........... Kajian KPDNKK - Kenaikan 10% Minyak, Kenaikan Kos Makanan 0.1% ... Fuuuh Legaaaa... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kajian KPDNKK - Kenaikan 10% Minyak, Kenaikan Kos Makanan 0.1% ... Fuuuh Legaaaa...

Wednesday, September 4, 201319comments


"Saya begitu prihatin mengenai kos pengeluaran makanan yang keterlaluan dan perniagaan berkaitan seperti restoran, apabila peningkatan harga tidak sepatutnya melebihi 0.1%,"

Laporan New Straits Times menyebut, perkara itu ditunjukkan dalam kajian yang dijalankan kementerian berhubung impak ke atas pengeluaran makanan.


Fuuuuh ...pastinya lega rakyat Malaysia mendengar kenyataan dari Menteri Jika-Harga-Ayam-Naik-Belilah-Daging ini. 

KPDNKK telah buat kajian dan hasilnya membuktikan kenaikan hampir 10% harga minyak petrol dan diesel hanya memberi kesan tidak lebih 0.1% kepada kos pengeluaran makanan .... jadi harga jualan makanan juga tidak harus melebihi 0.1%.

Hmmmmm ..... 0.1% ya ........ 
Kalau RM10, 0.1% adalah  1 sen .... hmmmmm ......

Nak komen tak ni ......... 

Tapi kan dah dibuat kajian .... oleh Kementerian KPDNKK tuh ! 


Tengok muka Menteri nya ...... Ganazzzzzz beb ! Tak berani lah nak komen .....

Kita pakat beri kerjasama jelah ya ... Tel 1-800-886-800 

ingat ya .... 0.1% !


Tindakan tegas akan diambil terhadap perniagaan yang menaikkan harga barangan dan perkhidmatan secara keterlaluan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.

Beliau menggesa para pengguna yang berhadapan dengan situasi itu diminta untuk menghubungi talian hotline kementerian di 1-800-886-800, or emel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my.

"Saya begitu prihatin mengenai kos pengeluaran makanan yang keterlaluan dan perniagaan berkaitan seperti restoran, apabila peningkatan harga tidak sepatutnya melebihi 0.1%,"- mStar.

"Consumers must report in with the exact facts so we can act immediately.  I am most concerned about unfairly priced food production costs and related businesses like restaurants, as there should be no more than a 0.1% price increase,"- The Star.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata kenaikan harga minyak hanya akan menyebabkan harga makanan meningkat 0.1 peratus.

Laporan New Straits Times menyebut, perkara itu ditunjukkan dalam kajian yang dijalankan kementerian berhubung impak ke atas pengeluaran makanan.

"Kita telah melakukan yang terbaik untuk memastikan apa-apa tindakan untuk mengurangkan subsidi tidak akan membebankan pedagang. Oleh itu, kita tidak melihat apa-apa sebab untuk mereka menaikan harga makanan sebagai kesan dari kenaikan petrol,”-
Mkini.

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 9:58 AM

Din, Menteri ni tak cerita pula yang kos pengangkutan akan naik 4-5% (Berita Sinar Harian). Pengguna bukan boleh masuk kilang dan beli. Mungkin betul dan mungkin tidak apa yg disebut kajian KPDNKK. Manufacturing cost kalau dicampur dengan kos services yang lain akan bertambah juga 5-10% bergantung dengan komponent bahan api yg akan diguna. Jika TNB naikkan tarif maka inflasi akan menghantui rakyat Malaysia. Tunggu saja bajet 2014 nanti. Yang aku sudah pasti GST akan dilaksanakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 10:10 AM

din,

aku tak paham.. kenapa Kerajaan tak naikkan Ron 97? kenapa tak charge kan aje petrol tax ke RON 97? tax tu nanti baoleh la buat subsidi ke, agi BRIM ke.. RON97 tu yang pakai cuma kereta orang kaya je... kereta rakyat ni RON95 je... bukan ke itu sebabnya masa di buat RON95 ngan RON97..? kenapa tak buat macam tu?

Sebab orang yg kat Pemandu tu pakai RON97..?? tu tak boleh nak naikkan... kalau kita naikkan charge tax RON97 50 sen.. lebih, tu mungkin dah cover beratus juta dah..

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 10:15 AM

gua cilok..tq

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 4, 2013 at 10:31 AM

Fuhhhhh...nasib baik cuma 0.1% je naik....aku mmg percaya 100% pd Datuk Hasan Malek........TANGAN KAT BAHU, MATA KE ATAS, JELIR LIDAH

....................
Reply To This Comment ...................
Gapodio
September 4, 2013 at 10:44 AM

apa susah bro din, kita ikut la logik pak menteri macam kes ayam dan daging dulu.

yang naik harga ni RON 95. kita boikot je la. RON 97 tak naik pun. kita isi la pakai RON 97 pulak...lol



-gapodio-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 11:37 AM

Din,
Mlm tadi dlm tv3, ismail sabri bgtau kerajaan akan buat kajian mengenai kenaikan harga barang akibat dari kenaikan harga petrol. Watdefak!!! Baru nak kaji?
Dari Pm, menteri sampai ke macai semuanya bodoh tahap gaban...
Najib no more!!!

Zack
Airputih kuantan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 11:49 AM

cuba bangkitkan
RON97 tanpa subsidi RM2.7
RON 95 jika campur subsidi RM2.73 (RM2.10 + 0.63)

kalau ikut logik apa yang berlaku sekarang menteri semua dok dapat free aje betullah kiraann tu.

Sekarang timbul pulak cadangan bodon kita guna RON92. Makin rendahlah kualiti kita. Ingat jika tak mampu guna minyak mahal guna minyak murah..

Sedangkan aku percaya 63 sen tu pun bukan cukai yang kena bayar tetapi pelepasan cukai aje. bermakna kerajaan tak dapat apa apa pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 12:25 PM

Piawai yang digunapakai bagi peniaga terutama peniaga makanan sekarang adalah bagi kenaikan 10 sen setiap liter minyak, setiap pinggan makanan dan setiap cawan/gelas minuman mesti naik sekurng-kurangnya 10 sen.

Nak buat macam mana? KPDNKK ada banyak kerja penguatkuasaan kena buat setiap kali ada kenaikan (ops dah tak sebut), rasionalisasi atau pengurangan subsidi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 12:36 PM

bro din.. aku kira untuk menteri bodoh melantun-lantun dari pm.. diesel naik 10%.. contoh ayam la... makanan ayam naik 10%, kos hantar makanan ayam naik 10%, kos pekerja ladang ayam naik 10%, kos ubat ayam naik 10%,kos ayam mati naik 10%, kos hantar ayam kepada peruncit naik 10%...dah jadi 60% tu... maka kalu ikut kiraan bodoh akula ayam akan jadi rm13 sekilo... nanti dia suruh kita tengok negara afrika yang tak cukup makan dan dia akan kata pakat pakat la puasa sunat kalu tak mampu makan hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 12:45 PM

@Esa AdamTengok sekali lagi muka Menteri tu .... berani nak sanggah ? ? ?

idok ler aku ...

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 12:47 PM

@AnonymousMungkin maksud dia, nak kaji impak SELEPAS dinaikkan ......kot ?

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 12:49 PM

@Anonymousalamak .... soalan ni lagi !

Kerajaan kena jawab, dah terlalu ramai yang rasa diperbodohkan

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 12:50 PM

@AnonymousKo tengok muka Menteri tu sekali lagi ..... nak lawan cakap dia ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 1:09 PM

bro din... sekali tengok aku komen... dua kali tengok takut sampai rasa nak terb***k kahahahaha...sorry bro aku tak dapat beza takut ke nak gela kahahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 1:47 PM

Aku dah lupa kat blog mana aku bagi komen pasal kemungkinan statement bodoh pak menteri akan buat pasal kenaikan harga minyak ni. Seperti yang di jangka, bertubi-tubi statement bodoh keluar.

Kalau ikut statement menteri cap ayam tu (sesuai gambar ko letak bro), KENAIKAN ialah 0.1%. Maknanya memang akan ada KENAIKAN. 0.1% ikut perkiraan kalkulator cap ayam dia tapi kalkulator orang yang berniaga lain plak jawapannya. Berapa? Yang ini ikut suka diorang la yang nak letak.

Disebabkan dia dah nasihatkan jangan naik kan harga barang dan dah pun bagi no tipon untuk aduan, maka selesai la kerja dia. Apa yang terjadi kemudian, dia akan keluarkan satu lagi statement bodoh...... Sempoi je cara dia ni cuci tangan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 2:20 PM

Bro Din,
Di mana menteri ni belajar mathematic, di Oxford ke?
Nampak sangat menteri ini diperbodohkan oleh pegawai KPDNKK. Mereka tak nampak ke kos "berkait". Kilang perlukan diesel untuk operasi, perlukan diesel untuk lori bagi hantar barang ke pengedar, pengedar perlukan diesel untuk lori mengantar barang ke peruncit. Kalau dah 2 atau 3 pengedar terlibat dan perjalanan pula jauh macam Gua Musang, makanya kos membeli minyak saja akan meningkat kepada 10-12%. Jadi dari mana kiraan menteri boleh katakan kos barang akan naik hanya 1% sahaja. Nampak sangat Menteri dengan pegawai2 KPDNKK tak cerdik. maka secara tak langsung poket pekerja2 kampong dan mereka yang berpendapatan kurang RM2000 akan lebih keringlah nampaknya. Alasan kerana nak tambah BR1M maka harga minyak dinaikkan tak masuk akal. Wang BR1M tak dapat nak menampung kos sara hidup rakyat miskin. Apatah lagi BR1M juga disapu oleh orang yang kaya yang tak bayar cukai pendapatan tapi hidup mewah.
Sedih aku melihat pentadbiran kerajaan Malaysia sekarang ni dah tak tahu yang mana satu perlu diutamakan - dah jadi cacamarba.

Sabbas - Ipoh

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 3:39 PM

Assalam Bro

Nak tanya sikit pasal RON 97 ni... Difahamkan yang minyak ni di APONG kan mengikut harga PASARAN... tapi sejak dikuat kuasakan tak pernah pulak hanga jualannya turun naik mengikut harga pasaran minyak dunia... al maklum minyak tak ada subsidi... Sepatutnya kalau harga minyak dunia naik makan harga Ron 97 mestilah naik... dan sebaliknya kalau harga turun RON 97 tu mestilah lebih murah... Mungkin saya yang tak faham apa yang di APONGKAN... Harga RON 97 tu macam dikawal seperti harga minyak subsidi... sebab tu dah timbul yang rakyat macam ditipu kerana harga minyak yang di subsidi lebih mahal dari yang di apongkan ikut harga minyak dunia... Siapa yang temberang ni... Pernah tinggal di Jepun dekat 3 tahun... Harga minyak tiap2 hari berubah sebab di apongkan mengikut harga pasaran dunia... APA YANG DI APONGKAN SEBENARNYA ? APONG MALAYSIA SYTLE...KE ?

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 3:49 PM

@ajai62Bro pernah pakai pelampong dan terapong atas minyak ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 9:02 PM

Baru beli nasi ayam yg before harganya 5rm. Hari ni dah jadi 5.50rm. Camane kiralah...

Post a Comment