........... Datin Seri Rosmah Mansur - Ratu Rock Melon Negara .... WOW ! TAHNIAH ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Datin Seri Rosmah Mansur - Ratu Rock Melon Negara .... WOW ! TAHNIAH !

Friday, September 6, 201323comments




Mengkagumkan !  WOW !  TABIK ROSMAH !  WOW !  ..... sekali lagi - WOW !

Rosmah Sumbang RM515,000 kepada Tabung Hari Pahlawan dimana wang itu merupakan hasil daripada jualan tanaman 'rock melon' di Seri Perdana. ! - Bernama. WOW !

Tahun lepas projek yang diuruskan oleh syarikat Iris Corporation Berhad itu menghasilkan RM600,000 yang telah didermakan kepada Pertubuhan Ibu Tunggal 1Malaysia. WOW !

TAHNIAH kepada Datin Seri Rosmah diatas kemurahan hati beliau dan atas sifat keperihatinan yang ditunjukkan.

Tahun lalu - RM600k, Tahun ni - RM515k - WOW ! 

Seharusnya kepakaran dalam teknologi tercanggih penanaman Rock Melon secara sistem Autopot ini dikongsikan dengan para petani seluruh negara. 


Dan saya terbaca satu artikel TAHUN LEPAS dimana Najib berkongsi pengalaman beliau bersama Rosmah dengan rakyat dalam penanaman Rock Melon ini -

"The company cultivated two acres of the land with rock melon using the autopot system. Last year, we've got a net profit of RM600,000 and this year's RM550,000. Last year's profit was donated to the single mothers' association while this year to the autistic association. - NST  01 July 2012.

Maknanya ini tahun ketiga dimana tahun pertama ladang Rock Melon Sri Perdana telah menghasilkan pulangan lumayan melebihi setengah juta ! - WOW !

Ini pula berita pada  25 February 2013 -

“The rock melon planting project on six acres of land at Seri Perdana using the autopot system had yielded RM500,000 annually with the profits being donated to charity bodies,” - TMI.

Untuk tahun pertama, keluasan ladang cuma 2 ekar saja sudah mampu catat jualan lebih setengah juta dan untuk tahun kedua dan ketiga pula, keluasan tanah adalah 6 ekar .... juga menghasilkan angka jualan yang hampir sama  ........ errrr .... tak kisahlah, janji lebih setengah juta RM - WOW !



Syarikat yang uruskan pula adalah syarikat yang kepakarannya adalah dalam teknologi alat pembaca MyKad  ..... maknanya, tidak semestinya menjadi pakar dalam Rock Melon untuk berjaya dalam Penanaman Rock Melon ! - WOW !


Sesiapa pun boleh menjadi usahawantani Rock Melon yang berjaya ! - WOW !

Jadi dakwaan Terengganu sebagai  Tanaman 'Rock Melon' TKPM Di Besut Diiktiraf Antara Terbaik Di Negara Ini, boleh dipertikaikan !
 
Ketua Pengarah Pertanian, Mustafa Kamal Baharuddin berkata projek yang dimulakan sejak tujuh tahun lalu itu memberi pendapatan lumayan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan kepada 29 peserta termasuk 14 peserta dari program siswazah tani, melibatkan pembangunan kawasan seluas 57 hektar.


57 hektar bersamaan ( x 2.47 ) 140 ekar hanya mampu menyumbangkan pendapatan RM4 ribu sebulan kepada 29 peserta .... apa barang ....

Kena belajar lagi dengan Rosmah !


Serius ni .... saya mohon sangat2 agar Datin Seri Rosmah dapat berkongsi kepakaran penanaman Rock Melon dengan para petani negara bagi meningkat pendapatan mereka berlipat kali ganda.

Sebab ni dah tahun ketiga Ladang Seri Perdana menunjukkan hasil yang mengkagumkan .... kenapa tidak ada berita tentang lain2 ladang Rock Melon berjaya yang mendapat tunjuk ajar dari Sifu Ratu Rock Melon ?

Kongsi lah ...ya.

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
AYGGMW
September 6, 2013 at 12:42 AM

Hahahahaha....tiada kata yg bisa ku katakan...hahahahs

....................
Reply To This Comment ...................
esa adam
September 6, 2013 at 12:43 AM

Bro Din,

Kalau ya pun Kak Mah tu tanam rock melon di Sri Perdana dia jual hasil tu kat siapa. Syarikat2 korporat yg dipaksa/terpaksa membeli. Kalau dia jual kat Fama mahukah Fama membeli sebegitu banyak.

Suruh petani jual kat syarikat2 tu. Tengok syarikat tu layan ke tidak.

Kalau betul hasilnya lumayan hingga rm600000 setahun dah banyak la jutawan rock melon di Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
September 6, 2013 at 1:09 AM

Yang kena belajar bukan teknik penanaman tetapi teknik pemasaran, jualan Dan paling penting jumlah hasil tanaman (volume) x RM????? / kg = RM600,000.00...

Untuk menghasilkan setengah juta sekurang-kurangnya kena jual di pasar borong atau pasar malam selama 2 tahun.

Siapa pembelinya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2013 at 1:17 AM

WOW mcm tak percaya!

....................
Reply To This Comment ...................
September 6, 2013 at 1:40 AM

@esa adamcuba baca link paper yang saya berikan .... Najib jadikan ladang Rock Melon Seri Perdana sebagai CONTOH yang perlu diikuti .... jadi saya mintalah Rosmah tolong ajarkan bagaimana caranya.

Takde niat nak kritik .... sikit pun tak , percayalah !

WOW ! - kan saya puji tuh

....................
Reply To This Comment ...................
September 6, 2013 at 1:52 AM

Hehehe.

Semalam maso baca kisah derma rock melon rosmah ni, den terpikir gak nak smash dalam blog, tapi x sompek banyak lak hal. Elok la ko 'puji' rosmah ni din. Sobab sepupu den dokek 2 tahun tanam rock melon ni lobih 2 ekar, takdo lak ratus ribu income doh. Kok ikut teknik rosmah ni dah tontu sepupu den tu patutnyo dah hampir jadi jutawan dalam 2 tahun ni. Agak eh Kementerian asas tani dan fama bagi arahan hanya utamakan beli dan pasarkan rock melon dari ladang seri perdana saja kot. Sobab tu pengusaha lain dapek income sikit kalo nak compare ngan rosmah. Ko jangan lupo din, orang timur tongah banyak kawan rosmah. Ingat tak sapo bagi hadiah kek dio dulu? Agak eh orang arab ramai beli rock melon sri perdana. Maklumlah...tongah paneh padang pasir sodap minum jus rock melon. Kakaka...

Camno tu Din?

....................
Reply To This Comment ...................
September 6, 2013 at 2:05 AM

@panehMulo2 dengar Rock, den jngat Ella, tapi masuk tang melon - cancell Ella !

Sobab apo rock melon sepupu ekau tak sehebat rcok melon Rosmah ? Air Tangan Rosmah !

Green Hands omputih kato. Bilo tangan hijau, tubeklah rock melon yang mahal2.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 6, 2013 at 2:14 AM

@kluangman
Teknik penanamanpun penting bro....jumlah/jenis baja, sistem pengairan, kawalan perosak.

sbb dia guna sistem autopot la hasilnya GILA2.

tapi aku rasa sbb dia jual utk pasaran luar negara, restoren2, hotel2 kot...tu yg harga tinggi sgt.

tp DSR terlibat dlm penanaman & penjagaan ke??...x pe lah, yg penting duit tu mmg sgt diperlukan kpd tpt yg dia sumbangkan.....Alhamdulillah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2013 at 7:12 AM

negatif je manjang korang ni...bersangka baik la

....................
Reply To This Comment ...................
esa adam
September 6, 2013 at 7:49 AM

Bro Din,

Malam tadi dalam Astro Discovey Channel aku dah nampak PM kita punya ad campaign 'Endless Possibilities 2014'. Nampaknya mereka teruskan juga spending money bro. Ada tagline Malaysia truly Asia.

Samaada ad ni nak test response rakyat ke atau apa hanya punahsihat2 beliau aja yang tahu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2013 at 8:00 AM

Apa pun HATI BUSUK DENGKI KHIANAT PENYOKONG PKR DAN PAS NI TAK PERNAH PADAM...BUAT BAIK PUN DI KUTUK ...KALAU SALAH APATAH LAGI..

DASAR PUAK PUAK PKR DAN PAS NI MANUSIA YANG TAK TAU ERTI SYUKUR DAN BERHATI BUSUK ... SEDIH KONONNYA ISLAM..MUNGKIN ISLAM ATAS IC TAPI BUKAN ISLAM BERIMAN...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2013 at 8:15 AM

huh ...menyengat eko

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2013 at 8:30 AM

Din,
aku tak dapat tangkap, hang puji atau sindir ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2013 at 9:15 AM

Salam,
mungkin tempat tanam rock melon tu yg buat hasil jadi lumayan. Kalu setahun setengah juta, tahun kedua dah jadi jutawan. Memang woww gitu. Memang patut petani ikut contoh dsr. Bkn ckp tp praktik. Org putrajaya mungkin pemakan rock melon yg berjaya. Satu usaha pertanian yg patut dipelajari. Spt tdm yg buka kedai roti utk mengetahui hal peniaga. syabas kpd dsr kalu dpt kongsi ilmu pertanian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2013 at 9:23 AM

hahahahahaa...aku tak caya! And that's all...aku tak caya!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2013 at 9:50 AM

DT,

Tersembur air kopi pagi nie, aku ingat pun Ella bercucuk tanam. Huhuhu.. Tangan sejuk nie, baik utk jadi petani berjaya.

Budak dekat Terangganu tu kena pergi buat lawatan ke Seri Perdana belajar apa yg patut.

Yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2013 at 9:51 AM

Salams

Rock Melon sangat sangat Sedap....Terbaek..

Tahniah FLOM( 1st lady of Maysia) AlhmdulLAH


Wawa

....................
Reply To This Comment ...................
esa adam
September 6, 2013 at 10:10 AM

@dinturtle

Memang itulah yg aku harapkan. Jika boleh berjaya dan boleh menjana pendapatan yg lumayan eloklah direplicate dikawasan-kawasan yg sesuai supaya ramai rakyat yg boleh merasa. Kak Mah tu tak payah tanam rock melon pun dah senang.

Nak tanya apa yg kementerian pertanian dah buat utk tolong petani. Kalau di Putra Jaya pun boleh berjaya tak kan di tempat lain tak boleh berjaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2013 at 10:33 AM

aku kodkan ayat ini ... "Jadi dakwaan Terengganu sebagai Tanaman 'Rock Melon' TKPM Di Besut Diiktiraf Antara Terbaik Di Negara Ini, boleh dipertikaikan !" kerana ia adalah perkara yang benar. tetapi dengan jenama 'Rock Melon Kak Ros dari Seri Perdana' maka pembelinya sanggup membayar berapa sahaja harganya. Jika mahu harga 'Rock Melon' TKPM Di Besut' tukar sahaja jenama kepada 'Rock Melon Kak Ros dari Seri Perdana' dan aku percaya harganya akan mencanak-canak naik.
er tak percaya ... tanya pemandu ...

....................
Reply To This Comment ...................
September 6, 2013 at 11:52 AM

@AnonymousPUJI dan mohon DSR kongsikan idea...

....................
Reply To This Comment ...................
September 6, 2013 at 5:44 PM

jual untuk kutipan amal kot...ada tandatangan rosmah kat buah tu, atau rosmah "paksa" korporat beli, beli la dengan harga tinggi pasal nak bodek kan? Tapi aku rasa Najib tipu lah.. ingat rock melon tu keluar buah macam padi ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2013 at 9:46 AM

keh keh keh.... tgk la mentaliti negatif org melayu kat sini...

org cina dah kaya beratus kali ganda...

sbb tu org melayu tak boleh meniaga...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 25, 2013 at 12:51 AM

Bro Din another incident Cina tipu Melayu Bangsawan untuk tipu Melayu biasa. PM punya consultant looking at all angles to SPIN cerita to make the FLOM look good. Kalau perkara tak masuk AKAL pun tak pa lah SPIN juga. $7.5B Consultant dengan BLUE OCEAN strategists,this is the BEST story they can come up with in their media team! Half baked story!!!!!

Alfie

Post a Comment