........... Sajak Khas Buat Mat Liberal | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sajak Khas Buat Mat Liberal

Wednesday, August 7, 201316comments

Engkau selalu menyangka orang lain
akan merosakkan engkau
Engkau selalu sahaja prejudis
dengan musuh-musuh engkau
Engkau merasakan musuh-musuh engkau
akan membinasakan engkau
 
 
Rupa-rupanya musuh-musuh engkau
sekali-sekala sahaja merosakkan engkau
Orang lain, adakalanya engkau terselamat
daripada kejahatannya
Tapi engkau sama ada disedari atau tidak
setiap hari dirosakkan oleh perkara
yang sangat rapat dengan diri engkau
 
 
Setiap hari engkau dirosakkan
oleh ilmu dan kepandaian engkau
Setiap masa engkau dirosakkan
oleh nama, glamour engkau
Sering sahaja engkau dirosakkan
oleh harta dan kekayaan engkau
 
 
Jawatan dan kekuasaan engkau itulah
yang selalu merosakkan engkau
Amanah yang diberikan kepada engkau
itulah yang selalu merosakkan engkau
Cara engkau berfikir itulah yang merosakkan engkau
Keyakinan engkau itulah
yang banyak merosakkan engkau
 
 
Ideologi yang ada di kepala engkau itulah
yang merosakkan engkau
Sedangkan kalau musuh engkau merosakkan engkau,
mudah engkau sedar
Orang lain merosakkan engkau,
cepat engkau dapat mengesannya
 
 
Tapi kalau ilmu, harta, pangkat, kekuasaan,
nama dan glamor yang merosakkan engkau
Payah engkau hendak insaf dan sedar
Engkau tidak terasa dirosakkan olehnya
Engkau terasa itu semuanya adalah kejayaan engkau
Itu semuanya adalah kemajuan yang engkau tempa
dan kejayaan yang engkau buat
di dalam kehidupan engkau
 
 
Engkau rasa telah berjaya di dalam kehidupan engkau
Kerana itulah payah engkau hendak sedar
Engkau rasa itu adalah satu kejayaan bukan kerosakan
Engkau tertipu di dalam kehidupan engkau
 
 
 Copy paste dari abatasa
 
Tambahan saya - 
 
Tidak cukup engkau tertipu dengan kejayaan yang dinikmati
Engkau paksa bangsa Melayu supaya ikut sama menipu diri
Akhirnya ... bangsa merempat, maruah tergadai 
Tika itu ...baru puas hati engkau

Dan bersoraklah balaci2 engkau
Meraikan kemenangan kampung yang tergadai.

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 7, 2013 at 9:19 PM

Engkau sungguh kejam
Engkau sesungguhnya tidak punyai perasaan
Membiarkan bangsa engkau
Terdampar mengharapkan pembelaan
Engkau membiarkan mereka
setelah perolehi segala yang kau hajati
Kuasa, kedudukan, pangkat dan kemewahan

Engkau terlupa, terleka dan terlena
Setiap doa dari yang merintih akan didengari
Setiap permintaan dari yang terseksa
Yang menderita dan yang sengsara
Akan didengari jua

Engkau telah berjaya
Sedarilah
Siapa kah mereka yang telah membawa
Engkau engkau kesana
Sedarilah yang Berkuasa tidak memungkiri janji
Setiap kebaikan akan tetap dibalas
Dengan kebaikan jua dan kejahatan
Tetap akan menerima padahnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2013 at 9:42 PM

Ketika lahir sahaja
engkau sudah hidup senang-lenang
Kerana statusmu sebagai bangsawan
Engkau tidak pernah merasai
Jerit-perih warga marhean

Waktu kecilmu tidak pernah
Memijak duri ketika berlari dalam belukar
Dipagut lintah ketika meredah paya sawah
Dilumuri lumpur ketika menyusur laluan berlopak

Pernahkah engkau rasai ketika di sekolah
Poketmu kosong ketika nak berbelanja di kantin
Mengayuh basikal biarpun berpanas berhujan
Kami tiada driver yang mengambil dan menghantar kami ke sekolah

Pernahkah engkau rasai
Bebanan kami di kampung
Di saat harga getah dan sawit jatuh menjunam
Kami hidup kais pagi makan pagi
Kais petang makan petang
Ditambah dengan kenaikan mendadak harga barang
Apakah engkau rasai bebanan kami warga marhean

Bagaimana engkau nak memahami denyut kami
Sedangkan engkau tidak pernah
Melalui apa yang kami lalui
Merasai apa yang kami rasai

- warga marhean -


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2013 at 9:42 PM

Ramai yg dirosakkan oleh rasa ego yg berlebihan dan ego tak bertempat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2013 at 10:15 PM

Ketika dirimu di puncak kejayaan
Menyandang jawatan sebagai CEO
Memegang status sebagai warga korporat
Menjadi professional yang berjaya
Menjadi ahli kelab melayu elit

Engkau lupa di mana bumi dipijak
Engkau lupa asal usulmu
Engkau lupa jasa pemimpin terdahulu
Engkau lupakan bangsa engkau sendiri
Engkau lebihkan bangsa lain

Jika membantu bangsa sendiri engkau panggil rasis
Tapi jika membantu bangsa lain pula engkau panggil hak kesamarataan

Engkau fikir segala yang telah engkau perolehi
Kerana kesungguhan engkau?
Kerana kerajinan engkau?
Kerana penat-lelah engkau seorang?

Engkau lupa sebenarnya engkau berjaya kerana
Bangsa engkau adalah melayu
Dasar kuota kerajaan untuk orang melayu
Dan hasil dari pengorbanan pemimpin-pemimpin melayu terdahulu

Akuilah aje lah bahawa engkau adalah orang melayu
Biarpun engkau berada di hujung dunia sekalipun
Engkau tetap ketagihkan belacan, tempoyak, cencaluk dan budu

- warga marhean -

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 12:30 AM

NYAHKAN PEMIMIPIN BANGSAWAN
AH JIB GOR HISHAM NAZRI KJ HAVE TO GO!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2013 at 1:59 AM

Yo!

Buka lah lagu rap waghih ghombau tu dinturtle...he..he...tanah banyak, goto (harta) banyak, duit banyak, lesen den boleh melanyak....

kau je yang tahu musuh engkau din....aku tumpang simpati...

Selamat HariRaya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Bathin.

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2013 at 4:13 AM

@AnonymousTERIMAkASIH d8man dan warga marhean diatas sumbangan anda - GANAZZZZZ ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 4:24 AM

sapekah ENGKAU itu???

melaun.. malaun...fulan...pulan.. manusia.. makhluk... binatang..??? memikir di pagi raya.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 4:28 AM

sapekah ENGKAU itu???

makhluk bernyawa.. bersisik.. berbulu.. berbau.. ahhhhh kau memang bedebah hus his hus his.. zip zap.. sip sap.. ohhh tdkkkkk keris ku patahhhh.. mana kerismudin.. ku ingin tempah keris baru.. tolongggg pau dah dekat... tidakkkkkkkkkkkkk... hiapppppp

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 4:34 AM

sapekah ENGKAU itu???

imej mu keparat.. bukan korporat di mata melayu... ahhhhh aku tak peduli.. kau sape... aku ada beribu keris... kan ku hunus setiap kali pau berlangsung..

bukan pau sebarang pau.. bukan pau inti kelapa.. bukan ayam.. bukan kentang..

pau kesayangan keparat keparat keris
berkarat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 8:23 AM

Mat Libreal nak komen.Kenapa orang melayu suka bergaduh sesama bangsa.Kaum lain,tak pulak mcm nie.Malah support kepimpinan dr bangsa mereka sendiri.Tak boleh pakat baik2 ker secara tertutup.

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2013 at 8:27 AM

@Anonymoushahahaha .... ooooooh... bab bodek cina buat secara terbuka, nak pakat sesama Melayu nak buat secara tertutup ?

Memang sah Mat Liberal

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 9:13 AM

UMNO nak berpakat ngan PERKASA kena buat senyap2 takut DAP marah

UMNO nak berpakat ngan PAS kena buat senyap2 takut MCA/Gerakan marah

Tapi MCA/Gerakan lagi bijak. Depan PM diaorang cakap sokong BN, siap gantung banner "We Love PM" lagi. Tapi di belakang Najib, diaorang berpaling tadah dengan menyokong DAP.

Mereka memberi sokongan kepada DAP secara terbuka. Tapi bila sesama Melayu nak bersatu, kena buat sembunyi-sembunyi. Adil ke macam tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 10:28 AM

ENGKAU tidak saperti yang dijangka
ENGKAU tidak saperti diduga
Kerana ENGKAU ternyata
Bukan dari kalangan mereka
Berkorban untuk memartabatkan agama, bangsa dan Negara

Impian sudah pun menemui kemusnahan
Bangsa sudah mula merasakan
Hangat dan panasnya suasana
Dengan keadaan yang tidak menentu

Saban hari diberitakan agama diselar
Setiap kali didengari bangsa dihina
Negara apa tah lagi
Dilelongkan dan dikelentong kemerata dunia
Dengan korupsi dan penindasan kaum
Untuk merupakan ketidakstabilanya

Kenapa ENGKAU tidak merasakanya
Atau sememangnya itulah yang ENGKAU inginkan
Apa salahnya bangsa ENGKAU
Apa pula salahnya agama ENGKAU
Hingga ENGKAU memalingkan kiblat
Ke arah bangsa yang tidak pun memberikan ENGKAU kemenangan?
Bangsa yang berterusan menghina
Agama yang ENGKAU anuti dan bangsa
Yang ENGKAU dikenali?

CUKUP, CUKUP, CUKUP dan CUKUP
Setakat inilah sahaja yang ENGKAU perlukan
Memberikan ruang dan peluang
Kepada mereka mereka dari kalangan ENGKAU
Yang memungkinkan agama, bangsa dan Negara
Diperjuangkan sebelum masa
Yang akan menjadi nokhta

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 10:42 AM

Kepedihan dan penderitaan sering menyengkam kalbu
Perjalanan hidup tidak saperti dulu
Direnungkan wajah wajah Melayu
Menyelami perasaan mereka
Tidak lekang dari rontaan yang inginkan pembelaan
Dibumi sendiri

Sungguh memalukan
Amat tidak diterima akal
Melayu dihina
Agama Islam dicemari
Melayu merempat ditempat sendiri
Melayu mengharapkan pembelaan
Sedangkan bumi ini kepunyaan Melayu

Sedarilah kami yang telah menyokong
Engkau pula menghindarkan
Tidak mengambil peduli
Jasa kami memberikan kemenangan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 12:56 PM

jgn la wat sajak banyak2... kang rosmah nangis. dia kn nangis bila baca sajak..

Post a Comment