........... Adilkah Ini ? DiMana Sifat Belas Sesama Insan Kita ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Adilkah Ini ? DiMana Sifat Belas Sesama Insan Kita ?

Monday, September 30, 201315comments


Gara2  mencuri 2 keping not RM1 dari tabung mesjid, seorang pemuda Melayu dihadapkan ke Mahkamah - Sinar. Beliau bakal berdepan penjara 10 tahun maksimum jika disabit kesalahan.

Baca komen rakan blogger ini - KLiK.

Anda rasa benda ni lawak...... tak percaya hakim mungkin saja memenjarakan mamat tu hanya kerana curi RM2 ?

Juga berlaku di Kota Bharu, baru 2 minggu lepas saja, seorang lelaki Melayu turut berdepan dengan hukuman penjara jika sabit kesalahan mencuri RM1 dari tabung mesjid ! Ringgit Malaysia SATU sahaja ! Dan nak tahu serius ke tidak, beliau diikat jamin RM4 ribu sementara menunggu tarikh bicara pada 13 Oktober depan. ( KLiK )

Yalah, curi tetap bersalah walau banyak/sedikit mana pun tapi ......... 

Yang heret mereka berdua kebalai Polis pastinya mereka yang ada kaitan dengan pengurusan Mesjid berkaitan, kan .... Dan mereka mungkin tahu apa berlaku disebalik kes mereka ini yang kita tidak tahu..... TAPI apakah itu tindakan yang paling baik bagi menangani kes2 ini ?

Bagaimana pula hukuman bagi jenayah kolar biru, kes pecah amanah, menyalahgunakan kemudahan atau pinjaman ..... tidakkah itu juga satu bentuk perbuatan mencuri ?

Tak tercapai akal nak memikirkan logik disebalik semua ini !

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2013 at 8:33 PM

NFC tak pulak kena apa apa hukuman

terang terang menyalahgunakan duit

malah di beri pujian oleh najib

kalau shahrizat menang ketua wanita umno
lebih berkuasa dan mcm mcm lagi pembohongan dan penipuan
lagi akan berlaku

inilah keadilan rakyat malaysia yg susah dan mencuri hanya RM 2 dihukum
begitu berat

dan seorang VIP yg sepatutnya di hukum penjara dilepaskan

inilah realiti yg berlakun. dinegara kita skrg ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2013 at 9:11 PM

Mencuri memang salah tapi tak sampai hati kalau hanya kerana seringgit dua, terpaksa meringkuk bertahun tahun dalam penjara. Adalah lebih baik menghukum pemuda tersebut dengan melakukan kerja kerja kebajikan di masjid tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2013 at 9:56 PM

kolar biru ke putih?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2013 at 9:56 PM

Salam,
ikut law, curi dan pecah amanah tak sama. Curi lebih berat lagi. Bendahari masjid pecah amanah Duit madjid tak sama hukuman dgn pencuri ambil duit singgit dlm tabung masjid. Tapikan, dlm masjid, org curi, memaafkan dan memberi tazkirah kpd pencuri lebih baik rasanya drpd memberi hukuman. tak tau la org masjid dah hilang sabar dgn pencuri. Kurang tak iman kalu hilang sabar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2013 at 10:54 PM

Hakim menjatuhkan hukuman ikut perasaan, bukan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 12:01 AM

Dah lama saya dok perati kes2 mcm ni. Dulu ada kes seorang yg mencuri duit siling dari pondok telipon, ada beberapa ringgit barangkali.... Tau apa hukumnya? Dipenjara lebih dari 2 tahun. Tapi selang beberapa waktu, ada mamat koler putih gelapkan wang berjuta, tapi tahap hukuman adalah hampir sama.... Barangkali yg jatuh hukum tu pakat berkongsi dgn mamat pengelap wang tu agaknya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 7:24 AM

Saya setuju anon 09.11. Lebih baik pencuri ini dihukum dengan melakukan kerja kerja sosial.

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2013 at 8:13 AM

@kampong ladYa, saya ter RALAT. Seharusnya dibaca Jenayah Kolar Putih :) TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 10:30 AM

Allah akan hukum kepada sesiapa yang buat zalim, tidak berperikemanusian, tidak adil menjalankan amanah @ kuasa yang ada padanya. Azab Allah Amat PEDIH.

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2013 at 11:04 AM

pengurusan masjid lebih kejam dr pasaraya....klu kat pasaraya, mencuri barang bernilai rm 20 ( ke 50) baru dorang report polis....ptt pengurusan masjid di kota bahru tu gunakan pendekatan yang x punitive....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 5:38 PM

apalah salah jika rm 1 tu di halalkan atau minta waris pelaku membayarnya...kenapa sampai di dakwa di mahkamah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 8:33 PM

kerja gila.pasal rm1 kena penjara.hakim tu dtg bulan ker..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 11:58 AM

Bro ikut ratio/nisbah la

Kena tengok fakta kes dahulu.

Curi RM2 ringgit dari pendapatan masjid hari itu. contohnya RM 200 = 1%

Curi Dua Juta dari harta Petronas 2 billion = 0.0.1%

Jadi manakah yang lebih teraniaya?

Sudah tentu Petronas la sebab nisbah dia lagi tinggi.

Sebab itu hukuman bukan ikut jumlah sahaja banyak faktor lain.

Undang-undang Malaysia memang dah adil dah. Tak kira singgit atau sejuta kena tengok fakta kes dahulu. Hakim bukannya bodoh.

Kenapa Masjid sampai hati report polis? Mungkin dah kerap dah dia curi. Mungkin dah tahan dah. Mungkin pencuri tegar. Mungkin nak ambil beli dadah etc.

Pertimbangkan ini juga rm 2 ringgit itu harta awam umat Islam. Memang besar dosanya ambil tak kiralah jumlahnya.

Kita dah kira tak harga tabung (bekas) yang kena pecah? Atau ibu kunci? atau lepas ni kalau tabung itu jenis tak selamat berapa harga yang masjid kena keluar untuk beli kunci dan rantai serta jenis tabung yang lebih selamat? Sapa nak bayar? adakah 2 ringgit sahaja?

masa bila pemuda ini ambil? Masa malam ke? Bagaimana dia masuk? panjat pagar? pecah tingkap? Kalau boleh tembus keselamatan masjid berapa hraga masjid kena bayar untuk upgrade keselamtan?

Kita jangan emo sangat. Kena tengok fakta kes baru sembang. Fakta di paparan kali in tak cukup untuk kita kata apa-apa. Hanya cukup untuk menaikkan emosi sahaja tapi tidak cukup untuk menghukum si pencuri, si hakim dan pihak masjid apatah lagi kes NFC yang tiada kaitan malahan fitnah lagi. (kes NFC tiada pecah amanah peruntukkan kewangan - beli kondo itu sah - yang kata tak sah itu tak sekolah business dan undang-undang - cuma keraguan timbul dari segi hal anak-beranak dan suami menteri).

Ikutlah sunnah Nabi siasat habis-habis barulah jatuh hukum atau nak beri ehsan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 6:33 PM

Pihak masjid tidak prihatin dengan masalah kariah dikeliling..sepatutnya pihak masjidlah yg ambik tau hal2 dikeliling dn bercampur sesama orang kampung bukan sesama lebai2 aje..

disebabkan kesempintan hidup sipencuri mencuri..sepatutnya pihak masjid siasat habis2 mngkin sipencuri nak beli gula atau tepung untuk anak2 nak makan..mana isi hati dan akhlak terpuji silebai masjid berkenaan..

jangan seronok dgn jawatan masjid tapi kita tidak layak..Nabi saw tidak zalim sampai begitu contohilah perilaku Nabi saw dalam kehidupan ini..bayangkan kita berada ditempat hamba Allah tu bagaiman?

Tindakkan yang memalukan diri sendiri..baik pihak masjid dan sipencuri itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2013 at 2:38 PM

Dia curi singgit sebab yg ada cuma singgit. Kalau ada seribu, dia ambik singgit jugak ke? Bila hudud nanti, bukan penjara dah, potong tangan terus. Mana lebih baik?

Post a Comment