........... Ancaman Terbesar Kepada Bangsa Melayu - Kita Kena UBAH ! ( Omar Ong DAN ..... ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ancaman Terbesar Kepada Bangsa Melayu - Kita Kena UBAH ! ( Omar Ong DAN ..... )

Tuesday, September 24, 201310comments


Banyak sangat dah saya baca dan dengar tentang Omar Ong ini ....SEMUANYA NEGATIF baik kepada negara, khasnya kepada survival bangsa Melayu.

Kalau disebut Penasihat Najib, dulu biasanya nama Omar Ong inilah yang timbul cuma sejak akhir2 ini saja nama Pemandu je yang lebih banyak diperkatakan, namun aura Omar Ong tetap dirasai.

Baca Unspinners yang terbaru - KLiK

AES rupa2nya adalah idea Omar Ong dan beliau punya kepentingan didalamnya. Punyalah nak pecah kepala mereka yang bersungguh2 mempertahankan AES waktu mula diperkenalkan dan mendapat bantahan ramai ..... tak sangka mereka mempertahankan kepentingan Omar Ong !

Begitu juga segala macam dasar2 kerajaan yang diperkenalkan Najib termasuk dalam soal penghapusan ISA, banyak yang merupakan buah fikiran Omar Ong dan mereka yang berjelir lidah berjuang kononnya atas nama BN mempertahankan Najib rupa2nya mereka mempertahankan kredibiliti dan maruah Omar Ong !

Habis tu ..... Najib selaku PM takkan takde otak main ikut jer apa Omar Ong kata ? Wallahualam ... yang ini bukan point utama artikel ini tapi anda dipersilakan kalau nak berikan pandangan...

Point artikel ini adalah Omar Ong.

3 Bulan lepas MYKMU ada mengeluarkan artikel mengenai Omar Ong juga, khusus kepada keporakperandaan Petronas akibat masuknya Omar Ong kedalam pengurusan tertinggi GLC terbesar negara itu yang menjadi tulang belakang kepada segala perancangan ekonomi negara termasuk menjadi tunggak utama harapan bangsa Melayu.

OMAR ONG LAGI ! Ramai yang nampak dan buat bising ..... tapi adakah Najib dengar ? Dimanakah Omar Ong sekarang ? Masih ditempat sama ......

Kalau saya kata Najib Kayu, mesti ramai yang marah. Mereka juga marah dan tak puashati kepada Omar Ong dan Najib yang bertanggungjawab melantik, meletak dan mengekalkan Omar Ong ditempat tersebut ... tapi tak boleh marah Najib ! Nak marah kena marah Omar Ong jer.....

Pelik kan cara orang kita berfikir ....

Takperlah, itu cerita lain, kali ini cerita Omar Ong saja tapi saya tak boleh halang anda nak luahkan pandangan anda ....


OK sekarang point utama artikel ini - Percaya tak anda kalau saya ceritakan benda yang saya baru dengar bahawa Omar Ong punya kaitan yang AMAT RAPAT dengan Khairy Jamaluddin ?

Bukan hubungan yang baru terjalin tapi sudah lama berlanjutan .....sejak dari zaman mereka ( Omar Ong dan KJ ) bersama-sama menuntut di England lagi ! Hampir 20 tahun lalu !  Satu Kepala, Satu Fahaman, Satu Visi, SATU LIBERAL !

Ungkapan yang baru ini saya pernah sindir dalam bergurau UMNO - United Malaysian National Organisation rupa2nya adalah satu visi yang bukan lawak tapi merupakan sesuatu yang tidak mustahil berlaku jika keadaan sekarang tidak berubah.

Saya tidak tahu samada saya patut teruskan cerita ini tapi ikhlas saya cakap, benda ini amat MENAKUTKAN saya sebagai seorang Melayu yang sayangkan bangsanya.

Ya, kita kena UBAH tapi bukan kita yang diubah tapi siPengubah yang harus di UBAH !

PS - Isu presidensi Akhram dalam MAYC terlalu kerdil jika dibandingkan dengan isu ini ( tapi saya tetap carikan jawapannya juga ). Tidak salah kalau saya katakan sudah wujud satu konspiransi/pakatan terancang sekian lama dalam pentadbiran negara kita kearah bangsa Melayu yang Liberal sepenuhnya !

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2013 at 3:12 PM

Aku anggap Omar Ong, PEMANDU dan sewaktunya adalah kuman dan seabgai kuman, virus ia tetap merbahaya dan perlu berhati-hati tetapi isu yang lebih besar ialah kuman ini dibesar besarkan besarkan lagi sebesar lebih besar gajah gergasi semata-mata untuk menutup bangkai.

Dan bangkai itu tentulah kayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2013 at 3:45 PM

Bro,

Ingat nak komen mengenai Akramsyah ...dah ada artikel baru ...Melihat dari raut wajah Presiden MAYC sekarang kita tahu dia dipihak mana ...Pemuda sekarang memang dah centric ..kalau dulu ketua yang mengunakan politik wang tak ada pun laporan ke MACC dan bak kata u sebab satu perenggan ayat saja ada 9 laporan polis ...memang DNA Pemuda Umno dah berubah...dari jantan jadi pondan ...dari pandai jadi kurang bijak ...

Teringat lagu kumpulan Kembara ...duit , duit dimana kau duit...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2013 at 4:08 PM

Saya baca artikel mengenai OMO (Omar Mustafa Ong) ni sejak beberapa tahun lepas dalam beberapa blog terutama Gelagat Anwar dan Outsyedthebox ... Cerita mengenai OMO ini sungguh mengerikan, terasa seperti kita sebenarnya perlu buat demo besar-besaran bagi menuntut perletakan jawatan OMO atau najib pecat dia. dan parasit ini sejak setahun dua lepas telah meresap ke dalam Petronas, berbagai isu kemudiannya timbul dan yang ketara ialah kemasukan beberapa cinabeng dlm pengurusan petronas... (ikut merit?)
Memang kita patut merasa curiga yang amat sangat dgn omo ni, Tapi TDM tak kata apa2 pun, tu yang pelik....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2013 at 5:48 PM

Saya tak sure penulis ne belah mana kdg kritik kj kdg puji kj tapi artikel dia tentang Akhram so good , knowledge ok..http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/09/kuasa-pregroratif-pm-kekalkan-jawatan.html?m=1 artikel lain byk fakta is good for us, mcm u ada peraamaan dgn cara budak ne menulis..

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2013 at 5:55 PM

Tuan Din - Najib yang harus dipersalahkan kerana sudi diperkudakan oleh budak Omar ni. KJ pulak aku dah letih dok ulang berkali kali - ULAR SENDUK yang cukup merbahaya dan sekali lagi Najib yang harus dipersalahkan kerana membuka ruang dan membenarkan manusia manusia sebegini bergerak aktif dalam menentukan corak kepimpinan Najib - Kesimpulannya Najib wajib ditumbangkan demi survival umat Melayu dan Bumiputra.

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2013 at 7:18 PM

Salam Bro din,

Hanya satu cara sahaja yang boleh mengubah semua ni Din. Iaitu Naib2 Presiden UMNO mestilah orang yg benar2 berjiwa Melayu dan punya penderian tersendiri dan bukan dibawah telunjuk Najib.

Dengan itu Hisahamuddin, Shafie, Sharizat dan KJ tak boleh berada di kelompok itu. Apa kata kita sama2 berjuang menyingkirkan mereka ini dari menang jawatan yg mereka tandingi.

Hanya melalui pressure group di Majlis Tertinggi UMNO aja baru boleh OO tu ditendang keluar. Apa kita cakap bukan mereka dengar Din. Lebih2 lagi pembodek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2013 at 8:15 PM

@Labu8455

saya rasa yang bersalah ialah Najib. yang memilih penasihat bukanya orang lain, tapi Najib. Najib sepatutnyalah letak jawatan. kalau dah bodoh maka apa saja yang dinasihatkan adalah betul. Najib tak pandai menilai. pada dia semua yang bercahaya tu intan. orang orang UMNO majoritinya pak turut dengan kesempitan minda. UMNO sudah semakin tua dan anti body dah tak kuat lagi. maka senanglah penyakit hinggap. persoalanya ialah apa kah yang harus orang orang macam kita buat? nasihat sudah berbakul bakul, teguran sudah bertimbun timbun dan ada diantara kita yang sudah malas nak cakap apa lagi. Najib tetap sama dengan agenda meliberalkan Melayu. sekarang nih dibantu pula oleh KJ. apa kah kesudahanya dan ada kah kita sanggup melihatnya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2013 at 8:31 PM

Wise Man kata " Orang yg milikki low order thinking menjadi habuan kpd orang high order thinking". So Omar Ong boleh tergolong dlm kategori HOT kerana mampu pengaruhi pemikiran ramai VIP. This does not sound logical. Tapi jika benar then barisan kepimpinan Negara is driving our country heading towards unordnung & this is just a few steps closer towards 3rd law of thermodynamics. NATION AT RISK.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
September 24, 2013 at 10:12 PM

Masa PAU nanti bro agak ada tak perwakilan yang akan menyuarakan isu Omar Ong ni? Atau mereka lebih seronok berjenaka tentang cerita dalam selimut, dalam kelambu? Maklumlah, tuan pengerusi tetap suka buat lawak yang x-rated.

Persoalan Akhram dan MAYC kita kena bagi ruang seluas-luasnya untuk dia buat penjelasan. Tapi kita tak boleh stop hentam KJ. Dia mesti kita nyahkan dari UMNO. Dia ni umpama gunting dalam lipatan, duri dalam daging. Kita tak boleh jadi UMNO Rembau yang tak bertelor nak lawan KJ. Boleh menang free je plak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2013 at 11:05 AM

apa lagi orang2 UMNO.. ramai2 kita berpakat hapuskan saja sampah ong nie dari berkuasa.. bila kita dapat saja cium dasar2 yg nak menjatuhkan orang melayu nie.. elok kita kasi catas jer.. memang duri dalam daging..

Post a Comment