........... Apakah PAU Umno Bakal Senasib Dengan CEC Dap ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apakah PAU Umno Bakal Senasib Dengan CEC Dap ?

Wednesday, September 11, 20133comments

Saya tertarik dengan apa yang rakan blogger KNKB coretkan dalam artikel terbaru dimana beliau mendakwa terdapat sebilangan nama ahli Umno yang bertahun2 menjadi ahli telah hilang dari senarai ahli cawangan.

- 1. Bagaimana boleh berlaku dalam tahun yang sama, iaitu 2013 dan cawangan yang sama, ibupejabat parti boleh mengeluarkan 3 senarai keahlian yang berbeza?

- Ketiga-tiga senarai keahlian 2013 yang berbeza ini datangnya dari ibupejabat UMNO Malaysia yang tertera tandatangan dan cop Setiausaha Agung UMNO.

- Kepada siapa lagi ahli UMNO marhaen mahu meletakkan kepercayaan dan pergantungan jika pengkalan data ibupejabat UMNO sendiri pun sudah tidak boleh dipercayai dan boleh digodam sesuka hati oleh mereka yang berkepentingan untuk terus berkuasa di cawangan?

KLiK untuk artikel sepenuhnya.

Saya bandingkan dengan apa yang berlaku pada Dap dalam kemelut pemilihan CEC dimana terdapat sebilangan perwakilan yang dinafikan hak mereka untuk mengundi dan akhirnya CEC yang dipilih tidak diiktiraf seterusnya diarah supaya diadakan pemilihan baru.

Apakah perkara sama tidak mungkin berlaku pada Umno ?

Satu lagi kes sama dari blogger Orang Kampung Cyber, juga dari Nogori -

 - Hampir 100 ahli Umno Cawangan Kampung Gadong, Labu, di sini mengadakan demonstrasi aman di hadapan Bangunan Umno Bahagian Rasah, ahad lalu kerana tidak berpuas hati nama mereka digugurkan sebagai ahli tanpa sebarang sebab kukuh.




Kalau kepimpinan Umno tidak merasakan perkara ini bakal menjadi masalah yang bakal menghantui Umno kemudian hari, buat tak tahu jelah ..... 

Jika ia berhubungkait dengan pemilihan peringkat MKT, maka tidak menghairankan kenapa DS Tengku Adnan hanya membutakan mata dan memekakkan telinga dengan membiarkan keadaan ini berlaku.

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 1:22 PM

BATAL YANG DULU, TUBUH YANG BARU... ahlul merosot, sokongan membantut.

Batal yang Baru, tubuh Baru2 ... ahlul lari, sokongan merajuk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 6:22 PM

Yuran bayar tak ni ? terlupa kot ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2013 at 10:26 PM

@Anonymous masa pau aje minya yuran? kalu tak salah, yuran singgit seumur hidup atau setahun. kalu setakat 10 tahun tu, boleh minta la kat adun. byk adun sanggup bayarkan yuran utk ahli umno. masa pau buang ahli. masa pru cari ahli.

Post a Comment