........... Akhram Sanusi - Saya Anak DEB | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Akhram Sanusi - Saya Anak DEB

Saturday, September 21, 201325comments


Tadi saya lepak sekejap di PWTC memerhati orang Umno dan siapa2 yang mungkin datang untuk menyerahkan borang pencalonan ...... kebetulan saya bertemu dengan saudara Akhram Sanusi, calon yang bakal mencabar jawatan Ketua Pemuda Umno.

Lama jugalah saya berbual dengan Akhram untuk mengenali beliau lebih dekat lagi. Tujuan saya, untuk mengetahui sejauhmana Melayunya anak muda Melayu ini. Sayang, rakaman yang saya buat tidak berapa bagus kualiti suaranya, insyaAllah saya akan cuba dapatkan kesempatan lain yang lebih sesuai untuk dibuat rakaman.

Saya cuma ambil bahagian kecil dibawah untuk dikongsi bersama, jawapan Akhram bila saya tanya soalan - Pandangan saudara tentang DEB.




KLiK untuk ke Youtube


Saya sendiri Anak DEB ... seorang yang telah maju, berjaya dan kini berupaya untuk memajukan keluarga saya sendiri...dan ini kerana hasil DEB yang telah membawa saya ke tahap ini. Sesungguhnya inilah menjadi sebab untuk saya mempertahankan DEB itu.... kalau saya sendiri pernah banyak menerima manafaat dari DEB, maka berdosalah saya sekiranya saya menidakkan peluang ini kepada orang2 Melayu lain.

Ini antara anugerah orang2 tua kita, dan ia semata2 untuk memajukan orang2 Melayu kita di Tanah Melayu, tanah kita sendiri.  Setidak2nya, apa yang kita nikmati sekarang, apa yang dilihat sebagai satu anugerah ...generasi sekarang tidak boleh di tidakkan, malah dilanjutkan untuk mereka dimasa hadapan.

PS - Kebetulan Mukhriz datang melawat tadi dan saya sempat rakamkan ini -

Share this article :

+ comments + 25 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 4:19 PM

Seorang melayu yang tak malu untuk mengaku bahawa apa yang beliau dapat hari ini kerana jasa pemimpin terdahulu yang memberikan "tongkat" kepada melayu. Ada melayu yang malu dikaitkan dengan "tongkat", takut digelar OKU kot.

Ramai sebenarnya melayu yang perasan konon berjaya atas usaha sendiri semata-mata. Inilah jenis melayu yang tak mau terikat dengan nostalgia lampau dan lupa asal-usul. Lupa di mana bumi di pijak. Terikut-ikut dengan fahaman hak asasi manusia versi barat yang menyatakan bahawa setiap manusia mesti dilayan samarata dan samarasa.

Melayu yang berfikiran terbuka dan bersikap liberal adalah tidak layak menjadi pemimpin kepada parti melayu. Ini kerana, mereka melihat melayu tidak wajar dibantu, lantaran dilihat bertentangan dengan jiwa mereka yang melihat melayu dan cina tiada beza sama sekali. Walhal melayu masih perlu dibela kerana melayu masih lagi merempat di bumi sendiri. Hakikatnya melayu masih lagi dinafikan hak untuk meraih kekayaan di bumi yang bertuah ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 4:29 PM

Rasanya lah.. Setakat ingatan aku la, ini adalah calon pertama yg bangga dan tanpa segan silu mengaku dirinya berjaya hasil dari kejayaan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru yg dipelopori oleh Tun Razak BAPAK kepada ajib gor!!
Aku amat berharap perwakilan pemuda UMNO menggunakan akal yg dianugerah oleh Allah swt sebaik mungkin jangan pula akal berkenaan dianak tirikan setelah diberi RM200/seorang??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 4:55 PM

KJ !! KJ !! KJ !!

PEMUDA SOKONG KJ !!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 5:34 PM

Pemuda mana yang sokong KJ ? Pemuda MCA ke atau Pemuda Gerakan atau Pemuda MIC ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 5:51 PM

Sebenarnya Melayu liberal adalah Melayu lupa daratan dan tak sedar diri.
Baru senang sikit dah tak ingat asal usul dan merasakan dunia ini diaorang yg punya

UMNO tidak memerlukan Melayu liberals @ Si Tanggang Moden

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 5:59 PM

Ehemmm saya pon product deb juga. Saya doakan kejayaannya dlm pertandingan ini. Tidak rugi berendah diri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 6:15 PM

Betul bro.Kita sedih dgn PAS yg tak begitu jelas perjuangan utk bangsa Melayu.Assabiyah? kata Nik Ajis.Kita keliru.

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
September 21, 2013 at 6:19 PM

Ah Jib Gor sendiri malu nak mengaku Melayu.. KJ lagila JAUH drpd MELAYU. Harap dia menang sbg Check and Balance dlm UMNO. Kasi desak sikit Presiden yg disyaki bakal bertukar semula warnanya selepas PAU

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 6:39 PM

Saya amat berasa terharu dan pilu membaca ungkapan anak muda ini saperti yang disiarkan oleh admin. Jauh dilubuk hati saya terasa keikhlasan dan kebenaran kepada kata kata itu. Saya kira ini adalah satu satunya daripada ramai yang lain yang boleh dijadikan caturan untuk mengembalikan kegemilangan bangsa MELAYU. Beliau sedar dan tahu dari mana asalnya. Beliau punyai sikap berterima kasih keatas peluang yang telah diperolehi. Beliau menyanjung tinggi pehak yang telah membina beliau menjadi seorang insan sapertimana sekarang, insan yang boleh dikatakan berjaya. Berterus terang dan tidak berselindung lagi beliau mengatakan kelahiran beliau dari dasar kerajaan iaitu DEB.


Bukan mudah bagi seseorang untuk mengakui segala ini. Bukan senang untuk seseorang mempertahankan dasar yang sememangnya dapat melahirkan MELAYU yang berjaya.

Diharapkan agar anak muda ini akan diperkenankan untuk menduduki tempat yang dipertandingkan. Dari sudut perjuangan bangsa, saya kira inilah pemimpin MELAYU yang begini lama telah kita cari. Seorang pemimpin yang dapat diberikan amanah untuk memperjuangkan agenda agama, bangsa, raja raja dan negara tercinta. Saya yakin Allah akan mempermudahkan perjuagan anak muda ini, Insya Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
September 21, 2013 at 6:43 PM

Kita mahu pemimpin yg tak segan-silu dan malu2 kucing untuk membawa agenda Melayu.Kita tak mahu pemimpin yg 'Malaysian Malaysia' ala2 dap dan pkr.

Ahjib selamat sebab tak ada pencabar dan 'peluru terakhir' yg dia lancarkan minggu lepas agak berjaya mengaburi mata Melayu.Yang ini kita tak boleh buat apa,cuma kita pantau sejauh mana 'agenda Melayu' ahjib berjaya.

Ada tak ada,kita tumpukan pada pemimpin pelapis yg akan menggantikan pemimpin2 sedia ada di masa depan.Wajib kita membariskan pemimpin yg berjiwa Melayu yg bertunjangkan alif,ba,ta..

Akhram mungkin salah seorang calon yg berpotensi untuk mengembalikan semangat Melayu ke dalam umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 6:45 PM

DT hang jangan kelentong. Hang pi sana pasai hang pun serah borang kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 8:06 PM

PI MAMPOS BERAMBUS MELAYU LIBERAL
GUA PUN ANAK DEB STUDY N TINGGAL AMERICA 8TAHUN TAPI GUA BANGGA JADI MELAYU NASIONALIS PTUII MELAYU LIBERAL LU INGAT LU SORANG JE KE INTELLIGENT

ABH.. ASALKAN BUKAN HISHAM@AMARAN
ABN.. ASALKAN BUKAN NAZRI@KITUL
ABK.. ASALKAN BUKAN KJ@LIBERAL

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 8:07 PM

Din, Ah Jib Gor dah menang tanpa bertanding. Any comments ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 8:17 PM

Pemuda yg otak terletak di kepala lutut...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 8:27 PM

saya teringin nk tgk adakah 200 ringgit masih cukup utk membeli 150000 pengundi nnt.

kalau itulah hakikatnya... :)

maknanya kita ade 150 000 melayu yg rendah harga diri dan maruah.

kita harapkan yg terbaik tp firasat saya nnt mcm x berapa baik.

cuma tgk kj akan menang atau tidak nnt.

kalau dulu Allah SWT menolong perjuangan kita 13 mei yg melihat parang berterbangan hari ni kita harap Allah akan membantu kita lagi. wallahualam.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 8:30 PM

Bro, interframe la gambar mu sama, kami juga nak tengok!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 9:08 PM

Nampaknya Akram tak keseorangan mencabar KJ. Memang sengit pertandingan kali ni. 5 penjuru beb. Din, bole tak ko kasi sikit info pasal pencabar-pencabar KJ yang lain. Lagi banyak pilihan lagi baik. Asalkan bukan KJ.

....................
Reply To This Comment ...................
007
September 21, 2013 at 9:28 PM

DAPSY - Pemuda Sosialis DAP

....................
Reply To This Comment ...................
September 21, 2013 at 10:25 PM

@Anonymouserk ! kantoi ...

....................
Reply To This Comment ...................
September 21, 2013 at 10:25 PM

@AnonymousPak Lah dulu bukannya jatuh melalui pemilihan :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 10:33 PM

@Anonymous
terlalu MAHAL bro. tidak ternilai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2013 at 10:41 PM

sekarang ni semua perwakilan sedang menunggu durian runtuh. baunya sudah pun dapan dihidu. ada juga yang sudah pun menerima panggilan talipon dari wakil yang bertanding. ada juga yang bertanding sudah pun turun padang. mmmmmm rezeki turun setiap PAU. lagi ramai yang bertanding, rasanya lebih hebat. ada juga perwakilan yang sedang mencari kebun yang mengeluarkan hasil yang lumayan. begitulah lumrah. tak mungkin dapat ditonjolkan pemimpin yang benar benar dapat membela bangsa sebab ada diantara perwakilan yang tidak langsung tau latar belakang calun. yang penting asyuk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2013 at 1:44 AM

CEMBURU MELIHAT KETUA PEMUDA SPT YG DIDAPATI OLEH MIC. LAWAN TETAP LAWAN WALAUPUN TERPAKSA BERTENTANG DGN KERAJAAN BN SEKALIPUN DALAM ISU KAUM INDIA SPT KUIL DIJLN P RAMLEE. HARAPKAN KJ TAK DENGAR SUARA PUN BILA ISLAM DAN MELAYU DI SERANG. KP MESTILAH BERANI BERSUARA MEMBETULKAN PEMIMPIN PARTI JIKA TERGELINCIR DARI LANDASAN. BILA LAGI NAK DAPAT SPT JAAFAR ALBAR.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2013 at 5:47 PM

Kj adalah pemimpin harapan para exco pemuda umno. Ketua oemuda negeri sokong belaka kj. Jd jgn harap la nak lawan. Jaga muka boleh la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2013 at 2:04 PM

din.macam mana diorg nak kira 150000 undi tu?banyak kot...x akan berlaku penipuan ker?

Post a Comment