........... Akhramsyah - Pemuda Harus Jadi Kumpulan Pendesak Bukan Kumpulan Yes Bos! ( Video ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Akhramsyah - Pemuda Harus Jadi Kumpulan Pendesak Bukan Kumpulan Yes Bos! ( Video )

Wednesday, September 25, 20135comments


Lagi sedutan video wawancara yang saya rakam hari Sabtu lepas bersama saudara Akhram, kali ini beliau bercakap mengenai keperluan Pemuda Umno menjadi satu kumpulan pendesak Melayu .... bukannya kumpulan YES BOS!

Transkrip saya sertakan dibawah - 



KLiK untuk ke YouTube.

Saya rasa perlu ada suara yang konstruktif ke arah memajukan orang2 Melayu, satu suara yang walaupun konstruktif harus tetap nyaring dalam mendesak.

5 tahun lepas saya bertanding sebagai calon Exco Pemuda..... Pada masa itu pun ada perasaan yang kepimpinan Pemuda dirasakan terlalu YES BOS!  Dalam masa 5 tahun yang lepas kita harapkan yang YES BOS! ini sudah berubah .... tetapi yang berubahnya bukan YES BOS! tapi ia dah jadi YES CIF! Yang ubahnya cuma siapa bos atau cifnya tapi kita masih kata YES!

Akhirnya, kalau semua dalam Umno kata YES!, adakah itu maksud pergerakan kita ini ..segalanya Syumul ? Kalau itu sebenar2nya tepat, kenapakah kita tidak dapat meraih semua undi orang Melayu pada PRU13 ?

Kita merupakan satu parti politik berniat untuk memegang kuasa.... jadi kita harus tetap relevan dan tetap terpilih oleh mereka yang menjadi sasaran kita.

Jadi Umno sebagai mewakili orang Melayu dalam Barisan Nasional harus perihatin dengan apa yang dikehendaki oleh orang2 Melayu.

Kita lihat sekarang .... orang2 Melayu dalam reaksi mereka kerana ketiadaan kumpulan pendesak adalah tertubuhnya pelbagai NGO2 Melayu sepanjang tempuh 5 tahun yang lepas.... Cuma kita bernasib baik didalam Umno kerana tidak ada NGO2 ini yang berfikir atau mendapat ilham untuk mengubah dirinya menjadi satu parti politik. ( Jika tidak ) ...kita membawa diri kita ke arah bahaya.

Sebagai kumpulan pendesak, Pemuda harus mengambil tanggungjawab mengisi kembali vakum ini... dan mengatakan bahawa usaha atau keperluan Pendesak itu ada. Dan kita harus mengatakan bahawa, Kamilah kumpulan Politik Pendesak Melayu yang ingin berganding bersama2 dengan NGO2 pendesak Melayu untuk memperjuangkan agenda Melayu ini.

InsyaAllah dengan cara ini, mungkin kita boleh menarik kembali kenyakinan orang Melayu, khususnya kenyakinan orang2 muda Melayu yang kelihatan begitu pudar sekali .... kerana kita tidak memperjuangkan ROH yang betul, mana mungkin mereka menyokong kita !

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
September 25, 2013 at 7:14 PM

i like this guy.. berkarisma

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 9:29 PM

AKu sokong. Di sebabkan politik dan politikus UMNO yand mana T. Presiden, Naid Presiden and Majlis Tertinngi Plus Ketua Pemud, Wanita dan Puteri sekarang tak berani nak ka 'NO' semua Yes tak kisah asalakn poket penuh.maka harapan Ahkram menang dan kotakan Janjinya, jangan bila menang tukar pulak everthing ok , no problem YES MAN.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
September 25, 2013 at 10:03 PM

Pemuda UMNO dah jadi hak milik peribadi KJ dalam usaha dia nak jadi PM. Mujurlah cif yang ada sekarang bukan terkenal dengan aksi main belakang seperti seorang lagi manusia yang turut sama tergila-gilakan jawatan PM. Kalau tidak, sudah pasti ramai exco Pemuda jalan kengkang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2013 at 10:20 PM

Salam,
kekadang, anak org yg radikal mempunyai warisnya. Walaupun tak sehebat bapa, tp mempunyai corak pemikiran yg berbeza sikit dgn org lain. Mereka mumgkin dah puas bermewah, sekarang masa utk berkhidmat. Moga kekayaan bkn pilihan utama mereka. Moga Allah swt memberkati dan merahmati doa kita agar mdpt pemimpin yg berjuang utk agama, bangsa dan negara

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2013 at 9:06 AM

jangan jd pendesak ke arah rosak sudahh..

Post a Comment