........... Tangisan Tun Mahathir Dalam PerjuanganYang Belum Selesai ....( Video ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tangisan Tun Mahathir Dalam PerjuanganYang Belum Selesai ....( Video )

Thursday, August 29, 20134comments


PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian.
Di manakah silapnya?sehingga bangsa ku berasa kecil dan rendah diri.Apakah angkara penjajah lalu bangsaku mulai melupakan kegemilanagn silam membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)
 
 

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 29, 2013 at 1:40 AM

Mahathir dah tahu yg lembek yg lembab...dpn binI pijak semut pun tak mati...bukanlah yg cekal Dan yg tabah untuk meneruskan perjuangan untuk melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2013 at 6:43 AM

Selagi ada melayu yang berpendapatan rendah dan dikategorikan sebagai miskin tegar, agenda untuk membela melayu masih belum selesai. Kek ekonomi negara masih dimonopoli oleh kaum kiasu. Oleh itu, melayu masih perlukan 'tongkat' dari pemimpin melayu agar suatu masa akan datang mereka mampu berdikari.

....................
Reply To This Comment ...................
August 29, 2013 at 9:31 AM

huhu.. keikhlasan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2013 at 4:51 PM

betapa jauhnya beza tangisan tun m berbanding dengan tangisan kak ros (FLOM) ...

Post a Comment