........... TPPA - Isu Utama Adalah TRANSPARENSI. Jika KERAHSIAAN Menjadi Syarat, PERSETANkan Saja ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TPPA - Isu Utama Adalah TRANSPARENSI. Jika KERAHSIAAN Menjadi Syarat, PERSETANkan Saja !

Thursday, August 29, 20133comments


Saya suka tengok gambar diatas .... bukan ada apa-apa signifikan atau maksud tersirat, bukan menyindir, bukan mengutuk ....bukan suka dalam ertikata Happy ..... tapi yalah ..... sekadar suka jer. 

Majlis Penyerahan kontrek Lebuhraya ? Majlis Penyerahan Sumbangan Derma Untuk Anak Yatim ? Majlis Penyerahan AHli Umno Baru ?  Bukaaaaaaan .....semua pun bukan.

Gambar diatas adalah Penyerahan Memorandum Bantahan TPPA dari MTEM. Kelas kan cara kita di Malaysia ..... Nak serah Memo Bantahan pun kena berposing bagai .... hehehehe .

Dari Utusan -

''Setelah mengadakan persidangan meja bulat TPPA bersama Tun Dr. Mahathir dua hari lalu, MTEM bersama-sama Badan Bertindak Bantah TPPA sebulat suara membantah perjanjian itu dan menyaran kepada kerajaan untuk tidak menandatangani TPPA.

''Sekiranya pada 2007 dahulu kerajaan menolak perjanjian itu kerana ada 58 garis merah yang diputuskan Kabinet, saya amat berharap perkara tersebut masih dipertahankan hari ini,''


''Perjanjian itu memberi kelebihan dan kepentingan kepada syarikat asing berbanding syarikat tempatan serta tidak membenarkan polisi afirmatif sebagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB).

''Dalam perjanjian itu juga akan ada bahagian Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) yang membabitkan kedaulatan negara kerana syarikat asing boleh membawa kerajaan Malaysia ke mahkamah negara asing sekiranya terma perjanjian tidak dipatuhi,''


Kelmarin MITI mengumumkan akan memulakan dua lagi kajian kos faedah sebagai input yang menilai kepentingan negara dan rakyat dalam TPPA iaitu analisis kepentingan negara dan kepentingan bumiputera serta industri kecil dan sederhana (IKS)

"Dua kajian itu akan disiapkan dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi dan hasilnya akan didedahkan kepada umum. Kita bersifat telus dalam perkara (TPPA) ini,'' kata Datuk Seri Mustapa Mohamed. - Utusan.

"Buat masa ini kita (kerajaan) akan meneruskan perbincangan terhadap TPPA dan kita akan mengambil kira pandangan Tun (Dr. Mahathir) dan juga pihak-pihak lain,'' jelas beliau.




KLiK untuk ke Youtube.


Apasaja cadangan yang datang dari Amerika akan menguntungkan Amerika dan merugikan kita. - Logik kan ?

Jika dikatakan ia mewujudkan situasi menang-menang, menguntungkan Malaysia, memberi kelebihan kepada Malaysia bla bla bla  ....... PERLU ke sebarang Perjanjian yang mengikat kita ?

Kalau tidak ada perjanjian, tidak adalah pelaburan dari Amerika ? 

Tun Mahathir ada berkata -

"Jumlah dagangan negara bernilai hampir US$1 trilion dan jumlah ini masih antara yang terbesar bagi sebuah negara yang kecil. Tanpa TPPA, kita dapat membesarkan dagangan negara dan memperoleh keuntungan daripadanya."

"Kenapa kita harus menerima perjanjian ini yang akan membuka pasaran negara kepada modal dan teknologi mereka (AS),"- mStar 26/8.
Isunya mudah jer .... Apajua perjanjian antara negara seperti TPPA akan MENGIKAT negara selama tempoh ianya berkuatkuasa, bermakna ia akan mengikat RAKYAT. Jadi ..... apa salahnya rakyat yang bakal menanggung akibat dari sebarang perjanjian itu DIBERITAHU ?

Kenapa perlu dirahsiakan dari pengetahuan rakyat apajua syarat yang kelak akan mengikat rakyat ? Mudah kan ... 

Buatlah berapa banyak pun kajian kos faedah, selagi tidak ada TRANSPARENSI, selagi kerajaan mahu BERAHSIA, selagi itulah rakyat akan membantah.

Dan jika diambilkira keputusan2 / tindakan2 kerajaan sejak akhir2 ini yang sering dilihat MERUGIKAN negara dan juga sering FLIP-FLOP / KLUK-KLEK, apakah kerajaan fikir rakyat akan dengan lapang dada dan sukahati secara rela menyerahkan masadepan kita untuk diperjudikan oleh kerajaan dalam apajua bentuk perjanjian bersifat rahsia ?


Ini bukan isu POLITIK ok tapi isu masadepan kita. Free-free je pembangkang dapat modal ..... Takde masalah cari masalah !

Sekali lagi saya ulang - Isu utamanya adalah TRANSPARENSI.


Track record kerajaan sendiri yang buat rakyat rasa cuak.

Jika sifat KERAHSIAAN itu menjadi syarat utama untuk TPPA berjaya, maka senang jer bagi rakyat - PERSETANKAN TPPA !

PS - Sempena Hari Merdeka ke 56 ..... apakah kerajaan mahu kita dijajah kembali dalam bentuk ekonomi ? Di'jajah' dalam konteks tidak ada lagi kebebasan ?

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 29, 2013 at 12:20 PM

Boleh posing sebab dalam memorandum tu ada nama "mahathior' dan lagipun bukankah itu yang diperlukan sangat orang melayu untuk najib 'posing dengar dan prihatin'.

Tapi jangan lupa mahathir ada juga bersetuju supaya mas diswastakan tetapi nasihat itu diabaikan najib - bermaksud bukan semua cakap mahathir betul dan yang paling terbaeeekk buat masa ini adalah najib - keputusan najib.

Dan sekali lagi jangan lupa semua itu najib akan serahkan kepada penasihat3nya tanpa perlu 'posing' dan keputusannya akan najib "UMUMKAN'

....................
Reply To This Comment ...................
August 29, 2013 at 1:11 PM

@kluangmanSaya ada bercadang hendak komen soal Tun Mahathir dengan usul supaya MAS diswastakan tapi sebab isu dah sejuk, saya KIV kan dulu.

Bagi saya, ada maksud disebalik kata2 Tun. :)

Jika mahu lihat Mas untung, maka swastakan.

Terlalu banyak tangan yang menyeluk kantung MAS. Staf MAS sendiri ada bercerita pada saya.

Para pengurus MAS begitu bermaharajalel, bertindak sesuka hati menswastakan ( vendor ) apa saja yang mereka lihat boleh boleh duit.

Perkara ini yang perlu ditangani jika mahu melihat untung MAS tidak disonglap keluar.

MAS diperlakukan macam tidak ada tuan. Untung rugi Mas tidak menjadi keutamaan.

Jika kerajaan mampu menangani isu ini, mungkin MAS boleh untung. Tapi selagi mentaliti 'kepunyaan kerajaan' masih ada, selagi itulah MAS menjadi lubuk emas kepada orang2 yang berkepentingan.

Jika melalui pengswastaan saja yang mampu hancurkan aktiviti2 songlap MAS, dan tidak ada cara lain lagi dah..... mungkin lebih baik diswastakan saja.

Banyak cerita dalaman rupanya MAS ini yang tidak diketahui umum.

Adalah lebih baik jika ada pihak yang berani dedahkan semua aktiviti2 vendor itu terlebih dahulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2013 at 6:55 PM

aku cuma nak komen satu sahaja ...
apasal ah jib gong hantar orang yang lulusan phd kaunseling berbincang tentang TPPA ...
sedangkan perbincangan bab TPPA ini tiada kaitan pun tentang cara2 nak kaunseling orang ...
mereka berbincang tentang ekonomi ...
bukan masalah jiwa rakyat sesebuah negara atau masalah kaunseling pemimpin sesebuah negara ...
mereka berbincang tentang halatuju ekonomi negara ... dan tentulah strategi perang ekonomi digunakan ... manalah manusia yang bijak pandai ekonomi faham tentang falsafah dan strategi perang bab ekonomi ... bodohnya ah jib gong ...
perbandingan itu aku umpamakan begini ... seorang yang tukang mahir dan cekap membuat rumah disuruh membuat kerja menangkap ikan dilaut dalam ... apakah yang tukan rumah itu tahu bab menangkap ikan laut dalam ... sedangkan kemahirannya membuat rumah ... atau pemain profesional bola ragbi ... disuruh berlawan dengan pemain profesional bola sepak ... di padang bola sepak ... betul kedua2nya adalah permainan berkaitan bola sepak ... tetapi teori dan skil yang digunakan adalah berbeza ...

inilah sulitnya apabila kita memiliki pemimpin yang gong (orang kelate kata gong ni "bodoh" atau "dungu" dan yang seerti dengannya) namanya pun dah jelas terbukti ... ah jib gong (ah jib bodoh).

Post a Comment