang sbb selalunya bila minyak naik harga, brg2 jualanpun naik harga. cthnya nasi goreng kampung RM3.50 naik kpd RM4.00....takkan la beli brg nak buat nasi goreng sepinggan guna minyak sampai RM0.50 kan?....tu belum lg brg2 lain.

lagipun kalau minyak turun, harga barg MUSTAHIL nak diturunkan...kan..kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 3, 2013 at 1:25 AM

@dinturtle
OMG...OMG....rupa2nya bro DT blogger PM...jd PM selalu la baca komen saya?....OMG...ermmm harap bro DT minta PM jgn hantar org ketuk pintu rumah saya k...saya x tau pulak bro ada hubungan sulit dgn PM kesayangan saya...O.M.G...:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2013 at 2:11 AM

Jangan la bagi cadangan supaya Najib lembik ni diturunkan. Kesian le kat dia sikit. Bagi la dia kekal dengan jawatan PM tu tapi........ bukan PM Malaysia - PM kat Tamil Nadu. Perangai dia kan ke dah macam keling. Belit sana, belit sini. Sesuai dia jadi PM kat situ.

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2013 at 2:30 AM

@AnonymousDon't tell me Najib tak tahu benda ni ....Tiap kali minyak dan barang pengguna naik harga, the arguments kita dengar.

The way i see it, Najib tak ikhlas dengan jawapannya.

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2013 at 2:32 AM

@AnonymousSaya heran la ..... kenapa Najib tak naikkan saja harga BABI ? ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2013 at 6:48 AM

BRIM adalah suatu yang merosakan ...merugikan....kalo nak bagi bagi semua lah tak kira darjat....Kalo gunakan duit tu untuk bagi orang melayu mulakan berniaga lagi bagus....baru ada timbal balik...Tetapi dengan BRIM...YU Cinabeng yang kenyang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2013 at 6:49 AM

Saya sarankan Najib diturunkan....sesegera yang mungkin...

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2013 at 7:07 AM

Pembetulan - Penjimatan dari tindakan 20sen ini adalah dijangka RM3.3 billion setahun. RM1.1bil itu adalah untuk baki 4 bulan tahun ini.

Apapun, pandangan saya tidak berubah. Jika nilainya hampir sama sekalipun, yakni minyak naik 20 sen semata2 nak cover kenaikan BR1M baik tak payah.

BR1M untuk sebahagian rakyat dan sekali jer bagi padahal kenaikan 20sen, kesannya adalah amat besar pada ekonomi dan kesannya adalah untuk jangka panjang / permanent !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2013 at 7:39 AM

pemandu semuanya gaji tinggi tinggi
perks lagi overseas trip lagi

saya cadangkan kita turunkan pemandu


ok tak najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2013 at 7:44 AM

Bro Din,
Aku ingat masa PRU13 aku undi UMNO akan memberi kesejateraan kepada rakyat marhaein, rupa-rupanya ia memberi bebanan kepada mereka.
Entahlah mungkin PRU14 ni aku akan undi pembangkang pula walaupun calon pembangkang adalah seekor lembu nanti.

Sabbas - Ipoh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2013 at 8:23 AM

Kenapa harga RON97 tak naik sekali ?

Kenapa Rakyat Miskin terus dibebankan dan org kaya tak diusik ?

Adakah ini visi baru kerajaan ?

Adakah ini cara PM berterima kasih kepada Rakyat (yg rata-rata guna RON95) yg mengundi BN dulu ?

Adakah ini cara PM menghukum mereka yg tak undi BN dulu ?

Atau adakah ini cara PEMANDU berterima kasih kepada PM yg hanya turut kata-kata PEMANDU (yg nampak gayanya guna RON97)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2013 at 8:32 AM

bro din , najib mana pernah tau harga barang naik ke tidak , dia mana pernah pergi pasar beli ikan ke ,sayor ke, anak orang kaya, tau semua sedia je...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2013 at 10:27 PM

salam,

saya ekonomi gagal tak macam ah jib gor belajar ekonomi. tang kerajaan dpt jimat 1 billion tu atas kenaikan minyak ron 95 tu,untuk satu hari, satu minggu, satu bulan atau satu tahun. kalu harga minyak dunia tulun, lagi manyak kelajaan untung. sikalang mau main untung sama lakyat ker?

saya tak dpt brim, tak dpt la subsidi, pasal kerja gomen. naik gaji 2 kali tahun ni. tapi tang barang naik, gaji naik 2 kali pun tak cover harga barang naik setiap hari. harap punahsihat, con-setan dpt mentadbir negara dengan baik dan amanah walaupun tak ramai yg amalkan ajaran islam di pejabat punahsihat. nak bagi pm popular, glamer, hebat, bijak, prihatin, liberal, arif dan serba serbi pun, kena la ingat dan lihat orang bawah ni yer. kesian kat kami yg selalu pi pasar dan beli barang keperluan harian. kita tak isi minyak 1 liter. tapi berliter-liter. dah pasti harga minyak penuh tangki tak naik 20 sen tapi lebih daripada 10 hinggit daripada biasa.

harap ah jib gor tak mengidap sakit glam-madnia masa buku bibliografinya di tulis satu hari nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 11:32 AM

Salam Saudara Blogger yg hebat,

Pohon link kan pautan ni untuk dikongsi dalam blog sahabat.

Marilah kita bersama sama berjuang untuk membantu rakyat Malaysia yg dalam kesusahan.

Bantu mereka yang ditindas dan cuba membawa masalah rakyat untuk kita selesaikan bersama.

Salam perkenalan
http://smvonline.blogspot.com/
https://www.facebook.com/SocialMediaVolunteers

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2013 at 7:52 AM

Minyak mentah dlm downtrend sekarang..entah alasan apa pm naikkan rege minyak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2013 at 10:06 AM

PENAT JE KORG DISCUSS.. X DER BR1M PN.. BR1M DIMANSUHKAN (SILA CHECK DALAM BAJET 2014). FINE, MINYAK NAIK, BR1M X DER. THEN?

Post a Comment