........... Demam PAU Makin Panas, Pesakit Mula Melalut | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Demam PAU Makin Panas, Pesakit Mula Melalut

Monday, September 9, 20135comments


"Masyarakat dah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno. Dahulu sebelum pilihan raya umum berjanji untuk melakukan perubahan, tetapi sehingga kini masih belum ada yang berubah.  

"Jadi orang mula melihat tiada perubahan dalam Umno dan mereka mahu mengubah kerajaan. Apa yang diinginkan adalah perubahan dan muka-muka baru yang memimpin parti. 

"Pencalonan saya kali ini bertujuan untuk mengejutkan ahli Umno dan kemasukan muka baru dapat membantu parti melakukan perubahan dengan lebih cepat,"

Peeeerrrggh .... Siapa yang cakap tuh ? Pemimpin Umno mana yang ( dari nada dan bunyinya macam boleh kita buat geng ) begitu berani menyuarakan keluhan orang Melayu tuh ?

Kalau saya sebut mesti korang tak percaya ...... Datuk Nur Jazlan ! ( KLiK ) HIDUP  MELAYU ! !

Ada satu lagi ..... yang ni boleh buat korang terjatuh kerusi punya sebab terkejut.

Utusan lapurkan yang pemimpin ini TIDAK GENTAR untuk berdepan dengan saingan pencabar kepada jawatan yang disandangnya..... siapakah pemimpin yang bersemangat kental bak siraja rimba yang gagah mempertahankan haknya itu ?

Siapa lagi kalau bukan siPahlawan Keris Datuk Seri Hishammuddin !  ( KLiK ) HIDUP  MELAYU  ! ! 

Hahahaha .... demam Pemilihan dah mula panas. Ramai pemimpin yang dah mula melalut dan lupa diri. Semua dah perasan merekalah harapan Melayu terakhir.

Ada sorang lagi tapi yang ini saya tak boleh nak komen lagi sehingga ada dilapurkan oleh paper. Pendek kata - Dialah PEJUANG MELAYU SEJATI walaupun segala tindak tanduknya kita lihat hanya menghancurkan bangsa Melayu .... semua yang kita rasa dan lihat itu hanya persepsi. Tak real ...kononnya.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2013 at 4:25 PM

Din, tumpang iklan sekejap......

Pementasan Teater Pendekar Melayu Terulung akan di adakan di pentas teater PAU. Pelakon-pelakonnya adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang berwajahkan Melayu tetapi mempunyai jiwa liberal. Inilah satu-satunya pementasan di mana kita boleh lihat mereka berpencak silat dengan penuh semangat kepahlawanan sambil menghunus keris. Pada masa yang sama, kita juga akan mendengar ucapan yang berapi-api sehingga boleh menaikkan bulu roma penonton. Jangan ketinggalan menyaksikan teater yang amat hebat ini. Marilah bersama-sama memeriahkan teater tempatan di pentas teater PAU 2013.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2013 at 4:53 PM

bro din ... tu mesti tok presidin atau kp kan, kan , kan...hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2013 at 10:38 PM

Hisham CKMM dah mula pasang kaki untuk undi dia pada PAU nanti. Masa rumah terbuka dia dulu, dia sediakan 2 biji bas angkut Wanita UMNO dari tempat aku (Negeri Johor tapi bukan kawasan CKMM ni)untuk datang jamuan dia. Menteri / calon Naib Presiden lain tak de pon buat cam tu. Semalam (Ahad) dia turun ke Kluang, Johor. 2 biji bas dia sediakan jugak untuk Wanita UMNO hadir sama. Yang boleh aku nampak sekarang, dia kamceng dengan Ahmad Maslan (Orang Pontian)@ information chief UMNO.

Yang ni pulak tak ada kena mengena dengan CKMM (setakat maklumat yang aku dapat). Dah ada orang mula kutip senarai perwakilan yang layak mengundi sewaktu mesyuarat Bahagian nanti (yang peliknya, hanya senarai perwakilan wanita je). Senarai mesti ada no tipon. No IC atau no ahli dia orang tak mau.

....................
Reply To This Comment ...................
September 10, 2013 at 8:24 AM

Aku sokong kau Din,

1. Nur Jazlan tu. Berapa lama dia pegang UDA. Yang aku tahu dia sebok nak lupuskan harta UDA untuk tampong kos operasi. Tak nampak apa yg telah dia buat menambah premis perniagaan bumiputra di bandar-bandar. Sekarang dia pandai cakap dia nak ubah UMNO. Terkini dia bantai Khazanah kerana dengar cakap perunding. Walhal tanah di Pudu jail tu dia yg sebok nak jual kat Syarikat China. Yang ni Khazanah stopkan. Agaknya dia nak pulang balik kat Tan Seri Azman yg hentikan tindak tanduk beliau dulu. Orang macam inilah yang menjahanamkan UMNO.

2. HishamKris. Yang ni apa dia cakap aku dah tak ambil pusing lagi kerana semuanya tak boleh pakai. Dia nak tunjuk lagak yg dialah pejuang Melayu konon. Tapi semua orang dah tahu tahap juang beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2013 at 11:10 AM

undi dari kaum wita kan besar..mungkin hisham nak dapatkan undi dari mereka..kalau sharizat bagi sokongan kat hisham mungkin boleh menang lah dia.

Post a Comment