........... Akhramsyah Penipu ? - Lagi Bukti Menyanggah Dakwaan Calon Ketua Pemuda Sik, Mohd Hazri | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Akhramsyah Penipu ? - Lagi Bukti Menyanggah Dakwaan Calon Ketua Pemuda Sik, Mohd Hazri

Wednesday, September 25, 201317comments

Tadi petang saya sudah kemukakan bukti berbentuk artikel2 dari blog MAYC KEBANGSAAN yang telah membuktikan dakwaan mamat diatas adalah satu FITNAH. ( KLiK )

TAPI memikirkan yang mamat ni boleh terfikirkan satu fitnah yang begitu dangkal, yang mampu disangkal dengan hanya melayari blog bernama MAYC, saya tidak menolak kemungkinan mamat ini akan mendakwa blog itu adalah palsu, ditulis baru semalam semata2 untuk menangkis dakwaannya ! I mean .... Endless Possibilities lah kan ...

.... dan mungkin juga ramai yang tidak sokong Akhram boleh percaya kepada pembohongan dangkal Mohd Hazri, jadi saya terpanggil untuk kemukakan satu lagi bukti yang jelas menunjukkan saudara Akhram adalah AHLI MAYC dan pernah memegang jawatan tinggi pada tahun 2010.

Di bawah adalah senarai resmi perwakilan badan gabungan yang hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan MBM kali ke-58 pada tahun 2010. Setiap badan gabungan akan menghantar sekumpulan wakil bagi menghadiri majlis itu. ( jangan ditanya mana saya dapat tapi memang ia sahih dan boleh disemak dengan rekod yang disimpan oleh MBM )




Terpapar nama Akhram selaku KETUA Delegasi MAYC ke majlis itu,  dan seperti lazimnya Ketua yang dipilih adalah seorang yang mempunyai jawatan tertinggi dalam kumpulan. Mungkin tidak dinyatakan beliau adalah Presiden, tapi bukti ini jelas menunjukkan yang Akhram adalah AHLI MAYC dan mempunyai Jawatan yang tinggi dalam MAYC pada tahun 2010.

Ini satu lagi bukti -


Gambar diatas terdapat dalam arkib galeri gambar laman Majlis Belia Malaysia - KLiK, pada 1/11/2010 semasa Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM ke 58 dimana saudara Akhram menjadi Ketua Perwakilan dari MAYC.

Ini sudah cukup menafikan dakwaan calon Ketua Pemuda Sik yang juga merupakan Presiden MAYC kini iaitu Mohd Hazri yang mendakwa serta telah membuat lapuran Polis ( katanya ) konon Akhram tidak pernah menjadi Ahli mahupun Presiden MAYC.

Hmmmm .... agak2 cukup lagi tak untuk orang seperti Hazri ni mengaku bersalah kerana telah menfitnah Akhram dan membuat lapuran Polis ( katanya ) palsu ... ADA LAGI kalau tak cukup !

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 11:32 PM

berapa agaknya si kitol KJ bayar si monyet Hazri nih untuk fitnah Akhram..sial ko KJebon..main taktik kotor!

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2013 at 11:55 PM

@AnonymousTak baik tuduh2 tanpa bukti atau pengakuan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2013 at 12:01 AM

Din,
Akan selamatkah UMNO sekiranya KJ menjadi Ketua Umno hasil sokongan dari mamat diatas dan golongan yang sewaktu dengannya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2013 at 12:13 AM

Kalau mamat ni menang KP bahagian Sik rasanya PRU14 Sik akan jadi milik PAS

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
September 26, 2013 at 12:54 AM

Hazri ni ada ciri-ciri YES CIF.

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2013 at 1:42 AM

Bukan ke kelayakan menjadi calon untuk apa2 jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO calon itu mestilah pernah menjadi AMT atau AJK Bahagian selama satu penggal mengikut kehendak Perkara 9.5 Perlembagaan UMNO tuh???

Tun Faizal Ismail (Calon No. 60) yang bertanding jawatan AMT pun tidah disahkan pencalonannya. Ketua Pemuda itu bukan dalam jawatan Majlis Tertinggi UMNO ke?

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2013 at 1:51 AM

@http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/Saya tidak fasih dalam bab2 Perlembagaan Umno ni, tapi ada tak disebut secara jelas yang jawatan KP itu setaraf jawatan MT atau NP ?

Ada yang beritahu saya jawatan KP adalah jawatan sayap bukan induk. Soal 'sama taraf' hanya ditimbulkan semasa zaman Anwar jadi KP dulu, ia tidak disebut secara bertulis dan masih dalam bentuk 'persepsi'. ( orang kata ....)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2013 at 6:21 AM

Apa yang nak dipersoalkan sangat bab lama ke tidaknya ,,Kalau dok bertahun2 dengan pangkat Yang Tak Memanfaatkan orang lain,,,nhabehkan boreh je nama tu!

....................
Reply To This Comment ...................
esa adam
September 26, 2013 at 6:23 AM

@dinturtle

Bro Din,

KP dan Ketua Wanita adalah sayap saja. Jika ditakdirkan Presiden tiada/terluct jawatan. Tim. akan naik setakuk. Tim Presiden pula adalah dari salah seorang 3 naib Presiden bukan dari kedua sayap.

Jadi KP bukan setaraf dengan naib Presiden. Itu pandangan saya.

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2013 at 9:32 AM

Assalam Bro

Dah agak dah mesti ada tangan ghaib yang terjulur dari belakang... Abis tu laporan polis yang dibuat tu apa cerita... Nampak sangat mamat ni berani buat laporan palsu asal boss dia selamat pegang jawatan sampai mati.... Agak2 lepas ni mamat ni berani berbunyi tak?????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2013 at 10:25 AM

poning kepalo den ! orang ni kato mcm ni,orang tu kato mcm tuh ! adussss mano satu yg botul ???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2013 at 7:54 PM

Hahaha
Ape susah
Tanya sendiri lah dari Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)
COMPOM ROY JAWAB PRESIDEN MAYC TAHUN 2010-2012 ADALAH
SAUDARA MUSTAFFA BIN MAT AROF

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2013 at 8:22 PM

Sy salah seorang perwakilan mayc pada tahun lepas,ada usul yg dibawa oleh perwakilan mayc gua musang mengusulkan beberapa nama yg diharamkan di dalam mayc,ini termasuklah saudara akram shah,usul ini di sokong sebulat suara oleh perwakilan,so sekarang saudara akram shah bukanlah ahli mayc , walaupun dia seorang ahli,selepas keputusan dlm mesyuarat agung,pasti keahliannya di gugurkan,minta penjelasan

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2013 at 9:01 PM

@Hairi OmarSaya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tapi saya menulis berdasarkan konteks isu iaitu dakwaan Hazri yang Akhram TIDAK PERNAH menjadi ahli dan /atau Presiden Mayc.

Bukti yang saya kemukakan menunjukkan Akhram PERNAH menjadi ahli. Soal Presiden itu ..... itu mungkin boleh didebatkan antara mereka yang terlibat.

Saya tidak mahu masuk campur masalah orang lain !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2013 at 8:28 PM

saya perhatikan,saudara dinturtle mengambil pengdekatan playsafe,dari awal entry pertama,saya tidak nampak saudara mempertikaikan mengenai keahlian saudara akhram,tetapi lebih tidak berpuas hati mengenai tindakan saudara hazri selaku presiden mayc memberi kenyataan tentang saudara akhram di akhbar, dan apabila di jelaskan oleh ahli mayc sendiri baru lah menyatakan tidak mahu campur urusan orang lain

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2013 at 8:35 PM

@AnonymousLaa... kan Akhram sendiri mengaku menjadi Presiden Mayc dan pastinya sebelum saya tulis saya dah google nama Mayc+Akhramsyah dan ternyata banyak disebut.

Lagipun takkanlah benda sebegini nak ditipu. Secara logiknya, hanya kerana benda ni, keseluruhan kredibiliti beliau boleh dipertikai. Tak perlu bertanding kalau tipu.

Jadi saya cuma perlu bukti yang benar2 kuat saja.Along the way, ada hambaAllah contact dengan bukti.

Maksud saya tak campur itu adalah dari segi masalah dalaman Mayc tahun 2010-2012.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 12:15 AM

Lol..sick! apa beza menang tipu dgn mengistihar diri sendiri sbg presiden walaupun tidak disahkan?bukti di ambil dari blog personal what so called presiden, mcm sultan kiram declare sendiri as sultan,kunun bukti semua ada..tapi diiktiraf? dun think so..

Post a Comment