........... Analisis PRU13 Yang Tidak DiIktiraf Kepimpinan Umno - Melayu WAJIB BACA ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Analisis PRU13 Yang Tidak DiIktiraf Kepimpinan Umno - Melayu WAJIB BACA !

Tuesday, September 10, 20137comments

Menarik juga perkembangan dari luahan Muak Nur Jazlan bila mendapat reaksi berbeza dari dua pemimpin Umno. 

"Masyarakat dah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno. Dahulu sebelum pilihan raya umum berjanji untuk melakukan perubahan, tetapi sehingga kini masih belum ada yang berubah."

Pertama Menteri MOTAC dikatakan menyokong perasaan Muak Nur Jazlan - 

"Negara ini punya kebebasan bersuara dan apa yang diperkatakan beliau merupakan satu yang betul, dan ia tidak salah sama sekali." - TMI

Tidak berapa lama kemudian Hishammuddin dikatakan menyelar luahan Muak Nur Jazlan itu dengan menyifatkannya sebagai -

"Macam-macam cara orang nak dapat perhatian bila nak bertanding ... tetapi masyarakat boleh menilai janji kita nak beri, secara realistik sama ada ia boleh ditunaikan atau tidak," - TMI.

Bukan drama di atas yang saya mahu komen. Buat masa ni - Lantak dioranglah.

Tapi ada kenyataan Hishammuddin dalam artikel itu yang ingin saya ulas -

Menurut Hishammuddin, prestasi memberangsangkan Umno ketika pilihan raya jelas menjadi kayu pengukur kepada parti majoriti Melayu dalam Barisan Nasional (BN) itu sekaligus menyanggah kenyataan Nur Jazlan.

"Tuduhan itu ada yang tak kena, tak mungkin Umno boleh menang, dan tambah kerusi, dalam pilihan raya ... itu tanda aras sokongan rakyat kepada Umno "

Perasan tak apa yang terkandung dalam ayat diatas ? Ini bukan kali pertama saya baca kenyataan seumpama itu tapi sejak akhir2 ini telah banyak kali saya baca dan dengar sendiri pemimpin2 Umno menyebut dan mengulanginya.

Analisis PRU13 yang diterima oleh kepimpinan Umno adalah ( secara mudah lebihkurang bunyinya ) -

Ramai orang Melayu yang menyokong Umno berdasar pertambahan kerusi yang dimenangi Umno dan ini membuktikan orang Melayu menerima kepimpinan Najib.

Dan ramai juga pengamal media yang pro Umno turut melaungkan perkara yang sama. 

Saya teringat waktu diumumkan keputusan PRU13 baru ni, RAMAI yang sependapat dan bersetuju dengan analisis yang mengatakan -

Orang Melayu memilih Umno kerana tidak ada pilihan lain yang lebih baik dari PR.

Malah waktu Tun Mahathir memberikan pandangan yang SAMA, ramai yang ikut setuju. Sekadar flashback, dari Chedet 4 Jun 2013 - Umno Dahulu Dan Sekarang -

19. Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti yang menang terbanyak dalan PRU 13.  Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih sokong UMNO.  Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13 disebabkan mereka tidak ada pilihan.  Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP.  Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali.  Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu.  Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong UMNO.  Namun demikian dalam PRU 14 UMNO tidak boleh harap keadaan ini berterusan.  Jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain.

20. Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain.  Sejarah dan kecapaian dahulu tidak akan meraih sokongan selama-lamanya. Dahulu dahulu, sekarang sekarang. Hanya berharap kepada kata-kata hikmat Hang Tuah, “Tak akan Melayu hilang di dunia” tidak mencukupi. Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang.

Tapi itu duluuuuuuuu, 3 bulan duluuuuu ..... sekarang selepas 3 bulan, pendirian diatas sudah mula dilupakan ramai. 

Sekarang ramai yang bertepuk sorak bila dikemukakan analisis yang menunjukkan Umno mendapat lebih banyak undi berbanding parti2 lain, kononnya orang Melayu menyokong kuat Umno, kononnya orang Melayu berdiri dibelakang Najib, kononnya itu sebagai isyarat cara yang Najib laksanakan mendapat mandat penuh dari orang Melayu.

HIDUP MELAYU  ! ! Semua akan bersorak ......

Sekadar menyambung kembali perenggan akhir dari artikel CheDet diatas -

21. Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.

22. Kata seorang penulis sajak di zaman dulu, “tidak ada yang lebih menyayat hati dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang”.


Cepatnya kita lupa ..... kan. 

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2013 at 2:11 AM

Saya dan keluarga saya (malahan beberapa kenalan keluarga saya) mengundi BN (UMNO) kerana mudaratnya pada Islam, sistem kesultanan/raja berperlembagaan (sistem yang paling baik umat Islam boleh amalkan selepas kekhalifahan. Demokrasi ala republik semua tu tipu aje) dan bangsa saya Melayu adalah kurang dari Pakatan Rakyat. SO UMNO jangan nak perasan lebih-lebih sangat.

Saya sendiri berkempen sukarela kepada ahli keluarga saya sepupu sepipit nenek dan atuk jiran-jiran untuk memberi undi BN/UMNO atas dasar ini. Kalau ikut calon UMNO ADUN dan MP memang hampeh dan terus hampeh sampai sekarang keje tak buat pun.

Selagi UMNO boleh dan mampu menjaga Islam dan Kesultanan Melayu selagi itu dapat undi saya walaupun mereka kaki betina kaki rasuah kaki amaran kaki busuk kaki manjakan bini kaki ayam kaki bola team MU kaki main gendang cina kaki tanam rock melon kaki cium kucing kaki naikkan harga minyak sebaik sahaja lepas PRU.

Orang UMNO rata-rata perangai memang buruk - jangan nak tipu la bab-bab komisen dan pompuan korang memang handal akan tetapi korang nasib baik korang tak lupa Islam dan Sultan je.

Ikhlas dari orang yang menyampah tengok kelaku ahli UMNO tapi terpaksa sokong juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2013 at 9:20 AM

itu duluuu, sekarang kita panggey allii cafe

....................
Reply To This Comment ...................
Kuntum
September 10, 2013 at 10:41 AM

Sombongnya pembesar2 Umno....dh hampir melingkup pun nk berlagak kata dpt sokongan rakyat lagi? Diorang xtahu ke kita ni org Melayu dh mcm tersepit 'between a big rock and a hard place'. Toksah perasan la kami ni yg mengundi BN pilihanraya lepas ni mengundi dgn berlapang dada. Kami terpaksa memilih antara dua iblis, faham x?!! Jgn sampai bila smpai PRU akan dtg Melayu2 dh jelak dan nk ajar kerajaan dgn tsunami Melayu pulak.

Mmg memualkn tgk perangai pembesar2 Umno, bila nk PRU/PAU mula masing2 menjadi pelakon pejuang bangsa lah, nk potong elaun lah, nk jnjikn perubahanlah. Eh korang semua boleh pergi mampus!!! Ni la akibatnya bila kepala (Ahjibgor) busuk, sampai ke ekor2 pun busuk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2013 at 11:30 AM

Buang Najib, KJ, Hisham dan Zahid insyaallah UMNO dan Melayu selamat. KJ dan Zahid proksi Anwar. UMNO wajar menghayati sejarahnya sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2013 at 1:30 PM

PRU 13 dulu aku cuma tolak anwar dan dap. Bukan sebab aku sokong UMNO. Kalau anwar lawan najib, aku undi najib. Kalau anwar lawan hisham CKMM, aku undi CKMM. Kalau anwar lawan lembu, aku undi lembu.

Harap jumlah analisis yang mengatakan bahawa jumlah orang Melayu semakin ramai mengundi UMNO tu di tolak 1 (undi aku) sebab aku TIDAK mengundi UMNO. Aku cuma menolak anwar dan dap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2013 at 2:37 PM

salam,

biasa la. pemimpin dok perasan bagus. sekarang ni pemimpin tak ramai yg membaca. bacaan mereka dibaca oleh org yg ada disekeliling mereka. apa yg orang kat lobby, cafe hotel cakap, mereka percaya la. orang kuat boss. takkan la nak berbohong kat big boss. mereka ni sanggup menjilat jika tiada air untuk boss mereka, asalkan berbayar dan jangan banyak tanya. boss kalu dengar ok, terus kembang lubang hidung dan jubur. kalu dengar ko, mau terangkat punggung dari kerusi dan nak kena panggil ambulans. asalkan boss bayar, semua ok dan tiada yg ko

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2013 at 3:18 PM

bro din.. tun m kata better the devil you know than the angel you don't... woi umno agak agak kalau dah 2 kali pru kami nak sokong the devil lagi ka?

Post a Comment