........... Raya Ke-11, Dana Raya Masih Tak Dapat - Kerajaan Terengganu Takdok Pitih Ke ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Raya Ke-11, Dana Raya Masih Tak Dapat - Kerajaan Terengganu Takdok Pitih Ke ?

Sunday, August 18, 20138comments

Sehari dua ni dah banyak saya dengar rungutan dari orang kampung - Wakpe yang lambat sangat pitih Dana Raya tahun ni ? Ni dah 11 Syawal, JKKK pula buat tak tahu jer ... kemungkinan besar mereka sendiri pun tak tahu bila nak dapat. Borang lama dah diberi, diisi dan dihantar.

Pengagihan Dana Raya Tahun Lalu

Ada yang kata sebab kerajaan negeri takder duit sebab belum terima lagi dana dari pusat..... takkanlah nak bayar dana Raya pun kena harap kerajaan Pusat hulur dulu ?

Ada yang kata lewat dapat tahun ni sebab kes PRU yang baru selesai bulan Mei jadi agak kelam kabut sikit..... hmmmm payah nak diterima akal alasan ni tapi kalau itu alasan yang diberi, rakyat nak kata apa lagi ...

Ada yang kata sebab nak tunggu hasil PRK Kuala Besut, nak tengok apakah kesudahannya nasib kerajaan BN kalau dibuatnya 16-16 ...... hmmm, payah juga nak diterima sebab dana Raya ni adalah untuk golongan rakyat yang susah. Tak seharusnya dijadikan alasan politik.

Ada yang kata sebab nak kenalpasti dulu pemohon undi parti mana .....  tak mungkin sebab MB MatSaid ada berkata yang bantuan2 kepada rakyat seperti Dana Raya, Dana Remaja dan pelbagai bantuan lain akan tetap diberikan kepada mereka yang layak tanpa mengira faktor politik.

Habis tu kenapa Dana Raya tahun ni lambat diberikan ? Tidak ada siapa pun tahu ...

TAPI ...... agak mengejutkan bila saya terbaca satu artikel SINAR bertarikh 4 Ogos yakni sebelum Raya, yang menyatakan - 1,573 penduduk Kijal terima dana raya RM300 yang disampaikan oleh MB MatSaid !

Pulak .... macamana yang rakyat Kijal boleh terima sebelum Raya sedangkan tempat lain dah masuk 11 Raya masih tak tahu cerita ?

Untungnyalah rakyat di Kijal kerana punya wakil rakyat yang amat prihatin dengan nasib rakyat.


Oya, satu lagi persoalan rakyat yang saya tercari2 juga jawapannya - Kenapa bulan puasa tahun ni kerajaan negeri tak edarkan buah kurma dan air zam2 percuma seperti tahun2 sudah ?

Takder bajet ke tahun ni ?

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
August 18, 2013 at 9:14 PM

tau takpe bro.....penat tunggu kurma...yg tahun lepas punya mmg UMPPPPH!!!...sedap kurmanya, tp thn ni ilek.

mungkin sbb keputusan PRU kurang memberangsangkan ATAU

tiba2 dana ilek sbb PRU merosot teruk ATAU

takda masa nak bli kurma & air zam2 sbb meratap keputusan PRU ATAU

kekekeke....byk sgt ATAUnya....tp mungkin sbb pokok kurma tak berbuah kot.....hohoho

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2013 at 9:41 PM

aku dari teranu.Something is not right.Where is the math in giving out money or goods.Something is not right.What to replace the oil. economy.?Be consumer today is the solution.?Or Ikat perut for the future.?Maybe we are thinking to much of dying not enough of living...politicians Pas and Umno included.
Maaf Sdr.Din....something is terribly wrong.
Aku juga anak teranu.

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2013 at 9:54 PM

@AnonymousSaya faham maksud saudara, kenapa setelah sekian lama menerima wang royalti/ehsan, Terengganu masih lagi bergantung kepada nya dimana kalau tak silap 90% bajet tahunan adalah dari wang ehsan.

Kemana perginnya billion2 yang diterima setiap tahun itu ?

Dan budaya memberi wang ehsan dan pelbagai dana lain juga tidak seharusnya dijadikan satu amalan tetap. Hmmmm Najib juga dah terperangkap melalui pemberian BR1M.

satu hari nanti saya akan ulas lebih lanjut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2013 at 9:56 PM

Duit habis buat repair stadium la bro..selagi stadium x siap selagi tu mat said x selamat..pastu nak cover kos bangunan runtuh lagi..rakyat lambat sikit dapat xpe..asalkan kroni dpt dulu..hehehhe..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2013 at 7:02 AM

stimulus mesti datang dari kerajaan.Saya rasa private sector is not big to carry the burden.Even if we succeed in only 10 out of 100 endeavors we are good.The spin off from the failures benefit the private sectors.Politicians will have a field day windings about failures.We cannot fail trying.We can fail the politicians that's our field day.
Most of us that were raised in the sixties are coming of age.Some of us are away from home.How can we get together.?We know most of teranu politicians are wimps on the school play ground back then.I think most of them are still wimps today.Thing don't change that much.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2013 at 8:46 PM

Sepatutnya pihak pembangkang tolong tanya bagi pihak rakyat miskin dan lapar jangan ashik ceramah kosong saja malam hari dan tido siang hari

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2013 at 3:17 PM

Pembangkang x mnjanji kn sbarang wang pde rakyat,awk jgn jd bodoh,ceramah agama awk kte ceramah kosong?tu nme nye harta akhirat,sokong la umno klu nk sng d dunie,sokong la pas jike nk sng d akhirat..

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2013 at 4:05 PM

Akm.knper duit raya sampai sekarang pun tak dapat.kesian pada orang2 yg memerlukan seperti kami.tolong lah mempercepatkan bantuan ini.dengan segera.

Post a Comment