........... Apa Lagi Orang Melayu Mahu ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apa Lagi Orang Melayu Mahu ?

Sunday, September 8, 201314comments

Artikel sebelum ini ( KLiK ) saya telah ajukan satu persoalan yang sering mendapat perhatian orang2 Melayu yang mengikuti perkembangan politik semasa, iaitu mengenai nasib masadepan Melayu jika Najib terus memerintah negara dengan caranya sekarang.

Terimakasih kepada mereka yang telah memberi pandangan. Komen2 bernas dari anda , sayang kalau tidak diabadikan sebagai sebuah artikel untuk dikongsi bersama, makanya saya pilih dibawah.

Rata2 komen2 dibawah sudah cukup untuk memberi gambaran kepada Najib apa perasaan dan pandangan rakyat terhadap cara pemerintahan anda. Kalau dah begitu pandangan rakyat, apakah perlu ianya disorokkan ?

Kalau Datuk Seri ada masa, baca-bacalah ....Tidak ada niat negatif disebalik luahan mereka ini, saya percaya mereka semua ikhlas dan keutamaan mereka cuma satu - Demi agama, bangsa dan tanahair.

Bukankah itu juga yang sering dilaungkan oleh Umno ?

Apakah suara2 mereka ini tidak penting buat Umno dan harus di senyapkan ? Sewajarnya diberi perhatian ...... atau bersedialah berdepan dengan gelombang orang Melayu yang semakin hari semakin meruntun jiwa mereka ...

Tak payah nak buat2 BLUR la ...


Komen pertama dari anon 6:44am -

Saya ingin menyentuh beberapa perkara pelik tentang pentadbiran najib.

Kenapa Najib lebih suka memberi ikan daripada memberi joran? Ikan yang diberi boleh habis dalam tempoh yang singkat sahaja. Tapi kalau joran pula, boleh digunakan untuk memancing ikan sepanjang tahun.

Kenapa Najib lebih suka membantu sekolah vernakular yang kaya-raya berbanding nak membantu sekolah kebangsaan yang daif dan serba kekurangan? Majoriti sekolah kebangsaan terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman mempunyai bangunan yang usang dan perlu diganti baru demi keselesaan pelajar. Selain itu, sekolah agama, sekolah pondok, maahad tahfiz dan madrasah juga memerlukan pembelaan berterusan dari kerajaan.

Kenapa Najib lebih suka membodek orang cina daripada membodek orang Melayu? Apakah kerana undi Melayu adalah konsisten kepada satu-satunya parti melayu maka tak perlu risau mereka akan berpaling-tadah? Najib sedar ke tidak orang Melayu lah yang telah menyeamatkan BN dalam pru lepas. Tapi sehingga sekarang orang Melayu masih menunggu dan mengharap habuan yang sepatutnya mereka terima. Nampaknya peruntukan berjuta-juta ringgit yang dikhususkan kepada kaum kiasu adalah sia-sia sahaja dan tidak mendatangkan sebarang undi pun.

Kenapa Najib serahkan bulat-bulat dalam membuat keputusan untuk kepentingan negara kepada PEMANDU? Dalam soal ekonomi sebagai contoh, bukannya lebih baik diserahkan kepada MTEN yang terbukti berkesan semasa krisis ekonomi suatu ketika dahulu. Begitu juga dalam soal jenayah berat, kita mempunyai ramai bekas-bekas KPN yang boleh membantu. PEMANDU hanya membazirkan duit rakyat melalui program-program yang tidak bermanfaat kepada rakyat seperti 1M4U dan penganjuran karnival.

Kenapa Najib menghapuskan MECD ? Apakah kementerian yang khusus untuk menjaga ekonomi Melayu ini dianggap rasis? Najib harus sedar siapa sebenarnya yang menjadi penyumbang terbesar kemenangan BN. Selagi ekonomi Melayu belum mencapai 70%, selagi itulah Melayu perlu dibantu.

Sebenarnya, banyak lagi yang Najib telah lakukan yang seringkali mengguris hati Melayu. Terus-terang saya katakan, selagi Najib menjadi PM, Melayu akan terus dipinggirkan dan merempat di tanah air sendiri.



Komen Kedua dari Putrahman -

Din, apa yang aku perasan, Najib cuba untuk dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak berpihak kepada mana-mana kaum. Semua kaum akann dilayan sama rata mengikut kesesuaian. Dalam hal ini aku bersetuju kerana sebagai pemimpin sebuah negara yang berbilang kaum, inilah yang sepatutnya dilakukan. Akan tetapi, kesempatan ini telah digunakan oleh kaum-kaum majoriti seperti Cina dan India untuk menuntut sesuatu yang melebihi daripada yang sepatutnya. Mereka mahukan supaya hak dan keistimewaan yang diperolehi oleh kaum bumiputera yang termaktub di dalam perlembagaan diagihkan secara samarata kepada mereka. Tindakan mereka ini dilihat oleh orang melayu sebagai berpunca daripada kelemahan DS Najib sedangkan itu bukan kelemahan DS Najib tetapi kerakusan kaum ini yang membuatkan DS Najib dilihat lemah untuk menjaga kaum bumiputera.

Bagi orang melayu pula, mereka telah begitu lama dipimpin oleh pemimpin yang begitu bersungguh-sungguh membela mereka iaitu Tun Mahathir. Kesungguhan Tun Mahathir itu ada asasnya kerana orang Melayu jauh ketinggalan berbanding kaum lain. Namun orang melayu melihat pembelaan Tun Mahathir itu seolah-olah Tun itu adalah pemimpin yang menyebelahi mereka, tetapi bagi orang Cina, mereka tidak melihat Tun menindas mereka. Mereka sedar bahawa segala tindakan Tun itu adas asasnya dan mereka boleh terima asas tersebut. Itu pasal pasa masa itu orang Cina dan India menyokong Tun.

Namun demikian, Pak Lah merasakan bahawa tindakan Tun itu satu corak kepimpinan yang menyebelahi satu kaum dan pada masa yang sama tidak memberi peluang kepada kaum lain kerana mereka tidak mengkaji asas tindakan Tun Mahathir itu. Oleh itu mereka cuba untuk mencorakkan semula dan memberikan lebih banyak peluang kepada kaum lain. Apabila peluang telah dibuka, maka kaum lain pun inginkan supaya mereka juga dilayan sama rata seperti kaum melayu walaupun mereka sedar bahawa itu boleh merosakkan asas dan juga corak pemerintahan yang telah dibina oleh Tun.

Kesimpulannya, cara dan corak pemerintahan DS Najib ini akan merugikan orang melayu kerana kaum lain mengambil kesempatan di atas keterbukaan dan keikhlaan beliau. DS Najib akan menghadapi cabaran yang cukup besar untuk membetulkan keadaan jika masih mengekalkan cara beliau mentadbir. 



Komen Ketiga dari anon 11:03 am -

Pru 13 melihat najib menjilat cauvinis hinggakan segala milik bumiputera mahu dgadaikan. Jgn lupa usul dia menjadkan bn parti tunggal bermakna umno tidak akan ada lagi. Itu adalah pengkhianatan muktamad pada umno dan org mwlayu yg mengundi bn.

Pru 13 melihat najib menagih skongan cina.
Kini terbukti cauvinis mmg sengaja memulaukan kerajaan.

Maka Pru 14 akan memperlihatkan najib berterusan menagih sokngan mereka.

Ape pembaharuan yg dibuat najib setelah keputusan pru dan kemarahan org melayu? Tidak ada. Malah omar ong dan segala penashat liberal dia dalam pemandu masih ada.

Malah kalau kita tgk dasar dan corak pentadbiran dia saya x nampak langsung semangat mahu memperkasakan bangsa dan agama. Kita boleh lihat semua tu selama 5 tahun. Kalau tun m yg memerintah kita boleh lihat pendekatan dan concern dia terhadap bangsa dan agama.

Saya rasa najib langsung tidak kisah terhadap bangsa dan agama sendirim bagi dia semua sama. Dia adalah by definition seorang liberal. X payah ckp pasal adik dia. Malah instead of menegur adik dia dia dilihat selari pemikiran dgn adik dia.

Semangat mencntai bangsa dan agama x dpt dipaksa ataupn di lahirkan begitu saja. Kalau liberal akan selamanya liberal.

Saya yakin najib harus berundur. Bahaya org macam ni diberi kepercayaan menjaga perihal org melayu dalam umno. Da langsung tidak ada kebanggaan dan kencintaan menjadi seorang melayu. Dia lwbih suka jadi ah jib gor baranggkali sbb cauvinis begitu menonjol dan kayA. Betul juga bagi yg liberal hanya kuasa dan duit yg penting.


Komen keempat dari maae -

1. Pertama nya, sebagai blogger, cara begini yang mesti ada pada setiap individu dan kumpulan. Sesungguh nya menghina, memaki dan memfitnah bukan ajaran Islam. Kita kena jelas, dosa nya sungguh besar, balik semula pada diri kita, sehingga jika tidak benar, pahala yang ada pada kita akan di berikan pada mangsa sehingga boleh menjadikan kita mukhlis di akhirat.

2. Berbalik pendapat untuk PM Najib. Pendapat peribadi saya, beliau mampu menjalankan tanggung jawab sebagai Pemimpin No.1. Mana tumpah nya kuah? Cuma pendidikan dan persekitaran boleh mempengaruhi peribadi dan cara hidup.

3. Apa yang saya lihat, PM Najib banyak terikat dengan pihak-pihak berkepentingan. Pengaruh paling kuat mungkin dari adik nya sendiri yang mampu memberi tekanan. Kalangan koporat dan pengaruh mereka berbeza dari pengaruh politik. Jika perkara ini di bezakan, PM akan lebih terserlah.

4. Kadangkala PM Najib bersifat bermuka-muka. Sebagai pemimpin, beliau tidak semesti nya menjadi pembangkang. Tugas utama ialah mematikan dan melawan kembali cabaran Pembangkang Politik beliau. Meredakan lawan dan memberikan KEYAKINAN kepada penyokong KUASA beliau ( pengundi-pengundi setia) - Mesti bertindak proaktif dan di mana perlu lebih agresif. Mesti bersifat berPERLEMBAGAAN di atas dasar-dasar tersedia untuk Pembangunan Negara dan Rakyat. Tugas memperelokkan. Bukan mengubah dasar. Beberapa kesalahan nyata telah di lakukan, dari perspektif majoriti rakyat.

4. Kesilapan menubuhkan Para Penasihat( gelaran dari bloggers - Kon Sultan) yang tiada REKOD dalam Pembangunan Negara dan Insan. Malah tiada rekod kemasyarakatan, sumbangan kepada "grassroot". Pemilihan mungkin "ber/ter hutang budi kepada para senior mereka". Gambaran dari pengundi bahawa PM najib begitu lemah.

5. PM terlampau mempercayai Pemain Koporat. Beliau lupa, jika pengaruh ini mencengkam, bahana nya kepada Negara dan Rakyat , secara terhormat akan di gadai. Situasi ini mesti di terbalikkan semula di mana golongan ini Mesra Kerajaan dan Mesra Rakyat. Lihat Utusan, secara halus dari pengaruh pembangkang di jadikan kambing hitam. Utusan itu wujud kerana apa ? Melayu itu berjaya dan boleh hidup senang atas dasar apa ? Sesungguh nya AllahSWT itu masih memberi rahmat kerana sebahagian nya masih majoriti Melayu bersifat BENAR dan sentiasa sujud dan berdoa.

6. Akhir nya, jika sudi rujuk komen saya dalam A.Kadir Jasin pasal keretapi. Keretapi itu watak. Apa tersirat Datu Kadir lebih memahami. Cara Orang Melayu berhemah, menarik rambut dalam tepung...

Kita menjadi bijak kerana Pemimpin nya Ulul Albab. Tahu membeza Haram dan Halal. Tidak suka maksiat / kemungkaran berleluasa. Tidak suka pada kebathilan.

Kiblat nya satu. Tuhan nya SATU. Insya Allah maka terselamat lah Umat Islam dan juga yang berlindung di bawah kepimpinan nya.






Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 7:03 PM

Golongan manakah yang najib suka bodek dan golongan manakah yang rasa terpinggir?

Golongan yang najib suka bodek
1. Kaum cina
2. Penduduk felda
3. Kaum india

Golongan yang rasa terpinggir
1. Penduduk kampung tradisional melayu dan kawasan pedalaman yang layak dikategorikan sebagai miskin luar bandar
2. Penduduk bandar yang berpendapatan sederhana dan layak dikategorikan sebagai miskin bandar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 7:10 PM

Ringgit Malaysia makin susut? Najib, apa yang engko dah buat kat ekonomi Malaysia? Habislah nampaknya negara kesayangan aku ni. Pleasela buat sesuatu sebelum ekonomi negara hancur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 7:24 PM

Ku Li tolong tanding pemilihan Presiden UMNO! Apa hang punya pendapat Din? Ku Li ka Budin?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 7:36 PM

Ku Li juga adalah berdarah bangsawan dan aristokrat. Lagipun zaman Ku Li dah berlalu.

Saya mencadangkan agar orang melayu mendesak agar najib meletakkan jawatan semasa PAU nanti. Kemudian kita minta supaya Muhyidin memangku jawatan Presiden UMNO sehinggalah pemilihan berikutnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 8:19 PM

Salam,
teguran dsn kritikan dpt membantu dlm mengurus negara. Bkn nak pru lagi. 5 tahun lagi. Lambat tu.sekarang masa bekerja. Kalu ah jib gor kerja dgn baik, mungkin tak byk kritikan dan teguran. Tapi kalu org nampak dr awal lagi dah bengkok, condong, retak, dsb, kena la bagitau. Dah bagitau dgn baik, tapi masih lagi dok buat, benda makin buruk, org jerit la.

apa, ingat semua yg pemandu buat betul ke? W/pun dpt maklumat dan data, cara mrk tak byk membantu. Punahsihat dan consetan patut hanya memberi maklumat dan cara, keputusan pm dan kabinet dgn bantuan para pegawai kersjaan.

Tapi kalu bro din nak pm baca, bro kena tulis dlm fb pm dlm tulisan cina mandrin. Pm kita suka berfb berjam lamanya. Tu pm ckp. tak mau kasi melayu tanglung, pm ah jib gor tulis dlm bhs rahsia antara pm dan cina. Kita melayu tak tahu. Sapa la punya kerja? Takkan la tu pun nak puji pm kita pandai ambil hati cina dan bekerja.

sekarang waktu kerja. Kalu pm main masa kerja, kita yg undi bn, patut kritik la. Yg pm ah jib gor nak ikut sangat ckp org tak undi dia buat apa? org ni memang tak akan undi la. Mak mertua aku, penyokong kuat peliwat. Semua yg dibuat kerajaan tak betul belaka. Tang duit dia dulu berbaris. Buat la apa pun, org yg tak undi bn akan kutuk semua tindakan. So, kita yg sokong tak boleh ker nak tegur kalu dah nampak tak berapa betul. Ikut la ckp pengundi. Memang nampak ah jib gor lemah. Kita pun tak suka dgn apa yg ah jib gor buat. Tp kita sokong dan undi bn. Tolong la beri perhatian kat org yg undi. 5 tahun nak beli jiwa yg tak sokong bn, tak akan dpt punya. Mrk pun dok kritik tentang pengurusan dan pentadbiran sekarang. Macam mana nak dpt undi mrk. Jgn sampai yg sokong pun lari juga. Sekarang nak tambah orh baru utk beri sokongan dan kekalkan sokongan org lama.

kalu nak bodek dan beri maklumat yg tak benar, itu merupakan pengkhianat melsyu yg sebenarnya. Tdm pernah ckp, kritikan dpt menjadikan pemimpin tak lupa danterlena dr perjuangannya. Bodek dan pujian buat pemimpin lena dilambung dan dibuai keseronokan. Lupa diri.

yg kritik tak dpt apa pun. Kalu dpt berjuta ringgit, bro don jgn lupa daratan. Harap beri juga kat penyokong dan pembaca dt.

5

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2013 at 9:30 PM

Desak najib untuk berundur? Logik ke? Lojik tapi tak mungkin akan berlaku.Kalau Ku Li tawar diri sekali pun mesti pencalonan tak cukup, tahu saja lah budaya dalam UMNO macamana. Najib bukan nya seperti Pak Lah yang lembut hati..bla orang tak suka dia undur, Kalau Najib jangan harap lah... dia lebih rela tergadai negara dari berundur.. percaya lah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 9:44 PM

Kadang-kadang kita keliru antara PM & UMNO. Tak sokong PM tak bermakna tak sokong UMNO. Sebab perihatin dengan UMNOlah maka kita menyuarakan pendapat mengenai PM. PM datang dan pergi, itu sudah menjadi lumrah. Tak perlu emo. Kalau perform boleh stay, kalau tak boleh buat keja, pencen dan melancung ke seluruh dunia lagi baik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2013 at 10:44 PM

Pas ada majlis syura yg berperanan memberi pandangan kepada presiden parti dan mengawal dasar2 parti agar tdk lari/ tersasar dari matlamat penubuhan..kedudukan majlis ni lebih tinggi berbanding ajk2 tertingginya..umno x bole buat mcmni ke?

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2013 at 1:35 AM

@AnonymousBelum mahu komen lagi buat masa ni :)

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2013 at 1:36 AM

@AnonymousYa, pro Najib kata pengkritik Najib emo tapi sebenarnya mereka yang terlebih emo :)

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2013 at 1:38 AM

@AnonymousDari segi teorinya memang nampak bagus tapi apakah ia dipraktikkan ?

Nak cari siapa yang layak jadi ahli 'Majlis Syura Umno' pasti jadi lebih gempak dari Pemilihan !

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2013 at 1:38 AM

@AnonymousDari segi teorinya memang nampak bagus tapi apakah ia dipraktikkan ?

Nak cari siapa yang layak jadi ahli 'Majlis Syura Umno' pasti jadi lebih gempak dari Pemilihan !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2013 at 2:37 PM

apa lagi orang malayu mau? orang melayu nak pemimpin yang boleh jaga melayu dan memajukan orang melayu. Ajib! hancur..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2013 at 3:03 PM

Aku cuma nak tau satu je. Kenapa najib seolah-olah menghukum orang yang mengundi dia tetapi memberikan habuan kepada yang menolak dia?

Post a Comment