........... Perutusan Raya Antara Datuk Seri Najib Dan Ah Jib Gor - Baek Punyer... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perutusan Raya Antara Datuk Seri Najib Dan Ah Jib Gor - Baek Punyer...

Thursday, August 8, 201318comments

Sempena Hari Baik Bulan Baik ni, rasanya tak elok sangatlah kalau saya buka cerita gossip politik... kan. Dalam kesibukan kita kunjung mengunjung, bermaaf-maafan, apa kejadahnya nak balun membalun pulak. Tak baik ....

Pastinya dalam kita lahap melahap juadah HariRaya dan merasai nikmat kebebasannya dapat merokok disiang hari sambil bergossip, saya percaya mereka yang kaki politik tetap juga akan bercakap politik. Tak boleh lari nya ....kan ? kan ?

OKlah, kali ni saya tak nak kritik sapa2. Sebagai penghormatan kepada ketua negara, saya salinkan teks ucapan Najib dalam Perutusan Hari Rayanya. Saya berharap sangat anda baca dan cuba selami apakah feel nya. Tolong jangan cari kesalahan pada isi ucapan sebab tidak ada apa yang salahnya.

Bukan tujuan artikel ini untuk cari kesalahan dalam teks Najib ... hehehehehe ..


Rakyat Malaysia Diseru Rungkai Prejudis, Hargai Kesejahteraan Negara - Najib

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia sentiasa menghargai dan memelihara keamanan serta kemakmuran yang dikecapi serta merungkai rasa prejudis antara satu sama lain demi memastikan kelangsungan dan kestabilan negara terus dikekalkan.

Beliau berkata rakyat perlu sedar bahawa bukan mudah untuk membina dan memastikan kelangsungan sebuah negara yang stabil seperti Malaysia hari ini.

Malah dalam konteks Islam, katanya perpaduan nasional yang tuntas tidak mungkin dicapai jika tiadanya kesepakatan (ijmak) di kalangan umatnya dalam perkara-perkara asas beragama, dan polemik tanpa kesudahan hanya akan merugikan semua pihak.

Berucap menyampaikan perutusan Aidilfitri 2013, Perdana Menteri melahirkan rasa syukur kerana rakyat di negara ini masih berpeluang meraikan hari lebaran dalam keadaan aman dan bebas daripada peperangan, persengketaan, mahupun bencana alam melampau, sepertimana yang melanda saudara-saudara seakidah di beberapa negara seluruh dunia.

"Makanya, pada hari-hari kebesaran seperti ini, atas nama negara yang tercinta, pupuklah dan teruskanlah menyemai bibit-bibit kesatuan sesama kita, bukannya perpecahan demi pengukuhan perpaduan kebangsaan," katanya.

Ucapan Perdana Menteri itu disiarkan secara langsung di RTM.

Beliau juga mahu rakyat negara ini mengambil iktibar daripada pengalaman dan pergolakan yang sedang dihadapi beberapa negara luar yang berlaku kerana fahaman melampau yang menjadi elemen negatif yang memporak-perandakan sesebuah negara bangsa dan menghancurkan kelestarian tamadunnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dalam ucapannya turut menyeru umat Islam di negara ini agar tidak tersasar daripada ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah baik daripada segi akidah, syariah dan keperibadian.

Katanya kerajaan telah memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam, dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah dilarang.

Penetapan dasar itu, katanya sesuai dengan konsep maqasid syariah yang meletakkan pemeliharaan agama sebagai objektif utamanya.

"Kerana itu, saya menyeru kepada seluruh umat Islam supaya berwaspada dan berhati-hati, janganlah sesekali terpedaya pada pengaruh atau fahaman menyimpang yang sedang menular dan cuba merosakkan tradisi amalan Islam di Malaysia ini," katanya.

Najib berkata umat Islam di negara ini haruslah memahami bahawa penetapan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai mazhab rasmi negara adalah bertujuan untuk mempastikan kesucian akidah dan syariah Islam dapat dibela sekali gus dipertahankan agar perpaduan umat Islam sentiasa berkekalan.

"Sebagai umat Islam, kita seharusnya berwaspada dan berhati-hati dengan fahaman yang menyongsang daripada ajaran murni Ahli Sunnah Wal-Jamaah selama ini. Pokoknya, kita tidak mahu sifat taksub dan fanatik yang akan mengelirukan rakyat khususnya orang Islam kerana akan memecahbelahkan ummah," katanya.

Seterusnya perdana menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengambil yang jernih dengan meruntuhkan dan merungkaikan prejudis antara satu sama lain, sebaliknya membuka 'pintu hati' dan pintu rumah dengan jujur dan ikhlas dalam meraikan perayaan Aidilfitri.

Beliau juga mahu rakyat meneruskan tradisi kunjung-mengunjung dan mempertautkan muhibah rakyat Malaysia.

Perdana Menteri turut mengajak masyarakat Malaysia untuk menzahirkan penghargaan kepada prajurit tanah air terutamanya yang bertugas di perbatasan, serta anggota pasukan keselamatan yang sejak sekian lama telah mempertaruhkan jiwa dan raga mereka demi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Najib turut mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf bagi pihak dirinya, isteri serta keluarga di atas apa-apa kekhilafan dan memanjatkan doa supaya seluruh rakyat negara ini dapat menyambut hari lebaran kali ini dengan penuh kegembiraan di samping mereka yang tersayang.

-- BERNAMA
Dah baca habis ? OK je kan ? Saya cakap dah, saya tak nak kutuk apa-apa kali ni .... hehehehe ...

Sesiapa yang cuba tipu dan skip dari membaca teks diatas, saya minta anda BACA, ok. Kalau tidak, anda tidak akan dapat membaca apa yang tersirat dalam tersurat seterusnya .....

OK, baca dah ? 

OK, cuba baca pula apa yang Najib sebut dalam teks perutusan Hari Raya Cina baru ni -




Perayaan paling penting dalam kalendar masyarakat Cina iaitu Tahun Baru Cina sudah hampir tiba. Kini, seluruh Malaysia sudah pun tidak sabar untuk merasai suasana perayaan yang cukup dikenali dengan hidangan pelbagai makanan, hiasan berwarna merah serta dendangan lagu tradisi Tahun Baru Cina yang boleh didengari di kedai-kedai serta pasaraya besar.

Ada di antara mereka juga telah mula menghiasi rumah masing-masing dengan hiasan berwarna merah. Ini menandakan yang kita akan meraikan perayaan yang sangat meriah ini bersama. 

Saya sendiri tidak sabar untuk menikmati ‘Yee Sang’. Pada perayaan tersebut, pelbagai juadah makanan boleh dinikmati bersama. Yee Sang adalah makanan tradisi yang merupakan simbol tuah, kemakmuran serta kesihatan yang baik.

Pada saya, perayaan ini juga menunjukkan betapa pentingnya masyarakat Cina di negara kita. Ayahanda saya, Allahyarham Tun Abdul Razak, mempunyai pandangan yang sangat jelas mengenai masyarakat Cina yang banyak membantu dalam pembangunan negara sejak kita mengecapi kemerdekaan dan saya akan mewarisi wawasan beliau itu.

Saya tidak boleh bayangkan sekiranya Malaysia tidak mempunyai budaya Cina yang telah sebati dalam masyarakat kita yang majmuk ini. Saya dapat rasakan yang semangat itu telah diturunkan kepada generasi seterusnya kerana anak saya sendiri, Ashman kini boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih!

Menyedari akan hakikat itu, Kerajaan Barisan Nasional sedar akan kepentingan untuk mempunyai saluran terbuka dengan masyarakat Cina untuk memahami kehendak mereka. Menerusi laman Ah Jib Gor sahaja, kami berjaya mendapatkan pelbagai maklumat untuk diambil kira dalam Bajet 2013.

Salah satu daripada perkara yang amat penting adalah pendidikan di mana kita telah peruntukkan dana sebanyak RM100 juta dalam Bajet2013 selain peruntukkan RM100 juta untuk tahun lalu bagi pembinaan bangunan, penambahbaikan dan pengurusan sekolah jenis kebangsaan Cina.

Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan negara kita juga mensasarkan untuk menambahkan jumlah guru berbahasa Cina bagi memenuhi permintaan para pelajar. Bagi pelajar cemerlang di sekolah menengah jenis kebangsaan Cina pula akan diberi biasiswa agar mereka dapat menyumbang kepada masyarakat selepas mereka tamat pengajian kelak.

Masih banyak kerja yang perlu kita fokus pada 2013 dan saya akan sentiasa memastikan yang masyarakat Cina terus dibantu. Untuk itu, saya harap, masyarakat Cina di negara ini terus memberi sokongan kepada saya untuk mencapai matlamat ini. 

Akhir sekali, di atas semangat 1Malaysia, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini.-7/2/2013


Saya dah janji tak mahu kutuk apa-apa .... tapi dapatkah anda rasai perbezaannya ?

Kalau ada tu ..... adalah. Kalau takde rasa apa-apa, makna takde apalah. hehehehehe ... Saya tak nak kata apa-apa... tak baik kutuk2.

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2013 at 10:48 AM

tahun baru cina, dipuji pujinya orang cina..raya sendiri humm pasal syiah ler, perpecahan ler..macam raya aidilfitri tu xde makna langsung..hanya tahu bergaduh sesama islam je..

....................
Reply To This Comment ...................
Areyougonnagomyway
August 8, 2013 at 11:08 AM

Macam Cibai....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 1:16 PM

Nape dalam raya cina bole janjikan rm100 juta untuk sekolah cina, tapi raya aidilfitri tak janjikan ape2 pon untuk orang Islam. Sian orang Islam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 2:32 PM

bro din , nama pun ajib gor mesti lah lebih kapada cina , ali laya cina angpau banyak maa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 3:47 PM

Maaf Din, aku bukan nak kutuk, cuma aku tak puashati cara layanan yang diberikan kepada bangsa aku. Kenapa perlu ada perbezaan?

Pakar imej PM nampaknya dah mula me'melayu'kan imej PM supaya nampak Pro-Melayu. Ucapan PM pulak sejak akhir-akhir ini dah ada unsur-unsur Islam dan Melayu. Aku mengucapkan tahniah untuk itu. Cuma yang belum pernah kita dengar ialah 'pengumuman istimewa' yang khas ditujukan kepada orang Melayu. PM nampaknya masih berdolak-dalik untuk mengumumkan "peruntukan khas" yang khusus ditujukan kepada orang Melayu. Kalau setakat nak umumkan kenaikan BRIM, ianya adalah untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kita mahukan PM umumkan "duit raya" yang khas ditujukan kepada orang Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 4:02 PM

Umno amat malang kerana punyai presiden melayu yang lebih bangga memukul gendang bangsa lain.mungkin ahli2 umno patut memilih presiden yang tak segan memukul kompang dan menari inang atau zapin...

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2013 at 4:43 PM

Selamat Hari Raya En Din. maaf zahir dan batin. Cuba cuba la pergi rumah terbuka hari raya ni anjuran YB YB politik ni, betapa ramai masyarakat berbilang kaum mentautkan hubungan ssama dan antara kaum. kalau macam ni, kena raya tiap tiap harilah..baru mesra rakyat dan antara kaum

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 5:17 PM

Saya dah nak join Pas,anda bila lagi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 9:27 PM

@Anonymous

ek eleh...pegi mampus ler ngan PAS...lagi menjahanamkan adala....

PASsial

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2013 at 11:04 PM

Nansha; Kate la apa dah jadi ngan PM kite ni. X der ke peruntukan untuk orang Melayu.

La ape dah jadi! PM x sedar2 lagi ke, Melayu undi same dia maa......

Bro Din; Komen lah. Aku nak baca dari hati kecil mu pasal PM nih...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2013 at 8:13 AM

ajib ghost , antu yang mengikut arahan tuan nya yang membelanya/bagi makan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2013 at 9:11 AM

Yg aku perasan...bila baca dua-dua teks....
......
......
HATI JADI PANASSSSSSS....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2013 at 11:30 AM

Sebelum dan selepas PRU 13 org cina tak berminat lagi peruntukan pendidikan kerana sudah kaya yg mereka mahu ialah kuasa politik dominan yg mejadi cita2 asal tok nenek mereka iaitu PKM.. mereka tahu org melayu ni cakap je ganas tapi lalai, lemah gemalai macam penari budaya, mudah dirasuah, suka berkelahi sesama sendiri dan semuanya boleh dijualbeli termasuk agama..

....................
Reply To This Comment ...................
August 9, 2013 at 2:21 PM

cukup la, dah lebih dah. patut najib ni turun ja. lagi dia lama memerintah, lagi teruk nasib org melayu. apa yg rakyat nampak bangsa lain sgt2 diutamakan. sblm pilihanraya, bantuan berjuta-juta kpd sekolah cina & tamil hari2 dia umum tanpa mengambilkira sedikit pun perasaan org2 melayu dan juga pejuang umno. anak2 kelahiran sekolah cina ni lah seperti namewee dll., menjadi anak haram jadah kpd org melayu islam. lepas pilihanraya tak sedaq2 lagi lantik pemimpin hindraf jadi menteri kabinet. org2 ni lah yg dok jadi musuh setiap hari pd org melayu.. tahniah kpd kau en. din. aku harap, hang teruskan perjuangan memberi pencerahan kpd org melayu kita siapa sebenarnya najib tu yg bagi aku najib tu petualang pd bangsa melayu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2013 at 5:51 PM

Bb keselamat dan keamanan da mula tergugat..kira mcm yime nom tunggu untuk meletup aja..Najib akan kata ada aku kesah..

....................
Reply To This Comment ...................
August 9, 2013 at 7:34 PM

KITA SAYANG UMNO..KITA HORMATI PM KITA...SAMBIL TAK BERSETUJU....

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
August 9, 2013 at 8:32 PM

Din, aku sebenarnya dah malas nak komen pasal Najib ni.. F*** la... PAU ni harap ada la yg berani lawan musibat sekor ni.

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
August 9, 2013 at 8:33 PM

Aku kalau PAS keluar drpd pakatan, GE 14 memang akan pangkah PAS.

Post a Comment