........... WAJIBKAN Kibar Jalur Gemilang - Saya SOKONG ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

WAJIBKAN Kibar Jalur Gemilang - Saya SOKONG !

Saturday, August 24, 20132comments


Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan melihat keperluan untuk diwujudkan undang-undang bagi mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan.
  
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini kerana masih banyak premis dan bangunan terutama milik swasta tidak peka akan kepentingannya sebagai melahirkan rasa menghargai dan kecintaan kepada negara.-
Mkini.



SAYA SOKONG !

Mungkin ada yang akan berhujah konon semangat patriotik itu tidak boleh dipaksa bla bla bla .... KENAPA TIDAK  ?  PAKSA JER ....

Kalau dah berpuluh tahun menjadi rakyat pun masih tidak ada semangat patriotik, memang tak boleh diharap dah semangat itu akan datang dengan sendiri. Nak datang macamana kalau diri mereka sendiri menolak !

Pelbagai alasan akan diberikan dan yang tak boleh blah kalau mereka gunakan alasan hak asasi kemanusiaan ..... Cara mereka adalah dengan berhujah, jadi jangan dilayan !

Golongan opportunis sebegini hanya memikirkan keuntungan semata2 dalam setiap tindakan mereka. Jika tidak ada keuntungan bermakna tidak ada keperluan untuk mereka buat. 

Jadi kerajaan kena wujudkan KEPERLUAN itu melalui cara undang2. Jika tidak kibarkan Jalur Gemilang mereka akan disaman ....... nah, itu saja sudah merupakan satu keperluan yang penting untuk dipatuhi.

Biarlah dalam keadaan izin dalam paksa sekalipun, kita kena rancang jauh ke depan. Secara perlahan2 perkara ini akan jadi satu kebiasaan dan lama kelamaan menjadi satu budaya. Tika itu kerajaan tidak perlu lagi dah nak buat sebarang kempen kerana rakyat sendiri secara sukarela akan mengibarkan Jalur Gemilang setiap bulan Merdeka.

Dan yang lebih penting lagi, kerajaan boleh jadikan kes ini sebagai test market untuk keperluan mewujudkan satu lagi undang2 dalam memastikan rakyat hormat kepada satu lagi lambang kebangsaan iaitu BAHASA KEBANGSAAN.

Tapi yang ini kena mula dari ATAS dulu .... Tidak boleh pilih kasih. Kena berani bertindak, kena berani tegur, kena berani saman ..... biar PM sekalipun.

Wujudkan satu situasi KEPERLUAN untuk rakyat fasih berbahasa Kebangsaan, barulah mereka akan mengutamakannya.

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2013 at 12:57 PM

Betul aku pun sokong! Tapi ada juga rakyat Malaysia yang dok bangga dengan Kereta2 luar negara. Aku baca setengah2 blok fb mcm2 diorang kata kat kereta proton agak2 la nk kutuk pun...tak ada semangat patriotik langsung macam bangang yang kelakarnya ada puak ni kata proton tak elok tapi dia sendiri pakai proton macam gampang. Din walaupun xda kna mengena dgn bendera tapi aku cuma nak bg tau yang rakyat Malaysia sekarang ni ramai dah tak patriotik!! Cina jgn tanya la berapa kerat ja yg patriotik itu tak pa yang melayu ni pun ada jgak....jgn jadi batak!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2013 at 1:50 PM

Says dah gantong 3 keping sejak awal syawal. Dlm kreta mmg senantiasa ada. Proud to b a msian.
Skali ni saya tdk akan turunkan.:-)

Post a Comment