........... Yang Tidak Faham Demokrasi Itu Ahli Atau Pemimpin Umno ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Yang Tidak Faham Demokrasi Itu Ahli Atau Pemimpin Umno ?

Sunday, August 4, 20133comments

Saya copy dua komen pembaca dari artikel saya sebelum ini dimana tertera satu poster imaginasi ( mungkin juga harapan ? ) akan pertandingan antara Team Najib VS Team Muhyiddin -

Anon - Why not ? Be gentleman, the winner lead, the loser support !

Tobeng - Ana setuju.Kalau semua mengaku gentleman kenapa takut berpecah kalau kalah?Kalau team najib kalah,terimalah keputusan perwakilan/akar umbi dan teruskan menyokong umno dan kepimpinan baru yg dipilih.Dengan cara itu baru umno akan kembali kuat dan dihormati.

p/s:tentera2 RBA versi ah jib sudah mula menyerang di blog2,tanda2 pau dah dekat dan ahjib sudah goyang?hehe


Oya, ini posternya bagi mereka yang belum lihat -



Sebelum ini kita dah dengar riuh rendah pemimpin2 Umno memberi alasan tidak mahu melihat pertandingan diadakan bagi jawatan tertinggi semasa PAU nanti dan alasan yang paling favoret diberikan adalah - Tidak mahu melihat PERPECAHAN didalam Umno akibat pertandingan.

Sebenarnya, yang tidak dapat menerima kekalahan sekiranya diadakan pertandingan sehingga mungkin menyebabkan parti berpecah belah itu siapa ? Ahli Umno ATAU pemimpin yang bertanding ?

Tun Mahathir berkata Umno masih belum faham Demokrasi sebenar -

Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang Melayu dan Umno berpecah lagi.

Sebenarnya siapa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir sebagai orang Malaysia yang tidak pandai berpolitik itu - ahli Umno ATAU pemimpin yang bertanding ?

Sebagai pemimpin tertinggi Umno, mereka seharusnya menjadi contoh dan mengajar kepada ahli2 biasa bagaimana cara orang matang berpolitik. 

Tapi kenapa jika ada calon yang menawarkan diri untuk menentang mana2 jawatan dipandang serong dan dianggap musuh oleh penyokong pemimpin yang dicabar ? Kenapa tindakan itu perlu dilihat secara peribadi ? Bukankah itu DEMOKRASI ?

Kenapa para pemimpin sendiri tidak keluarkan kenyataan mengalu2kan siapapun yang mahu bertanding ? Mungkin pencabar ada idea dan caranya yang lebih baik bagi memajukan parti dan dalam konteks ini, memperkuatkan bangsa Melayu ? 

Saya percaya orang Umno sudah matang berpolitik, sudah pandai membuat penilaian mana yang baik dan mana yang buruk. Sebarang pertandingan adalah untuk kebaikan parti juga. Hanya melalui pertandingan kita mampu dapatkan yang terbaik.

Masalahnya pemimpin sendiri yang tanamkan persepsi negatif terhadap sebarang pertandingan. Budaya sihat dalam sesuatu pertandingan itu telah diberikan gambaran secara negatif. 

Kerana apa ? Kerana pemimpin itu sendiri yang takut kepada bayang2, takut akan kehilangan kuasanya dan tidak punya kenyakinan tinggi pada diri sendiri.

Bertanding sajalah.... siapapun yang menang atau kalah, tak perlulah bermusuhan. Mereka masih boleh bekerjasama ..... kan ? Tidak perlu berpatah arang dek sebab pertandingan.

Para penyokong hanya mengikut saja apa kata pemimpin.  Kalau pemimpin mampu bersatu kembali selepas bertanding sesama sendiri, tidak ada sebab para penyokong mereka perlu bermusuhan dan tidak ada sebab boleh berlaku perpecahan dalam parti.

Jadi sekali lagi saya bertanya - Yang tidak faham amalan demokrasi itu ahli Umno atau pemimpin Umno ?


PS - Sila baca satu artikel menarik dari blog Kepal Nasi Kepal Beras


Mereka mahu UMNO itu dipulihkan menurut cara rawatan dan preskripsi mereka dan bukan mengikut rawatan dan preskripsi orang lain, walaupun rawatan dan preskripsi yang mereka berikan sudah terbukti gagal mengembalikan sokongan dan kekuatan UMBO/BN sepertimana jangkaan yang sepatutnya.

Inilah yang menyebabkan UMNO tidak pulih-pulih. Pulih pun sekejap-sekejap. Lepas tu penyakit datang balik.

Mana ada dalam dunia ini pesakit sendiri yang menentukan preskripsi dan cara mana rawatan pemulihan harus dilakukan terhadap mereka.

Hanya UMNO saja yang minta dirawat dan disembuhkan penyakit, tapi rawatan itu haruslah menurut citarasa dan spesifikasi rawatan selaras dengan syarat dan kehendak mereka yang berkuasa.

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2013 at 8:52 AM

Amat mengharap pertandingan di atas menjadi kenyataan!

Sudah tertulis dalam hati calon calon mana yang bdiharapkan menang!

Kalau hajat itu dimakbulkan, Alhamdulillah UMNO bebas dari dua pemimpin yang kurang berwibawa!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2013 at 4:44 PM

Salam,
pemimpin takut hilang jawatan. Hilang sumber wang besar. Dato norza dlm satu artikel pernah kata, duit dlm saku hanya ada rm5 shj. sekarang ada tak terkira. Sanggup ke hilang jawatan. Jawatan dlm umno merupakan sumber duit. Tak percaya? Saya pernah menyediakan pesanan makanan, semasa menyiapkan tempat, beberapa ahli umno berada di situ. Tak kerja ke pd waktu kerja? Itu persoalan saya kerana kenal mereka.

Tanpa jawatan, mereka tak yakin utk berkhidmat krn dah biasa dgn hormat dan mkn besar di hotel bila berjawatan. Jd ahli biasa kena jadi org bawah, ikut jer. Jatuh darjat bila tak berjawatan. Ahli tak hormat lagi. Tak ada org panggil rasmi. Banyak benda hilang terutama kat dlm akhbar dan tv. So lonely. Jadi demokrasi bkn utk org besar umno.

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2013 at 10:45 AM

Assalam Bro

Yang tak faham demokrasi tu tentulah pemimpin2 yg tak mahu lepaskan jawatan yang mereka sandang.. Nak pegang kalau boleh sampai mati... Lepas tu ada pulak satu lagi lapis pemimpin yang mengiakan apa pemimpin takut kalah CAKAP... JANGAN ADAKAN PERTANDINGAN KERANA TAKUT TERJADI PERPECAHAN... Kalau takut kalah janganlah bertanding... pemimpin ini pun sebenarnya mempromosikan jawatan mereka juga jangan dipertandingkan...Pemimpin jenis bodek yang makan keliling... Tapi apa pun semuanya bergantung pada ahli2 UMNO... kalau masih tak sedar dan berkhayal yang UMNO hari ini masih kuat dan di terima semua lapisan orang Melayu mungkin mereka silap.. Bak kata Dr. M.. kalau pemimpin UMNO bersin pun penyokong akan bersorak dan bertepuk... Bila lagi nak sedar...?

Post a Comment