........... Jika Semuanya Tetap SAMA, Adakah Undi Melayu Pribumi Juga Tetap SAMA PRU14 Kelak ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jika Semuanya Tetap SAMA, Adakah Undi Melayu Pribumi Juga Tetap SAMA PRU14 Kelak ?

Thursday, September 12, 201310comments

Persoalan diatas segera datang mengetuk pintu minda selepas membaca Utusan - Shahrizar, Khairy kekal jawatan ? .....

Bayangkan jika tidak ada pencabar kepada jawatan2 tertinggi parti dan sayap dan hampir kesemua penyandang kepimpinan tertinggi Umno kembali semula memimpin Umno untuk sekali lagi berdepan PRU14...

TIDAK ADA PERUBAHAN kepada kepimpinan ......

TIDAK ADA PERUBAHAN kepada cara pemerintahan .....

 TIDAK ADA PERUBAHAN kepada Para Penasihat PM .....

Macamana rupa kerajaan dibawah Najib sebelum PRU13, begitu jugalah rupanya kerajaan Najib bila berdepan PRU14 ...... serius tanya ni -

Kenapa kita berani mengharapkan perubahan kepada pola pemilihan pengundi kalau semuanya tetap SAMA ?

Najib dah kata dah yang beliau akan tetap dengan cara liberalnya ..... mungkin akan makin bertambah liberal nampak gayanya sebab perasan bila analisis menunjukkan kerusi Umno semakin bertambah ...... KONONnya majoriti orang Melayu menyokong Umno dibawah kepimpinan beliau. 

KONON orang Melayu menyokong cara liberal yang beliau bawa ....

Nah, berdepan dengan keadaan begitu, tidakkah bermakna yang orang Melayu ( terutamanya orang Umno kerana mereka berupaya untuk UBAH ) rela mengambil risiko yang SAMA untuk PRU14 ?

There is no mistake in life, only lesson. But if we do not learn from the lesson then it is a mistake.

Tidak ada kesilapan dalam hidup, hanya pengajaran. Tapi jika kita tidak belajar dari pengajaran itu maka ianya akan menjadi satu kesilapan.


Rakyat duk bising tentang sumbangan sumbang para penasihat PM selama ini , ada Najib nak dengar dan ambil sebarang tindakan mengubahnya ? TIDAK ADA ........ !

Ada Najib menunjukkan sebarang tanda yang beliau mengakui caranya silap selama ini ? TIDAK ADA ... !

Apakah Najib terima dan akui undi orang Melayu Pribumi kepada Umno BN semasa PRU13 adalah kerana kita tidak mahu kepada PR bukan kerana faktor kepimpinan Najib dalam Umno ? TIDAK ....... Najib dan kepimpinan Umno PERASAN  mereka tidak ada melakukan apa-apa kesalahan pun, maka semuanya tetap SAMA.

Soalan Cepumas - Adakah Undi Melayu Pribumi Akan Tetap SAMA pada PRU14 jika beginilah keadaannya ?


Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2013 at 9:21 AM

Bukan nak cakap apa lah....

Orang yang tidak berasaskan kepada ajaran Islam, begini lah jadinya. Teruk2 TDM yg puak syiah PAS gelar mahafiraun pun negara2 barat boleh gentar dan hampir semua negara2 Islam memuji TDM. Nih Ahjib Gore pun apa kurangnya. Mendapat sanjungan yang melangit dari puak2 cinabeng (walaupun kena tipu!), puak2 tukang ampu UMNO dan para2 PEMANDU yang tidak ada lesen memandu!

Sebenarnya, sifat UTAMA seorang melayu ialah kepada perasaan rendah diri dan bukannya BONGKAK mcm si bangsawan Inggeris nih!

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2013 at 10:52 AM

UMNO ibarat besi dalam tanah - makin lama makin berkarat

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
September 12, 2013 at 11:15 AM

GE 14 kalau PR memerintah aku migratela DIN... confirm cina tanah besar akan di bawak masuk beramai2 mcm singapork

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2013 at 11:32 AM

Assalam Bro

Walau macamana pun akan karamlah UMNO.. kalau pemimpin yang tidak menang di HATI rakyat masih terus terpilih dan dipilih oleh ahli UMNO...

Tapi masih ada piliannya Bro... utk PRU 14

Kalau kawan fikirkan masa depan anak2 kawan terpaksalah juga memangkah BN lah... tapi itu pun tunggu tengok siapa calonnya....

Kalau tak fikir masa depan anak2 kawan... Memang kawan tak keluar mengundilah...

Sebab sokong dengan tak sokong Mereka tetap PERASAN yang mereka tersangat bagus walaupun rakyat dah berikan AMARAN...

Kawan ni dah jadi pengundi atas pagar walaupun sebelum ni Keluarga ku Pengundi BN...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2013 at 11:37 AM

Aku juga sudah tenggelam punca nak kata apa pun. Tiap hari ada sahaja blogger yang mengkritik kepimpinan Najib, tetapi keadaanya tetap sama. Aku dah semakin tak paham dengan sikap orang Melayu hari ini samada mereka terlalu taksub dengan UMNO dan pemimpin atau pun mereka tak ambil kesah berkenaan masa depan orang Melayu.

Ramai juga aku bercampur, dengan pemimpin dan ahli UMNO bawahan, dan mendapati orang orang Melayu hari ini terlalu ramai yang mengutuk PR tapi tak pulak dengar berkenaan perjuangan agama, bangsa dan negara. Mereka langsung tak ambil peduli dan tak mau ambil tau siapa yang memimpin; yang pentingnya UMNO mesti menang. Mereka saperti blur bila disebutkan berkenaan pemimpin atasan mereka. Senang cerita mereka semuanya berfikiran sempit. Mereka tau PAU akan datang sebab mereka telah menjagka rezeki akan sampai. Selain dari itu mereka tak mau ambil tau asalkan asyuk.

Dari dahulu lagi aku sememangnya tidak bersetuju dengan sikap Najib. Malah sebelum beliau menjadi PM lagi. Tapi aku reda bila memikirkan bahawa beliau akan berubah. Setelah memegang tampuk kepimpinan, aku resah dan gelisah dengan corak kepimpinanya dan masa depan orang orang Melayu.

Aku, mungkin sebahgian orang orang Melayu, berasa kecewa yang teramat sangat kiranya jawatan kepimpinan atasan tidak di tandingi. Aku yakin UMNO akan berkubur pada PRU14 bukan kerana orang Melayu menolak UMNO, tetapi kepimpinan yang ada masa ini. Mereka mereka inilah yang akan dipertanggungjawabkan tapi pada masa itu, segalanya sudah terlambat. Kesalahan dan kesilapan tetap akan terletak ditangan para perwakilan hari ini yang menggadaikan UMNO demi kepentingan RM (bukan Rosmah Mansur tapi Ringgit Malaysia).

Aku sedih kerana akan menjadi Melayu yang merempat ditanahair sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2013 at 12:28 PM

@kluangmanSatu analogi yang unik :)

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2013 at 12:29 PM

@ajai62Dulu kalau tak silap saudara begitu kuat menyokong Umno kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2013 at 12:31 PM

@AnonymousApa yang saya takut pada PRU14 adalah -

- Undi Cina tetap sama 97% kepada PR

- Undi Rosak / Protes bertambah ( dari Melayu Pribumi yang mengundi Umno BN PRU13 )

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2013 at 1:05 PM

Salam,
ikut perkiraan kj, kal ijat nfc, pemuda umno akan tambah undi 5 tahun dgn penambahan ahli muda. Tak kisah pengundi melayu yg marah. Undi baru yg penting. Pemuda pemudi, wanita melayu akan pkt sokong bn 5 tahun lagi. Byk tu. Undi cina tu, ikut makmal bn, akan beralih arah krn ah jib gor akan terus mengekalkan status bapa vernakular. Pengundi cina akn beralih sokong bn krn bn tetap beri walaupun tak undi.

bn akan tolak undi melayu yg rasis krn menyusahkan bn utk menjaga kepentingan pejuang bn sejati iaitu mca dan mic. Bn akan menang krn tdm mungkin dah tiada 5 tshun lagi. Dah tiada ketua rasis melayu. Anwar pun dah tua, kit siang dan karpal pun dah pencen. So undi melayu rasis tsk penting.
Ramai yg sokong kak ijat krn tak ada ketua wanita yh hebat dan berbakat spt kak ijat. Tanpa ksk ijat, wsnita umno hilang seri dan power. Kj adslah calon pm termuda. Sokongan rakyat kpdnya tak berbelah bagi. Setiap tindakamnya menjadi idola para pemuda malaysia.

itu semua sumber yg rapat dr cafe hotel 5 bintang. Bkn maklumat dr rskyat bwh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2013 at 7:19 PM

@dinturtleSaya rasa , satu cara nak ubah senario atau nak ubah kedegilan dan keanggkuhan pemimpin kita dari merasa disanjungi dan disokong rakyat mahraen ialah melalui gerakan dalaman umno sendiri. Para bloggers yang sehati dgn DT ( ramai tuh) perlu mula mengenalpasti kalangan pemimpin umno yg berwibawa untuk kita canang sebagai pengganti. Usah dihirau sebarang amaran yg kononnya perpecahan dlm umno akan menjahanamkan umno.... Yg penting barisan pemimpin yang haprak ni perlu dinyahkan dari umno. Saya rela melihat umno berpecah dari melihat ia mati perlahan2 ditangan pemimpin haprak. Saya akan menyokong BN jika tiada pilihan, jika pas masih kekal dgn dap.

Post a Comment