........... UDA Balik Asal - TAHNIAH Muhyiddin ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

UDA Balik Asal - TAHNIAH Muhyiddin !

Tuesday, August 27, 201314comments

Nak kena tukar kepada berita yang gembira sikit lah.... hari2 duk layan berita sakit hati jer, boleh jadi tension beb. Nah... satu berita yang boleh beri sedikit kelegaan ...

Dari UTUSAN - UDA perlu kembali ke peranan asal.

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu UDA Holdings Berhad (UDA) kembali kepada peranan dan fungsi asal penubuhannya iaitu membantu para usahawan bumiputera, khususnya di kawasan bandar-bandar utama negara ini.

Beliau berkata, apa yang berlaku sekarang sebahagian besar usahawan bumiputera di kawasan tersebut berhadapan dengan masalah pemilikan lot-lot kedai memandangkan harganya yang begitu mahal.

Menurutnya, para usahawan juga berhadapan dengan masalah harga sewaan kedai yang begitu tinggi.

“Saya setuju dengan saranan supaya UDA melihat kembali fungsi dan peranannya asal terutama di kawasan bandar yang mana kos sewa agak tinggi, sekali gus sebahagian usahawan bumiputera tidak mampu membeli kedai-kedai untuk berniaga.

Jadi, mungkin peranan yang sejak dulu diserahkan kepada UDA dapat dilihat semula dalam menyediakan peluang terutamanya kepada usahawan bumiputera di kawasan bandar-bandar utama," katanya.

Apakah ini merupakan satu halatuju baru UDA dibawah CEO yang baru dilantik pada 17 Julai baru ni, Datuk Johari Abdul Ghani yang juga merupakan MP Titiwangsa ? ( KLiK )


Saya sokong kenyataan Muhyiddin ini ! Serabut dan menyakitkan hati bila mengenangkan UDA semasa dibawah Nur Jazlan ..... terlalu komersil dan hanya tahu hendak jual tanah milik Melayu saja sebagai cara mencari dana. ( KLiK )

Diharap dengan inisiatif  ASAL ini, UDA mampu menyediakan peluang kepada usahawan Melayu untuk memiliki premis perniagaan dikawasan bandar terutamanya di shopping2 kompleks ternama di ibukota.

Ingat lagi kes peniaga Melayu yang ditindas di Suria KLCC ? - KLiK. Suria KLCC yang milik Petronas diberi kepada bangsa lain untuk diuruskan, dan kesannya kepada bangsa Melayu ? 

Mengikut Ahmad Maslan, statistik terkini kedai yang diusahakan oleh Bumiputera di Lembah Kelang hanya sekadar 15%. KLiK.

Jika satu entiti diwujudkan bertujuan membantu usahawan Melayu, apakah KPI bagi menunjukkan ia telah berjaya ?  Berapa untung RM yang berjaya diraih ATAU berapa ramai usahawan Melayu yang berjaya dilahirkan ?

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
KA
August 27, 2013 at 10:52 AM

its about time.melayu tak tolong melayu sape lagi nak tolong kan

....................
Reply To This Comment ...................
August 27, 2013 at 10:54 AM

@KASelamat kembali KA :)

Ya, DAH LAMAAAAAA sangat tak dengar berita yang macam ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2013 at 11:10 AM

Melayu elite terbawak2 oleh konteks metropolitan, mudah lupa asal usul.

Melayu NEP harus diberi peluang utk menjadi pemimpin sebab mereka susah payah bermandi peluh untuk berjaya tanpa kesenangan dan sokongan ibubapa yg mewah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2013 at 11:51 AM

kalau melayu tak sedar kini...bila lagi nak sedar??
setiap keputusan jgn ada kepentingan peribadi dan keluarga..kepentingan utk memartabatkan kembali ekonomi kita yg tak seberapa kini wajib diperjuangkan..
UDA perlu bergerak kelandasan yg betul..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2013 at 2:03 PM

bravo utk tpm tan sri muhyidin....bukan mcm PM. eloklah kita tukar presiden umno sekali di pau nanti

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2013 at 4:20 PM

GUA DAH CAKAP
WAJIB TUMBANGKAN AH JIB GORBLOK
ANGKAT MUHYIDIN N ZAHID
2 ORANG NI ADA JIWA MELAYU

AH JIB GORBLOK NI BANGSAWAN
LAHIR LAHIR DAH KAYA RAYA
TAK TAU SUSAH MELAYU BAHAWAN
DAPAT LAK BINI ROSMAH BOROS
HARTA NEGARA MACAM BAPAK DIA PUNYE

TNB..TUMBANGKAN NAJIB BANGSAWAN
SEBODOH BODOH PAKLAH DIA TUBUH MECD
SI AH J8B GORBLOK PI HAPUSKAN

....................
Reply To This Comment ...................
August 27, 2013 at 4:48 PM

Sudah lama aku tegur peranan UDA yang sepatutnya memperbanyakkan premis perniagaan untuk peniaga melayu di bandar.

Tapi Nur Jaslan tu asyik menjual tanah kerajaan dibandar untuk menampong kos operasinya. Memang kena pada masanya UDA diterajui oleh orang yang benar2 mahu menolong orang Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2013 at 6:03 PM

TERINGAT PELAKON NORDIN AHMAD
"RAJA ADIL RAJA KUSEMBAH RAJA ZALIM RAJA KUSANGGAH"

DAN AKU LAK KATA
"AH JIB GORBLOK BAGUS AH JIB GORBLOK KU UNDI AH JIB GORBLOK BEBAL AH J8B GORBLOK KU BALUN"

AH JIB GORBLOK GAGAL 4 TAHUN UTK UPLIFT MELAYU DIA NI HAPUS MECD SI BARUAH CINA NI BAGI SEKOLAH CINA BERBILLION BILLION TAPI SEKOLAH AGAMA MASIH DAIF AH JIB GORBLOK TIDAK LAYAK MEMIMPIN MELAYU UR A FAILURE DUDE GO RESIGN NOW HJ NAJIB BAHLOL

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2013 at 6:32 PM

kedai aku dkt pantai dalam nak diroboh, jln alor di kasi naik taraf rm12 juta.terima kasih DBKL.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2013 at 6:52 PM

Isu pokonya apakah agenda melayu dlm sanubari pemimpin umno dan kerajaan sekarang ni? mestikah nasib umat melayu tertakluk kpd pembawaan pemimpin walau secair mana sekalipun? apakah keselesaan kedudukan pemimpin tertentu lebih besar daripada kepentingan melayu?

....................
Reply To This Comment ...................
August 27, 2013 at 6:57 PM

@AnonymousYa saya setuju perseoalan itu. sepatutnya bangsa yang arah pemimpin bukan pemimpin yang arah bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
August 27, 2013 at 6:59 PM

@AnonymousKalau saudara rasa dianiaya dan punya kes, saya boleh tolong hightlite kan.

emel saya - dinturtle@hotmail.com

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2013 at 7:01 PM

Hangpa ni kalau komen pasai orang baguih sungguh. Coba hangpa p tanya Nur jazlan tu betui-betui apa yang terjadi dan apa yang dah terjadi. Melayu meniaga duit tarak. Asik hutang. Betimbun hutang. UDA jugak kena tanggung. UDA tadak duit. Tanah banyak. Dah la dalam UMNO sendir banyak boya. Nampak UDA dah pulih sikit, masuk cucuk jarum mintak project, wahal modai sekepiang pun tarak. Cakap dalam TV bebuih-buih. Nak ajaq UDA cara mana nak meniaga. " bagi kami ajaq UDA..." konon. Macam pandai meniaga. Lepaih tu, p komplen Nur Jazlan tak bagi yang tu, yang ni. Ada sapa-sapa yang bagi komen kat sini p berbincang face to face dengan Nur Jazlan? Saya bukan menyokong sapa-sapa, carilah dulu bukti yang benar dan nyata dari bagi komen macam tampal plaster.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 10:21 PM

Rasa-rasanya susah terlaksana selagi Ah Jib masih number 1.

Post a Comment