........... Enchant1MST - Lapuran Polis Sudah Dibuat - Mohon Pihak Berkuasa Siasat Segera | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Enchant1MST - Lapuran Polis Sudah Dibuat - Mohon Pihak Berkuasa Siasat Segera

Saturday, September 28, 201313comments

Merujuk kepada isu Enchant1MST, saya tak sangka ia turut mendapat perhatian dan komen dari calon Ketua Pemuda Akhramsyah ( KLiK ), yalah beliau kan pastinya sibuk berkempen .... ada masa pulak bicara tentang isu2 semasa. Dah la tu, isu ini hangatnya lebih dalam dunia internet ! 

 

Hmmmm .... kalau dah namanya blogger, tetap blogger juga hehehe.. saya copypaste artikel beliau dibawah.

 

Seriusli, saya teruja dengan respon yang diberikan oleh rakan2 bloggers semalam bila ramai yang menulis tentang isu ini. Semua menentang 'penghinaan' yang projek mega sial ini telah berikan kepada maruah agama Islam di bumi Tanah Melayu ini. 

 

Artikel terakhir saya semalam mengenai projek ini adalah mengenai telahan saya yang keseluruhan projek ini tidak lebih hanyalah satu projek mengaut duit rakyat dengan cara mengeksploitasikan sentimen keagamaan menggunakan modus operandi ala MLM. ( KLiK )

 

Contoh pengiraan yang saya copy dari bahagian Business Opportunity dari website enchant

 

Malah rakan blogger Umno dari Pahang  SemutHitam ada menulis dalam artikel terbaru dimana beliau ada menyatakan yang -  

 

Malah sumber dari pihak Kerajaan Negeri sendiri pun terpinga - pinga apabila isu berkaitan projek mega itu mula muncul dalam laman blog sebelum ini.

 

Waima ada orang kata projek tu Kemungkinan dibuat diatas tanah milik persendirian sekali pun, Kerajaan Negeri mesti sedia maklum mengenainya.


Adalah satu perkara yang mustahil sekiranya Kerajaan Negeri yang merupakan Tuan tanah sendiri pun tak tahu. Kawasannya besar, bukan sekadar sekangkang kera.

Memang satu Misteri jika ia merupakan satu projek yang asli/genuine tapi kerajaan Negeri tidak tahu apa-apa mengenainya kerana selain dari isu tanah, projek mega sebesar itu pastinya akan melibatkan banyak hubungankait/perbincangan/transaksi/permohonan segala tuk nenek permit antara pemaju dan kerajaan Negeri Pahang. Namun kerajaan Negeri kata - I don't know wat u talking ? 

 

Jalan terbaik ketika ini adalah dengan menggesa pihak berkuasa menyiasat seberapa segera projek mega Enchant1MST ini serta pemajunya sebelum lebih ramai umat Islam membantah .... saya tidak menolak kemungkinan berlakunya demo besar jika isu ini tidak ditangani segera !

 

Waktu sama umat Islam harus terus menyuarakan bantahan ! Kalaupun ia satu skim cepat kaya tapi cara mereka memainkan isu agama yang secara halus menghina Islam harus di kecam. Lagipun kita sendiri tidak pasti 100% yang ianya tidak mungkin menjadi nyata..... lagipun bantahan kita juga boleh dijadikan MESEJ secara umum supaya rakyat bukan Islam jangan bermain dengan isu2 seumpama ini dimasa hadapan.

 

Nampak sangat ada kepincangan yang amat sangat dalam mentaliti kaum bukan Melayu bila kita memperkatakan tentang kefahaman rakyat akan keperluan menjaga sensitiviti agama Islam dan bangsa Melayu. 

Perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku setelah negara merdeka 56 tahun ! Something is RONG somewhere la...

 

Apapun suka saya nyatakan disini yang saya sudahpun buat satu lapuran Polis semalam selepas solat Jumaat di Ibupejabat Polis Kuala Terengganu mengenai isu Enchant1MST ini dan meminta pihak berkuasa menyiasat dengan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

 

                         ************************

Friday, September 27, 2013


Kenyataan Akhramsyah Sanusi, Calon Ketua Pemuda UMNO, Tentang Kontroversi Enchant1MST 

 



Blogger dan Pemuda UMNO ini ingin menggesa kerajaan Malaysia untuk menyiasat dengan seberapa segera pelan membina pusat 1Malaysia Spiritual Tourism di Negeri Pahang oleh kumpulan Enchant (Enchant1MST). Ini kerana usaha tersebut pasti akan mencetuskan kemarahan pelbagai pihak, sekaligus mencemar wadah 1Malaysia yang dibawa oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak, terutama sekali dengan pengakuan pemaju yang projek tersebut telah menerima kelulusan bantuan peruntukan kerajaan Malaysia!


Dalam sejarah Islam, perlumbaan penarikan pelawat ke pusat-pusat keagamaan semata-mata demi menjana ekonomi sesuatu tempat telah terbukti mencetuskan rasa tidak puas hati sehinggalah berlaku peperangan. Menerusi Surah Al-Fil, umat Islam diajar bagaimana Abrahah, seorang pemimpin Habsyah telah menempa kemusnahan apabila beliau menyerang Mekah kerana pusat keagamaan yang dibangunkannya gagal menyaingi Ka'abah di Mekah sebagai daya tarikan para saudagar pada zaman itu.


Ternyata, niat adalah penting dalam pembinaan bangunan-bangunan keagamaan. Ianya haruslah pertamanya berlandaskan niat menunaikan kehendak keagamaan, bukan berdasarkan kehendak perniagaan yang ternyata begitu keduniaan! Sebagai pemimpin beragama Islam, saya bukan sahaja terpanggil untuk mengkritik projek Enchant1MST ini kerana ia tidak sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara, tetapi kerana niat pembinaannya yang melencong jauh dari nilai keagamaan.


Apabila kita melihat penggunaan 1Malaysia serta imej YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri diputar-belitkan untuk mempromosikan, malah seolah-olah menghalalkan program Enchant1MST ini, yang dirisaukan bakal menempah keaiban, saya terpanggil untuk membuat gesaan ini kepada pihak berkuasa; siasatlah program Enchant1MST dan ambilah tindakan dengan seberapa segera terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam memajukannya.


HIDUP MELAYU!


Calon Anda... Akhramsyah Sanusi

Rujukan: http://enchant1mst.com/index.html

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2013 at 1:21 PM

Bro
Tabik kat mu. Sebelum ianya menjadi kenyataan eloklah dihalang dulu.
Agensi2 yg memantau syarikat2 ni patut proaktif.
Kalau mu baca komen2 puak ni dalam malay mail semalam panas telinga. Mereka mahu Malaysia jadi negara libral. Nampaknya kadok dah naik ke junjung. Kita tak boleh harap mat2 libral dalam UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2013 at 1:23 PM

@Esa Adamsekadar menunaikan tanggungjawab saya jer bang ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2013 at 1:23 PM

Ni biodata boss Enchant1MST ... tak tau sapa beri Dato' pada dia ...Sultan Sulu kot
Ph.D ...???? ... Pakar Hisap Duit agaknya ...

Dato’ Dr. Allan Ho DIMP, Ph.D is an expert in the Networking, and Hotel & Resorts industries. In 1978 till 1996 he owned and operated 15 entertainment outlets in and around Petaling Jaya and Kuala Lumpur. He was also involved in the trading and the export of live animals especially monkeys from 1975 till 1981.

Dia meniaga monyet ...hehehe
Tapi boleh ke jual/beli & export monyet ??

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2013 at 2:24 PM

Salam Bro " Project Spritiual tu bermula dari zaman Pak Lah seawal 2006. Bermula kabar angin diJohor..Tetapi Zaman Pak Lah, Pak lah announce Projek tu . I dah copy paste blog yang siarkan article tu di tahun 2007. Plz visit my Blog : puteramariam.blogspot.com untuk selanjutnya.

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2013 at 2:26 PM


New Straits Times, 14 Nov 2006

JOHOR BARU: Mystery surrounds a religious group which wants to build a multi-billion ringgit “spiritual tourism centre” in Kota Tinggi.

However, state authorities are completely in the dark about the project, which has become a major talking point among the Chinese community here.

In full-colour advertisements placed in several newspapers on Saturday, the project developer — Yong Aun Holdings Sdn Bhd — said the project, called “Ao Mi Shan” (Enchanting Resort), would be built on a 113ha site next year.

Its centrepiece will be a towering statue of the Chinese deity, Kuan Yin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2013 at 3:30 PM

Sokong Akramsyah. Dah muak dgn budak bijak oxford tu. Setakat nak bawa pemuda ketengah ketepi ke depan tanpa tunjang agama dgn bangsa kirim salam banyak2. Tukar yang baru yang jantan sebagai muslim dan bangsa melayu daripada cakap berdegor2 punggung penuh najis.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
September 28, 2013 at 3:55 PM

Molek berbenarlah tu ,setidak ada usha pertama bagi mengerak kearah menghalang projek yang akan menimbulkan masaalah kapada umat Islam dikemudian hari.

Ada ke perengan dalam pelembagaan UMNO dimana perwakilan bolih mengusulkan "hilang kerperchayaan" terhadap Najib semasa persidangan nanti ?, dah muak dah dengan telatah Najib ,kerperchayaan dah lama dah hilang.

Anak beruang memanjat pokok' dahanya patah terjuntai ketanah,
tiada gunanya terus bertepuk' didalam hati terus menanah.

Tupai melompat dahan kedahan ' tersilap langkah jatoh ketanah,
sampai bila harus bertahan ' takan jadi kalau hanya sumpah seranah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2013 at 4:07 PM

Assalamualaikum...

Saudara Din, Dalam blog http://puteramariam.blogspot.com/2013/09/spritual-tourism-ao-min-shan-adalah.html menyatakan Project Enchant1MST telah diluluskan masa zaman Pak Lah, melalui Project NCER (NORTH Corridor Economic Region).

Boleh Saudara Din ulas ??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2013 at 4:57 PM

Memang penuh dgn ciri-ciri korup cina tu. Ent outlet tu mesti yg penuh dgn maksiat. Org cam ni nak diberi tanah sebesar tu? Memang menuju kebinasaanlah negara ni jika menjadi realiti. Since tempat tu org islam tak pgi, akan menjadi sarang illegal immigrants dari china.

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2013 at 6:01 PM

@puteramariamhmmm .... mungkin group yang sama. Setelah tembelang mereka pecah dulu, kini mereka cuba cari makan pula di Pahang

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2013 at 6:02 PM

@AnonymousNCER ? Bukan ke Pahang tu di Pantai Timur, makanya hanya terlibat dalam ECER ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 2:00 AM

APA dah sokong KJ la pulak. Hairan, sungguh saya hairan.
Macam nak hantuk kepala kat dinding, rasanya. Rasa dah malas nak baca apa yang APA tulis, lepas ni.

RD.



RD.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2013 at 5:32 PM

ANYWAY THIS BUSINESS OPPORTUNITY FROM CHINESE/NON-MUSLIM TO CHINESE/NON-MUSLIM. IN A WAY, THE NON-MUSLIM/CHINESE THAT SCAM THEIR OWN RACE. NOT MALAY OR ISLAM DID THIS.
THEIR IDEAS, THEY APPEARED IN THE VIDEO, NOT NAJIB NOT TOK GURU.
IF YOU TRIED TO SCAM THE RAKYAT OR TRY TO TRICK US, YOU GUYS ARE WRONG. IF IT'S REALLY 1MALAYSIA PROJECT, I'M SURE NAJIB WILL BE PROUD TO ANNOUNCE THIS. WHERE ARE THE PROJECT SITE? COMPLETION DATE IN 2016, IT SHOULD HAVE THEIR SITE NOW. 5 ELEMENTS BIGGEST IN THE WORLD OR ASIA... IT SHOULD STARTS NOW. CAN EDUCATED PPL LIKE YOU GUYS CAN BE FOOLED BY THIS VIDEO/STATEMENT. YOU STILL CAN BELIEVE THIS? UHMM....

Post a Comment