........... Astro Awani Dan TheMalaymail Menghina Tanda Putera ( Mesej Yang DiBawanya ) ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Astro Awani Dan TheMalaymail Menghina Tanda Putera ( Mesej Yang DiBawanya ) ! ?

Tuesday, September 3, 201310comments


Saya tertarik dengan artikel blogger Helenang ( KLiK ) bertajuk Ulasan Tanda Putera : Pembangkang keluar penyapu lagi dimana beliau letak screenshot dari laman Astro Awani dan Themalaymail  seperti di bawah -




Pendek jer komen Helenang - 

Apa makna gambar di bawah yang dimuatnaik Astro?

Mutakhir: Gambar yang sama juga disiarkan The Malay Mail — lihat bawah (2.40pm)

- tanpa mengulas lanjut. Dan saya perhatikan para pengomen diartikel tersebut juga tidak ada yang dapat menangkap maksud sebenar apa yang cuba disampaikan oleh penulis.

Saya percaya point utama Helenang adalah pilihan gambar yang dibuat untuk kedua artikel itu ...... Seorang Pekerja sedang MENYAPU dihadapan poster Tanda Putera ( kedudukan penyapu didepan watak Tun Razak saya tak pasti disengajakan atau tidak ? )


Penyapu punya konotasi NEGATIF kepada orang Melayu, apatah lagi kepada kaum Cina yang begitu kuat berpegang kepada kepercayaan lama. 

Senang cerita ..... ia sinonim dengan SIAL, SUWEY dan pelbagai rujukan yang NEGATIF termasuk SIMBOL HALAU sepertimana yang terakam dalam sejarah Peristiwa 13 Mei 1969, dimana para penunjuk perasaan dari kaum Cina Dap membawa sama Penyapu Gergasi sambil melaung2kan kata cacian terhadap orang Melayu dan kerajaan.



Perhatikan betul2 gambar diatas ...... Apakah KEBETULAN gambar itu diambil oleh jurugambar dan seterus dipilih oleh kedua-dua editor terbabit ?

Biasanya kita akan anggap pekerja yang menyapu itu sebagai gangguan tapi TIDAK dalam kes ini.Mereka boleh saja letak gambar poster penuh tanpa diganggu oleh imej pekerja itu tapi TIDAAAAAK, gambar itu juga yang mereka pilih.

Saya percaya imej pekerja yang menyapu itu SENGAJA diambil dan SENGAJA dipilih oleh kedua editor Astro Awani dan Themalaymail. Saya juga percaya imej pekerja yang sedang menyapu itu adalah watak utama dalam gambar diatas.

Imej pekerja itu sedang menyapu sampah pula adalah penuh.

Anda boleh bayangkan sendiri apakah MESEJ TERSIRATnya.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2013 at 11:40 PM

Bro Din,

Mereka yang di Malay Mail dan Astro menganggap cerita Tanda Putera ini adalah cerita sampah. Itu saja. Puak2 ini tidak mahu mengakui apa yang berlaku pada 13Mei 1969 adalah angkara mereka semua. Budak2 Gen-Y ni bolehlah mereka kelentong. Tapi aku yang berdepan puak2 ni dulu dan mendengar tiap2 patah yg mereka katakan pada aku dan kawan2 di pintu masuk Maktab Mara Jalan Othman Petaling Jaya tidak akan dapat melupakannya hingga akhir ayat aku. Aku juga berada di rumah Dato Haron pada petang 13hb Mei tersebut. Jadi bagi mereka dan juga sibongkak Nazri yang membela kaum cina tu apa yang dia tahu. Dimana Nazri masa itu. Adakah dia dibarisan hadapan berdepan dengan orang2 cina di Chow Kit dan Batu Road. Kalau tak tahu janganlah buka mulut dan membela mereka ini. Masa itu tak ada orang Melayu yang sukakan Tunku, PM tak apa.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 3, 2013 at 11:42 PM

mmg betul la tu konotasinya adalah utk tunjukkan PENYAPU pd "filem tanda putera" atau bahasa kasarnya pada semangat/usaha/setiakawan/maruah seorang pemimpin Melayu yg mewakili org Melayu.

mesejnya JELAS tp nak jatuhkan HUKUM mmg susah sbb unsur TEKNIKAL main peranan.....lagipun benteng cinabeng & pariah biaDAPigs sgt KUKUH dgn TAKBIR yg akan berkumandang jika diusik

Helen juga dah byk kali nyatakan PANCUNG shj MCA dr BN sbb LIDAH/OTAK/FIZIKAL mereka adalah utk biaDAPigs.....cuma walaupun kita/pemimpin sedar mungkin mustahil utk dilakukan sbb masih ada lg saki baki "PENYOKONG BN" dlm MCA

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2013 at 11:44 PM

@Esa AdamHarap sangat saudara dapat nukilkan pengalaman waktu itu untuk dikongsi bersama !

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 12:36 AM

Salam Dinturtle,

1. Rujuk Blog Zamkata. Kisah Tanda Putera dan tembelang LKS dan parti DAP di mana beliau bogelkan !

2. Penyapu itu simbol( Melayu dan Tanda Putera itu sampah ! ) Gambaran yang sengaja di buat untuk menghina secara halus, mungkin. Malah kita boleh tanya pekerja tersebut jika di upah berbuat demikian yang sudah di goreng garing...

3. Manusia kuat menipu, kelentong dan pembelit, otak mereka berfungsi di sebelah kiri dak agak kecil dari normal.... he..he.. Sergah aje ! Kalau boleh menteri KDN kita. Gerenti bisu ! Lepas tu suruh mengadap KPN, gerenti lemah lutut tidak boleh berjalan

( Isu kuil bohong - nukilan blogger PK. Aku lihat anak-anak muda india perempuan meninggi suara apabila DS Nan turun padang. Kebiadaban melampau yang tidak sepatut nya..... mungkin perasan mereka lawyer muda, cara berkomunikasi bagai gangster seolah-olah mereka ada kuasa undang-undang ! * ** Sikit masa dulu di PP, LGE sondol semacam aje, tanah tetap di ratakan, apa mereka boleh buat ? Semua di kuasakan kepada proxy LGE - beres. India tetap juga sokong LGE... he...he..)

....................
Reply To This Comment ...................
esa adam
September 4, 2013 at 12:53 AM

@dinturtle

Keadaan selepas pilihanraya pada tahun 1969 itu sangat tegang. Aku pada masa itu menuntut jurusan statisik di Jalan Othman Petaling Jaya. Pak Arshadlah yang banyak membawa anak2 Melayu dari Kampong belajar dalam jurusan2 yang asing bagi anak Melayu ketika itu seperti statistik, actuary, business, plantation,banking dll. Pada 12hb Mei orang2 cina menaiki lori2 kecil pergi ke kampong2 Melayu disekitar PJ dan KL menghalau kami semua balik kampong. Di belakang Maktab Mara adalah Kawasan Melayu. Jadi mereka ini lalu-lalang di hadapan Maktab Mara kerana mereka tahu Maktab Mara pelajarnya adalah Melayu. Mereka tidak hormat langsung kat orang Melayu ketika itu. Mereka seolah sudah dirasuk dan akan perintah Selangor pada ketika itu. Bendera2 roket dikibar.

Pada petang 13hb Mei kami semua dibawa ke Kampong Baru (tak tahu arahan siapa). Dengan hanya berbekal buku2 sahaja, kerana kami sepatutnya balik ke hostel di seksyen 17 Petaling Jaya. Yang peliknya Driver bawa parang.
Bas bertolak hampir senja melalui Jalan Travers. Kami ditahan Polis di Jalan Travers dan disuruh patah balik. Tapi kami ramai2 bertekat meneruskan perjalanan ke Kampong Baru. Kami melalui Jalan Tunku Abdul Rahman dan melintasi Chow Kit lepas senja. Waktu itu aku lihat orang2 China bawa galah meyerbu ke bas kami. Dalam hati habislah. Teringat mak bapak di kampung. Driver memberanikan diri memecut bas ke round about Jalan Pekeliling. Disitu sudah ada beberapa motosikal yg sedang terbakar. Kami semua ada yg sudah pucat lesi kerana bukan ini yg kami cari. Bas bergerak ke Jalan Tun Razak menuju ke balai Dato Harun. Lagi ada kereta yg terbakar. Dengan Ikhsan Polis kami dibenar masuk menuju ke rumah Datuk Haron. Belum sampai kami disuruh keluar bas. Bila berkumpul diluar bas beberapa das pemedih mata ditembak ke arah kami oleh FRU. Masa itu kami semua bertempiaran lari. Aku dan beberapa org kawan melompat masuk ke dalam perkarangan sebuah rumah. (tak ingat rumah siapa). Tembok yg tinggi dapat ku panjat. Dalam rumah tu kami dapat tengok TV dan disitulah baru kami tahu apa yg telah berlaku. Dari perkarangan rumah tersebut kami dapat melihat api dari bangunan yg terbakar. Kami juga dapat mendengar perutusan dari Tunku mengenai apa yg telah terjadi. Pada pukul 10 malam Askar Melayu mengambil tugas dari FRU dan kami dibenar masuk ke dalam rumah Dato Haron. Suasana memang tegang. Kumpulan2 dari Sungai Manek dan Parit sulung sudah pun ada didalam rumah Dato Haron berzikir. Dari situ kami mendapat maklumat mengatakan ada masjid yang telah dibakar. Beberapa kumpulah akan keluar dari rumah Dato Haron mempertahankan kawasan2 yg diserang oleh orang2 Cina. Ali Munawar adalah seorang dari ketua disitu. Kampong Baru dikawal oleh Gengster Melayu dengan senjata api. Pertempuran berlaku sepanjang malam. Paling hebat ialah di kampong pasir, berdekatan dengan Jalan TAR. Ada berita mengatakan beberapa orang Melayu dibunuh Cina dalam panggung Federal di Chow Kit. Kawan saya juga terkena tembakan dikaki di Kampong Pasir.
Lebih kurang pukul 4 pagi Askar Melayu mula menghantar balik pelajar2 ke hostel. Bukan naik APV atau Hummer tapi naik lori tentera aja. Masa itu takut sungguh melalui KL, menyusur jalan Bangsar. Banyak bagunan2 yg terbakar di Jalan TAR.

Post-13Mei ration makan kami adalah roti dua keping cecah kari. ration kami diagih ke kawasan2 Melayu.

Malam kami berjaga bergilir-gilir menjaga hostel. Setiap hari gendang Cina dipukul kuat di PJ Old Town. Dan khabar angin akan sampai mengatakan kami akan diserang.

Tun Dr Ismail adalah seorang pemimpin ulung yg bawa keamanan di Malaysia kerana ketegasan beliau. Sumbangan beliau tak ada tuluk bandingnya.

Jadi kalau ada orang mengatakan 13 Mei bukan Cina dalangnya mereka ini sebenarnya silap. Tapi ada hikmahnya. Kalau mereka bersabar tentu negara ini telah terlepas ke tangan mereka. Kerana kerakusan niat mereka tidak kesampaian. Inilah kesilapan yg mereka terpaksa bayar.
Bagi Nazri sudah sudahlah mengambil hati puak2 ini yg tak pernah berpuas hati pada apa yang mereka ada.

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 1:04 AM

@esa adamTERIMAKASIH ! Akan saya jadikan artikel seterusnya ...

Mohon saudara tambah2 lagi diruangan komen jika ada lagi yang teringat

Atau emel saya jika terlalu panjang- dinturtle@hotmail.com

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 5:00 AM

Salam saudara esa adam,cerita saudara patut dikongsi bersama rakyat malaysia terutama gen Y yg berbangsa melayu kerana mereka ini tidak pernah tahu dan minat dgn sejarah. Saya pernah mendengar cerita2 sebegini dr arwah noyang, datuk dan bapa saya sendiri yg ketika itu mengalami situasi 13 mei. Bila darurat diistiharkan, hidup x seperti sekarang.anak2 melayu skrg terlalu leka dan dimomokkan dgn kesenangan sehingga lupa perjuangan nenek moyang mereka utk kita hidup senang sehingga sekarang. Kalau tiada mereka, mungkin negara ini sudah jadi seperti singapura diperintah oleh cina yg pada saya lebih ke arah berfahaman komunis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 7:43 AM

Bukan ke blogger Datuk Rocky ada jawatan dalam Malay Mail ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2013 at 8:54 AM

@dinturtle

kalo ikut esa adam, tu dr ismail lah sebenarnya yg banyak berjasa. so, apa kejadahnya kita nak memperingati bapak si najib tuh? masa sdg sakit dan tak mampu nak mentadbir pon masih mentakedarah nak jawatan PM! tun dr ismail kan ada? sama jugak dgn perangai anak si razak tuh!

patutnya golongan bangsatwan nih kena hatar ikut BTN dulu!

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2013 at 10:06 PM

@Anonymous. Tun dr. Ismail meninggal dlu la dr tun razak...die pun sakit jugak...nmpk sgt la...

Post a Comment